Thursday, May 1, 2025

PUSAT PENYEMBELIHAN DAN PEMPROSESAN AYAM

PENGENALAN

Sektor industri ayam daging di Malaysia telah berkembang dengan pesat saban tahun seiring dengan permintaan tinggi dari domestik dan luar negara seperti Singapura, Brunei, Hong Kong dan Jepun.

Di antara strategi yang diperkenalkan adalah menggalakkan penggunaan teknologi moden dan sistem automasi dalam pemprosesan ayam daging.

Perusahaan penyembelihan ayam di negara ini telah berjalan sekian lama. Ia adalah bagi menampung permintaan daging ayam segar tempatan yang tinggi dan bagi menyaingi produk daging yang diimport dari luar. Seseorang yang ingin berkecimpung dalam perusahaan ini perlulah melihat berbagai faktor sebelum meneruskan niatnya. Perkara yang amat perlu dipertimbangkan ialah seperti permintaan (demand) dan pasaran (market), Kedudukan Kewangan (finance), Sudut Perundangan (law and approval) serta kedudukan atau lokasi tapak bangunan.

GARIS PANDUAN PUSAT PENYEMBELIHAN AYAM, ITIK DAN UNGGAS

Semua aspek di dalam Garis Panduan Pusat Penyembelihan Ayam, Itik dan Unggas di Kawasan PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT)  adalah perlu dipatuhi sepenuhnya dan diperakui oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar.

Tiada aktiviti sembelihan dan pemprosesan ayam, itik dan seumpamanya boleh dijalankan di premis kedai runcit, pasar mini atau pasar segar. Sebarang aktiviti penjualan bahan mentah perlulah diselenggara dengan baik dan secara tertutup.

Untuk Rujukan seperti di bawah:

KOD AMALAN KEBAJIKAN HAIWAN - AKTIVITI PENYEMBELIHAN UNGGAS

GARIS PANDUAN PUSAT PENYEMBELIHAN AYAM, ITIK, DAN LAIN-LAIN UNGGAS DI KAWASAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN

LOKASI RUMAH PENYEMBELIHAN

  1. Lokasi premis adalah di tapak/zon perindustrian
  2. Sekurang-kurangnya 200 meter dari bangunan rumah sembelih ke kawasan kediaman awam  bagi mengelakkan kacau ganggu awam 
  3. Bukan dalam kawasan tadahan air dan bukan berada dikawasan yang mudah dinaiki air banjir
  4.  Jauh daripada pencemaran bau, pencemaran air, kehadiran makhluk perosak dan sebagainya.
  5. Mempunyai akses kepada kemudahan asas air, elektrik dan jalanraya yang baik
  6. Kawasan hendaklah berpagar dengan ketinggian minimum 6 kaki
  7. Lokasi  tapak pembinaan rumah sembelih  perlulah mempunyai zon penampan (buffer Zone)  sekurang-kurangnya 500m jauhnya dari kawasan simpanan tadahan air ('Guidelines for the Siting and Zoning of Industries' JAS) atau sungai. Tidak boleh di bina di kawasan rezab sungai.(garis Panduan Rezab Sungai JPS)
  8. Lokasi hendaklah mempunyai sistem perparitan dan pengaliran yang sempurna (kecerunan 2%) dan mudah diselenggara

PENYEMBELIHAN DAN PEMPROSESAN AYAM

Secara umum, operasi di premis penyembelihan dan pemprosesan ayam melibatkan enam (6) aktiviti utama iaitu:

  1. Proses penerimaan ayam-ayam hidup yang diterima daripada ladang akan ditempatkan dikawasan penerimaan. Setiap bakul berisi ayam-ayam tersebut terdiri daripada maksima sepuluh (10) ekor sahaja bagi mengelakkan kesesakan dan ketidakselesaan. Setiap bakul tersebut akan ditimbang terlebih dahulu bagi mendapatkan jumlah berat setiap kumpulan ayam tersebut. Ayam-ayam ini kemudiannya akan digantung kakinya ke penyangkuk yang sentiasa bergerak melalui sistem conveyor bagi proses penyembelihan. 

