Monday, November 25, 2024

PENTERNAKAN LEMBU INTEGRASI


PROJEK INTEGRASI TERNAKAN RUMINAN (PINTAR)

Pintar adalah singkatan kepada Projek Integrasi Ternakan Ruminan dengan tanaman kekal seperti getah atau kelapa sawit.Ia merupakan satu bidang usaha berinput rendah (low input). Ternakan lembu pedaging dibawa masuk untuk menggunakan rumpui yang terdapat dengan banyak di dalam sesuatu ladang bermakna jumlah stok adalah bergantung kepada kuantiti rumpai yang sedia ada.Sehubungan itu apabila kuantiti rumpai berkurangan ( apabila getah atau kelapa sawit meningkat tua), stok ternakan perlulah dikurangkan sehingga cukup untuk meragut rumpai yang ada saja.
Ianya memberi maksud mana-mana kawasan perladangan yang tiada rumpai yang mungkin berpunca dari aktiviti meracun rumpai tersebut, tidak boleh atau tidak sesuai menjalankan projek pintar.Apabila sumber makanan berkurangan lazimnya pengusaha terpaksa memberi makanan tambahan PKC/ PKE atau pelepah sawit yang dirincih untuk mencukupkan keperluan makanan yang diperlukan. Ia juga bukan merupakan konsep Pintar kerana menyebabkan kos pengurusan meningkat.
Input lain yang menjadi pelengkap kepada keperluan asas ini hanyalah ubat-ubatan, garam galian, sumber air , peralatan pengenalan ternakan termasuklah kandang yang sesuai dan system pagar elektrik

Satu ciri yang terdapat pada Pintar ialah system ragutan berpusingan mengikut amalan yang telah ditetapkan. Misalnya kawasan seluas 400hektar selesai diragut sepenuhnya dalam tempoh 90 hari atau 3 bulan. Ianya hanya boleh dilaksanakan dengan menggunakan system pagar elektrik. Dari sudut ekonomi keuntungan boleh didapati dalaam kedua dua bidang iaitu penghasilan sawi atau getah dan penternakan lembu pedaging

Rujuk Risalah:

BUKU PANDUAN MENTERNAK LEMBU PEDAGING INTEGRASI BERSISTEMATIK DI LADANG SAWIT

Asas pengetahuan penternakan ruminan

  • Minat, keyakinan diri dan berfikiran positif
  • Pengalaman dalam penternakan lembu pedaging
  • Memahami asas untung rugi projek
  • Modal
  • Baka Ternakan, buat permulaan baka Kedah-Kelantan (KK)

Amalan penternakan lembu pedaging integrasi


1) MERAGUT SECARA EXTENSIF

Tanaman kekal getah & kelapa sawit bergantung kepada kuantiti rumpai sedia ada


2) MERAGUT SECARA SITEM RAGUTAN PUSINGAN
Contohnya bagi kawasan 400 hektar selesai diragut dalam tempoh 90 hari atau 3 bulan

  • Dilaksanakan dengan bantuan system pagar eletrik
  • Setelah menternak selama tiga atau empat tahun, baka asas ini boleh dipertingkaatkan dengan mengacuk dengan baka baka seperti Brahman, Charolais  atau lain-lain.

 

BERAT BADAN

UMUR

PENJANTAN

250 – 350 kg

36 – 48 Bulan

INDUK

180 – 250 kg

18 – 36 bulan


Ciri-ciri kesesuaian ladang

  1. Minimum luas kawasan laadang sawit 400 hektar
  2. Tanaman sawit tersebut berumur tidak kurang 5 tahun atau tidak lebih 15 tahun.
  3. Kawasan bawah sawit mempunyai rumpai yang mencukupi untuk makanan lembu.
  4. Kawasan ladang tersebut diperuntukan hanya untuk satu projek penternakan saja tiada ternakan lain yang berkeliaran atau orang lain menumpang mengunapakai rumpai dalam ladang tersebut
  5. Kurang berbukit- bukau atau kecerunan 45` kecuali yang berteres
  6. Tidak mudah ditengelami banjir atau jauh bersempadan dengan hutan simpan , ditakuti ancaman binatang buas.
Contoh Pusingan Petak Ragutan Ternakan

