Standard Operating Procedure (SOP)
Standard Operating Procedure (SOP) merupakan dokumentasi / format terperinci
berbentuk arahan bertulis yang spesifik atau garis panduan / prosedur untuk
melaksanakan sesuatu tugasan bagi memastikan dapat dilaksanakan secara
tersusun, selamat, menepati piawai mengikut ketetapan-ketetapan am pada sesebuah
loji pemprosesan/ rumah sembelih.
Prosedur Kerja Selamat Kompleks Abatoir Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia disediakan untuk rujukan pihak pengurusan Kompleks Abatoir Jabatan bagi langkah-langkah keselamatan yang perlu di ambil bagi setiap prosedur yang dijalankan di kompleks abatoir dan langkah-langkah bagi mengelakkan kemalangan berlaku sepanjang prosedur dijalankan.
Kepentingan SOP
- Memastikan tugasan atau kerja dengan betul
- Standard perlaksanaan proses dan mengelakkan ketidakseragaman
- Mengetahui dengan jelas peranan dan pembahagian tugas setiap posisi tugasan masing-masing
- Perlaksanaan dapat dijalankan dengan lebih cekap, efektif, efisen dan ekonomi
- Menjamin kualiti yang konsisten
- Meningkatkat kecekapan pekerja
- Mengurangkan kesilapan pekerja
- Menghindari pertindihan proses
- Meningkatkan pengurusan masa
- Pengurusan risiko dan melindungi kecelakaan semasa menjalankan tugas
Ketibaan
Kenderaan pengangkutan Ternakan
- Kenderaan pengangkutan yang membawa ternakan ternakan akan melalui ‘covered wheel dip’ sebagai langkah kawalan bioskuriti. (menghalang kemasukan / mengurangkan agen-agen penyakit)
- Pastikan disinfectant dalam ‘covered wheel dip’ ditukar sekiranya kotor.
- Pekerja yang melakukan semburan nyah kuman darei bahagian atas kenderaan, ke bahagian sisi kenderaan dan ke bahagian bawah kenderaan.
- Pekerja yang menjalankan kerja-kerja nyah kuman perlulah memakai Pakaian Keselamatan Lengkap (PPE)
- Penggunaan bahan disinfectant mestilah direkod supaya senang dipantaui
- Kenderaan pengangkutan akan melalui Pondok Pengawal untuk pemeriksaan kemasukan ternakan
Penerimaan
Ternakan
Ternakan yang dibawa masuk di wajibkan mempunyai Sijil kesihatan atau Permit Memindah Ternakan daripada pihak berkuasa iaitu Pengarah Perkhidmatan Veterinar @ Pegawai Perkhidmatan Veterinar Daerah berkenaan
- Pegawai pemeriksaan membuat pemeriksaan terhadap jumlah bilangan, baka dan jantina ternakan
- Pemerhatian dilakukan ke atas keadaan fizikal ternakan yang diterima
- Rekod penerimaan kemasukkan ternakan di dalam Borang Penerimaan
- Pastikan tempat penurunan ternakan (loading bay) dalam keadaan baik mengikut SOP
- Pastikan bilangan ternakan yang telah dibawa turun dari lori
- Menerima ternakan dan membuat checklist dokumen berkaitan
- Ketibaan ternakan hendaklah diiringi dengan Sijil Kesihatan Veterinar dan Akuan kebenaran Sembelih dari pihak berkuasa Veterinar
Ternakan yang dibawa masuk di wajibkan mempunyai
Sijil kesihatan atau Permit Memindah Ternakan daripada pihak berkuasa iaitu Pengarah Perkhidmatan
Veterinar @ Pegawai Perkhidmatan Veterinar Daerah berkenaan
Jenis-jenis dokumentasi yang diperlukan
- Sijil kesihatan
Veterinar (SKV)
- Akuan kebenaran
pindah (Permit)
- Akuan kebenaran
sembelih
- Surat kebenaran menyembelih lembu betina
- Rekod kemasukan ternakan dan simpan dokumen-dokumen tersebut
Pastikan dokumen-dokumen tersebut seharusnya mempunyai butiran berikut;
1.
Nama tuan punya ternakan
2.
Tempat di perolehi
3.
Nombor kenderaan pengangkutan
4.
Umur ternakan
5.
Jantina
6. Status bebas dari penyakit berjangkit
Contoh Borang Laporan Kemasukkan Ternakan Harian Yang Perlu di Isi
- Ternakan tersebut akan direhatkan di dalam Holding yard selama satu (1) hari bagi mencegah daripada berlakunya stress terhadap ternakan sebelum di sembelih.