  2. Proses Penyembelihan dan Pembersihan Ayam Kawasan penyembelihan merangkumi kerja-kerja penyembelihan sehingga proses penceluran air panas, pembuangan bulu, pemotongan kaki dan pemotongan kepala. Operasi di kawasan ini menggunakan banyak air terutamanya di zon penyembelihan dan rendaman celur air panas. Mengikut turutan proses, pada permulaan kepala ayam-ayam yang tergantung ini akan melalui proses kejutan elektrik (stunner) bervoltan rendah di mana kepalanya akan terendam di dalam air sebentar supaya berkeadaan separa sedar. Ini adalah proses persediaan sebelum ayam disembelih. Kerja penyembelihan akan dijalankan oleh operator penyembelih yang terlatih dan telah mendapatkan sijil pengiktirafan daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Ayam-ayam yang telah disembelih ini kemudiannya akan melalui proses bleeding di mana conveyor akan dibiarkan bergerak selama 7 minit sebelum ke proses seterusnya. Prosedur ini adalah salah satu kriteria halal yang disyorkan oleh JAKIM bagi memastikan ayam tersebut telah mati disebabkan oleh proses penyembelihan dan bukan oleh sebab-sebab lain. Seorang operator ditempatkan di kawasan ini bagi memeriksa setiap ayam yang telah disembelih tersebut. 
  3. . KAEDAH STUNNING: WATER STUNNER
    Sejenis alat elektrik yang menggunakan medium air untuk kejutan haiwan sebelum disembelih. Kaedah ini digunakan untuk haiwan beburung seperti ayam, itik dan angsa. Haiwan akan digantung kaki ke atas pada besi yang bergerak ke satu takungan air yang mempunyai aliran elektrik. Juruteknik yang bertauliah akan mengawal kekuatan arus elektrik bagi memastikan aliran tidak terlalu tinggi.


    Kaedah ini menggunakan air untuk membantu proses penyembelihan. Air berfungsi untuk melemahkan kondisi binatang sebelum ia melalui proses sembelihan. Antara contoh binatang yang biasa melalui proses ini ialah ayam.

    Water stunning ini digunakan untuk menenangkan dan mengurangkan tekanan Ketika sembelihan. Ayam berada dalam water stunner berarus eletrik 0.25- 0.50 A selama 3-5 saat. Selepas proses stunner seorang halal ‘ checker’ diletakkan untuk memastikan hanya ayam yang hidup Sahaja yang disembelih.

    Pada 24 November 1988, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali Ke-22 telah berdiskusi mengenai isu penyembelihan ayam dengan pelalian Water Stunner. Keputusan daripada diskusi ini telah bersetuju bahawa adalah harus menggunakan 'Water Stunner' dalam proses penyembelihan ayam (e-Fatwa, 2015).

  4. Seterusnya, ayam-ayam ini akan dicelur dalam tangki air panas (Scalding Tank) bersuhu 60 °C bagi tujuan kemudahan proses pembuangan bulu. Suhu air panas dikawal melalui bekalan stim daripada dandang. Proses seterusnya adalah pembuangan bulu dengan menggunakan mesin pembuang bulu yang beroperasi secara automatik. Ayam-ayam yang telah bersih dibuang bulu ini kemudiannya akan dipotong kepala dan kaki sebelum dihantar ke bilik Eviserasi (Evisceration) bagi proses pembersihan organ dalaman.

  5. Proses Eviserasi Bilik Eviserasi adalah sentiasa beroperasi dalam suhu terkawal sekitar 15°C Aktiviti dalam bilik ini adalah proses pemisahan organ dalaman ayam yang melibatkan turutan beberapa mesin pembersihan organ dalaman sistem automatik sepenuhnya. Walau bagaimana pun, kerja pengasingan pedal dan hati melibatkan pemotongan secara manual oleh beberapa orang pekerja. Operasi dalam bilik ini juga melibatkan banyak penggunaan air. Proses Pembersihan Pedal dan Hati Bahagian ini menempatkan operasi sampingan bagi kerja pembersihan pedal dan hati termasuk pembungkusan. Pedal dan hati yang telah diasingkan dari proses Eviserasi akan dihantar ke bilik ini bagi proses pembersihan. Pedal dan hati yang telah bersih akan direndam di dalam air sejuk bersuhu lebih kurang 5°C sebelum dibungkus dan seterusnya disimpan ke dalam bilik simpanan sejuk beku.