Pengurusan Pusingan
  • Kadar Stok ternakan pada purata 1:4 hektar ( seekor meragut dalam 4 hektar)
  • 100ekor inhduk boleh meragut kawasan seluas 5 hektar selama 1 hari
  • Satu pusingan lengkap selama 80-90 hari
  • Ternakan mesti dipindahkan apabila ketinggian rumpai kira-kira 6 inci
  • Bekalan air bersih dan bata garam
  • Selepas ternakan dipindahkan pengembala memeriksa kawasan ragutan lama dan serviscut,
  • kerja penyelengaraan petak ragutan tinggal tidak kurang 5 hari
  • Apabila kuantiti rumpai kurang, getah kelapa sawit meningkat usia Stok ternakan mesti dikurangkan

Pengurusan Pembiakan
  1. Baka jantan ditukar 3 tahun sekali
  2. Baka mesti lulus ujian daya biak (B.S.E) setahun sekali
  3. Nisbah penjantan dengan induk betina
  4. 1:15 atau 1:20
  5. Digalakan mempunyai 3 ekor baka penjantan untuk 40 ekor bibit

Pengurusan anak
  1. Susu awal kolestrum seawal 24 jam pertama kelahiran
  2. Rawatan pusat 12 jam pertama
  3. Cerai susu 6 hingga 12 bulan
  4. Purata pertumbuhan ADG anak 0.35grm - 1 kg/ hari/ekor
Pengurusan Lembu Dara & Jaras
  1. Lembu dara penganti dibiak
  2. umur 18-24 bulan Berat badan 180 – 250 kg
  3. Lembu jantan dibiak
  4. Umur 30 –36 berat badan 200 – 250 kg
  5. Pengurusan Induk/ Bibit
  6. Ibu beranak semula antara 60 –90 hari selepas 3 kali pusingan berahi
  7. Prestasi kelahiran anak 65% ke 85%

Tahap Kematian
  1. Sebarang kematian lembu mesti dilaporkan JPV
  2. Bangkai sekurang-kurangnya ditanam kedalaman 7 kaki
  3. Anak kurang 10%
  4. Dewasa 3%
  5. Gerompok 5 %
Program kawalan Penyakit
  1. Ujian saringan darah Brusellosis, Johnes/ turbecolosis setahun sekali
  2. Program Vaksin Brusellosis H.S FMD setahun sekali
  3. Khidmat pengembangan veterinary (LTJ)

Infrastuktur ladang

Kandang tetap
  1. Biasanya ditempatkan ditengah ladang atau paada lokasi strategic
  2. Dihubung denganjalan raya bebas banjir
  3. Mempunyai saliran yang baik
  4. Kukuh dan taahan
  5. Bersaiz 12kaki X 80 kaki untuk 100 induk
  6. Travis (Loading ) Baka Kedah-kelantan –lebar dalam 21 inci, Brahman- lebar dalam 25 inci.

Kandang mudah alih
  1. 30 keping penel besi 5.5 kaki panjang X 6 kaki lebar .
  2. Cyclone wire ( 1 gulung A17/1900/150 –tight lock )
  3. 20 batang kayu (3` X 3` X 6.5 `)
  4. Tali secukupnya.
  5. Pagar Eletrik di syorkan 2 set
  6. Energizer pagar eletrik
  7. Polywire
  8. Digital voltmeter
  9. Tiang
  10. Bateri 12 volt ( N70 )
  11. Penggulung poly wire
  12. Peralatan timbang untuk anak lembu baru lahir.
  13. Motortrailer - Kombinasi Motorsikal dengan trailer yang direka khas sesuai digunakan untuk kerja penyediaan petak ragutan.



