Tuesday, January 10, 2023

PERALATAN & KEMUDAHAN PERLU ADA DI RUMAH PENYEMBELIHAN RUMINAN


Keperluan-keperluan asas  seperti peralatan penyembelihan dan pemprosesan adalah penting untuk  membangunkan rumah penyembelihan ruminan 

• Alatan asas  perlulah disediakan secukupnya yang perlu dipenuhi untuk mendapatkan lesen mengoperasikan rumah penyembelihan tempatan – ruminan.

Merujuk pada Akta Rumah Penyembelihan (Penswastaan) 1993.


TEMPAT SEMBELIHAN & KEKANGAN (RESTRAINT)

Secara umumnya Kaedah penyembelihan terbahagi  dua jenis iaitu

1) Kaedah Konvensional (tanpa pemingsanan)

2) Stunning (Pemingsanan)

Kaedah konvensional merupakan penyembelihan yang dilakukan di lantai tanpa alat pengekang khusus. Kebaikan  Kaedah konvensional adalah praktikal, tidak perlu banyak peralatan digunakan dan murah. Akan tetapi, kaedah konvensional  menyebabkan pengendalian  mengekang  yang berlebihan pada haiwan yang cenderung kasar dan tidak mematuhi kebajikan dan kesejahteraan haiwan.

Kaedah Stunning  (Pemingsanan) boleh dibahagikan kepada 3 cara iaitu

1) Cara Mekanikal  dengan penggunaan Captive Bolt Stun Gun;

2) Cara aliran elitrik dengan menyepit  di kepala dan tubuh;

3) Cara Gas CO2 dalam kadar tertentu dan waktu tertentu (EFSA 2006). 

Sejak awal tahun 2000 Meat and Livestock Association (MLA) dan Livecorp telah mula mengembangkan keperluan penggunaan Restraining Box Mark I dan Restraining Box Mark IV (Jones 2011) untuk tujuan penyembelihan di kebanyakan  Pusat Penyembelihan Haiwan.

Namun penggunaan Restraining Box Mark I masih dianggap tidak sesuai dengan kehendak standart  antarbangsa yang ditetapkan oleh World Organisation for Animal Health - OIE (2013) - Bab 7.5 mengikut penilaian yang telah dilakukan oleh AVCO (2011)

Bagaimanapun penggunaan Restraining Box Mark IV dinilai AVCO (2011) merupakan alternatif terbaik dan bersesuaian mengikut kehendak  World Organisation for Animal Health - OIE (2013) - Bab 7.5 untuk tujuan kekangan dan sembelihan haiwan ternakan.

Pengunaan tempat sembelihan dan kekangan ternakan untuk disembelih telah berubah dari sistem mengunakan tiang hinggalah di buatkan sebuah kotak tempat sembelihan bagi mengurangkan jumlah operetor yang mengendalikan ternakan tersebut

Salah satu upaya yang dilakukan untuk meminimalkan stress adalah dengan melakukan kekangan  (restraint) pada ternakan yang akan disembelih.

Tempat Sembelihan / kekangan ternakan yang diperlukan samaada

  1. Restraining Jenis tiang
  2. Restraining box Manual tipe Mark 1
  3. Restraining box Manual tipe Mark 2
  4. Restraining box Hidrolik tipe Mark 3
  5. Restraining box Hidrolik tipe Mark 4 (untuk kekangan bagi penyembelihan ternakan dari Australia).
  6. Dan seterusnya

1) Restraining Jenis Tiang

Kekangan Jenis Tiang merupakan kaedah  kekangan (restraint) yang basic pada  ternakan Lembu / Kerbau yang di ikat dengan tali pada sebatang tiang  Namun kaedah ini memerlukan  kemahiran operator pengendali bagi mengekang ternakan supaya merebah dan terbaring.



2) Restraining box Manual  Tipe Mark I

Restraining box Manual tipe Mark 1 adalah alat bantu yang digunakan oleh Rumah Penyembelihan yang berfungsi untuk melakukan kekangan (restraint) pada  ternakan Lembu / Kerbau  sebelum proses penyembelihan. 






Ternakan akan dimasukkan kedalam kotak Mark 1 terlebih dahulu, kemudian Operator akan menjeratan sebelah kaki ternakan bahagian hadapan dan belakang dengan tali dan mengikatnya pada penjuru. Apabila pintu Sliding  di buka oleh operator, membuatkan ternakan hilang keseimbangan  tubuh dan kaki  ternakan tergelincir lalu merebah secara posisi baring  ke lantai akibat faktor kecerunan lantai. 


