Wednesday, December 13, 2023

PENGAUDITAN LESEN RUMAH PENYEMBELIHAN SWASTA PERMOHONAN / PEMBAHARUAN

PENGAUDITAN RUMAH PENYEMBELIHAN SWASTA BAGI TUJUAN PERMOHONAN / PEMBAHARUAN LESEN

Pengauditan di lapangan perlu dijalankan bagi memastikan pengurusan rumah penyembelihan haiwan dilaksanakan dengan cekap dan mencapai matlamat yang ditetapkan

 PENGAUDITAN KECUKUPAN

  • Pengauditan akan dilakukan setelah permohonan memenuhi semua prosedur yang ditetapkan.  Kesemua permohonan hendaklah dijalankan pengauditan kecukupan untuk menyemak / menilai borang  permohonan / pembaharuan Lesen Rumah Penyembelihan Swasta serta dokumen sokongan yang diterima daripada pihak Syarikat atau pemohon berkenaan adalah menepati keperluan prosedur Lesen Rumah Penyembelihan Swasta yang ditetapkan.
  • Jawatankuasa Teknikal JPV akan melantik minimum 1 orang pegawai pemeriksa yang berkelayakan untuk menyemak borang-borang permohonan / pembaharuan yang telah diterima
  • Jawatankuasa Teknikal JPV boleh menangguh proses permohonan Pihak Syarikat atau pemohon berkenaan sekiranya maklumat permohonan / pembaharuan Lesen Rumah Penyembelihan Swasta tidak lengkap atau mencukupi
  • Pegawai Pemeriksa menyemak borang-borang permohonan / pembaharuan akan menyediakan laporan semakan dokumen untuk dikemukakan kepada Pihak urus setia Jawatankuasa Teknikal JPV.


PENGAUDITAN LAPANGAN

  • Jawatankuasa Teknikal JPV akan mengeluarkan suatu pemakluman / pemberitahuan kepada pihak Syarikat atau pemohon berkenaan tempoh tarikh pengauditan akan dijalankan melalui kaedah bersesuaian contohnya surat, email atau telefon
  • Pihak Syarikat atau pemohon berkenaan hendaklah memberikan sepenuh kerjasama kepada pegawai  pemeriksa dalam proses Audit dilapangan
  • Pihak Syarikat atau pemohon berkenaan tidak dibenarkan untuk meminda tarikh pengauditan lapangan Sekiranya terdapat keperluan yang munasabah Pihak Syarikat atau pemohon berkenaan hendaklah memohon secara rasmi kepada Jawatankuasa Teknikal JPV dengan kadar segera setelah menerima pemakluman tempoh tarikh pengauditan dilapangan
  • Jawatankuasa Teknikal JPV akan melantik beberapa orang Pegawai Pemeriksa / Auditor  Lapangan dan akan datang membuat Lawatan Audit ke tapak premis penyembelihan tersebut.  
  • Pengauditan dilapangan hendaklah dikendalikan oleh minimum 2 atau 3 orang pegawai pemeriksa yang berkelayakan yang telah dilantik.

Pegawai Auditor / Pemeriksa Lapangan berhak diberi akses kepada keseluruhan premis:

  1. Pegawai Pemeriksa  berhak mengambil gambar bagi tujuan pembuktian;
  2. Laporan audit hendaklah diserahkan kepada pemohon untuk tindakan
  3. Pegawai Pemeriksa boleh melakukan audit susulan selepas tindakan pembetulan dilaksanakan bagi tujuan verifikasi.