Penggunaan Pagar Eletrik (ELECTRIC FENCE)

Pengunaan Pagar eletrik (Electrik Fence) merupakan satu sistem yang lebih sistematik perlu diwujudkan demi keselarasan, kesejahteraan atau keharmonian diantara
  • Tanaman kekal dan ternakan
  • Peneroka dan pengurusan ladang
  • Penternak dan masyarakat sekitar
  • Pengurusan ternakan dan pengurusan ladang tanaman

Tujuan memperkenalkan pagar eletrik diprojek integrasi
  • Supaya satu system perladangan yang baik dapat diwujudkan
  • Kos yang murah dan efektif dapat menarik minat lebih ramai peneroka dan penternak
  • Untuk keluasan kawasan 10 ekar, kos pagar eletrik mudah alih ialah diantara RM 1100.00 hingga RM 2400.00
  • Ringan dan mudah alih dari satu plot ke plot yang lain
  • Kawalan pergerakkan ternakan yang lebih efektif bagi ragutan berjadual jika pemilihan dan 1.pemasangan pagar dilakukan dengan betul
  • Kos yang rendah jika dibandingkan dengan pagar-pagar jenis tetap
  • Keselamatan ternakan lebih terjamin seperti kurangnya mendapat kesan luka-luka kawat duri, ternakan melompat keluar,merentas pagar, menghindarkan ternakan dari ternakan baja-baja dan juga racun rumput rampai
  • Menjimatkan tenaga buruh dimana bilangan pekerja Cuma seorang atau dua orang sahaja bagi tujuan pengendalian
  • Pengendalian ladang dari keluar dan masuk kedalam kawasan yang telah dipagar
Kebaikan
  1. Kerja-kerja membaja dan meracun lebih mudah dilakukan
  2. Ragutan bergilir-gilir dapat diwujudkan dimana dapat menghasilkan ternakan yang berkualiti tinggi ( kesihatan , tumbesaran dan lain-lain)
  3. Sistem pembiakan bakaan dapat dikawal dan meningkatkan hasil ternakan yang berkualiti tinggi iaitu dimana dapat mengelak pembiakan sekeluarga
  4. Kutipan hasil dari tanaman kekal lebih teratur atau terancang dapat meningkatkanpengeluaran hasil ladang
  5. Tidak memerlukan kemahiran atau pengetahuan yang tinggi bagi mengendalikan pagar eletrik
  6. Sangat fleksibel, dapat dipagar dengan mudah walaupun keadaan mukabumi yang tidak rata atau berbukit-bukau
  7. Dapat menyekat pergerakan ternakan kekawasan jalan raya dan dengan ini dapat mengurangkan risiko berlakunya kemalangan jalanraya yang disebabkan oleh ternakan
  8. Dapat meningkatkan ekonomi penternak atau peneroka
Faktor-faktor bagi memilih sistem pagar eletrik yang betul
  • Keluasan tanah yang telah dipagar
  • Panjang wayar yang perlu dipasang
  • Jenis ternakan yang dipelihara
  • Keadaan muka bumi iaitu yang kering kontang kurang berkesan jika dibandingkan dengan tanah lembab
  • Cara pemasangan yang betul
  • Cara memilih jenis enegizer yang tepat
  • Bahan-bahan yang mesti menepati spesifikasi aliran eletrik dan penebat

Terdapat 2 Jenis Pagar Eletrik
  1. Pagar Eletrik Mudah Alih
  2. Pagar Eletrik Jenis Kekal
A) Peralatan Sistem Pagar Elektrik Mudah Alih




B) Peralatan Sistem Pagar Elektrik Tetap






Kompenen-kompenen Pagar eletrik jenis mudah alih
  1. Bateri basah 12 V ( Bateri boleh cas semula (13 plate, 12 Volt) dan alat Pengecas Bateri
  2. Enegizer yang menggunakan kuasa bateri
  3. Poly wire yang disalut bersama wayar plastik dan wayar nikrom yang tahan karat dan ringan. -Mudah di gulung dan tidak mudah putus ( 2 set polywire -500 m )
  4. Tiang yang diperbuat dari besi kecil dan penebat plastik tahan dari haba dan air (Tiang bertebat - 1.5 m)
  5. Voltmeter digunakan untuk memeriksa keberkesanan dan kebocoran arus pada pagar
  6. Panca bumi- Mesti diperlukan sekurang-kurang satu unit 
  7. Penggulung wayar





Satu set pagar eletrik cukup untuk kawasan seluas 4 ha (10 ekar) yang boleh memuat 100 ekor lembu. Saiz pedok bergantung kepada jenis dan kuantiti foraj yang ada.
Tiang polywire digunakan bagi setiap 30 m. Selain dari jenis yang ada dipasaran. Jenis lain juga boleh asalkan bukan dari bahan getah berkarbon
Semasa memasang pastikan polywire tidak menyentuh sebarang bahan pengalir karan.
Volt 4.5 Kv sudah mencukupi untuk mengawal ternakan.