  6. Proses Pengeluaran Produk Kawasan ini merupakan kawasan utama pembahagian pengeluaran bahagian ayam mengikut keperluan pelanggan. Suhu dalam kawasan ini adalah sentiasa dikawal kekal dalam 5°C. Ayam yang telah dibersihkan organ dalaman di Bilik Eviserasi akan dipindahkan ke kawasan ini bagi operasi seterusnya. Ayam-ayam bersih ini akan dilalukan terlebih dahulu ke dalam mesin Penyejuk Berputar (Spin Chiller) dengan suhu air sekitar 5°C. Proses penyejukan ayam ini adalah bertujuan bagi mengelakkan pembiakan mikroorganisma bakteria berbahaya pada ayam tersebut seperti salmonella dan pathogen. Proses rendaman setiap ekor ayam melalui tangki berputar ini adalah lebih kurang selama 45 minit. Kemudian, ia akan digantung semula dan seterusnya diasingkan mengikut berat dengan sistem auto-grading. Secara umum, purata berat setiap ekor ayam yang terhasil adalah dalam lingkungan 1.5 sehingga 2.0 kilogram. Selepas itu, barulah ayam-ayam ini akan dibungkus mengikut keperluan pelanggan samada ayam bulat, keratan bahagian ayam atau ayam tanpa tulang.

  7. Proses Simpanan Sejuk Beku Kesemua produk siap ini akan dimasukkan ke dalam Blast Freezer dengan suhu di bawah paras beku -35°C selama lebih kurang 16 jam. Proses ini adalah bertujuan untuk mengekalkan kesegaran ayam tersebut dan memanjangkan tempoh luput ayam sehingga selama seurang-kurangnya 18 bulan jika kekal disimpan dalam peti sejuk beku. Kemudian, produk ini seterusnya akan disimpan dalam bilik sejuk bersuhu 19°C sebelum diedarkan kepada pelanggan.
  8. Secara umum, proses penyembelihan dan pemprosesan ayam boleh dibahagikan kepada dua proses utama iaitu proses berisiko rendah dan proses berisiko tinggi. Kategori risiko ini adalah berdasarkan kepada keperluan kawalan ke atas pembiakan mikroorganisma bakteria yang berbahaya kepada ayam yang diproses dan juga pengekalan tahap kebersihan (Hygiene) ayam. Proses awalan iaitu daripada penerimaan ayam hidup hingga ke proses Eviserasi adalah dikategorikan sebagai berisiko rendah. Proses berisiko tinggi di mana kawalan suhu dan tahap operasi yang bersih adalah penting bermula daripada proses penyejukan berputar sehinggalah kepada produk siap di kawasan pengeluaran produk.


PEMILIHAN LOKASI BANGUNAN RUMAH SEMBELIH

Seseorang yang bercadang untuk berkecimpung dalam aktiviti penyembelihan ayam, seharusnya membuat penyelidikan atau mendapatkan seberapa banyak maklumat yang berkaitan tentang perusahaan ini terlebih dahulu. Sebagai contoh dari segi;

  1. Perundangan – Local Authority, Slaughter Houses Rules 2003
  2. Lokasi atau Kedudukan Loji
  3. Alam Sekitar (isu pencemaran)
  4. Keluasan Tapak Loji (pengubah-suaian) 


