Monday, December 5, 2022

MENGEKANG (RESTRAINING) TERNAKAN


Kaedah Mengekang (Restraining) dan Merebahkan ternakan yang betul sebelum di sembelih bagi menjamin  kebajikan haiwan (tidak meyiksa) , mengurangkan stress serta mengelakkan berlakunya kecederaan terhadap ternakan tersebut.

Pengunaan tali sabut ( bukan tali dari bahan plastik agar tidak licin semasa ditarik) dan teknik mengikat yang sesuai dapat mengurangkan kerahan kudrat tenaga manusia ( hanya 1- 2 Orang) bagi menumbangkan  ternakan yang besar dan berat tanpa memerlukan waktu yang lama.


MENGEKANG (RESTRAINING) TERNAKAN BESAR

Ada dua kaedah yang boleh digunakan untuk mengekang pergerakan dan menjatuhkan haiwan ternakan yang besar  contoh lembu dan kerbau agar mudah  disembelih.

1) Kaedah  Burley

2) Kaedah Rope Squeeze.



( KAEDAH  PERTAMA )

2) KAEDAH BURLEY

Menyilangkan tali pada bawah dada sampai ke sisi perut dan punggung ternakan. Kemudian di tarik dengan dua handle kearah  belakang bagi merebahkan ternakan tersebut sesuai arah tarikkan posisi kiri atau kanan rebahnya.

Penggunaan : Tali sabut sepanjang 40 kaki ( 15 m) 

1) Tali dilingkarkan pada leher.

2) Hujung tali yang satu dimasukkan ke dalam ketiak kaki kanan kemudian disilangkan di atas  kemudian dimasukkan ke lipatan paha kiri (kelangkang).

3) Hujung tali yang lain dimasukkan ke dalam ketiak kaki kiri lalu disilangkan di atas  kemudian dimasukkan ke dalam lipatan paha kanan (Kelangkang).

4) Kedua-dua hujung tali handle belakang ditarik ditarik ke arah posisi dikehendaki ( kiri / kanan)  sehingga  ternakan rebah.



PERHATIAN : Jangan kendurkan tali, apabila tali kembali kendur maka ternakan akan cuba  bangkit kembali. Seseorang diperlukan untuk menekan  pada leher ternakan yang terbaring dengan lutut sehingga ternakan  tidak bangkit lagi

Video Teknik Basic Menumbang Lembu

( KAEDAH BURLEY )


( KAEDAH  KEDUA )

2) KAEDAH ROPE SQUEEZE

Kaedah Rope Squeeze adalah teknik mengekang ternakan dengan simpulan tali dengan mengunci perut dan dada dari arah depan hingga ke belakang pada tubuh ternakan. sehingga ternakan tersebut boleh dikendalikan menarik satu tali handle ke arah belakang bagi merebahkan ternakan tersebut sesuai arah tarikkan posisi kiri atau kanan rebahnya.

Penggunaan : Tali sabut sepanjang 40 kaki ( 15 m)


1. Buatlah lingkaran tali pada leher ternakan dengan menggunakan cara simpul "Bowline knot"

2. Pindahkan hujung tali ke sisi lain yang berlawanan dari bahagian atas melewati bagian bawah dada ternakan



3. Peganglah hujung itu dan lingkarkan pada tubuhnya


4. Buatlah ikatan simpulan tepat di belakang pundak. Buatlah lilitan melintasi bawah perut (abdomen) di depan ambing


5.  Tariklah hujung tali tersebut, kearah posisi yang dikehendak (kiri/ kanan) sehingga ternakan rebah terduduk dan baring dengan perlahan
.

PERHATIAN : Jangan kendurkan tali, apabila tali kembali kendur maka ternakan akan cuba  bangkit kembali. Seseorang diperlukan untuk menekan  pada leher ternakan yang terbaring dengan lutut sehingga ternakan  tidak bangkit lagi




Video Teknik Basic Menumbang Lembu

( KAEDAH ROPE SQUEEZE )




 MENGEKANG (RESTRAINING) TERNAKAN KECIL

( KAEDAH  PERTAMA )

Bagi mengekang pergerakan dan menjatuhkan haiwan ternakan yang kecil  contoh anak lembu kambing dan biri-biri  agar mudah  disembelih.



1) Seseorang itu  perlu berada disisi badan ternakan kemudian membongkok Kemudian tangan kanan pegang kaki belakang manakala tangan kiri memegang kaki depan ternakan dengan cara menyilang. 



2) Tarik kedua kaki ternakan tersebut ke atas dengan cepat sehingga merebahkan ternakan  dilantai pada sampingannya.



2) Letakan kedua lutut dengan menekan diatas badan ternakan tersebut supaya ternakan tidak bangkit.


PERHATIAN: Walaubagaimana pun kaedah ini tidak boleh dilakukan dengan tergesa-gesa dan cepat pada haiwan ternakan yang sangat muda kerana menjatuhkan dengan cepat akan menyebabkan kecederaan pada ternakan tersebut.


( KAEDAH  KEDUA )

1) Seseorang itu  perlu berada disisi badan ternakan kemudian tangan kanan mengarah ke bawah perut manakala tangan kiri pegang bulu leher




2) Angkat ternakan tersebut kemudian diletakkan diatas pangkuan peha kaki kanan  kita. Perlahan-lahan turunkan ternakan dengan  merebahkan ternakan  dilantai pada sampingannya.


PERHATIAN: Kaedah ini lebih praktikal bagi  menjatuhkan ternakan dengan  lebih berhemat dan lembut dan tidak menyebabkan kecederaan terhadap ternakan muda.


 MENGEKANG (RESTRAINING) UNTA

Bagi mengekang pergerakan unta  agar mudah  disembelih.

( KAEDAH  PERTAMA )
A.  Kekangan unta berkeadaan berdiri

1) Unta berada dalam keadaan berdiri dengan kaki hadapan kanan dan 2 kaki belakang unta 

2) Kaki hadapan sebelah kiri unta tersebut di lipat dan diikat dengan tali



( KAEDAH  KEDUA )
A.  Kekangan unta berkeadaan berlutut ( posisi duduk)


1) Tali di ikat pada kaki hadapan kemudian dililit bersilang hingga ke kaki belakang menyebabkan unta tersebut teduduk secara berlutut

1) Ikat kedua lipatan kaki unta dibahagian hadapan

1) Ikat kedua lipatan kaki unta dibahagian belakang supaya kedudukan unta tetap tidak boleh bangkit.


MENGEKANG (RESTRAINING) LEMBU / KERBAU  SEMASA MENYEMBELIH

( BAHAGIAN KEPALA & LEHER )





( CONTOH SEMASA SEMBELIHAN )

PERHATIAN: 
1) Baringkan ternakan di atas rusuk kirinya menghadap ke arah kiblat dengan kepala di selatan dan semua kaki di barat.

2) Kepala ternakan di angkat sedikit.  Juru sembelih berada di sebelah timur kepala haiwan. sebelah kaki kanan penyembelih berada disisi leher ternakan tersebut. 

3) Bila ternakan bertanduk panjang melingkar, pastikan agar posisi tanduk tidak mengganggu proses penyembelihan. 


MENGEKANG (RESTRAINING) KAMBING / BEBIRI SEMASA MENYEMBELIH

( KAEDAH  KEPERTAMA )



( KAEDAH  KEDUA )


( KAEDAH  KETIGA )

( CONTOH SEMASA SEMBELIHAN )

No comments:

Post a Comment