Bilangan bahan yang diperlukan bagi keluasan seluas 10 ekar
-Enegizer yang sesuai- 1 unit ( hanya menggunakan 1 enegizer bagi setiap satu system)
-Tiang pagar (80 hingga 100 batang)
-Poly wire maksimum 4 gulung X 500 meter
-Rel- 1 unit bagi setiap gulung ( poly wire yang berukuran 500 meter)
-Volt meter –1 unit
-Panca bumi – 1 unit
-Bateri 13 plate- 2 unit ( 1 unit untuk digunakan dan 1 unit lagi untuk dihantar membuat charging)


Bagai mana pagar eletrik berfungsi
Arus eletrik tinggi yang dihasilkan oleh energizer perlu dasalur melalui terminal khas ke pagar yang telah sempurna dipasang. Energizer akan menghasilkan denyutan/ pulse setiap 1-2 saat sepanjang masa, setiap denyutan arus eletrik adalah diantara 3000 hingga 6000 volt Apabila ternakan tersentuh pagar yang mempunyai arus eletrik , arus eletrik akan memasuki ke bumi melalui badan ternakan yang akan balik (return) ke energizer melalui paip panca bumi dan terminal bumi Proses ini hanya mengambil masa lebih kurang 0.1 saat dan kejutan ataupun Shock akan berlaku pada waktu yang sama.Kejutan kuat ini akan memberi satu keadaan yang amat kurang selesa ataupun keadaan yang resah kepada ternakan , dengan ini ternakan akan cuba mengelak diri dari tersentuh pagar eletrik ini. Ternakan perlu tersentuh sekurang kurang 2-3 kali sebelum mereka benar-benar tahu wayar tersebut mempunyai arus eletrik.
 

Bekas Minuman Mudah Alih

Bekas minuman mudah alih
Tangki air bergerak dan palung minuman 5 kaki X 3 kaki X 2 Kaki

Persediaan sebelum memasukan ternakan
  1. Merumpai anak kayu dengan menggunakan racun rumpai tampa membunuh rumput makanan lembu 3 bulan sebelum ternakan dimasukkan ke ladang
  2. Pelepah Sawit disusun selang sebaris
  3. Merumpai secara hamparan “ Carpet spray” adalah ditegah
  4. Kaedah membaja secara mekanikal secara rata elakan dari baja urea berketul-ketul di tinggalkan diladang secaara terbuka

Perolehan ternakan
  1. Penggunaan baka tempatan terpilih dari gerompok telah disaring penyakit Brucellosis, Johnes, TB dan penvaksinan HS telah dilakukan.
  2. Sijil kesihatan dan permit pindah dari JPV perlu dibuat
  3. Ternakan sihat saja yang masuk
  4. Pastikan induk subur untuk pembiakan melahirkan anak , jantan yang berfungsi
  5. Pengenaalan dipasang pada telinga

Merangka petak pusingan ragutan diatas pelan ladang sawit. Elak membuat kerja kerja ladangdalam petak kawasan ragutan yang telah dipasang pagar elektrik.Elakkan memasang pgar elektrik merintang jalan utama

Penyerasian lembu (preconditioning)
  1. Pasang pagar eletrik didalam kandang tetap
  2. Masukan lembu
  3. Hidupkan energizer (8 kv keatas)
  4. Pastikan setiap ekor lembu meraasai kejutan arus eletrik dri polywire yang dipasang untuk pengenalan
  5. Pancutkan air garam, sisa kicap atau molasses sebagai umpan dan selalu berdamping dengan ternakan
  6. Perhatikan kelakuan ternakan dan asingkan ternakan yang liar,garang dan sakit
  7. Sediakan PKC, bata garam dan air minuman dicampur `anti stress`

