Akta Rumah Penyembelihan (Penswastaan) 1993 diwujudkan bagi menggalakkan penternak dan pemain industri mewujudkan rumah sembelih yang lebih teratur dan bersih, seterusnya menjamin keselamatan makanan yang dihasilkan.
Rumah Peyembelihan haiwan seperti lembu, khinzir dan ayam
sebenarnya antara industri makanan yang menggunakan sejumlah besar air mentah
dan menghasilkan sejumlah besar air sisa buangan rumah sembelihan dengan bahan pencemar menjadi punca kepada
pelepasan air kotor tidak terkawal yang boleh mencemarkan alam sekitar
Bagi kesalahan yang dilakukan di bawah Akta Rumah Penyembelihan (Penswastaan) 1993 pula, sesebuah rumah sembelih berlesen boleh dikenakan penalti denda sebanyak RM50,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya atas kesalahan yang melanggar syarat lesen.
Selain kompaun atau denda, pihak
DVS juga akan menarik balik lesen beroperasi premis yang terbukti menyebabkan
pencemaran sehingga isu pencemaran tersebut terbukti terkawal
Merujuk pada Garis Panduan Pengurusan Sisa Buangan Ternakan
PENGURUSAN SISA BUANGAN PEPEJAL
Ada banyak jenis sisa
seperti sisa buangan pepejal misalnya tinja (najis) dan bangkai serta sisa
cecair termasuk efluen iaitu air buangan yang keluar daripada sistem pengolahan
sisa.
Sistem rawatan air sisa mempunyai tiga peringkat, iaitu
- Rawatan fizikal melalui pengasingan sisa pepejal
- Rawatan biologi menerusi penguraian bahan organik di dalam kolam oleh mikrob semula jadi,
- Pengenapan ((sedimentation); iaitu efluen pada peringkat akhir dimendapkan di dalam tangki pengenapan atau kolam sebelum dilepaskan keluar.
Pengasingan sisa pepejal dari sisa cecair boleh
dilaksanakan menggunakan alat mesin pengasingan (solid separator). Langkah ini
membantu mengurangkan pembentukan enapcemar (sludge built-up) yang boleh tahap
keupayaan kolam untuk beroperasi dengan baik. Kaedah ini juga bagi mengurangkan
beban pencemaran yang masuk ke dalam kolam pengolahan dan secara langsung dapat
menjimatkan kos penyelenggaraan.
Tempat pelupusan ( Incineration)
Mengadakan pusat atau tempat pengumpulan dan pembuangan semua jenis sampah sarap secara berasingan yang sempurna dan mencukupi.
Bangkai dan sisa-sisa binatang yang berpenyakit dan rosak hendaklah dihapuskan dengan sempurna secara pembakaran ( incineration ) atau loji rendering di dalam kawasan rumah sembelih
Sekiranya Incineration tiada.. Maka bolehlah pelupusan dilakukan dengan kaedah menanam bangkai dan sisa binatang ke dalam lubang yang telah digali. Bangkai dan sisa binatang tersebut perlulah di tabur kapor setebal 5 sentimeter. kemudian lubang di kambus dan ditutup dengan tanah dan di tabur kapur sekali lagi di atasnya.
Kaedah Pengkomposan Tinja
Sisa tinja ternakan boleh dijadikan salah satu bahan atau komponen dalam pembuatan kompos. Kompos digunakan secara meluas sebagai baja organik dalam bidang pertanian. Penghasilan produk seperti ini dapat menjana pendapatan tambahan kepada penternak dan dalam masa yang sama membantu mengekalkan persekitaran yang bebas daripada pencemaran.
Kompos merupakan sumber baja tanaman yang tahan lama. Penguraian yang berlaku dalam proses pembentukan kompos memudahkan tanaman menyerap nutrien serta boleh memperbaiki keadaan tanah yang berpasir atau tanah liat bagi memberi pengudaraan kepada akar tanaman.
Keperluan Bangsal Kompos
- Bangsal untuk kompos berbumbung ketinggian 1.2 x 1.5 meter
- Melindungi bahan yang diproses dari sinar matahir dan hujan secara langsung.
- Lantai tidak perlu di simen. Tepi bangsal perlu dinding 1.2 meter tinggi.
- 2 meter persegi boleh memuatkan 1 tan bahan proses organik.