- Pastikan kandang simpanan sesuai untuk jumlah ternakan yang hendak disimpan
- Ternakan yang akan disembelih tidak digalakkan diberi makanan dan hanya diberi minuman untuk mengelakkan kontaminasi semasa penyembelihan
PEMERIKSAAN ANTE MORTEM
- Perhatikan secara umum keatas kumpulan dan individu ternakan semasa rehat dan semasa bergerak ternakan di dalam kurungan
- Pengamatan (observe) keatas pernafasan, mata, hidung, kulit dan perhatikan abnormal discharge
MENGHALAU TERNAKAN KE TEMPAT SEMBELIHAN
- Ternakan dibersihkan sekurang-kurangnya 2 jam sebelum disembelih.
- Pastikan ternakan tidak stress
- Operator pengendali bersiap dengan memakai pakaian yang besesuaian dan kelengkapan PPE .
- Perlengkapan pakaian Am untuk pekerja pemprosesan karkas dan/atau daging meliputi pakaian kerja khusus, apron plastik, penutup kepala (hairnet), penutup mulut (masker), sarung tangan (handglove), dan gumboot
- Operator pengendali dimestikan untuk mencelup Gumboot kedalam Footbath yang mengandungi Disinfaktan sebelum memasuki ruang Dewan Operasi
- Pastikan prosedur keselamatan dipatuhi
KEBERSIHAN DIRI & AMALAN SANITASI
Semua pekerja dikehendaki mengamalkan konsep kebersihan diri yang telah ditetapkan saperti tatacara mencuci tangan sabelum dan salepas operasi , keluar dari bilik air dan sentiasa berpakaian kemas dan mempraktikan amalan kerja yang sihat.
Tatacara
mencuci tangan dengan betul;
- Membasah kedua belah tapak tangan hingga ke pegelangan tangan dengan air sabun
- Mengosok kedua belah tapak tangan
- Menbersihkan kuku
- Mengosok belakang tapak tangan
- Membersihkan celah-celah jari
- Membilas dengan air secukupnya
Amalan
kebersihan diri;
- Memakai uniform yang lengkap termasuk apron, topi dan gumboot berwarna cerah
- Menyimpan rambut pendek dan kemas
- Kuku hendaklah sentiasa pendek , kemas dan bersih
- Tidak makan dan minum semasa berada didalam dewan penyembelihan.
- Tidak merokok semasa bekerja
- Tidak memakai barang kemas termasuk jam tangan semasa bertugas
PENYEMBELIHAN HALAL
- Ternakan dihalau kedalam hidrolik”bucket”
- Ternakan dihadapkan ke kiblat dan di sembelih mengikut hukum syarak.
- Setelah selesai penyembelihan ternakan dikeluarkan dari hidrolik “bucket”
RESTTRAINING / PENDARAHAN
Menentukan ternakan
benar-benar mati periksa reflek mata, kaki
dan ekor
DECAPITITATION
- Pisahkan kepala dari karkas
- Memotong kaki hadapan
- Memotong kaki belakang dan ekor
SKINNING / PROSES MEMBUANG KULIT
- Pindahkan karkas ke rel dengan mencangkuk sebelah kaki belakang pada rel. Pasangkan spreader dan cangkuk kedua –dua kaki belakang ke rel.
- Lapah kulit di bahagian dada, perut dan peha (partial skinning)
- Teruskan dan selesaikan melapah kulit badan. Pindahkan karkas ke ruang evisceration
MEMBUKA ABDOMEN
Proses membuka rongga dada
tepat melalui ventral tengah tulang atau sternum dengan menggunakan mesin
reciprocating saw
PROSES EVISERASI PERTAMA
- Proses pengeluaran salur pencernaan dengan melakukan irisan sepanjang ventral tengah
- Proses mengeluarkan offel putih iaitu:
- 4
perut (Rumen, Retikulum, Omasum dan Abomasum)
- Usus
kecil
- Usus
besar
- Hati-hati supaya tidak membocorkan perut dan usus
- Menolak perut dan usus ke bilik cuci perut.
- Cuci bersih usus dan perut.
