Sunday, December 18, 2022

PERSAMPELAN UNIT PEMERIKSAAN DAGING (UPD)

PROGRAM PERSAMPELAN

Program Pemantauan Keselamatan Makanan yang meliputi pengawasan dan kawalselia sebatian kimia dan mikroorganisma bertujuan untuk mengawasi keberkesanan program kebersihan dan keselamatan serta mengawasi kadar residu di dalam bahan makanan hasilan haiwan. Program ini melibatkan semua abatoir, loji penyembelihan, loji pemprosesan hasilan haiwan dan ladang ternakan


Pengambilan Sampel adalah mengikut Manual Program Pemantauan Keselamatan Makanan Kebangsaan yang dikeluarkan

Rujuk: Arahan Prosedur Tetap Veterinar Malaysia (APTVM) PEMANTAUAN BAHAN BIOLOGI & DRUG VETERINAR No. Dokumentasi: APTVM 23(d):1/2011

Rujuk: Arahan Prosedur Tetap Veterinar Malaysia (APTVM) PEMERIKSAAN PRODUK HAIWAN No. Dokumentasi: APTVM 23(c): 1/2011

Rujuk:Arahan Prosedur Tetap Veterinar Malaysia (APTVM)  PEMERIKSAAN VETERINAR DILOJI PEMPROSESAN  No Dokumentasi: APTVM 23(a):1/2010

Pengambilan Sampel Abatoir / tempat penyembelihan

i) Karkas lembu, kerbau, kambing, bebiri 

  • Tisu/daging/organ yang dikeluarkan dari setiap abatoir atau tempat penyembelihan yang berdaftar hendaklah diambil secara rawak sebanyak 250-500 gm sekurang-kurangnya dua kali setahun.

 ii) Karkas babi 

  • Tisu/daging/organ hendaklah diambil secara rawak sebanyak 250-500 gm sekurang-kurangnya dua kali setahun dari setiap abatoir yang berdaftar.

iii) Karkas unggas 

  • Tisu dan daging daripada bahagian peha hendaklah diambil dari lokasi yang dipilih secara rawak sebanyak 250-500 gm sekurang-kurangnya dua kali dalam setahun.



Tatacara Pengambilan Sampel


1. Plastik Sampel dilebal dengan jelas dan tepat dengan Marker Pen kalis air


2. Plastik Sampel dikoyak dengan rapi mengikut tanda-tanda putus pada bahagian atas plastik


3. Penanda puteh di tarik bagi membuka plastik


4. Sampel yang di ambil tadi di masukkan secara berhati-hati dalam plastik sampel



5. Dawai kuning di lipat 2 hingga 3 kali (dawai berwarna kuning) dan hujung dawai dilipat kedalam


6. Sampel yang telah siap di bungkus. Bungkus sekali lagi dengan plastik biasa dan di ikat kemas


7.Sampel perlu dihantar ke makmal dengan kadar  segera.

Sekiranya sampel tidak dihantar pada hari yang sama, atau pun jarak penghantaran jauh dari makmal sampel hendaklah dibekukan pada suhu -20oC sebelum membuat penghantaran sampel.

PROGRAM PEMANTAUAN DI RUMAH SEMBELIH (ABATOIR)

MR = (PROGRAM PEMANTAUAN MIKROBIOLOGI 

  1. Sampel DAGING dikutip sekitar 250 grm / sampel 
  2. Pastikan sampel dikutip dan dibungkus dengan kaedah yang bersih
  3. Sampel yang dikutip merangkumi ujian  Total Plate Count (TPC) , Coliform, Escheria coli (E.coli) ,E.coli 0157dan Salmonella spp  mengunakan sampel yang sama
  4. Daging dikutip dari 3 lokasi pada satu karkas iaitu rump, brisket  dan flank
  5. Sampel hendaklah dihantar ke Makmal Veterinar Kawasan selewat-lewat Minggu pertama atau Minggu kedua setiap bulan

D1 = (PROGRAM PEMANTAUAN RESIDU Antibiotik, Kloramfenikol, Amfenikol, Nitromidazole, Stilbenes  

  1. Sampel GINJAL dikutip sekitar 250 grm / sampel 
  2. Pastikan sampel dikutip dan dibungkus dengan kaedah yang bersih
  3. Ujian Antibiotik, Kloramfenikol, Amfenikol, Nitromidazole, Stilbenes mengunakan sampel yang sama
  4. Sampel hendaklah dihantar ke MKAV Salak Tinggi selewat-lewat Minggu pertama atau Minggu kedua setiap bulan

D2 = (PROGRAM PEMANTAUAN RESIDU Nitrofuran dan Beta-Agonist) 