Bahan-bahan untuk
buat kompos
- Bahan Organik Pertanian / peternakan 83% (Sisa ternakan, sampah dll)
- Serbuk gergaji (kayu yang lembut) 5 %
- Abu (bekas pembakaran bahan organik) 10 %
- Kapur (CaCO3) / dolomit 2 %
- Efektif microb ikut sukatan yang diberi X mL/liter mengikut sukatan yang ditetapkan.
Kaedah untuk buat kompos
- Campur bahan-bahan sisa hingga mencapai ketinggian 1.5 meter, 2 meter lebar dan 2 meter panjang.
- Biarkan selama 7 hari - proses fermentasi (incubation).
- Pembalikan dan pencampuran bahan kompos dengan cara manual atau menggunakan mesin selama 7 hari sekali selama (4 - 5 kali) untuk memberi bekalan oksigen kepada bakteria bagi proses penguraiannya
- Kebiasaan memerlukan masa antara 4 - 6 minggu. Kandungan isipadu berkurangan sehingga 20% - 40%.
- Kompos yang telah matang/stabil berwarna cokelat kehitam- hitaman dimana suhu agak stabil (kurang 50°C) serta tidak panas dan berbau seperti tanah
- Mesin digunakan untuk memproses tinja ke bentuk pallet bagi tujuan komersil (untuk tujuan jualan) Seterusnya Pembungkusan baja organik
SISTEM PENGURUSAN BAHAN BUANGAN DAN KOLAM KUMBAHAN
Mengadakan kolam rawatan kumbahan rumah sembelih yang sempurna dan lengkap untuk rawatan segala air kotor seperti air najis, kencing, darah, lemak-lemak, sisasisa bangkai binatang, kelodak-kelodak dan sebagainya dengan memuaskan. Air kumbahan yang telah dirawat hendaklah mematuhi piawaian kualiti air yang telah ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar.
- Saluran perparitan air sisa ke sistem kumbahan
- Bahan buangan pepejal disalurkan melalui pemisah.
- Mempunyai sekurang-kurangnya dua sistem kumbahan yang khusus;
1)Sisa darah disalur ke takungan khas
2)Sisa pepejal lain disalurkan ke kolam kumbahan yang berasingan
Salah satu kaedah rawatan yang murah dan mudah untuk sisa
buangan cecair atau air buangan dari aktiviti ternakan adalah menggunakan
sistem kolam pengolahan. Kriteria pembinaan sistem kolam adalah lazimnya
dicadangkan sekurang-kurangnya mempunyai masa takungan (detention time) selama
50 hari untuk keseluruhan jumlah kolam-kolam
Walaubagaimanapun sistem ini memerlukan kawasan yang luas.
Kos terlibat adalah kos pembinaan awal dan penyelenggaraan 2 - 3 tahun sekali
untuk pembersihan enapcemar (sludge). Sistem ini perlu diselenggara dengan baik
supaya enapcemar yang terbentuk diatas dan mendap di dasar kolam perlu
dibersihkan apabila telah penuh. Kekurangan penyelenggaraan yang baik
menyebabkan sistem tidak dapat berfungsi untuk mencapai tahap kualiti piawaian
euen yang dikehendaki. Enapcemar daripada kolam pengolahan boleh digunakan
untuk baja. Kolam-kolam yang dikorek sekiranya terdapat sumber air maka dasar
kolam hendaklah dilapik dengan bahan kalis air seperti plastik tebal atau
konkrit supaya air kolam tidak meresap ke dalam tanah dan mencemarkan sumber
air bawah tanah.
Terdapat 4 jenis kolam bergantung kepada
proses penguraian biologi kolam tersebut.
(a) Kolam Anaerobik
(b) Kolam Fakultatif
(c) Kolam Fakultatif berudara
(d) Kolam Aerobik / maturasi (maturation)
Atau secara sekurang-kurang minimumnya boleh juga mempunyai 3 jenis proses penguraian biologi iaitu
(a) Kolam Anaerobik
Kolam ini adalah peringkat pertama yang menerima air buangan
yang masuk ke dalam kolam. Kolam anaerobik mengandungi bahan organik yang
tinggi sehingga tiada proses penguraian aerobik berlaku. Penguraian bahan
organik berlaku melalui pencernaan anaerobik di mana bakteria menurunkan asid
meruap kepada karbon dioksida dan gas metana. Umumnya, kolam anaerobik
digunakan untuk bahan organik dan bukan untuk membersihkan air. Kolam anaerobik
boleh dikorek agak dalam tetapi sebaik-baiknya tidak menebusi lapisan air bawah
tanah.