Apabila kaki ternakan telah terjerat dan hilang keimbangan maka Pintu Sliding menjadi tempat menampung berat badan ternakan. Sehingga pintu Sliding dibuka menyebabkan ternakan merebah kesampingan

Kaedah ini memerlukan  2 orang operator bagi menjerat kaki seorang operator mengekang leher ternakan dan seorang operator untuk sembelih





3) Restraining box  Tipe Mark II



Modifikasi Mark II menjadi  lebih baik lagi berbanding Mark I. Namun masih mengekalkan penggunaan jerat kaki ternakan. Pintu yang menjadi tempat menampung berat badan ternakan perlahan-lahan menurunkannya kesampingan. 

Lantai cerun seperti Mark I di tiadakan.

3) Restraining box  Tipe Mark III

Revolusi  Mark III  telah menjadikan modifikasi yang benar-benar berbeza dimana tiada lagi  menjerut kaki ternakan dan perebahan mengunakan pintu. 

Kotak dan lantai Mark III  beserta ternakan didalamnya akan bergerak ke sampingan dengan bantuan Chain Hoist dan tension yang besar  bagi merebahkan tubuh ternakan. 

4) Restraining box Hidrolik Tipe Mark 4

Restraining box Hidrolik tipe Mark 4 adalah merupakan kotak perebahan ternakan lembu / kerbau mengunakan pengerak hidrolik  dengan menyepit bahagian perut dan leher. Kemudian  alat tersebut memutar tubuh ternakan dalam posisi berbaring.  Hanya memerlukan 2 orang untuk operator hidrolik dan seorang operator untuk sembelih.

  • Bagi Penyembelihan ternakan pedaging yang di import daripada Australia yang dipelihara bagi suatu tempoh masa sebelum disembelih. Negara Australia  telah menguatkuasakan Export Supply Chain Assurance System (ESCAS) yang merujuk kepada peraturan pengurusan ternakan semasa sembelihan Dimana salah satu syarat yang dikenakan untuk mendapatkan kelulusan Pembangunan Pusat Sembelihan  dari ESCAS adalah dengan menyediakan Fasiliti  kemudahan penyembelihan yang lebih praktikal  dengan penekanan kepada aspek kebajikan Haiwan. 


Salah satu syarat yang dikenakan untuk mendapatkan kelulusan rumah sembelih dari Exporter Supply Chain Assurance System (ESCAS) adalah dengan menyediakan kemudahan killing box jenis Mark 4.

Mark 4 merupakan suatu alat bagi mengekang ternakan semasa sembelihan ternakan di jalankan. Penggunaan alat ini adalah selaras dengan menjamin kesejahteraan haiwan serta mengurangkan stress haiwan yang hendak di sembelih. Berbanding dengan killing box jenis yang lain, penggunaan Mark 4 tiada keperluan menggunakan tali, sebaliknya menggunakan tunjahan hidraulik untuk mengekang pergerakan ternakan agar pergerakan ternakan adalah minima dan mengurangkan bahaya kepada ternakan serta pekerja.









Tempat Sembelihan (Restraining) untuk Kambing 





SISTEM RAILING

Sistem  Railing adalah sebuah jalur rel dan alat penggantungan karkas yang memudahkan  proses pemindahan karkas secara beurutan bermula dari tempat sembelihan di bahagian restraining box menuju dan melalui  bahagian mengulit / melapah, bahagian pemotongan, bahagian bonning, bahagian chilling dan bahagian edaran / loading truck.  

Karkas yang diproses di bahagian tersebut  akan berpindah secara berurutan dengan mengunakan karkas hanger / hook karkas yang dilengkapi roller. 

Rel dan alat penggantung karkas yang didesain agar karkas tidak menyentuh lantai.

Sistem Railing Rumah Penyembelihan  terdiri dari :

  1. Tiang / Rail Beam : Tiang untuk menyangga rail hanger, didirikan dengan tiang  atau bersambung dengan struktur bangunan
  2. Rail Hanger : Struktur tempat penggantungan rail track
  3. Rail Track : Rel tempat menggantungkan roller,  berbentuk trek lurus (I) , belok (L), atau turn over (U)



























    MONORAIL U TURN RAILING
    Mengikut istilah Mono bermaksud Tunggal dan Rail bermaksud landasan. 
    Sistem Monorail merupakan railing yang tergantung bagi memudahkan membuat pusingan 
    atau menukar landasan.






BEAM TROLLEY & CHAIN LOCK / HOIST

     Beam Trolley merupakan sejenis alat yang memudahkan prosedur mengangkat dan memindahkan (tranfer) dan mengendali Karkas dari tempat sembelihan hingga ke bahagian proses dimana cara pengoperasiannya dengan cara didorong oleh operator secara manual atau menggunakan motor dan dikendalikan remote sehingga dapat bergerak melalui jalur rail Beam.





PLATFORM

Platform  bertujuan bagi memudahkan operator melakukan kerja untuk  mengulit dengan leval / ketinggian dari lantai yang disesuaikan pada karkas yang di gantung pada railing.

