Tuesday, April 16, 2024

EAR NOTCHING & TATTO SLAPS MARK (KHINZIR)

PEMBERIAN TANDA (EAR NOTCHING)

Kacip pada telinga (ear notching) ialah teknik pengenalan haiwan yang dibuat pada telinga haiwan untuk membuktikan hak milik dengan mengacip bahagian tertentu pada cuping telinga. Kebaikan kaedah ini adalah, ianya kekal, cepat dan murah. Setiap penandaan ditentukan oleh kod yang telah ditetapkan yang melambangkan nombor kelompok dan nombor individu atau kod ladang. 

Notching dilakukan pada anak babi berumur 5 hari atau bersamaan dengan pemotongan gigi  

Enakmen Penternakan Babi 2020 (Pulau Pinang)



Prosedur kacip pada telinga (ear notching)

  1. Bahagian kepala ternakan perlu dikekang dengan kemas
  2. Pengacip perlulah dalam keadaan tajam agar cuping telinga tidak terkoyak. (3/16 hingga 1/4-inch-deep)
  3. Pengacip perlu di nyahkuman selepas setiap kali proses mengacip.
  4. Setiap kacipan perlu dibuat pantas dan kemas.
  5. Pemerhatian perlu dibuat ke atas ternakan selepas beberepa jam dikacip untuk memastikan sebarang luka pada telinga di rawat
  6. Nombor kod kelopok dan nombor individu perlu dikenalpasti sebelum mengacip telinga.



LANGKAH-LANGKAH KAWALAN ASF



Merujuk pada 

PROTOKOL VETERINAR MALAYSIA African Swine Fever No. Dokumentasi: PVM 5(1):1/2020

Selaras dengan Protokol Veterinar Malaysia (PVM) berkenaan penyakit ASF bahawa kawalan pergerakan atau pemindahan dapat mengurangkan risiko kemasukan virus berkenaan.

Negeri sumber perlu memastikan ternakan babi yang akan dipindahkan bebas penyakit terutama penyakit berjangkit ASF melalui ujian makmal dan survelan klinikal yang dijalankan oleh DVS.


Seterusnya, pihak terbabit perlu menyediakan borang permohonan deklarasi status Kesihatan haiwan (babi) yang dilengkapkan oleh veterinawan swasta/ladang atau pemilik haiwan/produk haiwan/premis, mempunyai kod ladang babi dan melampirkan lakaran ear notching.

Ladang perlu mempunyai kod ladang dan melampirkan lakaran ear notch di dalam permohonan. Penternak perlu memastikan “ Ear Nocth” adalah tepat dan jelas serta boleh dibaca pada lakaran dan ternakan tersebut.

Perkara lain yang hendaklah dipastikan ialah bilangan ternakan yang dipindahkan adalah sama seperti bilangan di dalam permit, nombor kenderaan yang membawa ternakan adalah sama seperti di dalam permit pindah serta tidak dikongsi dengan ladang lain.


PENETAPAN PENGUNAAN EAR NOTCHING TELINGA BAGI TERNAKAN KHINZIR DI NEGERI JOHOR





















Tanda Cacah (Tatto Slaps Mark)


Enakmen Memelihara Babi 1975 (Johor)

Mengikut Enakmen Memelihara Babi 1975 (Johor) Terdapat beberapa Syarat-syarat Tambahan yang dikenakan kepada penternak babi iaitu

Dilarang Mengeluarkan Babi Hidup dari ladang kecuali terlebih dahulu telah ditandai " Tatto" Kod Ladang dan telinga di "Nocth" tanda yang diperuntukkan untuk setiap ladang.


Tanda Cacah (Tatto Slaps Mark)

Teknik pengenalan haiwan dengan memasukkan dakwat ke bawah permukaan kulit menggunakan jarum atau alat yang tertentu.

Prosedur tanda cacah (Tatto Slaps Mark)

  1. Ternakan perlu dikekang dengan kemas.
  2. Kenalpasti lokasi tanda cacah di punggung / peha hadapan. Elakkan kawasan yang berlekuk dan bersalur darah.
  3. Sapukan dakwat cacah yang bersesuaian pada lokasi yang hendak di tanda.
  4. Pastikan angka yang akan dicacah disusun dengan betul. Tekapkan alat pencacah  pada bahagian berseuaian
  5. Nombor ladang atau nombor individu yang ingin dicacah pada telinga perlu dipastikan sebelum mencacah.

Wednesday, December 20, 2023

PROSEDUR PEMINDAHAN TERNAKAN


SISTEM E-PERMIT 2

Sistem E-Permit 2 dibangunkan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar pada 2008 dan mula digunakan seluruh negara pada April 2009. Pembangunan sistem ini bertujuan untuk mengawal penyakit haiwan dan sebagai mekanisme daya jejak penyakit, haiwan dan produk haiwan seperti yang diperuntukkan di bawah Akta Binatang 1953 dan Enakmen-Enakmen Negeri.