  • Kegagalan Pihak Syarikat atau pemohon berkenaan mematuhi prosedur pengauditan dilapangan yang di tetapkan boleh menjejaskan permohonan / pembaharuan Lesen Rumah Penyembelihan Swasta

Pegawai pemeriksa boleh mengesyorkan tidak di sokong permohonan/ pembaharuan sekiranya

  1. Syarikat tidak berminat untuk meneruskan permohonan
  2. Permohonan tidak menepati prosedur / syarat-syarat seperti mana yang ditetapkan
  3. Perubahan alamat lokasi permis
  4. Syarikat atau pemohon berkenaan sudah tidak beroperasi di lokasi yang dinyatakan sepertimana dalam borang permohonan
  5. Syarikat atau pemohon berkenaan gagal memberi kerjasama semasa pengauditan lapangan
  6. Lain-lain situasi yang difikirkan wajar oleh Pegawai Pemeriksa

  • Pegawai Auditor  Lapangan yang menjalankan pengauditan hendaklah menyediakan laporan semakan dokumen berkaitan
  • Laporan Syor Audit Permohonan pembaharuan Lesen Rumah Penyembelihan Swasta akan di bentangkan melalui  Mesyuarat Panel Jawatankuasa Teknikal .

Jawatankuasa akan menilai dan membuat keputusan berdasarkan ulasan dan hasil Audit sama ada disyorkan bagi permohonan tersebut sama berstatus

            a) LULUS

            b) GAGAL

            c) TANGGUH

PENGAUDITAN SUSULAN

  • Jawatankuasa Teknikal JPV boleh menetapkan pengauditan susulan  atau semula bagi tujuan verifikasi keatas Pihak Syarikat atau pemohon berkenaan selepas tindakan susulan / pembetulan dilaksanakan
  • Pengauditan susulan  atau semula dijalankan sekali sahaja  bagi mana-mana permohonan
  • Laporan Syor susulan  atau semula berkaitan dengan permohonan / pembaharuan Lesen Rumah Penyembelihan Swasta akan di bentangkan melalui  Mesyuarat Panel Jawatankuasa Teknikal


KETIDAK AKURAN

  • Pihak Syarikat atau pemohon berkenaan hendaklah mengemukakan maklum balas dan jawapan NCR kepada pegawai pemeriksa mengikut tempoh masa yang ditetapkan

Maklum balas dan jawapan NCR hendaklah dikemukakan secara rasmi  dengan memenuhi perkara-perkara berikut

  1. Didokumenkan secara bertulis
  2. Mengemukakan maklum balas secara terus , spesifik dan jelas berkaitan pembetulan yang dilaksanakan
  3. Mengemukakan dokumen sokongan (seperti jadual, resit, invois dan gambar-gambar penambahbaikkan hendaklah ditandai dengan jelas, teratur dan sistematik)

  • Pegawai pemeriksa perlu menyediakan Laporan Syor susulan  atau semula berkaitan status NCR permohonan / pembaharuan Lesen Rumah Penyembelihan Swasta.

Pegawai pemeriksa boleh mengesyorkan tidak di sokong permohonan/ pembaharuan kepada Panel pengesah untuk menolak permohonan sekiranya pihak Syarikat atau pemohon berkenaan

  1. Gagal memberi maklum balas dan jawapan NCR mengikut tempoh masa yang ditetapkan
  2. Sekiranya memberi maklum balas dan jawapan NCR palsu serta tidak memenuhi keperluan prosedur permohonan / pembaharuan Lesen Rumah Penyembelihan Swasta

MESYUARAT PANEL JAWATANKUASA TEKNIKAL

Panel Jawatankuasa akan bermesyuarat dan membuat keputusan berdasarkan ulasan dan hasil Audit Pegawai pemeriksa  disyorkan atau tidak  bagi permohonan tersebut sama ada

             a) LULUS TANPA SYARAT

             b) LULUS BERSYARAT DENGAN SYOR PENAMBAHBAIKAN

PENGESYORAN KELULUSAN PERLESENAN RUMAH PENYEMBELIHAN OLEH YB MENTERI PERTANIAN

  • Jawatankuasa akan mengangkat permohonan untuk PENGESYORAN KELULUSAN OLEH YB MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI, MALAYSIA
  • SETELAH MENDAPAT KEPUTUSAN YB MENTERI
  • Pemohon akan dimaklumkan kelulusan membina / lesen operasi telah BERJAYA.
  • Pembayaran Fi sebanyak RM 300.00 dikenakan bagi Lesen operasi.
  • (NO KELULUSAN MEMBINA / LESEN AKAN DIDAFTARKAN KE DALAM SISTEM SIHAT)

LESEN SWASTA RUMAH PENYEMBELIHAN AKAN DIKELUARKAN

  •  Lesen Swasta Rumah Penyembelihan akan dikeluarkan
  • Pembayaran Fi sebanyak RM 300.00 dikenakan bagi Lesen operasi.