Ternakan biasanya akan serasi dalam masa 2 hari hingga satu minggu dan ia tidak lagi menyentuh pagar elektrik


Pemindahan lembu ke petak ragutan
  1. Pasang tiang dan polywire dikawasan petak ragutan bersebelahan sehari sebelum ternakan keluar dari kandang
  2. pasang energizer kepada bateri 12 volt
  3. Jika perlu pindahkan bekas minuman dan bata garam ke petak rgutan baru
  4. Pindahkan ternakan kedalam petak ragutan baru
  5. Kira jumlah ternakan semasa pemindahan kepetak baru
  6. Pastikan petak lama untuk memastikan tiada lembu saakit atau anak lembu yang ketinggalan
  7. Pastikan setiap ekor lembu meragut rumput dengan baik

Ternakan akan di masukkan ke dalam kandang untuk dilakukan beberapa aktiviti, seperti:-

  1.  Kiraan stok ( Head count),
  2.  Pemberian nombor pengenalan baru dan yang terjatuh,
  3.  Pemeriksaan kebuntingan ( Pregnancy diagnosis ),
  4.  Saringan darah ( jika bersesuaian),
  5.  Penimbangan ternakan (untuk jualan dan mengesan kadar penbesaran),
  6.  Pemvaksinan penyakit tertentu ( yang endemic bagi kawasan berkenaan),
  7.  Pemberian ubat cacing.

    PENGURUSAN GEROMPOK
    Pengurusan pembiakan
    1. Setiap ekor baka jantan yang dibeli berumur tidk kurang 3 tahun dan mempunyai cirri-ciri libido tinggi
    2. Setiap bakapenjantan hendaklah lulus ujian daya biak(B.S.E) yang dilakukan setahun sekali oleh JPV
    3. Setiap ekor baka penjantan yang tidak produktif garang dan tidak dapat dikawal diasing dan singkir

    Pengurusan pembiakan dan pembakaan
    1. Nisbah baka penjantan dengan induk betina ialah 1:15 atau 1:20
    2. Lembu baka jantan hendaklah ditukar setiap 3 tahun sekali
    3. Apabila berlaku keguguran hubungi Pegawai Perkhidmatan haiwan yang berdekatan untuk tindakan selanjutnya. Fetusw dan sisa cairan dari keguguran perlu ditanam sedalam 3 kaki dan disucihamakan dengan kapur
    4. Induk yang gagal melahirkan anak yang sihat dan kurang memiliki sifat keibuan perlu ditakai

    Pengurusan Gerompok Tertutup
    1. Definisi “ Gerompok Tertutup” adalah satu keadaan dimana sesuatu ternakan tidak bercampur dengaan mana-mna ternakan dari luar, samada secara semula jadi atau dilakukan secara tidak terkawal
    2. Amalan ini dilaksanakan selepas jumlah bilangan induk dipenuhi
    3. Tiaada pergerakan ternakan lain kelur masuk berhampirn dan bersentuhan secara langsung dengan gerompok
    4. Induk gantian dipilih daripada gerompok yang sama
    5. Kemasukan baka-baka gantian dari sumber luar mengikut protocol
    Pengurusan Pusingan
    1. Tujuan mengekalkan tahap bekalan makanan mencukupi, serta bekekalan 100ekor induk boleh meragut dikawasan seluas 5 hektar selama 1 hari (kebiasaannya) Sesuatu pusingan lengfkap selama 80-90hari
    2. Ternakan mestilah dipindahkan kepetak berikutnya apabila ketinggian rumpui kira-kira 6 inci\
    3. Selepas ternakan dipindahkan, pengembala memeriksa kawasan ragutan lamadan Serviscut semula
    4. Bekalan air dan bata garam sentisa mencukupi
    5. Kerja –kerja penyelenggaraan ladang dilakukan selepas petak rgutan ditinggalkan tidak kurang dari 5 hari
    Pengurusan anak lembu
    1. Anak lembu yang baru lahir mestilah diperiksa bagi memastikan ianya tidak cedera atau cacat semasa lahir
    2. Anak mestilah mendapat susu awal (Kolestrum) dalam tempoh 4 jam pertama selepas kelahiran
    3. Berikan pengenalan tetap pada setiap ekor anak lembu yang berumur seminggu
    4. Timbang setiap ekor anak lembu yang baru lahir dan setiap 6 bulan sekali
    5. Anak lembu yang sakit dan tidak ekonomik dirawat atau bantut serta cacat mesti diasing singkir
    6. Asing anak lembu mengikut jantina ke padok yang berasingan selepas cerai susu