- Pindahkan usus dan perut ke dalam troli
Kedua PROSES EVISERASI KEDUA
- Proses mengeluarkan offal merah (Organ dalam) iaitu:
- Jantung,
- Peparu
- Hati,
- Limpa
- Ginjal
- Memisahkan organ dan hantar ke meja pemeriksaan (MI)
PEMERIKSAAN POST MORTEM
- Pegawai Pemeriksaan Daging (MI) membuat pemeriksaan postmortem pada paru-paru, jantung, ginjal, hati serta limpa
- Pegawai Pemeriksaan akan menilai dan membuat kondem sebahagian atau dibuang keseluruhannya jika didapati terdapat tanda-tanda patologi atau fisiologi am pada bahagian yang tidak layak dimakan manusia
- Rekod penemuan dan kondem didalam borang perakuan pemeriksaan Post Mortem
SPLITTING / MEMBELAH KARKAS
- Karkas ditolak ke bahagian splitting
- Membelah tulang belakang mulai bahagian pelvic terus ke tulang leher mengggunakan splitting saw
- Karkas terbahagi
dua dan dipindahkan ke rel quartering
CUCIAN PERUT DAN USUS
- Menolak perut dan usus ke bilik cuci perut.
- Cuci bersih usus dan perut. dan pindahkan usus dan perut ke dalam troli
QUARTERING / PENSUKUAN KARKAS
- Karkas ditolak ke rel Quartering
- Pembelahan karkas dari dua di potong lagi menjadi 4 bahagian
- Perapian karkas (trimming) dengan memotong bahagian karkas yang tidak perlu
- Penimbangan karkas untuk mengetahui berat karkas bersih
- Menggunakan tanda kelulusan pemeriksaan Veterinar pada setiap peha.Stamping dye berwarna digunakan yang mana diluluskan Akta Makanan 1985. Pengesahan karkas merujuk kepada kaedah-kaedah pemeriksaan 1985 kaedah 10. (1)
- Pegawai Pemeriksaan Daging (MI) membuat Stamping Dye penandaan cop lagenda “V” pada karkas (Setiap bahagian peha) bagi menunjukan telah menjalani proses yang mematuhi peraturan dari Rumah Sembelih Jabatan
- Menekap alatan Lagenda Pemeriksaan yang berdakwat secara sekata di atas permukaan karkas ruminan pada bahagian tengah ‘fore shank’ dan bahagian ‘hind shank’ manakala untuk babi bermula pada bahagian kaki, bahagian ‘round’, ‘rump’, ‘loin’, seluruh kawasan rusuk dan ke leher.
- Cetakan Lagenda Pemeriksaan hendaklah jelas, tidak bertindan dan tidak terseret (smear) di bahagian karkas tersebut.
PEMASANGAN TAG PENANDA KARKAS
- Pegawai Pemeriksaan Daging (MI) memasang Tag Penandaan karkas sebagai kepastian kualiti daging yang dikeluarkan selamat di makan
- Sticker Tang Penanda Karkas yang terletak di bahagian belakang tag, hanya ditanggalkan setelah tag dimasukkan. Ini untuk mengelakkan tempat lekatan terkena daging atau lemak yang menyebabkan tag tidak boleh dilekatkan atau lekatan menjadi lemah dan tag akan mudah tertanggal.
- Catat nombor Id dan bilangan Tag Penanda karkas yang telah dikeluarkan dalam Borang Penggunaan Tag Karkas
- Karkas yang disimpan di dalam Bilik Chiller bersuhu 0-4° C
- Mengikut kaedah-kaedah pemeriksaan 1985 kaedah 4 jadual Pertama bahagian II.No 30(1)
- Karkas yang telah keluar terus diserahkan kepada pemilik. Pengedaran Karkas kepada pembekal daging segar untuk di hantar ke pasar-pasar awam.
- Semua penyerahan karkas direkodkan
Pegawai
Pemeriksa Daging memasukkan data penyembelihan harian, Laporan
Pemeriksaan, pengunaan Tag Karkas dan Pengesahan kemasukan ternakan dalam
system dan secara manual
- Rekod jumlah bilangan ternakan yang disembelih di dalam sistem e-Sihat
- Laporan Ante mortem dan past mortem
- Rekod kelulusan pengeluaran karkas di dalam sistem e-Karkas
Program Pembersihan
Tujuan mengadakan program ini ialah untuk;
