APA MAKSUD TINJA TERNAKAN KITA?
Tahi lembu mempunyai warna yang berubah dari
kehijauan sehingga kehitaman, tergantung makanan yang dimakan kerbau. Selepas
terdedah di udara, warna tahi lembu cenderung menjadi gelap.
Pemerhatian terhadap keadaan tinja ternakan merupakan teori yang masih diguna-pakai secara meluas oleh penternak kita
Namun, jika diperhatikan, apa sahaja bentuk serta keadaan tertentu tinja atau najis lembu sebenarnya sudah boleh memberitahu tahap kesihatan malah keadaan fisiologi mereka kepada kita, tanpa sedar. Rumput hijau lembut sangat larut dan sering melalui rumen sebelum mengalami dehidrasi sepenuhnya, menyebabkan tinja lebih cair, tetapi apa lagi tinja lembu boleh beritahu kita tentang kesihatan mereka?
Bahan seperti najis adalah salah satu daripada banyak petunjuk yang sangat berguna terhadap “sesuatu” tahap kesihatan dan pemakanan lembu.
Melalui pemerhatian terhadap tinja ternakan kita akan dapat menilai pemakanan sama ada baik atau berkesan atau tidak... Tinja sebenarnya boleh memberitahu kita segala-galanya dari saat untuk menambah protein kepada diet rutin terbaik lembu kita sehinggalah mengesan masalah seperti asidosis sebelum ia meruncing memeningkan kepala kita sebagai penternak.
Tinja lembu fidlot jika diperhatikan berbeza dengan tinja lembu yang meragut lepas bebas. Tinja lembu fidlot selalunya kelihatan lebih lekit daripada tinja lembu meragut lepas bebas kerana makanan dan persekitaran. Tinja lembu feedlot lebih kurang keras daripada haiwan yang memakan jerami kering atau rumput, tetapi tidak berair atau cair. Terlalu cair atau berair boleh menjadi petunjuk asidosis atau mungkin ternakan menghadapi penyakit “Johne’s”.
Walaupun situasi itu sebenarnya lebih biasa dalam lembu tenusu, penyakit Johne’s menjadi lebih lazim dalam lembu daging juga. Oleh kerana tiada rawatan wujud untuk penyakit Johne’s, tindakan pencegahan adalah penting. Lembu dengan penyakit Johne mengalami kesukaran mengekalkan berat badan selain najis berair. Situasi ini menyebabkan produktiviti ternakan menurun, malah tidak memberi keuntungan kepada pemilik.
Mungkin situasi yang selalu kita lihat... Penternak lembu berjalan di kebun sawit atau padang rumput dan menendang tinja dengan kakinya.. dan ada yang memijak tinja tersebut dengan kakinya... Tujuannya adalah sebagai bentuk pemerhatian melalui pandangan mata kasar untuk membuat penilaian terus...
Pemerhatian pada bentuk dan keadaan tinja ternakan adalah sangat penting bagi memastikan tindakan susulan adalah tepat dan tidak mendatangkan sebarang kerugian. Langkah pencegahan perlu dilakukan seketat yang mungkin supaya tiada penyakit yang teruk akan dihadapi oleh ternakan kita.
Pentingnya Memerhati Bentuk Tinja:
- Petunjuk Kesihatan: Tinja cair (cirit-birit) boleh menunjukkan jangkitan parasit atau bakteria.
- Kualiti Diet: Tinja yang terlalu kering mungkin menunjukkan kurang air, manakala tinja tidak hadam (ada sisa makanan) menunjukkan diet yang tidak sesuai.
- Pengurusan Sisa: Bentuk tinja mempengaruhi cara sisa tersebut diuruskan (contoh: najis pejal lebih mudah dijadikan kompos berbanding najis cair).
jika tinja atau najis lembu kelihatan tebal dan berserabut, Suplemen protein perlulah ditambah ke dalam diet pemakanan ternakan supaya mikrob rumen supaya boleh mencerna makanan ternakan dengan lebih lengkap.