KATEGORI PUSAT SEMBELIHAN DAN PEMPROSESAN AYAM


KEPERLUAN RUMAH SEMBELIH

Perkara-perkara berikut hendaklah dipenuhi oleh setiap rumah sembelih:

a) setiap penyembelih yang bertugas di rumah sembelih hendaklah warganegara Malaysia dan mempunyai SijilPenyembelih yang dikeluarkan oleh JAIN / MAIN yang masih dalam tempoh sahlaku; 

b) jumlah penyembelih hendaklah mencukupi mengikut kadar sembelihan. Mengikut amalan semasa rumah sembelih diMalaysia, tiap-tiap penyembelih boleh menyembelih:

 i. 25 ekor lembu sejam

ii. 2000 ekor ayam sejam

  •  Rumah sembelih hendaklah berasingan dari rumah kediaman
  • Rumah sembelih hendaklah berpagar dan memastikan binatang-binatang lain tidak berada di dalam kawasan rumahs embelih
  • Tempat penyembelihan hendaklah bersih dan mematuhi kriteria kebersihan pihak berkuasa tempatan yang bertanggungjawab
  • Binatang yang disembelih hendaklah tidak dilonggokkan di dalam satu tempat
  • Peralatan, penyimpanan dan pengangkutan hendaklah suci dan bersih daripada najis dan tidak bercampur dengan bahan-bahan yang tidak halal
  • Penggunaan stunning tidak digalakkan, walau bagaimanapun jika stunning perlu digunakan, hendaklah memenuhisyarat-syarat yang ditetapkan:


REKABENTUK DAN SUSUN ATUR BANGUNAN

Rekabentuk dan susun atur bangunan rumah sembelih perlu merujuk kepada pihak-pihak yang bersesuaian seperti pihak Jabatan Perkhidmatan Haiwan dan Perusahaan Ternak. Beberapa perkara perlu diambil kira seperti;

  • BAHAN BINAAN - Bahan yang digunakan hendaklah dari jenis yang kukuh, sebaik-baiknya jenis konkrit atau kayu/papan yang teguh tidak mempengaruhi kualiti produk dan mudah diselenggara, dibersih dan dibasmi kuman.
  • SAIZ BANGUNAN SAIZ bangunan tidak ditetapkan. Walaubagaimana pun ianya hendaklah memenuhi ruang untuk pembahagian ruang operasi untuk mengasingkan Bahagian Kotor dari Bahagian Bersih (Clean To Dirty Area) serta mencukupi untuk penyembelihan menurut kapasiti masing-masing baik 500 mahupun lebih dari 5000 ekor sehari.
  • SUSUN ATUR BANGUNAN (LAY-OUT PLAN) Secara umumnya ruang yang perlu ada adalah seperti ruang penerimaan ternakan hidup, ruang penyembelihan /pendarahan /scalding dan defeathering, ruang eviserasi/pemeriksaan daging, ruang spin chiller atau rendaman sejuk, ruang pemotongan, ruang pembungkusan, ruang penyimpanan (storage area) dan akhir sekali ruang pemunggahan (dispatch area)

 

ASAS REKABENTUK BINAAN DALAMAN

BANGUNAN

Permis hendaklah di bina dan direka bentuk bagi memudahkan kerja-kerja pembersihan  dan penyahjangkitan serta mempunyai ruang kemudahan yang mencukupi

  1. Tempat pemunggahan / penurunan
  2. Tempat penyembelihan
  3. Tempat pemprosesan 
  4. Tempat simpanan sementara sebelum di agihkan
  5. Stor tempat penyimpanan peralatan dan kelengkapan
  6. Tempat pengolahan sisa pepejal, Sistem Pengolahan Efluen (SPE) dan sistem pengolahan enap cemar
  7. Menyediakan tempat Sholat, tempat rehat / makan dan Tandas pekerja

DINDING DALAMAN (INTERNAL WALLS)

  1. Dinding pemisah perlu ada diantara tempat penerimaan unggas hidup, tempat sembelihan, tempat pemprosesan, penyimpanan dan pengedaran
  2. Bahan binaan kalis air, tidak menyerap, tidak toksik, mudah dibersihkan sebagaicontoh samada konkrit atau jenis panel
  3. Tidak menyerap kelembapan atau berkeruping
  4. Penggunaan cat tidak dibenarkan
  5. Dinding jubin (tiles) tidak digalakkan
  6. Setiap sudut berlekuk (cove / curb) 75mm

LANTAI

  1. Konkrit (hardener)
  2. Kecerunan permukaan lantai sempurna (kecerunan 2%) untuk mengelak air dari bertakung.
  3. Jubin (tiles) tidak digalakkan namun jika memasang ketinggiannya adalah tidak kurang 1.5 meter
  4. Tidak licin /Tidak bertakung air
  5. Ada gredien ( condong ke longkang)
  6. Mudah dibersih / dibasmi kuman