1. Menjaminkan kebersihan peralatan dan permukaan lantai dan dinding
2. Mengelakan pencemaran bau, habuk dan kehadiran makhluk perosak
3. Mengurangkan pencemaran keatas karkas yang di proses
4. Menjamin mutu pengeluaran karkas.
Senarai Semak Harian Pembersihan Peralatan / Mesin
- Membersihkan mesin bagi gergaji belah dada dan gergaji belah dua
- Membersihkan peralatan spt. pisau, kilir dan inspection hook
- Membersihkan peralatan spt. beef hooks dan chain hooks
- Membersihkan peralatan spt. troli, bucket dan cradle
- Membersihkan celup kaki
- Membersihkan meja
- Membersihkan dinding
- Membersihkan lantai
- Membersihkan longkang
- Membersihkan chiller
- Membersihkan bilik mencuci perut
Jadual pembersihan peralatan perlu disertakan
Nyatakan kekerapan bagi setiap SSOP –contoh kekerapan dua kali sehari sebelum atau selepas operasi
Prosedur Operasi Mesin Gergaji Belah Dada dan Gergaji Belah Dua
Prosedur
- Bersihkan dengan air panas (suhu 82°C ) untuk mengeluarkan kotoran
2. Berus permukaan mesin dan buang bahan
buangan pepajal
3. Bilas dengan air sejuk
4. Keringkan dengan menggunakan kertas tisu
5. Sembur dengan sanitizer jenis quartenary ammonium compound
(1 : 100)
6. Gantung dan biarkan semalaman
Prosedur Operasi Bagi Pembersihan Peralatan Pemeriksaan
Prosedur
- Bilas peralatan dengan
air bersih
- Berus
permukaan alat dengan detergen
- Masukan
kedalam sterilizer dengan suhu air 82°C
- Rendam selama 10 minit
- Keringkan dengan
menggunakan kertas tisu
- Simpan ditempat yang selamat
Prosedur Operasi Bagi Pembersihan Beef Hook dan Chain hook
Prosedur
1. Bersihkan permukaan dengan air panas
(suhu 82°C )
2. Berus
dengan permukaan alat dengan detergen untuk menghilangkan
kekotoran
3. Bilas
dengan air sehingga bersih
4. Sembur dengan sanitizer jenis
quartenary ammonium compound
(1 : 100)
7. Gantung atas rak dan biarkan semalaman
Prosedur Operasi Bagi Pembersihan Troli, Bucket dan Cradle
Prosedur
1.
Sembur
semua permukaan troli, bucket dan cradle dengan air panas (82°C )
2.
Berus dengan menggunakan detergen untuk mengeluarkan
kotoran
3.
Bilas dengan air sejuk sehingga kotoran hilang
4.
Sembur
dengan sanitizer jenis quartenary ammonium compound (1 : 100)
5. Biarkan kering semalaman
SSOP Pembersihan Pencelup Kaki
Prosedur
- Buangkan
air kotor dari pencelup kaki
- Berus permukaan pencelup
kaki
- Bilas permukaan dengan
air
- Isikan pencelup kaki
dengan air bersih
- Larutkan dengan chlorine pada tahap 200ppm .
SSOP Bagi Pembersihan Meja Pemeriksaan
Prosedur
- Bilas permukaan meja dengan air panas (82°C )
- Berus permukaan meja dengan menggunakan detergen
- Bilas
dengan air sejuk
- Sembur
permukaan meja dengan campuran quartenary ammonium compound (1 : 100)
- Biarkan semalaman
SSOP Membersihkan Dinding
Scope
Prosedur ini merangkumi dinding yang di bersihkan
Prosedur
- Bilas permukaan dinding
dengan air
- Berus permukaan dinding
- Gunakan clorin ke atas
permukaan dinding (700ml clorin dalam 37 liter air)
- Berus permukaan dinding
semula
- Bilas permukaan dinding
dengan air bersih
- Biar semalaman
SSOP Membersihkan Lantai
Prosedur
- Bilas permukaan lantai
dengan air
- Berus
pemukaan lantai dan buang pepejal buangan
- Gunakan clorin ke atas
permukaan lantai ( 700 ml clorin dalam 37 liter air)
- Tunggu selama 10 minit
- Berus permukaan lantai
semula
- Bilas permukaan lantai
dengan air bersih
- Tunggu semalaman
- Bilas dengan air bersih sebelum beroperasi
SSOP Membersih Kandang .
Prosedur
- Kumpulkan sampah sarap dan buang kedalam bag plastik
dan ikat dengan tali rafia.