 

Dokumen Berkaitan Kebenaran dan Kelulusan Pembinaan Rumah Sembelih

1) Dokumen status tanah

• Status hakmilik tanah

2) Dokumen kebenaran bagi pengubahsuaian bangunan rumah sembelih (sekiranya ada pengubahsuaian)

i. Kerajaan Tempatan dan Majlis Daerah

ii. Pejabat Tanah Daerah

iii. Jabatan Alam Sekitar

iv. Jabatan Bomba

v. Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja

vi. Jabatan Perkhidmatan Veterinar

3) Dokumen pelan pengubahsuaian bangunan dan lain-lain sistem yang diluluskan oleh Jurutera bertauliah, arkitek bertauliah Majlis Daerah, Jabatan Alam Sekitar dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (sekiranya ada pengubahsuaian)

4) Lain-lain dokumen yang menyokong/kebenaran pengubahsuaian bangunan rumah penyembelihan


Dokumen Arahan Prosedur Tetap (SOP), Rekod dan Borang Yang Digunakan

Dokumen Arahan Prosedur Tetap (SOP)

(Bagi premis yang mendapat pensijilan VHM atau GVHP sahaja)

• SOP penerimaan, penyembelihan, pemprosesan dan pengeluaran karkas

• SOP pemprosesan ofal dan kulit

• SOP sanitasi dan kebersihan di rumah sembelih termasuk peralatan, bangunan dan longkang

• SOP penggunaan mesin dan peralatan

Rekod-rekod dan borang yang digunakan

• Rekod Sijil Kesihatan Veterinar (SKV) ternakan

(Peruntukan bawah seksyen 36 dan 37 Akta Binatang (Pindaan) 2013 Akta A1452)

• Rekod kemasukkan ternakan

• Rekod penyembelihan (harian, bulanan, tahunan)(WAJIB ADA untuk semua kategori i - iv)

• Rekod pengeluaran karkas

• Rekod halal bagi penyembelih ruminan sahaja

• Rekod ante-mortem dan post-mortem (WAJIB ADA untuk semua kategori i - iv)

• Rekod pekerja

• Rekod suntikan typhoid pekerja (WAJIB ADA untuk semua kategori i - iv)

• Rekod peralatan yang digunakan dan servis

• Rekod keputusan analisis air paip (sekiranya ada)

sumber air (potable water) perlu memenuhi spesifikasi Akta Makanan 1983

• Rekod keputusan analisis air kumbahan (WAJIB ADA untuk semua kategori i - iv)

• Rekod keputusan analisis program kebersihan dan keselamatan makanan kebangsaan (sekiranya ada)

• Rekod latihan

LOKASI, PERSEKITARAN DAN BANGUNAN

1) Lokasi dan Persekitaran Luar

• Arah aliran produk, pekerja, air dan pelan kemudahan sanitasi

• Jauh dari pencemaran persekitaran seperti habuk, bau dan lain-lain

2) Jalan perhubungan

• Baik dan ada longkang

3) Persekitaran

• Mempunyai saliran yang baik

• Tiada masalah bau, kotor dan habuk





4) Luar bangunan

• Rekaan, pembinaan dan penyelenggaraan dijalankan dengan baik untuk mengelakkan kemasukan pencemaran dan makhluk perosak.