    Pengurusan lembu dara dan jantan jaras
    1. Minta bantuan khidmat kepakaran JPV bagi memilih lembu dara untuk dijadikan sebagai penganti induk apabial berumur 18 bulan
    2. Lembu dara yang dipilih tidak dijual
    3. Memohon kepakaran jabatan haiwan untuk memilih jantan muda bagi tujuan baka pejantan
    4. Lembu jantan jaras yang tidak dipilih diasingkan dan di gemukan secaran green lot atau dijual
    5. Pastikan lembu jantan jaras (muda ) tidak menceroboh masuk kedalam kumpulan lembu dewasa
    6. Bagi jualan aqiqah dan korban, ia perlu dimasukan dalam kandang fidlot satu hingga dua bulan sebelum jualan dan diberi makan PKC

    Pengurusan data dan rekod
    Merekod adalah satu kaedah yang perlu diamalkan untuk menganalisa prestasi pengurusan ternakan. Rekod mestilah disimpan dan diselenggara dengan teratur.Rekod yang perlu ada
    Seperti berikut
    1. Rekod kelahiran= memastikan setiap induk melahirkan anak dalam tempoh setahun
    2. Rekod kematian=mencatat kematian dan punca
    3. Rekod ragutan pusingan=memastikan setiap padok digunapakai mengikut jadual yang ditetapkan
    4. Rekod timbang= memastikan prestasi ternakan dapat diketahui melalui kenaikan berat badan
    5. Rekod Jualan=Memastikan prestasi bidangusaha dapat memberi keuntungan
    6. Rekod pembelian=Menilai dan membuat perbandingan semula kos ternakan
    7. Rekod rawatan= Menilai semula punca dan sebab penyakit berlaku dan kos perbelanjaan
    8. Rekod aktivitri harian= memastikan pengurusan dilaksanakan mengikut perancangan

    PENTERNAKAN LEMBU PEDAGING

    SISTEM IBU ANAK
    Bermula 5 penjantan 100 bibit . Setiap 3 tahun penjantan ditukar. Setelah kadar kelahiran 70% - 80% dgn kadar kematian atau takai 2 - 10 % jumlah ternakan akan bertambah dari tahun ke tahun. Dalam tahun kelima saiz gerompok stabil dengan jumlah maksimum 295 ia dapat mengeluarkan 70 ekoir ternakan ( penjantan, induk, takai, feeder atau dara) dijual atau digemukan sbg baka

    GREENLOT
    Menternak anak jantan atau anak betina dahulu dengan kapasiti 250 ekor di pelihara dalam lading kelapa sawit seluas 400hektar . Anak lembu selepas cerai susu ( umur 6-8 bulan ) diasingkan dalam satu gerompok dipelihara selama lebih kurang 12 bulan. Ternakan dipelihara secara extensive ,meragut bergiliran dan dikawal dengan pagar letrik. Rawatan dan pemberian garam- vitamin dilakukan secara berkala.

    Amalan Penternakan yang baik - Good animal husbndary practices –GAHP

    Pengurusan ternakan
    1. Mengamalkan proses cerai susu, mengikut kaedah yang praktikal dan tidak memudaratkan ternakan
    2. Anak –anak jantan muda dipindahkan berasingan dari kumpulan ibu anak yang asal
    3. Pemeriksaan kuantiti baka penjantan dilakukan dari semasa ke semasa
    4. Mengadakan program pemerisaan kesuburan ternakan secara berkala
    5. Mengamalkan konsep gerompok tertutup
    6. Aktiviti keluar masuk pelawat ke lading dikawal dan mematuhi prosedur pembasmian ( disinfection) penyakit
    7. Baka penjantan digantikan setiap 3 tahun sekali
    8. Nisbah baka penjantan dengan betina 1:20 dan digalakan mempunyai 3 ekor baka penjantan bagi bilangan induk 40 ekor
    9. Ternakan yang baru diterima perlulah direhatkan dalam kandang selama 3 hari sebelum melakukan sebarang aktiviti terhadapnya. Selama dalam tempoh berkenaan air bersih, makanan secukupnya , garam galian dan antisrees