SILING

  1. Sekurang-kurangnya 3m dari paras lantai disemua bahagian
  2. Tidak - menyerap kelembapan / bertoksid / berkeruping
  3. Jenis panel digalakkan
  4. Mudah dibersihkan (tiada kondensasi)
  5. Ruang terbuka diantara dinding dan Siling (jika ada) hendaklah dipasang jaring bagi mengelakkan serangga,burung dan lain-lain masuk 

SALIRAN

  1. Kedudukan strategik untuk pengaliran air sisa dan bahan sisa keluar dari loji
  2. Tidak bertakung dan mudah dibersihkan dan ada perangkap sisa
  3. Tidak perlu ditutup
  4. Lantai di bahagian pemprosesan mestilah mempunyai longkang  yang bermaterialkan bahan mudah dicuci ( jenis Clay Glazed)
  • Sistem pengairan air longkang hendaklah dari kawasan bersih ke kawasan kotor dan tidak berlaku pengaliran semula air buangan ( Back Flow) 
  • Sump, Grease Trap dan saluran air pengolahan hendaklah dibina dalam kawasan premis untuk mengolah dan memerangkap sisa pepejal dan pastikan ianya sentiasa dibersihkan
  • Sistem pengaliran air longkang yang menyalurkan efluen hendaklah berasingan dengan longkang air hujan (Stormwater Drain) Bumbung perlu dipasang gutter air hujan  dan berasingan dengan perparitan kolam kumbahan 
 PERKAKASAN TEMPAT PENYEMBELIHAN
  1. Peralatan dan perkakasan yang digunakan mestilah diperbuat dari bahan bukan toksik, kalis air, tidak berkarat , tidak menyerap bau, mudah dibersihkan dan tidak bertindak balas dengan bahan cucian
  2. Peralatan dan perkakasan mestilah diselenggara dengan baik supaya tidak memberi kesan terhadap produk
  3. Bagi pisau yang digunakan untuk penyembelihan dan pemprosesan hendaklah sentiasa dalam keadaan bersih. Pisau sembelih perlu di cucur dengan air bersih setiap kali sembelihan dilakukan
  4. Bagi peralatan seperti pisau yang digunakan untuk penyembelihan dan pemprosesan hendaklah melaui proses basmi kuman dengan merendam kedalam air panas tidak kurang suhu 82°C 

 TEMPAT PEMPROSESAN

  1. Tempat penerimaan ayam hidup perlu berasingan dengan tempat pemunggahan ayam sudah proses (karkas) 
  2. Tempat penyembelihan hendaklah direka untuk memudahkan proses penyembelihan berdasarkan kehendak keselamatan dan kesihatan pekerja
  3. Tempat penceluran , pembuangan bulu, pemotongan dan pengasingan organ dalaman mestilah menggunakan peralatan stainless Steel, tidak berkarat, tidak memerangkap kotoran dan mudah dibersihkan dan dibasmi kuman
  4. Tempat mencuci hendaklah berasingan sekurang-kurangnya 2 meter dari tempat penyembelihan dan ketinggian tidak kurang 1.2 meter dari aras lantai
  5. Paip air di tempat mencuci hendaklah terdiri daripada jenis mudah dibuka dan ditutup (hand free)
  6. Pastikan tempat pemprosesan dalam keadaan bersih dan bebas daripada lipas, lalat dan Tikus (LILATI) 
  7. Keseluruhan proses penyembelihan hendaklah memenuhi standard HALAL
  8. Karkas yang diproses adalah dilarang diletakkan diatas lantai. seharusnya di letakkan di dalam bekas / bakul yang bersih.

PUNCA SUMBER AIR (HOSE POINT) / STERILISER

  1. Khusus untuk membersihkan / mensteril tangan dan peralatan loji
  2. Suhu steriliser 82°C 
  3. Sumber air bersih samada air kerajaan mahupun air dari loji rawatan air yang memenuhi standard.