Rujukan Risalah:

Pelan Strategik Daya Jejak Kebangsaan 2018-2022

Sistem ini terdiri daripada dua modul iaitu Pendaftaran Premis Haiwan dan Permohonan Akuan Kebenaran Pindah (Permit) antara negeri-negeri di Malaysia.

Bagi modul Permohonan Akuan Kebenaran Pindah (Permit), modul ini memudahkan prosedur permohonan permit pemindahan haiwan dan produk haiwan antara negeri di Malaysia. Ia merangkumi permohonan Akuan Kebenaran Pindah Masuk (AKPM) dan Akuan Kebenaran Pindah Keluar (AKPK).

Melalui sistem ini, daya jejak haiwan dapat dijalankan dengan menggunakan pengenalan haiwan yang didaftarkan semasa memohon permit.

Pengenalan yang digunakan termasuklah nombor visual tag atau nombor RFID tag pada lembu, kambing, kerbau dan bebiri. Ternakan khinzir pula menggunakan ear notch  

Penggunaan RFID tag (nombor mikrocip) sebagai pengenalan pada ternakan memudahkan lagi daya jejak dijalankan kerana nombor tag ini unik dan mampu menyimpan lebih banyak data.



PERMIT PERMINDAHAN TERNAKAN

1. Tarikh permohonan permit sekurang-kurangnya dalam tempoh tiga (3) hari dalam waktu bekerja daripada tarikh permohonan ternakan hendak dipindahkan.
2.    Tempoh masa sahlaku permit hanya sekali untuk satu (1) perjalanan  sahaja mengikut pada tarikh yang dinyatakan dalam Akuan Kebenaran Pindah
3.    Perlu menyatakan tarikh dan lokasi penerima ternakan serta maklumat pengeluar ternakan termasuk ID Premis dengan jelas.
4.    Permohonan Permit pemindahan ke luar negeri hanya akan dikeluarkan setelah mendapat kebenaran masuk/terima daripada Negeri penerima ternakan.
5.    Permohonan melibatkan luar negeri perlu mengisi borang deklarasi  ladang semasa      membuat permohonan


SYARAT PADA TERNAKAN YANG DIPINDAHKAN

Setiap ekor ternakan yang hendaklah dipindah dikehendaki:
1.    Telah mendapat suntikan vaksin FMD (P1 dan P2) mengikut jadual dan telah disahkan oleh doktor veterinar.
2.    Mempunyai tanda pengenalan ternakan yang jelas serta dikepilkan/sertakan bersama borang permohonan Akuan Kebenaran Pindah Ternakan [PVDM/PAPT(1)].
3.    Mendapat pengesahan Pegawai Veterinar Daerah pengeluar/penerima ternakan ATAU wakil yang diberi kuasa sebelum dan selepas pemindahan dilakukan.
4.    Telah menjalani ujian saringan penyakit dan telah disahkan sihat dan bebas daripada sebarang penyakit seperti kuku dan mulut (FMD), brucellosis, tuberculosis dan heamorrhagic septiceamia (HS) oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar.

PERMINDAHAN TERNAKAN BAGI TUJUAN PENYEMBELIHAN;

1.    Hanya dibenarkan di Rumah Sembelih yang dibenarkan oleh Jabatan sahaja.
2.    Jika ternakan yang hendak disembelih itu betina perlu mendapat pengesahan daripada Doktor Veterinar yang bertauliah oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar.
3.    Bagi tujuan penyembelihan diluar kawasan Rumah Sembelih selain yang digazetkan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar perlu mendapat kebenaran yang disahkan oleh Pengarah Perkhidmatan Veterinar.
4.    Bagi ternakan yang telah dipindahkan ke Rumah Sembelih (dibenarkan oleh Jabatan) hendaklah   disembelih tidak melebihi 30 hari. Jika penyimpanan melebihi 30hari  perlu  mendapat kebenaran khas daripada Pengarah Veterinar Negeri.
5.    Lori yang digunakan bagi tujuan pemindahan perlu di ‘Seal’ pada bahagian kenderaan yang kehendaki. 

S.O.P Pemindahan Ternakan Di Antara Negeri Di Semenanjung Malaysia


SYARAT PEMINDAHAN HAIWAN DAN PRODUK HAIWAN ANTARA NEGERI DAN DALAM NEGERI DI SEMENANJUNG MALAYSIA


















ARAHAN KERJA PENERIMAAN TERNAKAN HIDUP ( LEMBU / KERBAU) DARI AUSTRALIA