    Rawatan ternakan & kesihatan gerompok
    1. Pengusaha tidak dibenarkan melakukan rawatan ternakan kecuali rawatan kecil
    2. Ternakan tidak boleh di jual untuk sembelih selagi ternakan tersebut masih dalam lingkungan tarikh luput rawatan (withdrawal period )
    3. Ubatan dan peralatan perlu disimpan diselenggarakan dengan baik serta dengan baik mengikut tatacara simpanan yang berkaitan
    4. Melaksana program kesihatan gerompok sepenuhnya (100%) dan berpandukan kepada program kesihatan gerompok yang disediakan oleh JPV

    Mineral Block
    Makanan dan pemakanan
    1. Bata garam sentiasa diberikan
    2. Sebelum dimasukkan ternakan ke satu-satu petak pastikan tiada tumbuhan yang beracun dipetak tersebut
    3. Ternakan diubah petak ragutan apabila rumpai dalam kawasan yang sedang diraagut tinggal 16 inci sahaja
    4. Kadar stok ternakan pada purata 1:4 hektar, pengurangan stok dilakukan dari semasa ke semasa apabila bahan makanan menurun ( apabila umur sawit meningkat) dan penurunan purata susuk badan ternakan kepada 3 body score

    Nombor pengenalan atau tag diberikan kepada setiap individu lembu

    Rekod

    1. Setiap ternakan diberikan 2 nombor pengenalan dan dipasang kepada kedua belah telinga.
    2. Gunakan system merekod dan catat maklumat yang mudah untuk diamalkan dan praktikal
    3. Rekod-rekod perlu dikemaskini dan disimpan di tempat sesuai dan selamat

    Panduan Kos

    Dibawah ini contoh Panduan kos anggaran kos tetap dan berubah

    CONTOH 1: Kos Tetap Projek 

    BIL

    KOS TETAP PROJEK

    ANGGARAN KOS

    1

    Kandang (sebuah)

    RM60,000.00

    2

    Alat timbang (satu unit)

    RM4,000.00

    3

    Set pagar elektrik (2 unit )

    RM7,000.00

    4

    Pondok mudah alih ( satu unit )

    RM15,000.00

    5

    Tangki aiat mudahalih

    RM10,000.00

    6

    JUMLAH

    RM96,000.00


    CONTOH 2: Kos Tetap Projek 

    BIL

    KOS TETAP PROJEK

    ANGGARAN KOS

    1

    Pembelian 5 ekor lembu jantan (baka) 5 X RM2000.00

    RM10,000.00

    2

    Pembelian 100 ekor lembu betina ( induk)

    100 X RM1800.00

    RM180,000.00

    3

    Pondok mudah alih ( satu unit )

    RM6,000.00

    4

    Pembelian unit pagar Eletrik Mudah Alih

    RM3700.00 / set

    RM3700.00

    5

    Pembelian Motortrailer

    RM4500.00

    6

    Pembelian set tangka air

    RM3000.00

    7

    Pembelian alat timbang

    RM7500.00

    8

    Pembelian alat perlu lain

    RM3000.00

    9

    Pembelian set Pam Air lengkap

    RM3000.00

    10

    Pembinaan kandang lengkap

    RM10,000.00

     

    JUMLAH

    RM230,700.00


    Kos berubah (Tahun Pertama) adalah seperti berikut:-

    BIL

    KOS BERUBAH

    ANGGARAN KOS

    1

    Makanan tambahan

    RM8,000.00

    2

    Pengurusan

    RM21,600.00

    3

    Ternakan Lembu

    RM140,000.00

    4

    Lain-Lain kos

    RM5,000.00

     

    JUMLAH

    RM175,100.00

     

    Bagi tahun-tahun berikutnya

    RM34,600.00


    No comments:

    Post a Comment