• Laluan berlainan untuk ternakan hidup dan pintu keluar produk karkas

• Wheel dip di pintu utama ke kawasan premis

• Rumah sembelih ruminan 200 meter /babi 500 meter radius dari kawasan perumahan awam/tempat ibadat/sekolah/kemudahan awam


5) Premis Bangunan dan Dalam Bangunan

A) Holding yard dan lairage

• Berkeadaan baik dan bersih

• Menyimpan ternakan dengan kapasiti yang sesuai

• Lairage dan laluan ternakan hidup ke tempat sembelihan berkeadaan baik

• Penghadang atau pintu bagi mengelak ternakan hidup melihat ternakan disembelih





B) Kawasan penyembelihan

• Tidak menyembelih di atas lantai

• Platform penyembelihan atau 'bucket' penyembelihan disediakan

• Aliran darah dan air cucian diasingkan ke saliran rawatan kumbahan


D) Stesen basuh tangan

• Beroperasi secara 'hands-free'
(
Wajib bagi premis Kategori 1/ bagi yang mendapat pensijilan VHM atau GVHP)

• Ada 'hand sanitizer' atau cecair sabun dan kertas tisu atau 'hot air dryer'

• Bilangan yang mencukupi di tempat penyembelihan, pemprosesan, bilik persalinan dan tandas

• Notis diletakkan di tempat bersesuaian

E) Lantai, dinding dan siling

• Lantai untuk kawasan kotor - concrete hardcore / tidak mudah retak / pecah

• Lantai kawasan pemprosesan, produk akhir (kawasan bersih) - lantai konkrit

• Dibina menggunakan bahan food grade yang tahan licin, bersih dan sesuai untuk keadaan pengeluaran

• Direka, dibina dan diselenggara dengan baik bagi mengelakkan kontaminasi persekitaran atau makanan

• Dinding berwarna cerah untuk senang dipantau tahap kebersihan

• Sudut di 'seal' dan melengkung untuk mengelakkan kontamiasi dan memudahkan pembersihan

• Lantai ada kecuraman bersesuaian untuk membolehkan air mengalir ke longkang



F) Railing

• Ketinggian railing adalah bersesuaian dan kakas tidak mencecah lantai

G) Tingkap

• Tertutup atau dilengkapi dengan jarring

• Dibina dengan bahan alternatif selain dari kaca atau dilindungi dari pecah



PVC Strip Curtain /Tabir   plastik lutsinar dipasang di setiap pntu masuk ke bahagian dewan sembelih untuk mengelakkan  lalat  memasuki  premis bangunan. 

Plane PVC Grade Normal

Plane PVC Grade Normal berwarna biru jelas merupakan jenis tirai plastik yang bentuknya datar, transparan dan terlihat jelas,. Tirai plastik yang satu ini biasanya digunakan untuk ketahanan pada temperatur pada suhu +50 °C  hingga -20 °C

PVC Amber Anti Serangga

PVC Amber berwarna kuning terang berfungsi  khusus sebagai anti serangga sehingga tidak akan ada serangga yang masuk ke ruangan tirai.

PVC Amber berwarna kuning terang akan mernyebabkan serangga mengidentifikasi warna tersebut sebagai hitam dan kabur. Selain itu, PVC Amber juga berfungsi untuk mengurangi silau.


H) Pintu

• Licin dan tidak menyerap cecair

I) Lampu dan pencahayaan

• Bertutup untuk mengelakkan serpihan jatuh ke karkas sekiranya lampu pecah

• Pencahayaan bersesuaian dengan proses pengeluaran atau aktiviti pemeriksaan

J) Corak laluan trafik

• Mengelakkan kontaminasi silang antara pekerja dengan peralatan dan sebaliknya

K) Bangunan dan kemudahan

• Kawasan berasingan antara kawasan bersih dan kotor

• Kawasan ternakan hidup, kawasan sembelihan, kawasan pemprosesan, kawasan penyimpanan karkas dan kawasan karkas keluar diasingkan

• Bilik persalinan pekerja disediakan

• Bilik simpanan peralatan, bahan kimia dan lain-lain peralatan disediakan

• Direka untuk memudahkan operasi pembersihan dengan cara mengawal arah pemprosesan dari masa penerimaan ternakan di premis hingga ke produk karkas keluar