- Letakan bungkusan sampah ditempat khas untuk
diangkut oleh Majlis Tempatan
- Sembur
air keseluruhan lantai kandang untuk membersihkanya
- Taburkan serbuk klorin (1 kg. untuk permukaan 3m x
3m) dan berus permukaan lantai untuk menanggalkan kekotoran sekali
seminggu.
- Biarkan selama 10 minit dan kemudian bilas dengan air.
Prosedur Membersihkan chiller
Prosedur
1.
Tutupkan
suis dan biarkan semalaman
2.
Sembur
dengan air sejuk kesemua dinding dan lantai
3.
Bersihkan lantai dan dinding dengan menggunakan detergen
4.
Bilas
dengan air sejuk
5.
Campurkan
30 ml sanitizer dengan 3 liter air
6. Sembur dengan quartenary ammonium compound
Nota : Prosedur 1 – 7 dilakukan setiap 6 bulan
Contoh Borang Pemeriksaan Kebersihan Chiller / Freezer Yang Perlu di Isi
SSOP pembersihan bilik perut
Prosedur
1. Sembur air panas (suhu 82°C )
kesemua permukaan lantai, dinding dan meja dalam bilik.
2.
Berus dengan menggunakan detergen sehingga kekotoran
hilang
3. Bilas dengan air sejuk
4. Sembur dengan campuran
sanitizer jenis quartenary ammonium compound (1 : 100)
5. Biarkan untuk kering semalaman
Contoh Borang Housekeeping Yang Perlu di Isi
Cuma bahan pencuci dan pembasmi kuman yang di luluskan akan di gunakan
Bahan tersebut adalah tersenarai di bawah :-
No |
Jenis Bahan |
Fungsi |
Kadar Campuran |
1 |
GP
CLEAN (Natrium
Hidroksida/ Sodium Hydroxide) <10% |
Pembersihan
umum Pencucian
lantai dan Mesin
Pencucian
Cool Room |
1:10
1:20 |
2 |
DIVERFOAM
TRF |
Pembersihan
umum |
1:30 – 1:50 (Pembersih
berbuih) 1:100 – 1:200 (Pembersihan
tekanan tinggi) 1:50 – 1:100 (Pembersihan merendam) |
3 |
SF
Sanitizer <15% (Quartenary
Ammonium Compound) |
Sanitizer/Pembasmi
kuman
Foot
Bath |
2.5 ml dengan 1 liter air (200ppm)
7.5ml-10ml + 1Liter Air (600ppm-800ppm) |
4 |
Diverpine |
Bahan pembasmi kuman bagi bahan buangan |
1 oz Diverpine dalam 1 gallon air |
5 |
Chlorine
Powder |
Bahan
pembasmi kuman |
1 kg untuk
permukaan 3m x 3m |
Program Pengendalian Pengurusan Stor Bahan Kimia
Semua bahan pencuci di simpan di dalam stor yang berasingan dari stor bahan kering. Stor bahan kimia hendaklah berkunci dan hendaklah dipegang oleh pegawai yang bertanggungjawab. Stor hendalah sentiasa bersih dan kemas dan disusun mengikut program (FIFO System). Semua bahan kimia hendaklah ditandakan dengan jelas serta dipamerkan bahan aktif ingredient. Bahan kimia yang digunakan mempunyai MSDS dan log masuk dan keluar bahan kimia
- Pastikan operator yang mempunyai pengetahuan mengenai bahan kimia yang digunakan
- Pastikan bahan kimia tidak dipindahkan kedalam bekas yang tidak berlabel, mudah hakis atau rosak
- Pastikan kepekatan campuran mengikut spesifikasi yang ditentukan oleh pengilang
- Pastikan bekas bahan kimia yang kosong dilupuskan dengan kaedah yang betul
- Pastikan pekerja membersihkan diri setelah selesai tugasan yang melibatkan pengendalian bahan kimia
Pertahanan pertama
- Meletakkan Pest Control di sekeliling kawasan yang berpagar dibahagian dalam dengan jarak 40 diantara setiap perangkap. Menutup laluan longkang ke kawasan luar dengan menggunakan jaring untuk mengelak kemasukan anjing.
Pertahanan Kedua
- Meletakkan Pest Control di tempat
bangunan kawasan luar di bahagian kaki
lima .
Pertahanan ketiga
- Meletakkan perangkap tikus atau glue board di dalam dewan penyembelihan dan di ruang pengedaran karkas.
Semua
perangkap tikus ini dipantau setiap hari bagi memastikan ia-nya berkesan
Semua pemantauan
ini direkodkan didalam buku
Perkara |
Spesifikasi |
Kawalan
mahluk perosak |
|
1. Anjing liar 2.
Tikus (i) Stor makanan & ubatan 3.