(b) Kolam Fakultatif
Pertama (Primary)
Peringkat kedua adalah kolam fakultatif berperanan untuk
mengurangkan beban bahan organik selepas proses penguraian di dalam kolam
anaerobik. Kolam ini mengandungi dua zon iaitu zon aerobik di bahagian atas dan
zon anaerobik di bahagian bawah. Di lapisan aerobik, bakteria aerobik
menggunakan oksigen untuk menstabilkan bahan organik. Manakala di lapisan
anaerobik karbon dihapuskan melalui proses fermentasi dan menghasilkan gas
metana.
(c) Kolam Fakultatif Kedua (Secondary)
Peringkat terakhir kolam fakultatif, bakteria dan alga bersama-sama menstabilkan bahan organik. Kekeruhan air serta kedalaman lagun merupakan dua faktor penting dalam operasi kolam aerobik. Ada juga Kolam fakultatif yang diudarakan dimana oksigen dibekalkan di bahagian atas dengan alat pengudaraan permukaan (surface aerator). kolam ini boleh ditingkatkan dengan penambahan alat pengudaraan (aerator) di mana proses pengudaraan boleh mengurangkan masalah bau serta boleh menurunkan kadar pencemaran ke tahap yang lebih baik untuk piawaian kualiti air buangan.
(d) Kolam Aerobik (Completely mixed)
Kaedah ini adalah sistem kolam dibina dari konkrit untuk
menjimatkan kawasan kerana boleh dibina lebih dalam sehingga 4.0 meter.
Terlebih dulu, pepejal dari air buangan yang memasuki kolam akan diasingkan
melalui alat ‘separator’ atau tangki mendapan. Seterusnya air buangan
dimasukkan ke kolam pengudaraan untuk melalui proses aerobik. Alat pengudaraan
mekanikal digunakan untuk mencepatkan proses penguraian (completely mixed
aeration) berlaku. Kos pembinaan sederhana tinggi jika dibandingkan dengan
kolam tanah tetapi kualiti euen yang dikeluarkan lebih baik serta boleh
mencapai tahap piawaian yang ditetapkan. Kos tambahan yang diperlukan adalah
kos tenaga bagi penggunaan 1.6 - 3.2 W/m3 isipadu kolam untuk alat pengudaraan.
Jenis-jenis kolam pengolahan dibina menurut fungsi
masing-masing berasaskan kepada jumlah beban pencemaran atau bahan organik
(organic loadings) yang memasuki kolam tersebut. Kebiasaan kolam anaerobik akan
menerima beban yang lebih berbanding kolam lain. Lagi kurang beban bahan
organik memasuki kolam bermakna lebih mudah dan cepat penurunan tahap
pencemaran serta menghasilkan kualiti efluen yang baik
Kolam-kolam boleh dikorek agak dalam tetapi sekiranya lokasi kolam terdapat sumber air berdekatan maka dasar kolam hendaklah dilapik dengan bahan kalis air (liner) seperti polimer tebal High-Density Polyethylene (HDPE) atau konkrit supaya air kolam tidak meresap ke dalam tanah dan mencemarkan sumber air.
Kriteria Rekabentuk Kolam Pengolahan Ukuran kolam-kolam
boleh berasaskan kepada isipadu kolam atau masa tahanan (HRT) setiap kolam
mengikut kriteria yang telah ditetapkan. Lebih lama masa HRT akan memberikan
kualiti euen yang lebih baik kerana kolam dapat mempercepatkan proses
penguraian (digestion) serta melambatkan jangkamasa untuk penyelenggaraan
berbanding kolam yang mempunyai HRT yang singkat.
CONTOH PENGIRAAN ISIPADU KOLAM :
- Jumlah Ternakan = 100 ekor lembu Fidlot / Tenusu
- Air buangan terhasil = 378 liter / ekor x 100 = 37,800 liter
- Kadar aliran rekabentuk = 37. 8 m3 / hari
Rekabentuk Kolam Anaerobik :
Rekabentuk Kolam Fakultatif :
Rekabentuk Kolam Fakultatif Berudara :
SISTEM KUMBAHAN (HI-KLEEN)
Secara amnya, terma bagi septik merujuk kepada persekitaran bakteria anaerobik yang terbentuk didalam tangki yang mana menguraikan bahan buangan yang masuk kedalam tangki tersebut.