• Arah perjalanan produk karkas dapat menghalang kontaminasi makanan dengan cara pengasingan fizikal atau operasi

• Pelan aliran proses boleh didapati


L) Kuarters kediaman/kawasan ternakan diletakkan (sekiranya ada):

• Kawasan ternakan tidak diletakkan bersebelahan dengan kawasan pengeluaran karkas

• kuarters kediaman diasingkan dari kawasan bangunan premis

N) Ventilasi

• Peredaran udara yang baik untuk mengelakkan pengumpulan stim kondensasi atau habuk dan mengeluarkan kontaminasi udara

• Dilengkapi dengan skrin tertutup atau penapis untuk mengelakkan kemasukkan udara kotor dan penapis dibersihkan atau diganti apabila perlu

• Di kawasan yang sensitif mikrob, tekanan udara positif hendaklah dikekalkan


Sistem Pengurusan Bahan Buangan (cecair dan pepejal)







PENGAMBILAN SAMPEL AIR KUMBAHAN

• Sampel air kumbahan perlu di ambil di bahagian Outlet sebelum Saliran Awam
Pegawai yang terlibat  mengambil Sampel air kumbahan perlu berhubung dengan pegawai makmal bagi tarikh dan masa penghantaran kerana sampel kumbahan bertahan 48 jam sahaja.

• Keputusan Analisa PH & BOD Kolam Kumbahan perlu dimasukkan didalam pelaporan Audit



1) Sistem longkang dan kumbahan

• Ada jaringan (perangkap sisa pepejal)

• Bahan buangan cecair termasuk darah dan bahan buangan cecair di salir ke sistem kolam kumbahan atau lain-lain sistem rawatan.

• Saliran cecair buangan tidak melalui bahagian pengeluaran kecuali di kawal untuk mengelakkan pencemaran.

2) Pengumpulan bahan buangan dan inedible (kulit, perut, usus, lemak, bulu, dll)

• Kemudahan dan peralatan mencukupi apabila hendak mengeluarkan bahan itu dari premis

• Peralatan direka untuk mengelakkan kontaminasi

• Bekas yang digunakan untuk bahan buangan dan inedible hendaklah dapat dikenali dengan jelas, tidak bocor dan bertutup

• Bahan buangan dibuang dan bekas dibersihkan serta disanitasi pada masa bersesuaian untuk meminimakan kemungkinan kontaminasi

• Keputusan Analisa Indeks Lalat perlu dimasukkan didalam pelaporan Audit

INDEKS LALAT

• Rumah Sembelih yang menjalankan pelupusan sisa secara menanam perlu menjalankan ujian indeks lalat




PERANGKAP LALAT & TIKUS 
• Rumah Sembelih yang menjalankan Program pembasmian Lalat dan Tikus


•Rekod dan catatan Kawalan pembasmian Tikus perlu dimasukkan di dalam pelaporan Audit





REKOD SERVIS DAN MAINTANANCE PERALATAN /MESIN
• Jadual / Rekod Servis dan Maintanace peralatan perlulah secara berkala

•Rekod dan catatan Jadual / Rekod Servis dan Maintanace peralatan perlu dimasukkan di dalam pelaporan Audit



3) Kawasan inedible (kulit, perut, usus, dll)

• Peralatan berasingan hendaklah disediakan untuk membersihkan peralatan yang digunakan untuk bahan inedible

• Produk inedible hendaklah dilupuskan seperti yang dikehendaki oleh program

• Kawasan inedible hendaklah disediakan, ventilasi atau berhawa dingin untuk memastikan tidak ada kontaminasi silang kepada produk edible


Tempat Penyimpanan Karkas

• Peralatan Penyimpanan Karkas (WAJID ADA bagi premis yang mendapat pensijilan VHM atau GVHP)

• Chiller atau freezer berkeadaan baik

• Rekod catatan kawalan suhu disediakan

ALIR PROSES PENYEMBELIHAN, MELAPAH HINGGA SELESAI

• Perlu disertakan dengan aliran Proses dari Penyembelihan hingga Selesai




PEMERIKSA DAGING (MI)

• Pegawai Pemeriksa Daging perlu hadir untuk membuat pemeriksaan Post Mortem, Ante Mortem & Pemnasangan Tag Karkas.