 

LALUAN, PINTU

  1. Tidak menyerap kelembapan dan berkeruping contoh jenis panel atau plastik heavy duty
  2. Mudah dibersihkan
  3. Boleh tutup dengan sendiri (Swing Door)
  4. Engsel tahan karat 
  5. Tingkap tidak dibenarkan dalam bangunan
  6. Tingkap/bukaan di antara setiap bahagian dibenarkan (tujuan pemindahan produk dari satu tempat ke satu tempat)
  7. Diperbuat dari bahan bukan kaca


PENGHADANG MAKHLUK PEROSAK

  1. Penghadang Makhluk perosak perlu ada Contoh (tikus, lipas, cicak, anjing, kucing dan sebagainya)
  2. Penggunaan “insect killer” dimestikan
  3. Program kawalan makhluk perosak diwajibkan
  4. Pemantauan


PENGUDARAAN (VENTILASI)

  1. Ventilasi secara semula jadi atau pun penggunaan pendingin hawa
  2. Pertukaran udara mencapai 4 kali dalam sejam

 

PENCAHAYAAN (LIGHTING)

  1. 200 lux – stunning/slaughtering /bleeding/defeathering
  2. 220 lux - stor produk / simpanan , bilik sejuk beku
  3. 400 lux – ruang eviserasi, ruang pemotongan daging
  4. 600 lux – pemeriksaan daging
  5. Semua lampu perlu berpenutup

ALAT PEMASANGAN JENTERA DAN MESIN
  1. Alat pemasangan seperti lampu, kipas , alat kompresor, alatr penghawa dingin, Exhaust fan, stunner, mesin pemprosesan haruslah diselengara secara berkala / berjadual supaya sentiasa dalam keadaan baik
  2. Jentera mesin seharusnya diperebuat dari bahan tidak mudah karat, terhakis dengan tindakbalas kimia / bahan pencuci serta mudah di selenggara dan dibersihkan.
  3. Pemasangan peralatan perlu mengambil kira ruang diantara lantai dinding serta jarak antara mesin dan tidak menggangu pergerakkan laluan pekerja bagi memudahkan pembersihan dilakukan dan mengelakkkan kemalangan berlaku.

LAIN-LAIN PERKARA PENTING

  1. Selain keperluan di atas, beberapa perkara yang tidak kurang pentingnya perlu diambil perhatian iaitu;
  2. Tandas dan bilik persalinan / rehat pekerja
  3. Mesin-mesin loji yang memenuhi standard
  4. Ruang mencuci perkakasan / sangkar dll
  5. Pergerakan produk dan kakitangan perlu dikenalpasti
  6. Lokasi stor penyimpanan (chiller room), Blast Freezer, stor barangan pembungkus, stor peralatan dan perkakasan serta stor bahan kimia perlu dikenalpasti

 PEMENGSANAN (“STUNNING”)

  • Stunning yang digunakan hendaklah water stunning bagi ayam/itik (poultry) dan electrical stunning bagilembu/kerbau/kambing atau seumpamanya. Mana-mana stunning boleh digunakan sekiranya dipersetujuioleh Fatwa
  • Stunning hendaklah memenuhi syarat sah penyembelihan dan digunakan untuk haiwan halal sahaja
  • Kadar voltan arus elektrik hendaklah dikawal oleh pihak yang bertauliah. Parameter untuk stunning elektrik adalah ditentukan pegawai teknikal berdasarkan piawaian yang ditetapkan

  1. Kaedah yang disyorkan untuk pemengsanan unggas yang menepati kebajikan haiwan adalah dengan "Electrical Water Bath" atau apa-apa kaedah pemengsanan yang diterimapakai/dibenarkan berdasarkan kebajikan haiwan.
  2. Garis panduan kadar arus elektrik dan masa adalah seperti di Malaysian Standard MS 1500:2004