Bahan binaan tangki septik biasanya batu bata, konkrit, bahan gentian (fiberglass) atau plastik. Bentuk bagi tangki septik biasanya segi empat (dibina dari konkrit) atau berbentuk silinder ( bahan daripada plastik atau fiber).
Bahan buangan akan memasuki kebuk pertama tangki dan menyebabkan bahan pejal larut ke mendak dan sekam terapung. Bahan mendak pejal akan diuraikan secara anaerobik yang menyebabkan isipadu bahan pejal berkurangan. Bahan cecair pula akan mengalir melalui pembahagi dinding ke kebuk yang kedua dan bahan pejal mendak. Cecair berlebihan dari ruangan kedua akan keluar dari outlet ke parit melalui effluent pipe.
Bahan buangan yang tidak diuraikan oleh sistem anaerobik akan menyebabkan tangki septik penuh. Apabila ini terjadi, bahan buangan akan dikeluarkan secara manual menggunakan pam vakum.
Tangki septik yang sempurna mempunyai 3 sehingga 4 penutup logam bersegi empat tepat dan pada lazimnya berada di luar kawasan premis sama ada di bahagian hadapan, belakang atau tepi premis.
Penyelenggaraan terhadap tangki septik dimana perlu dikosongkan secara berjadual, lebih kurang setiap dua tahun sekali; untuk memastikan ianya berfungsi dengan efisien. Penyelenggaraan komponen sistem perlu dilakukan agar komponen sistem boleh bekerja dari masa kesemasa selain memanjangkan jangka hayat komponen sistem
Antara penyelenggaraan tersebut meliputi kompenen
- Inlet chamber
- Tangki Pengudaraan
- Tangki penjernihan
- Tangki simpanan Sludge
- Inspaction Chamber
- Effluen Sludge / Effluen Pump
- Pump Sump
- Panel Kawalan
- Blower dan Motor
KOLAM KUMBAHAN / SEPTIK TANK JENIS KALBAT
Mempunyai sistem saliran bahan buangan/longkang di kawasan ”unloading” haiwan ternakan supaya air dapat disalirkan ke dalam takungan najis
Kolam kumbahan / Tangki septik
juga dikenali sebagai sistem septik adalah sistem rawatan pembentungan skala
kecil, merupakan tangki rawatan bahan kumbahan yang biasa digunakan di kawasan
kediaman rumah perseorangan. Secara amnya, terma bagi septik merujuk kepada
persekitaran bakteria anaerobik yang terbentuk didalam tangki yang mana
menguraikan bahan buangan yang masuk kedalam tangki tersebut.
Bahan binaan tangki septik
biasanya batu bata, konkrit, bahan gentian (fiberglass) atau plastik. Bentuk
bagi tangki septik biasanya segi empat (dibina dari konkrit) atau berbentuk
silinder ( bahan daripada plastik atau fiber).
Bahan buangan akan memasuki kebuk pertama tangki dan menyebabkan
bahan pejal larut ke mendak dan sekam terapung. Bahan mendak pejal akan
diuraikan secara anaerobik yang menyebabkan isipadu bahan pejal berkurangan.
Bahan cecair pula akan mengalir melalui pembahagi dinding ke kebuk yang kedua
dan bahan pejal mendak
Seterusnya dari kebuk kedua bahan cecair itu akan mengalir melalui pembahagi dinding ke kebuk yang ketiga dimana cecair berlebihan akan tersaring keluar dari outlet ke parit melalui effluent pipe.
SALIRAN
Seluruh rumah sembelih hendaklah mempunyai sistem perparitan yang baik seperti longkang gerlis (glazed invert drains) bahan meterial diperbuat dari bahan heavy duty dan sebagainya serta cerunan parit yang sempurna supaya air kotor dapat mengalir dengan memuaskan ( self-cleansing ).
Longkang dibina dari bahan simen konkrit, kalis air, serta mempunyai kecerunan 2%
Tidak berlakunya pengaliran semula air buangan ( Back Flow)
Sistem pengairan air longkang yang menyalurkan efluan yang belum di rawat hendaklah di asingkan dari longkang air hujan (Stromwater Drain) dan perparitan kumbahan.