Lalat
4.
Nyamuk
|
· Pagar chain-link · Perangkap tikus ·
Mengamalkan
kebersihan · Semburan racun – kawasan jauh dari tempat makanan ·
Mempastikan tidak ada tempat air bertakung ·
Fogging di kawasan jauh dari tempat makanan |
Penyelenggaran Mesin
Tujuan program ini adalah untuk memastikan peralatan penyembelihan seperti hoist, brisket saw, splitting saw, chiller dalam keadaan sempurna dan sentiasa berfungsi dengan baik. Semua peralatan ini perlu diselenggarakan dengan baik mengikut jadual yang telah di tetapkan. Kerja-kerja penyelenggaran ini perlu direkodkan.
Contoh Borang Log Penyelenggaraan Servis Peralatan Yang Perlu di Isi
Program pengujian persekitaran
Mengadakan program pemantauan keadaan tahap kebersihan peralatan, mesin, udara dan pekerja. Program dijalankan dengan mengambil calitan saperti berikut;
1.
Calitan permukaan yang bersentuhan dengan karkas saperti
pisau, gergaji, hooks dll.
2.
Calitan keatas pemukaan yang tidak bersentuhan dengan
karkas saperti dinding dewan sembelih dan chiller dll.
3.
Calitan tapak tangan pekerja sabelum mula operasi.
4. Sampel udara dalam dewan sembelih
Tempat calitan dijalankan |
Keputusan |
Dinding Dewan Sembelih |
Bersih (bil. koloni E.coli < 10) |
Tapak Tangan Pekerja A |
Kotor (bil. koloni E. coli > 10 |
Dinding Chiller |
Bersih (bil. koloni < 10) |
Sampel udara dalam dewan sembelih |
Bersih (bil. koloni <10) |
PIAWAIAN MIKROORGANISMA (PERSEKITARAN) RUMAH SEMBELIH
CALITAN (SWAB) | TPC cm2 | Coliform cm2 | E. Coli cm2 | Salmonella cm2 |
STANDARD (ACCEPTABLE) | 0 - 1000 | 0 - 1 | 0 - 1 | ND |
STANDARD (UNACCETABLE) | ˃1000 | ˃1 | ˃1 | DETECTED |
KAWALAN PENCEMARAN SISA KUMBAHAN
Air Kumbahan (Waste water treatment)
Semua air kumbahan disalurkan melalui paip/longkang ke kolam rawatan (Kolam Oxidasi) berukuran 6 meter x 4.2 meter x 5.4 meter, Cemaran air dapat dikurangkan, air kumbahan diambil setiap 6 bulan sekali untuk di hantar ke makmal dibuat ujian, tahap BOD (biological oxygen demand) yang dibenarkan ialah 50 ppm. Sehingga kini pencapaian terbaik ialah <10ppm. Sampel air dihantar ke JAS.
Pembuangan sisa-sisa pepejal
Sisa pepejal dari
rumah sembelih seperti tulang
dan lemak akan di kumpulkan di
dalam tong (Tong Roro). Kemudahan
yang perlu ada adalah Rumah sampah untuk meletakkan Tong Roro tersebut.
Pastikan sisa pepejal perlu di bungkus dan
dilupus dengan baik. Kerja-kerja
ini dilakukan setiap kali selepas penyembelihan.
Pihak Berkuasa
Tempatan atau kontraktor pembersihan yang dilantik akan mengambil tong-tong
sisa pepejal ini untuk dilupuskan di tempat pelupusan
Contoh Borang Rekod Pelupusan Sisa Pepejal / Sampah Yang Perlu di Isi
Pengurusan
Sisa Cecair (Saptik Tank)
Mempunyai
sekurang-kurangnya dua sistem takungan Septik kumbahan yang khusus;
- Sisa darah disalur ke takungan khas
- Sisa pepejal lain disalurkan ke kolam kumbahan yang
berasingan
Bagi sisa cecair ini
pula akan dilupus dan diuruskan dengan baik bersesuaian dengan peraturan pihak
berkuasa tempatan (PBT) atau kontraktor pembersihan yang dilantik
Tangki ini perlu dikosongkan sekurang-kurangnya setiap dua tahun sekali bagi mengelakkan enapcemar yang terkumpul di dalamnya menjadi keras.
No comments:
Post a Comment