BILIK PENYIMPANAN SEJUK BEKU

  • Bilik penyimpanan sejuk beku hendaklah mempunyai saiz yang boleh mengekalkan suhu pada -18°C  dengan pengaliran udara dalaman yang baik
  • Semua perkakasan dalaman bilik sejuk beku hendaklah
  1. Dibuat bahan kalis air
  2. Pintu bagi kemudahan itu hendaklah dipadsangkan dengan tirai bagi mengelakkan kehilangan udara sejuk atau apa-apa kenaikkan suhu dengan tiba-tiba
  3. Suhu hendaklah di rekod secara berkala
  4. Suhu tempat penyimpanan adalah  
  • Suhu Dingin (Chiller) = 0°C. hingga 4°C.
  • Suhu Beku (freezer) = -18°C. hingga -24°C.
  • Peralatan seperti pengawal suhu (termometer) hendaklah di selenggara dan dikalibrasi sentiasa
  • Ruang di antara permukaan lantai dengan para pertama mestilah sekurang-kurangnya 20cm
  • Karkas yang telah diproses hendaklah di edarkan mengikut kaedah First In Fisrt Out

KEMUDAHAN ASAS PEKERJA

  • Kemudahan asas seperti bilik mandi, tandas, surau, bilik rehat / makan pekerja mestilah mencukupi, bersih dan sentiasa diselenggara dengan baik
  • Tandas tidaklah terbuka secara terus menerus kepada mana-mana bilik atau bahagian yang digunakan untuk penyimpanan dan tempat pengedaran
  • Kemudahan tempat mencuci tangan mencukupi dan hendaklah disediakan di tempat pemprosesan. Ianya perlulah dilengkapi dengan sabun dan pengering tangan

PENGURUSAN REKOD

  • Pengurusan rekod perlu ada sentiasa dikemaskini dari mula proses penerimaan ayam hidup, penyembelihan hinggalah proses pengedaran

AMALAN KEBERSIHAN PEKERJA

  • Sentiasa mengekalkan kebersihan diri yang tinggi termasuklah memakai pakaian PPE yang lengkap , tidak memakai jam tangan , barang kemas dan lain-lain yang boleh menyebabkan pencemaran silang
  • Sentiasa membasuh tangan semasa sebelum memulakan kerja, Selepas mengunakan tandas, selepas mengendalikan bahan mentah atau mengendalikan apa-apa bahan tercemar.

PELAN SUSUN ATUR BANGUNAN



PENGURUSAN SISA

Sisa yang terjana daripada premis penyembelihan dan pemprosesan ayam adalah terbahagi kepada dua (2) jenis iaitu sisa produk dan sisa efluen.

SISA PRODUK

Sisa produk adalah komponen daripada ayam yang tidak dikategorikan sebagai produk utama seperti ayam mati, ayam lupus, bulu ayam, kepala, usus dan tulang. Selain daripada itu, terdapat juga sisa campuran darah ayam dan air. Anggaran sisa produk yang terhasil adalah lebih kurang 20-25% daripada kapasiti pemprosesan ayam.

SISA EFLUEN

Proses pengeluaran produk ayam menggunakan jumlah air bersih yang banyak. Anggaran keperluan air bagi setiap ekor ayam yang diproses adalah dalam lingkungan 20-25 liter bergantung kepada jenis proses dan teknologi penyejukan (Chilling Process). Oleh itu, efluen air sisa yang terhasil daripada proses juga agak tinggi. Perkara ini adalah suatu perkara yang biasa untuk kilang penyembelihan dan pemprosesan ayam. Namun begitu terdapat banyak peluang bagi mengurangkan kuantiti penggunaan air yang boleh capai melalui pelaksanaan Amalan Industri Hijau.

Premis penyembelihan dan pemprosesan ayam perlu mematuhi pengurusan buangan sisa cecair dan pepejal yang dihasilkan dari operasi kilang. Buangan sisa cecair yang dimaksudkan adalah efluen sepertimana yang dinyatakan di dalam Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Efluen Perindustrian) 2009 (EP 2009) .