• Kedudukan strategik untuk pengaliran air sisa dan bahan sisa keluar dari loji
• Tidak bertakung dan mudah dibersihkan dan ada perangkap sisa
• Bagi Longkang Besar di luar Rumah Sembelih Tidak perlu ditutup
• Bagi Longkang kecil didalam kawasan Rumah Sembelih hendaklah berpenutup
Pengunaan Grease Trap (Perangkap Sisa Pepejal)
Sisa Pepejal akan di tapis melalui perangkap sisa pepejal (Grease Trap) bagi mengasingkan sisa pepejal dari air kumbahan. Ini bertujuan bagi menapis air kumbahan dari premis tersebut sebelum air disalurkan ke dalam sistem pembentungan
Secara umumnya, Penyelenggaraan yang lebih kerap perlu dilakukan pada perangkap lemak dengan membersihkan dan membawa keluar Grease / Sisa Lemak yang membeku bagi memberikan kelancaran proses rawatan air.
KAEDAH BIOLOGI RAWATAN SISA AIR BUANGAN
Terdapat beberapa pilihan (option) sistem kolam pengolahan yang boleh digunakan supaya efluen yang dialirkan keluar akan dapat mematuhi piawaian kualiti efluen.
(a) Pilihan Pertama:
Pit (tangki pengumpulan) + mesin pengasingan pepejal - cecair + 1 kolam anaerobik + 2 kolam fakultatif (primary & secondary) + 1 kolam aerobik.
- Aliran air buangan dari kandang memasuki tangki tangkungan / pengumpulan (pit).
- Air buangan bercampur pepejal diasingkan menerusi tapisan (screen) atau mesin pengasingan pepejal-cecair. tapisan (screen) atau mesin pengasingan pepejal-cecair.
- Pepejal diasingkan dan cecair akan disalirkan ke kolam Anaerobik.
- Aliran keluar dari kolam Anaerobik akan memasuki 2 kolam fakultatif (kolam kedua juga tanpa alat pengudaraan).
- Aliran air akan dirawat di kolam aerobik terakhir dan dialirkan keluar.
(b) Pilihan Kedua:
Pit (tangki pengumpulan) + mesin pengasingan pepejal - cecair + 1 kolam anaerobik + 1 kolam fakultatif + 1 kolam fakultatif berudara + 1 kolam aerobik.
- Aliran air buangan dari kandang ke tangki takungan / pengumpulan (pit).
- Air buangan bercampur pepejal diasingkan menerusi tapisan (screen) atau mesin pengasingan pepejal - cecair.
- Pepejal diasingkan dan cecair akan disalirkan ke kolam Anaerobik.
- Aliran keluar dari kolam Anaerobik akan memasuki ke kolam fakultatif pertama tanpa alat pengudaraan.
- Aliran dari kolam fakultatif pertama akan memasuki ke kolam fakultatif kedua (ada alat pengudaraan).
- Aliran seterusnya akan dimasukkan ke kolam aerobik terakhir untuk diolah lalu dialirkan keluar.
(c) Pilihan Ketiga:
Pit (tangki pengumpulan) + mesin pengasingan pepejal - cecair + 1 kolam anaerobik + 1 kolam fakultatif + 1 unit tangki bioreaktor (ada alat pengudaraan).
- Aliran air buangan dari kandang memasuki tangki takungan / pengumpulan (pit). / pengumpulan (pit).
- Air buangan bercampur pepejal diasingkan menerusi tapisan (screen) atau mesin pengasingan pepejal-cecair.
- Pepejal diasingkan dan cecair akan disalirkan ke kolam Anaerobik.
- Seterusnya aliran keluar dari kolam Anaerobik akan memasuki ke kolam fakultatif.
- Akhirnya air buangan akan dirawat dengan menggunakan tangki bio-reaktor (saiz 20 - 25 m3) yang mengandungi bebola media (60%).
(d) Pilihan Keempat:
Pit (tangki pengumpulan) + Tangki Biogas (rujuk rawatan alternatif) + 1 unit tangki bioreaktor + tangki pemendapan atau membina 1 kolam aerobik.
- Aliran air buangan dari kandang memasuki tangki takungan / pengumpulan (pit). / pengumpulan (pit).
