KEPERLUAN DAN REKABENTUK RUMAH SEMBELIH KHINZIR
Semua permohonan rumah-rumah sembelih swasta Khinzir perlulah memenuhi kehendak berkaitan keperluan minima Good Manufacturing Practice ( GMP ). Ianya bertujuan untuk menghasilkan daging yang bersih, berkualiti dan selamat untuk dimakan oleh pengguna.
Berikut adalah garis panduan untuk mendirikan rumah sembelih bagi ternakan khinzir, mengikut keperluan minima GMP.
Code Of Veterinary Practice - Pig Abattoir
PERLU MENDAPAT
KEBENARAN MERANCANG (KM) ATAU DEVELOPMENT ORDER (DO) DARIPADA PBT
Perkara utama Pengusaha Rumah Penyembelihan Tempatan perlu lakukan adalah memenuhi kehendak Perundangan ( Local Authority ) yang ditetapkan.
- Pengusaha Rumah Penyembelihan Tempatan perlu membuat permohonan dan mendapatkan kelulusan Kebenaran Merancang (KM) dan perlu mendapatkan Sokongan Kelulusan Kebenaran Merancang kepada Jabatan Teknikal yang berkaitan
- Seterusnya Pengusaha Rumah Penyembelihan Tempatan perlu mengemukakan permohonan Lesen Kebenaran Membina Rumah sembelih kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV), Putrajaya di bawah Kaedah-kaedah binatang (Kawalan Penyembelihan) 2009 – Akta Binatang 1953 dan Akta Rumah Penyembelihan (Penswastaan) 1993.
- Setiap Permohonan Lesen Kebenaran Membina Rumah Sembelih perlu disertakan bersekali dengan surat sokongan dari Jabatan Perkhidmatan Veterinar negeri terlebih dahulu. Pihak JPV Negeri akan diminta memberi ulasan teknikal bertulis untuk menolak atau menerima atau menyokong dengan syarat diatas permohonan supaya sebarang keputusan tidak bercanggah dengan Enakmen-enakmen Negeri yang telah ditetapkan
SURAT SOKONGAN DARI JABATAN AGAMA NEGERI
Untuk Perhatian:
- * Bagi permohonan lesen rumah sembelih babi, pengesyoran dari Jabatan Agama Islam Negeri diperlukan.
- Permis Rumah Sembelih Babi disyorkan dibina / terpisah jauh di kawasan yang jaraknya sekurang-kurangnya 5 kilometer dari kawasan perumahan penduduk Muslim, Balai Raya, Masjid/ Surau, Sekolah dan Kawasan riadah awam.
- Pusat ternakan dan sembelihan khinzir adalah ditegah dan dilarang didirikan berdekatan dengan kawasan atau penempatan orang khususnya orang Islam kerana menganggu ketenteraman dan keselesaan khususnya ketika umat Islam menunaikan Ibadah.
- Pusat penternakan dan sembelihan Khinzir / babi wajiblah dijauhkan dari penempatan orang khususnya penempatan orang Islam agar dapat memelihara kehormanian dan perpaduan dalam masyarakat yang berbilang fahaman agama dan bangsa.
- Air sungai itu lebih banyak kuatitinya daripada sisa najis yang dialirkan ke Sungai. Jika sekiranya diukur bolehlah dinisbahkan air sungai 70 % berbanding 30 % air sisa najis yang telah diproses.
- Takungan air pusat penyembelihan khinzir yang digunakan akan mengalir ke sungai akan mengakibatkan air sungai berubah warna, rasa dan bau yang mengakibatkan air tersebut menjadi najis.
- Kenderaan yang membawa ternakan ke tempat sembelih dan sisa pepejal dari rumah sembelih ke tapak pelupusan di kuatiri akan menyebabkan penitisan air najis di sepanjang jalan. Ini akan menimbulkan keresahan umat islam yang akan menyebabkan najis tidak terkawal.
KEPERLUAN TAPAK DAN PEMBINAAN RUMAH SEMBELIH KHINZIR
- Tapak bagi pembinaan rumah sembelih mestilah di kawasan yang tidak mengalami banjir, dan bebas daripada sebarang kontaminasi dan pencemaran.
- Terpisah jauh daripada bangunan yang tidak berdaftar. Disyorkan dibina di kawasan yang jaraknya sekurang-kurangnya 5 kilometer dari kawasan perumahan penduduk Muslim.