Rawatan Sisa Efluen
Kebiasaannya Loji rawatan air sisa penyembelihan ayam ini terdiri daripada tiga sistem: DAF, MBBR dan Clarifier wastewater treatment

  1. Secara ringkasnya, proses rawatan ini bermula dengan pra rawatan Dissolved Air Flotation ( DAF ) iaitu proses penyingkiran sampah sarap dan pepejal besar yang terdapat di dalam air kumbahan seperti pasir dan minyak
  2. Seterusnya, air kumbahan tersebut akan melalui proses rawatan kedua Moving Bed Biofilm Reactor (MBBR)  iaitu proses sekunder melalui proses penguraian daripada tindakan biologi, proses pengudaraan dan pemendapan.
  3. Proses terakhir selepas proses rawatan sekunder adalah proses pemendapan di tangki “clarifier”. Pepejal yang tertinggal dibiarkan mendap ke bawah tangki dan akan dibawa ke “sludge dewatering machine”. Enapcemar ringan yang terapung akan dikumpul untuk rawatan semula dan dikeringkan untuk diguna sebagai baja atau perapi tanah.

Dissolved Air Flotation (DAF)

Dissolved Air Flotation ( DAF ) adalah proses yang digunakan untuk memisahkan lemak,minyak atau bahan pencemar seperti  total suspended solid/padatan tersuspensi (TSS), biochemical oxygen demand (BOD5), dan minyak atau lemak (oils & greases) dari air dengan menggunakan kaedah bantuan gelembung udara.

Sistem DAF direka untuk mengeluarkan jumlah pepejal terampai (TSS), permintaan oksigen biokimia (BOD), dan minyak dan gris (O&G) daripada aliran air sisa.


Moving Bed Biofilm Reactor (MBBR)

Moving Bed Biofilm Reactor (MBBR) adalah sebuah sistem pengolahan rawatan air kumbahan yang menggunakan biofilm (lapisan mikroorganisme) diperbuat dari material plastic dan bergerak bebas untuk meningkatkan penguraian bahan organic dalam reactor sehingga dapat membantu menurunkan kadar TSS, COD, BOD dan amonia

Penahan media MBBR (Moving Bed Biofilm Reactor) direka bentuk  bermeterialkan penapis plastik kecil dengan biofilm berbentuk sarang lebah yang digunakan sebagai penapis / penyaring fizikal. Ia dipasang di dalam tangki reaktor MBBR. 


Clarifier wastewater treatment

Clarifier wastewater treatment adalah sebuah kaedah yang digunakan untuk menjernihkan air kumbahan  untuk memendapkan partikel- partikel  seperti lumpur, pasir, dan berbagai zat padat lainnya sering kali menyebabkan kekeruhan pada air 


Clarifier merupakan kaedah penjernih dalam proses pemendapan. Ia adalah peranti mekanikal yang direka untuk mengeluarkan pepejal terampai daripada air sisa dalam tangki pemendapan berbentuk kun bulat   dibantu peralatan mekanisme yang sentiasa berputar dengan mengaut secara perlahan-lahan menggerakkan enap cemar masuk turun ke bawah pusat pengumpulan akibat graviti.


PROGRAM PERSAMPELAN

Program pemantauan oleh pengurusan dan penghantaran sempel perlu dijalankan secara terancang dan berjadual.

Mengadakan program pemantauan keadaan tahap kebersihan peralatan, mesin, udara dan pekerja. Program dijalankan dengan mengambil calitan saperti berikut;

1.    Calitan permukaan yang bersentuhan dengan karkas saperti pisau, gergaji, hooks dll.

2.    Calitan keatas pemukaan yang tidak bersentuhan dengan karkas saperti dinding dewan sembelih dan chiller dll.

3.    Calitan tapak tangan pekerja sabelum mula operasi.

4.    Sampel udara dalam dewan sembelih


Program Kesihatan Pekerja

Semua pekerja perlu mendapat rawatan pemeriksaan kesihatan setiap enam bulan sekali untuk memastiakn mereka benar-benar sihat semasa menjalankan kerja penyembelihan dan pemerosesan karkas. Semua rekod pemeriksaan kesihatan pekerja direkodkan dan disimpan.

Setiap pekerja yang terlibat secara langsung dalam pengendalian makanan diwajibkan mendapat suntikan vaksinasi typoid setiap tiga tahun. Pemeriksaan saringan untuk penyakit lain seperti penyakit tuberculosis, jangkitan staphylococci atau streptococci juga dijalankan


No comments:

Post a Comment