Dua buah Platform bertingkat  (kiri dan kanan) di antara relling karkas bagi menempatkan beberapa operator  untuk melakukan tugasan  pada bahagian masing-masing. 

Platform (kanan) mempunyai 3 stage bagi  menempatkan 
  • Stage 1 Seorang Operator yang ditugaskan memasang Spreader, menukar dan memasang Hook  kedua-kaki ke rel 
  • Stage 2 Seorang Operator yang ditugaskan untuk melapah kulit  dibahagian belakang karkas dari arah punggung 
  • Stage 3 melepaskan kulit dari tubuh hingga ke bawah (kaki depan)

Platform (Kiri) mempunyai 2 stage bagi  menempatkan 
  • Stage 1 Seorang Operator memotong 2 kaki belakang dan ekor
  • Stage 2 Seorang Operator yang ditugaskan untuk melapah kulit dengan membuat hirisan pada medial kaki belakang hingga bahagian abdomen sampai  tengah dada 

      SKINNING CRADLE

      Skinning Cradle merupakan salah satu peralatan yang digunakan di rumah penyembelihan untuk tujuan bagi memudahkan proses mengulit / melapah atau pengeluaran Offal ( organ dalam).

      Skinning Cradle juga merupakan pengantara pemindahan karkas  dari tempat sembelih kemudian menjalani proses menanggalkan kulit sebelum di gantung mengunakan speader dan dinaikkan  pada railing. berbentuk V atau U di tengahnya bagi menahan tubuh karkas semasa kerja-kerja mengulit /melapah 

      Terdapat beberapa bentuk Skinning Cradle iaitu

  •         Skining Cradle Moving ( dilengkapi dengan roda)
  •         Skinning  Flipped Moving ( boleh direnggang sesuai ukuran & mempunyai roda)
  •         Skinning Cradle Static ( tetap tanpa roda)






SINGLE HOOK KARKAS

Alat cangkok (Hook) bagi mengantung karkas pada railing  diperbuat dari meterial Heavy Duty Solid Stainless Steel supaya tidak karat. Dengan saiz keseluruhan panjang 570mm. 

Hook Karkas boleh mengantung beban berat sekurang-kurangnya 500- 800 kg

Hook Karkas di bahagikan kepada 2 bahagian

  • Upper (Top) pembuatan secara Casting dari meterial Iron Galvanised. Roda (Roller) juga diperbuat dari meterial Heavy Duty pada railling bersaiz 1.5 inci adalah ± 5.3cm
  • Plug Hanger diperbuat dari Solid Stainless Steel dengan pusat pengantungan rod 16-20 mm berhujung sharpen end  R 2.5




Hanging Hook Karkas 

Fungsi Hanging Hook Karkas bagi mengantung karkas pada railling  selepas proses pensukuan (Quartering) karkas hinggalah akhir proses pengedaran.   Diperbuat dari meterial Heavy Duty Solid Stainless Steel supaya tidak karat. Dengan saiz keseluruhan panjang 570mm

Penggunaan Hanging Hook Karkas lebih cenderung bagi mengangkat karkas yang lebih ringan dari sebelumnya ( boleh menahan beban lebih 100 kg )




SCINNING CRAMBREL HOOK KARKAS





SPREADER / ALAT PERENGANG KARKAS

Spreader adalah alat untuk membantu merengangkan diantara 2 belah kaki belakang sehingga lebih mudah diproses baik untuk dibelah ataupun pemotongan karkas. 

Spreder diperbuat dari rod material Stainless Steel sepanjang 65 cm ⌀ 20cm. Hujung Rod dibuat bercabang ⌀ 0.5 cm.


HOOK CHAINS BLEEDING

Alat cangkok bagi mengikat kaki Karkas setelah disembelih untuk dihubungkan dengan chain Hoist dari skinning craddle. Alat cangkok ini juga digunakan bagi mengangkat karkas bagi tujuan proses pendarahan (Bleeding)


CHAIN HOIST / WINCH 
Pengunaan Chain Hoist  untuk memudahkan operator mengangkat / menuruskan beban berat karkas dari  Restraining Box tempat sembelihan untuk di letakkan di skinning cradle atau di naikkan / diturunkan pada railling bagi tujuan mengulit. 

Chain Hoist memiliki 2 jenis iaitu 
  1. Manual
  2. Electric 
Motor Electric Chain Hoist  ( 220V / 380V) boleh digunakan bagi mengangkat beban berat karkas sehingga 1 ton. Operator lebih mudah  mengendalikan aras ketinggian turun / naik yang bersesuaian dengan mengunakan remote. 