Keputusan Analisa CALITAN SWAB SANITASI DAN KEBERSIHAN

• Keputusan Analisa Makmal Calitan Swab Sanitasi dan Kebersihan perlu dimasukkan didalam pelaporan Audit


Keputusan Analisa Makmal Pada Karkas

• Keputusan Analisa Makmal Calitan Karkas perlu dimasukkan didalam pelaporan Audit



Kemudahan Pekerja dan Sanitasi

•Tempat Basuh Tangan Ada air paip, sabun, alat pengering tangan atau kertas tisu, sinki basuh tangan dan tong sampah

•Tandas, bilik persalinan dan kantin

• Disediakan dengan longkang bersesuaian, sistem ventilasi/pengudaraan dan diselenggara dengan baik untuk mengelakkan kontaminasi

• Diasingkan dan tidak terbuka terus ke kawasan pemprosesan makanan

Kemudahan Membersihkan dan Mensanitasi Peralatan

• Perlu ada Kemudahan Membersihkan dan Mensanitasi Peralatan

• Dibuat dari bahan tahan hakis yang mudah dibersihkan serta bekalan air dengan suhu bersesuaian dengan bahan kimia yang digunakan

• Berasingan dari tempat stor, pemprosesan untuk mengelakkan kontaminasi



Bekalan Air dan Kualiti

• Memenuhi syarat keperluan Kementerian Kesihatan Malaysia

• Direka untuk mengelakkan berlaku 'back flow'


Sanitasi Dan Kebersihan


Senarai Semak Harian Pembersihan Peralatan / Mesin

1.     Membersihkan mesin bagi  gergaji  belah dada dan gergaji belah dua

2.      Membersihkan peralatan spt. pisau, kilir dan inspection hook

3.      Membersihkan peralatan spt. beef hooks dan chain hooks

4.      Membersihkan peralatan spt. troli, bucket dan cradle

5.      Membersihkan celup kaki

6.      Membersihkan meja

7.      Membersihkan dinding

8.      Membersihkan lantai

9.      Membersihkan longkang

10.  Membersihkan chiller

11.  Membersihkan bilik mencuci perut









Latihan Kepada Para pekerja

Program Latihan Pengendalian Makanan  

Pengurusan  sentiasa menyediakan latihan secara berterusan untuk meningkatkan pengetahuan dan kompetensi kepada pekerjanya. Program latihan meliputi semua peringkat pekerja. Latihan internal berkaitan dengan peraturan dalam abatoir, cara bekerja, aliran proses kerja, menyelesaikan masalah dan fungsi tugas pekerja sentiasa diberikan oleh pengurus abatoir atau penyelia. Setiap pekerja baru diberi taklimat dan latihan mengenai operasi keseluruhan tentang pengurusan abatoir. Latihan merangkumi semua peringkat kerja dari penerimaan ternakan hingga pengendaran karkas.

Program latihan adalah khusus bagi semua pekerja di rumah sembelih.  Program memberi pengetahuan tentang pengendalian makanan dan prinsip keselamatan makanan.

Selepas latihan, pekerja akan dapat mengenalpasti risiko yang mungkin timbul dalam pengendalian makanan yang tidak sempurna dan memahami mustahaknya amalan pengendalian makanan yang betul.  


Program latihan yang diberikan kepada pekerja meliputi

1.    Latihan asas penyembelihan

2.    Latihan penyembelihan halal

3.    Latihan pengenalan penyakit

4.    Latihan sanitasi dan kebersihan

5.    Latihan pemeriksaan veterinar

6.    Latihan keselamatan pengendalian mesin/peralatan

7.    Latihan Keselamatan kebakaran

8.    Latihan keselamatan pekerja

9. Latihan pengurusan baik dalam pengendalian makanan berasaskan ternakan (GMP)

10. Latihan keratan daging



No comments:

Post a Comment