- Mempunyai kemudahan untuk mengawal pintu masuk dan keluar Rumah Mempunyai pagar yang lengkap yang terdiri daripada ‘chain link’.
- Mempunyai platform (unloading ramp) bagi menurunkan ternakan babi.
- Lokasi tapak pembinaan rumah sembelih perlulah mempunyai zon penampan (buffer Zone) sekurang-kurangnya 500m jauhnya dari kawasan simpanan tadahan air ('Guidelines for the Siting and Zoning of Industries' JAS) atau sungai.
- Tidak boleh di bina di kawasan rezab sungai.(garis Panduan Rezab Sungai JPS)
- Semua air yang digunakan di Rumah Sembelih mesti air yang dirawat.
- Bekalan air dirawat yang panas, bersuhu tidak kurang daripada 82°C hendaklah sentiasa disediakan pada waktu bekerja (untuk mencuci alat-alat yang digunakan seperti pisau).
- Mengurangkan penggunaan air bagi tujuan cucian kandang dan tempat pemprosesan. Ini dapat mengurangkan jumlah sisa efluen yang dihasilkan. Salah satu kaedah terbaik adalah penggunaan high pressure water jet.
- Kandang hendaklah berbumbung sepenuhnya dan mempunyai sistem perparitan yang baik.
- Rekabentuk kandang secara tertutup perlu mempunyai ruang yang bersesuaian untuk keselesaan ternakan babi, serta mengurangkan penggunaan air supaya memudahkan pengurusan tinja.
- Lantai kandang hendaklah direkabentuk bagi memudahkan air basuhan dari kandang terus mengalir ke sistem perparitan tanpa berlaku resapan atas tanah, dan seterusnya ke kolam rawatan. Bagi tujuan tersebut disyorkan lantai disimen dan sedikit bercerun. Lantai kandang perlulah lebih tinggi dengan anggaran 60cm dari tanah.
- Supaya mudah melakukan pemeriksaan haiwan sebelum disembelih,
- Cukup luas untuk menampung haiwan sembelih tanpa menimbulkan kesesakan;
- Beratap untuk melindungi haiwan daripada cuaca buruk
- Terpisah daripada tempat pengasingan haiwan yang sakit atau dicurigai berpenyakit
- Aktiviti penyembelihan dan pemprosesan Khinzir perlulah sesuai dengan aktiviti masyarakat setempat supaya tidak menimbulkan kacau ganggu, ketenteraman dan keselesaan penduduk setempat
- Kebiasaan waktu aktiviti penyembelihan dan pemprosesan Khinzir dilakukan pada larut malam hingga awal pagi.
- Saiz mencukupi bagi memudahkan semua peringkat pemprosesan, penyimpanan, pembersihan dan pergerakan pekerja.
- Tidak ada bahagian yang digunakan sebagai kediaman atau kuarters pekerja
- Ruang ini dipisahkan oleh dinding yang cukup tinggi;
- Pemengsanan, penyembelihan dan penitisan darah
- Penceluran, pembuangan/ menyah bulu’
- Pemotongan
- Kemudahan bilik pekerja
- Stor utiliti
- Ruang pemunggahan adalah bersebelahan dengan penyimpanan.
- Ruang pemunggahan adalah disebelah bangunan, jarak dari ruang memuatkan barang/ produk bagi penghantaran.
- Ruang penyimpanan adalah tertutup
- Ruang penyimpanan mempunyai pengudaraan yang baik dan efektif.
- Bahan buangan dialirkan ke dalam takungan bahan buangan/ kumbahan.
- Bilik/ ruang yang berasingan
- Terpisah oleh dinding dari ruang menempatkan babi hidup.
- Celupan kaki (footbath) disediakan pada pintu masuk dan keluar bilik
- Bilik / ruang yang berasingan
- Sisa cecair dialirkan hanya di satu bahagian bangunan.
- Sisa pepejal diasingkan secara efektif dari sisa cecair.
- 56°C selama 3 minit
- 60°C selama1 minit
- Di sebelah ruang penceluran dan menyah bulu.
- Pengudaraan yang baik
- Bilik yang berasingan.
- Suhu bilik adalah 12°C.
- Celupan kaki (footbath)disediakan di setiap pintu masuk
- Sterilizer pisau, dengan air panas dikekalkan pada suhu 82°C disediakan di tempat yang sesuai
- Kemudahan mencuci tangan yang boleh dikendali dengan menggunakan kaki atau siku, detergent cecair, pengering tangan automatik atau tuala guna buang, disediakan di tempat yang sesuai
- Bersebelahan dengan bilik untuk mencuci peralatan/ perkakasan.