Electric Chain Hoist juga terbahagi 2 jenis
  1. Electric Chain Hoist setempat ( Fixed location)
  2. Electric Chain Hoist Berpindah  ( Crane/ elephant / Mobile) merupakan tambahan pada fungsi konstuksi rel dan eletric trolly sehingga hoist dapat bergerak mengikut relnya. 
Eletric Chain Hoist juga dilengkapi dengan kekunci pembatas beban atau limit switch yang mana mencegah pengangkatan melebihi kapasiti maksimum bebanan bagi mengelakkan rantai tergelincir jatuh.

Electric Chain Hoist ada yang  ada yang mengunakan rantai dan ada yang mengunakan Winch (Cable Wire)

PERBEZAAN CHAIN HOIST DAN WINCH
Chain Hoist dan Winch sekilas nampak kesamaan tetapi sebenarnya berbeza fungsi
  • Chain Hoist digunakan mengangkat beban secara vertikal dengan sudut 45 darjah 
  • Winch digunakan untuk menarik beban di atas permukaan rata atau sedikit miring / condong









VISERA TROLLY
Visera Trolly sebagai pengangkut yang diperbuat dari Stainless Steel dengan spot weld yang tahan lasak bagi mengangkut (Transport) organ dan offal. 
Saiz keseluruhan Visera Trolly adalah 94 cm x 80 cm dengan bukaan saiz lantai 80 cm X 80 cm X ketinggian ± 18 -20cm
Manakala 4 Roda 1.5 inci material Castor Wheel diperbuat dari meterial Heavy Duty PU Double Ball Bearing yang boleh menampung beban berat bahan yang diangkut
2 biji Castor Wheel Trolly bahagian hadapan adalah adalah mati (Static) dan 2 biji Swivel Castor Wheel Trolly dipasang pada bahagian belakang bagi menstabil  arah trolly bergerak kehadapan apabila ditolak.


Meterial Roda Polyurethene (PU) lebih tahan lasak berbanding Roda Tayar Getah senang rosak dan pecah

Round Surface Iron Core (Heavy Duty Double Ball Bearing) supaya tahan lasak bagi menampung Load Capacity 180 kg



Contoh Cadangan Rumah Sembelih 






SKIN PULLER / DEHINDER SKINNING PEELING MACHINE




LOADING BAY / DOCK

Loading bay / Dock adalah kemudahan yang disediakan  di kawasan pengedaran bagi tujuan memudahkan kerja-kerja  memunggah dan memuatkan barang masuk ke dalam kenderaan pengangkutan logistik.

Terdapat beberapa jenis Loading Bay / Dock

Flush Loading DockDimana pintu Loading Dock sama rata dengan dinding bagi menjimatkan ruangan dan memudahkan kerja-kerja pemunggahan barang masuk ke dalam  kenderaan pengangkutan (lori)  . kebiasaannya  keadaan permukaan lantai parking rata mendatar.



Namun beberapa kelengkapan bagi tujuan keselamatan perlu sediakan iaitu 
Ketinggian Dock yang besesuaian dengan lantai lori supaya pintu boleh dibuka
Kelebaran dan ketinggian pintu Loading Dock dengan lori dan mempuyai gap (jarak) yang bersesuaian
Perlu ada Getah Bumpers dan besi penghadang keselamatan supaya belakang lori tidak terus berdempel pada dinding








Slope Loading Dock -  Walaupun  pintu Loading Dock sama rata dengan dinding namun  permukaan lantai parking mempunyai sedikit kecerunan disebabkan tanah yang terpaksa  di korek supaya lantai dalam keadaan landai.
 


Namun beberapa kelemahan yang perlu di ambil perhatian adalah

Perlu mempunyai gap (jarak) Ketinggian lori supaya tidak berlakunya bucu hujung bumbung lori tidak terdempel pada dinding yang akan mengakibatkan kerosakan pada bumbung lori


Selain itu kawasan parking lori tersebut perlulah mempunyai sistem longkang yang baik bagi mengelakan air hujan bertakung di kawasan hujung cerun tersebut


Kebiasaannya Loading Dock tersebut tidak mempunyai bumbung. Apabila hujan turun, dikuatiri air hujan tersebut akan mengalir dari bumbung lori  jatuh ke lantai yang meng akibatkan lantai basah dan licin bagi kerja-kerja memunggah dan memasukkan barang ke dalam lori. 


Open Loading Dock - mempunyai ciri loading dan unloading dengan platform di ruangan yang terbuka. Namun Open Loading Dock ini memerlukan bumbung bagi melindungi barangan yang hendak di punggah supaya terlindung dan terdedah dari hujan dan panas.


Platform tersebut bertujuan bagi memberi ruang dan memudahkan forklift bergerak untuk memasukkan barang dari sisi lori .

Pastikan area parkir Lori mempunyai ruangan yang cukup luas bagi memudahkan melakukan  U-Turn dan Reverse, maju dan mundur.


No comments:

Post a Comment