- Air buangan bersama pepejal di pam/dialirkan ke tangki biogas.
- Biogas (metana) terhasil boleh digunakan bagi menghasilkan tenaga bahanapi dan letrik.
- Aliran yang keluar dari tangki biogas perlu dirawat seterusnya menggunakan sistem aerobik untuk mematuhi piawian efluen yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.
Penyelenggaraan Kolam Pengolahan
Penguraian bahan organik dari air buangan ternakan oleh mikroorganisma di kolam tidak sepatutnya menerima bahan yang tidak boleh diuraikan (non-biodegradable) seperti sampah sarap dan lain-lain. Air hujan perlu dilihat sebagai air yang bersih dan perlu diasingkan bermula dari kandang supaya tidak memasuki kolam
PENGGUNAAN MIKROB (EM - Effective Microbes)
Penggunaan Mikrob yang berkesan seperti EM (effective microbes) merupakan suatu kaedah yang sangat membantu untuk mempercepatkan proses penguraian bahan organik di dalam rawatan air buangan dan pengkomposan sisa pepejal ternakan (composting). Penggunaan EM akan mempercepatkan penguraian bahan organik. Kebiasaan EM dicampur ke dalam makanan, minuman atau diletakkan ke dalam kolam pengolahan. Hasilnya sisa ternakan dapat ditukarkan kepada produk yang tidak toksik serta mengurangkan kadar pencemaran kepada alam sekitar.
Penggunaan Mikrob (useful microbes-EM)
Penggunaan EM (effective microbes)
sebagai suatu kaedah bagi membantu untuk mempercepatkan proses penguraian bahan
organik di dalalam rawatan air kumbahan.
Koloni mikroorganisma aktif ini dapat hidup dalam pelbagai media dan berkembang tanpa dipengaruhi keadaan cuaca dan iklim, pertumbuhannya mudah dikawal dan bersifat genetik yang mudah dimodikasi. Reaksi biokimianya dapat dikawal oleh enzim organisma itu sendiri. Ianya perlu digunakan secara berterusan
SISTEM
ALTERNATIF - Rawatan Sisa Buangan Ternakan Babi
Sistem Biogas
Sistem biogas adalah proses penguraian bahan organik (proses pemeraman di dalam loji biogas selama 28 hari yang bertujuan untuk mendapatkan gas Methane (CH4) – (50-75%), Karbon Dioksida (C02) – (25-45%) dan Hidrogen Sulfid (H2S) – (1-5%). pemampatan najis haiwan ternakan) secara anaerobik (tertutup) di dalam tangki pencernaan (digester) akan membebaskan oksigen daripada gas sehingga gas menjadi mampat
Komponen utama terhasil di dalam biogas adalah gas metana (CH4, 60 - 70%) dan karbon dioksida (C02, 30 - 40%).
Gas-gas tersebut akan disimpan untuk menjana tenaga elektrik dan sistem penyaman udara di dalam kandang tertutup manakala air basuhan kandang akan dikitarkan semula
Proses ini menghasilkan enapcemar (separa cecair) yang telah stabil (digestate) dari tangki anaerobik. Enapcemar yang termendap perlu dikeluarkan dan dikeringkan untuk menjadi baja kepada tanaman atau menyuburkan tanah (soil conditioner).
Walaubagaimanapun efluen yang keluar sistem ini masih
tidak boleh mencapai tahap kualti air yang ditetapkan oleh pihak Jabatan Alam
Sekitar. Justeru, efluen perlu dirawat seterusnya sebelum dialirkan ke saliran
awam.
Sistem Bio Filter
Sistem bio filter
adalah sistem bersepadu yang mengubahsuai sistem kolam rawatan biologi sedia
ada dengan menambah pam air, tangki bio filter, tangki pemendapan dan tangki
pengumpulan sisa pepejal Tangki bio filter, tangki pengumpulan sisa dan tangki
pemendapan boleh dibuat dari bahan fiber ataupun konkrit. Sistem ini dapat
mengurangkan penggunaan kawasan dan berkemampuan untuk menurunkan tahap
pencemaran sehingga mencapai piawaian efluen yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.
Bagaimanapun sistem ini melibatkan kos yang tinggi tetapi efisien.