Jika tinja lembu berbentuk bertindan tebal dan berserabut, diet perlu diperhalusi dan perlu diubah dengan segera.
Cuba kita pijak dengan kaki atau selongkar apa kandungan tinja tersebut untuk menilai penghadaman atau memetabolismekan nutrien makanan tersebut. Contohnya beginilah, jika kita bagi makan jagung... Kita akan tengok biji jagung dalam tinja, terutamanya jika ia tidak dikisar. Apa yang kita nak perhatikan ialah peratusan keseluruhan. Jika seekor lembu makan setengah kilogram jagung, biasanya hanya terdapat peratusan yang kecil yang tertinggal dalam tinja. Takdalah nampak macam banyak sangat biji-biji jagung tadi dalam tinja seolah-olah dah makan keluar balik dengan kuantiti dan keadaan sama menyebabkan pembaziran zat makanan.
Bentuk tinja (najis) ternakan merujuk kepada konsistensi,
fizikal, dan rupa bentuk sisa buangan haiwan yang merupakan penunjuk utama
tahap kesihatan, pemakanan, dan fungsi sistem pencernaan ternakan tersebut.
Tinja yang normal (seperti berbentuk pelet untuk kambing atau tumpukan pejal
untuk lembu) menandakan haiwan sihat, manakala tinja cair atau berdarah
menandakan penyakit atau masalah diet.


Warna tinja biasanya menunjukkan warna makanan. Hijau gelap keperangan contohnya palet jenama tertentu dan rumput. Makanan ternakan berkualiti tinggi biasanya najis berwarna lebih cerah.
Walau bagaimanapun, jika kita mempunyai anak lembu yang menerima makanan rayap dan najis kelihatan lekit lembik dan berlemak, sudah tiba masanya untuk membuat beberapa pengubahsuaian dalam ramuan atau pengambilan makanan terbaik.
Score keadaan tinja ternakan yang mengalami Scours (cirit-birit)
Scours (cirit-birit), yang disebabkan oleh pertumbuhan E-coli yang berlebihan dalam rumen, akan kelihatan sebagai tinja yang sangat cair dan lembik melekit berwarna kelabu atau seolah berkabus. Kebanyakan penternak biasa dengan scours dan tahu rawatan adalah penting.
Najis berdarah boleh menunjukkan terdapat masalah coccidiosis, dan pelepasan tisu usus sering dikaitkan dengan bakteria salmonella.
Cirit birit boleh disebabkan oleh jangkitan E.coli dan juga jangkitan oleh Coccidia.. Cirit birit juga kerap berlaku disebabkan faktor pemakanan atau diet dan juga pengambilan antibiotik yang berlebihan.
Faktor cirit-birit pada ternakan
-Cacing
-Protozoa (coccidia)
-Kuman bakteria
-Salah makan
PUNCA & TANDA-TANDA CIRIT-BIRIT
Cirit-birit adalah satu gejala atau tanda yang tidak normal berlaku kepada sistem penghadaman ternakan.
Kecacingan pada Lembu, kambing dan bebiri
Punca samada disebabkan oleh pemakanan, jangkitan bakteria, jangkitan coccidia atau cacing.
Tanda-tanda bebanan cacing seperti
-Kurang selera makan
-Kurus/lemah
-Berak cair/diarea
-Najis berbau
-Bulu tidak kemas dan pudar
-Perut buncit/abdomen besar
-Selaput basah pucat
-Bottle jaw - bengkak berair (edema) dibawah dagu
Pengesahan bebanan kecacingan adalah dengan melakukan Ujian Fecal Egg Count (F.E.C)- bilangan telur cacing dalam tinja. Caranya adalah dengan mengambil sampel tinja dalam gerompok 10% ternakan.. jika keputusan makmal menunjukkan kiraan telur cacing melebihi 500 epg per gram , maka perlulah diberikan ubat cacing pada ternakan tersebut..
Secara amnya, perubahan drastik pada bentuk tinja ternakan perlu diperhatikan dengan teliti untuk tindakan rawatan segera.
No comments:
Post a Comment