  1. Sampel HATI dikutip sekitar 250 grm / sampel 
  2. Pastikan sampel dikutip dan dibungkus dengan kaedah yang bersih
  3. Ujian Nitrofuran dan Beta-Agonist mengunakan sampel yang sama
  4. Sampel hendaklah dihantar ke MKAV Salak Tinggi selewat-lewat Minggu pertama atau Minggu kedua setiap bulan

O = (PROGRAM PEMANTAUAN RESIDU Organoklorin  

  1. Sampel LEMAK dikutip sekitar 250 grm / sampel 
  2. Pastikan sampel dikutip dan dibungkus dengan kaedah yang bersih
  3. Sampel yang dikutip merangkumi ujian  Total Plate Count (TPC) , Coliform, Escheria coli (E.coli) ,E.coli 0157dan Salmonella spp  mengunakan sampel yang sama
  4. Sampel hendaklah dihantar ke MKAV Salak Tinggi selewat-lewat Minggu pertama atau Minggu kedua setiap bulan


UJIAN PERSAMPELAN DI MAKMAL

1) PROGRAM PEMANTAUAN PENCEMARAN MICROORGANISMA (MR)

TPC, Coliform, E-coli, Yeast & Mold, SAureus, Campylobacter, Listeria, Yirsinia

Mikro-organisma, Bakteria Patogen Dan Bakteria Indicator

Program Persampelan ini bagi tujuan memantau kebersihan dan keselamatan keatas makanan berasaskan haiwan.

Mikro-organisma adalah mikrob yang terdiri dari virus, parasit dan bakteria. Bakteria patogen adalah mikrob yang boleh menyebabkan penyakit atau keracunan Pada manusia walaupun hadir di dalam jumlah yang sedikit seperti Salmonella spp, E.Coli 0157, Campylobacter jujeni, Yersinia enterocolitica, Listeria manacytogens, Staphlococcus aureus, Escherichia coll dan lain-lain patogen berbahaya. 





Bakteria indikator adalah mikrob yang terdapat di dalam produk atau persekitaran yang digunakan sebagai penunjuk untuk memantau tahap kebersihan/hygin produk yang dikeluarkan seperti "total plate count" (TPC), coliform dan lain-lain. Jika kehadiran bakteria indikator ini melebihi had yang dibenarkan ianya boleh merosakkan produk atau memudharatkan pengguna.

2) PROGRAM PEMANTAUAN PENCEMARAN NITRIT DAN LOGAM BERAT

Merkuri, Arsenik, Kadium, Stanum, Antimoni

Bahan Kimia Dan Residu

Program Persampelan ini bagi tujuan mengenalpasti hasilan haiwan (produk) yang tidak menepati spesifikasi kandungan Nitrit dan logam berat yang ditetapkan serta mengambil tindakan susulan hasil laporan ujian.

Bermaksud bahan atau sebatian fizikal yang bukan dari agen mikro-organisma tetapi adalah bahan atau sebatian yang mengandungi samada drug veterinar, hormone tumbesaran, steroid, mikotoksin, insektisid, herbisid, logam berat, pestisid atau lain-lain bahan luaran yang bersifat merbahaya Pada kesihatan haiwan dan manusia.


3) PROGRAM PEMANTAUAN RESIDUE DRUG VETERINAR DAN PENCEMARAN PESTISID

Antibiotik, Kloramfenikol, Amfenikol, Nitromidazole, Stilbenes, Colistin, Anticoccidial

Drug Veterinar Terlarang

Program Persampelan ini bertujuan mengenalpasti punca residu drug veterinar, pengunaan hormon dan pencemaran pestisid.  Juga mengenal pasti pengunaan drug yang diharamkan dengan menjalankan pengujian dalam sample yang diambil dari Abatoir.

Drug veterinar terlarang adalah "drug" yang dilarang sama sekali pengunaannya di dalam ternakan dan tidak dibenarkan mengandungi sebarang residu drug tersebut Pada produk hasilan ternakan tersebut seperti nitrofuran, chloramphenicol (CHPC), beta-agonist (kecuali ractopamine) atau lain-lain bahan kimia yang terdapat di dalam senarai drug veterinar terlarang.

Untuk pengujian pengesanan Beta-agonist, Nitrofuran,  CHPC,  Quinolone dan Adulterasi melamine saringan iaitu ELISA dijalankan ke atas sampel. Jika dikesan positif ujian pengesahan iaitu LCMS-MS (Liquid Chromatography With Tandem Mass Spectrometry) akan dijalankan.

Untuk pengujian pengesanan  Tetracycline mengunakan pengujian HPLC-PDA (High-performance Liquid Chromatography–Photodiode Array) dan Sulfonamide mengunakan pengujian HPLC/UV (High-performance Liquid Chromatography- Ultra-Violet)

Bagi kontaminasi pestisid pengesanan ke atas sampel dilakukan menggunakan pengujian GCMS (Gas Chromatography Mass Spectrometry)


No comments:

Post a Comment