POKOK BUNGA TURNERA: KAWALAN BIOLOGI SEMULA JADI (SALING MELENGKAPI) DI KAWASAN PENTERNAKAN LEMBU
Penanaman bunga Turnera
(juga dikenali sebagai Bunga Pukul Lapan atau Bunga Pukul Sepuluh) di kawasan
penternakan lembu, terutamanya dalam sistem integrasi lembu di ladang kelapa
sawit
(mempunyai peranan ekologi Saling Melengkapi yang sangat penting), Ia boleh
ditanam di tepi-tepi jalan ladang, kawasan sempadan pagar kandang, atau zon
penampan (buffer zone)
tanpa mengganggu kawasan ragutan utama lembu dan juga tidak mengganggu kerja penyelenggaraan dan penuaian buah sawit.
Turnera ulmifolia ialah tumbuhan
renek berbunga daripada keluarga Passifloraceae (dahulunya dikelaskan dalam
Turneraceae). Ia juga dikenali sebagai bunga pukul lapan kuning atau yellow
alder.
Ciri-ciri utama:
* Bunga: Kuning terang, berdiameter
sekitar 3–5 cm.
* Daun: Hijau, berbentuk bujur dengan
tepi bergerigi.
* Ketinggian: Sekitar 0.5–1.5 meter.
* Habitat: Tumbuh baik di kawasan
tropika, tahan panas dan mudah dibiakkan melalui biji benih atau keratan
batang.
* Mempunyai jangka hayat
sekitar 3 hingga 5 tahun apabila dijaga
dengan baik di kawasan terbuka
1. Kawalan
Biologi Perosak (Ulat Bungkus & Kumbang Tanduk)
·
Melindungi
Kawasan Integrasi Sawit-Lembu: Bagi penternak
yang mengamalkan sistem ragutan separa intensif (melepaskan lembu meragut di
dalam ladang kelapa sawit), bunga Turnera wajib ditanam di tepi jalan ladang bertindak
sebagai beneficial plant
(tumbuhan berfaedah) untuk mengawal serangan ulat bungkus dan ulat beluncas
yang merosakkan pelepah sawit
·
Bunga ini menarik serangga pemangsa ( seperti Sycanus
(sesibar) dan tebuan parasitoid) yang memburu ulat bungkus dan ulat beluncas
yang merosakkan pelepah sawit
· Mengurangkan Tempat Pembiakan Kumbang: Najis lembu yang bertimbun di ladang berisiko menjadi tempat pembiakan larva kumbang tanduk (Oryctes rhinoceros). Pengurusan perimeter dengan tumbuhan berfaedah membantu mengekalkan keseimbangan ekosistem pemangsa semula jadi di kawasan tersebut
2. Mengurangkan
Penggunaan Racun Kimia
·
Melalui kaedah Pengurusan Perosak Bersepadu
(IPM) ini, penggunaan racun kimia dapat dikurangkan.
·
Apabila lembu dilepaskan di dalam ladang
untuk meragut rumput dan rumpai, Integrasi lembu mengurangkan kos
kawalan rumpai sebanyak 15% hingga 40% setahun kerana lembu bertindak sebagai
"mesin rumput semula jadi
·
Apabila digabungkan dengan bunga Turnera
yang mengawal ulat perosak, pengurusan ladang tidak perlu lagi menyembur racun
serangga atau racun rumpai secara kimia.
· Kesan kepada Ternakan: Ini mewujudkan persekitaran ragutan yang lebih selamat untuk lembu, sekali gus mengelakkan risiko lembu mati akibat termakan rumput yang diracun
3. Benteng
Semula Jadi Menghalau Babi Hutan
· Benteng semula jadi pencerobohan hidupan liar : Kawasan penternakan lembu atau stor dedak sering menarik perhatian babi hutan kerana sisa makanan, membantu menghalang pencerobohan babi hutan yang sering merosakkan tanah atau menyodok tanah padang ragut yang boleh merosakkan akar rumput ternakan dan pagar kawasan ternakan. Daun tumbuhan ini mengeluarkan aroma atau bau tertentu yang tidak disukai oleh babi hutan. Aroma bunga ini bila malam semakin kuat. Bau ini menganggu deria bau babi hutan.
·
Menanam pokok ini secara padat di sepanjang
sempadan pagar kawasan ternakan membantu mengurangkan pencerobohan hidupan liar
tersebut.
4.
Ciri Fizikal Pokok yang Selamat untuk Lembu
·
Ia tidak dikategorikan sebagai rumpai beracun
utama yang membahayakan lembu (tidak seperti pokok pulai atau tumbuhan
bertoksik lain)
·
Lembu biasanya tidak memprioritaskan pokok renek
ini sebagai makanan utama jika rumput pastura (seperti Napier,
Humidicola,
atau Guinea)
mencukupi. Namun, jika lembu meragutnya secara tidak sengaja, ia tidak
mendatangkan bahaya keracunan
· Struktur akar dan sifat pokok Turnera yang mudah membiak membantu mengekalkan kelembapan tanah di kawasan lapang tersebut, menjadikan ekosistem sekitar zon ragutan lembu lebih stabil dan subur
5.
Kepelbagaian Bio dan Pendapatan Sampingan
· Sesuai untuk Integrasi Lebah/Kelulut: Selain menternak lembu, kawasan padang ragut yang ditanam dengan Turnera boleh diintegrasikan dengan penternakan lebah kelulut kerana bunganya mengeluarkan debunga dan nektar sepanjang tahun
Keselamatan Penternakan Integrasi:
· Walaupun bunga Turnera sangat
baik untuk ekosistem ladang, penternak dinasihatkan untuk menguruskan giliran
petak ragutan lembu (rotational grazing) dengan betul. Pastikan kawasan
yang baru disemai dengan anak sawit atau pokok Turnera muda dipagar sementara
waktu bagi mengelakkan anak pokok daripada dipijak atau dipagar daripada
dirosakkan oleh ternakan






No comments:
Post a Comment