Enapcemar yang terdapat selepas sistem pengolahan yang
biasanya digunakan untuk salah satu daripada kegunaan berikut:-
- Penggunaan tanaman: sebagai baja atau pengkondisi tanah
- Pemulihan tanah: enapcemar digunakan untuk menambah bahan organik kepada tanah seperti tanah lombong.
- Ditaburkan di kawasan hutan untuk baja organik.
- Pemeliharaan ikan: digunakan dalam kolam ikan sebagai baja untuk alga.
Bio filter terdiri daripada tangki yang mengandungi
media berfungsi untuk menambahkan luas permukaan untuk mikroorganisma melekat
(attached) bagi penghuraian bahan organik di dalam air buangan.
Sistem Bioreaktor Aerobik
Sistem Bioreaktor Aerobik lebih kurang dengan sistem bio filter
tetapi ia tidak menggunakan tangki bio filter (media). Contoh kaedah ini
seperti ‘Toyo Bioreactor System’. Ia telah diuji di ladang babi di Mersing,
Johor Bharu. Sistem ini direka untuk kegunaan sejumlah 6,000 populasi babi
disatu-satu ladang dengan penghasilan sisa air kumbahan harian sebanyak 40L
/ekor babi. Sistem ini terdiri daripada cecair pemisah yang kukuh, tangki
penerima, tangki pengudaraan, Toyo Bio unit reaktor, tangki pemendapan dan penjernih
Air terawat akan dikitar semula. Ciri khas sistem ini adalah penggunaan khas ejen pengaktifan (EM) yang membolehkan pertumbuhan mikroorganisma aerobik. Sistem ini dapat menurunkan kadar pencemaran ke tahap piawaan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa. Kos pembinaan bergantung kepada populasi ternakan, bahan konkrit dan ejen pengaktifan yang digunakan. Ia sangat esien dan boleh mencapai tahap piawaian disamping air boleh dikitar semula.
Dari segi pengurusan sisa buangan, antara langkah yang boleh diambil adalah seperti berikut:-
- Mengurangkan penggunaan air bagi tujuan cucian kandang untuk mengurangkan jumlah sisa euen yang dihasilkan dengan menggunakan Jet Air Bertekanan Tinggi (high pressure water jet). Sisa air buangan yang telah dirawat boleh dikitar semula untuk air cucian lantai kandang.
- Pengasingan sisa pepejal dan cecair boleh dilaksanakan menggunakan alat separator atau scrapper. Langkah ini membantu mengurangkan pembentukkan sludge serta mengurangkan beban pencemaran yang masuk ke dalam kolam pengolahan.
- Sisa buangan pepejal yang diasingkan dikumpulkan di tempat pengkomposan yang tidak telap air supaya tidak meresap dan mencemarkan air bawah tanah. Tempat pengkomposan perlu dilindungi dari air dan kelembapan untuk mengurangkan pencemaran bau dan pembiakan lalat
- Tinja lembu mengandungi unsur-unsur NPK (nitrogen, fosforus dan kalsium) yang sesuai dijadikan baja kompos.
- Efluen dari ternakan perlu diolah terlebih dahulu sebelum dilepaskan ke saliran air. Bagi tujuan ini, sekurang-kurangnya tiga (3) atau empat (4) buah kolam pengolahan (iaitu kolam anaerobik, aerobik, fakultatif) perlu disediakan sepertimana garis panduan diterbitkan dan disyorkan oleh DVS.
- Di ladang hanya satu takat pelepasan akhir efluen (final effluent discharge point) dibenarkan.
- Konsep zero discharge di mana tiada pelepasan efluen ternakan ke saliran air awam. Air kumbahan yang diolah boleh dikitar semula bagi kegunaan siraman untuk baja tanaman seperti rumput di ladang dan sebagainya. Konsep ini adalah digalakkan terutamanya bagi ladang yang terletak di kawasan tadahan (catchment area). Walau bagaimanapun, sekiranya pelepasan perlu dilakukan maka efluen ternakan perlu mematuhi had pelepasan euen yang ditetapkan.
- Bahan seperti enzim serta mikro-organisma (EM) boleh dicampurkan dalam makanan ternakan, air minuman atau tinja bagi meningkatkan keberkesanan sistem pengolahan seterusnya boleh mengurangkan pencemaran air dan bau.
- Penternak perlu melaksanakan Amalan Perladangan Lembu Yang Baik (GAHP) mengikut garis panduan yang diterbitkan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia (DVS).
No comments:
Post a Comment