- Bilik pendinginan (chilling) adalah di sebelah / selepas bilik pemotongan dan pembungkusan.
- Bilik ‘freezer’ ditempatkan selepas bilik pemotongan dan pembungkusan
- Blast freezer’ ditempatkan bersebelahan / selepas bilik pemotongan dan pembungkusan.
- Disediakan dengan jangkasuhu penunjuk operasi di bilik pendinginan dan ‘freezer’.
Karkas disimpan di Bilik Chiller - Suhu Chiller bersuhu 0-4° C
- Bilik kemudahan pekerja disediakan.
- Ada bilik persalinan yang dilengkapi dengan locker dan bilik mandi.
- Tandas ditempatkan jauh dari ruang pemprosesan.
- Mempunyai bilik stor dengan rak-rak yang mencukupi bagi penyimpanan bahan pembungkus.
- Bilik stor khusus bagi peralatan mencuci, bahan kimia, detergen dan disediakan jauh dari kawasan pemprosesan
- Dibuat dari bahan yang tidak telap air.
- Sudut antara dinding dan lantai diseal dan ditutup sekitar 75mm bagi mengelakkan pengumpulan kotoran dan lembapan.
- Dibuat daripada batu, simen atau tiles
- Dibuat dari bahan yang tidak telap air.
- Ditutupi dengan ‘epoxy resin’, ‘polyurethane resin’ atau bahan resin.
- Lantai harus rata dan mempunyai sekurang-kurangnya 0.5 peratus kecerunan bagi memastikan mengalir dengan mudah dan tidak bertakung.
- Halus dan tidak licin, mudah dibersihkan, tidak mudah haus dan terhakis.
- Sudut antara dinding dan lantai diseal dan ditutup.
- Sekurang-kurangnya 3 meter tinggi di semua ruang pemprosesan.
- Licin dan dibuat dari bahan yang tidak telap air.
- Bangunan disyorkan dibina tanpa tingkap.
- Jika mempunyai tingkap bukaannya harus dipasang dengan skrin yang boleh dialihkan bagi menghalang kemasukkan serangga, burung, tikus dan lain-lain perosak
- Bongkah tingkap bahagian dalam lantai bagi mengelakkan menjadi tempat perlindungan makhluk perosak dan pengumpulan habuk.
- Semua pintu yang dibuat harus cukup lebar.
- Pintu yang memisahkan daripada bahan-bahan yang boleh dimakan hendaklah baik atau dibuat dua lapis.
- Pintu harus disyorkan dipasang dengan alat automatik sendiri tutup.
- Sambungan dan engsel harus dari jenis bahan yang tidak karat.
- Bahan yang digunakan untuk membuat pintu harus tidak telap air.
- Dipasang dengan ketat bagi menghalang serangga, burung, tikus, dan lain-lain perosak.
- Disyorkan dari bahan Polyvinyl Chloride (PVC)
- Sisa buangan haruslah disalurkan ke dalam sistem rawatan yang terdiri daripada tangki septik dan beberapa buah kolam atau lagoon.
- Air kumbahan tidak boleh dilepaskan terus ke sungai, sebelum dirawat dengan sempurna.
- ‘Separator’ disediakan bagi memerangkap sisa pepejal sebelum disalurkan ke sistem rawatan.
- Bekas/ tong bertutup harus disediakan bagi pengumpulan sisa-sisa pepejal yang buang dan dilupuskan.
- Setiap pusat sembelihan Khinzir perlu dipastikan mengamalkan sistem 'zero-discharge' dan sisa kumbahan perlu dikitar semula untuk kegunaan dalam pusat sembelihan bagi mengelakkan pencemaran di kawasan sekitar.
- Lampu yang digunakan haruslah sesuai dan tidak mengubah warna produk.
- Bulb’ yang dipasang haruslah selamat dan berpelindung, bagi mencegah pencemaran andainya berlaku ‘bulb’ pecah.
- Keamatan cahaya bagi ruang pemengsanan, penitisan darah dan menyahbulu adalah lebih kurang 200 lux.
- Keamatan cahaya bagi chiller, freezer, bilik penyimpanan produk dalam kotak, dok memuatkan barang dan mana-mana yang berkaitan dengan ruang memuatkan barang adalah lebih kurang 220 lux.
- Keamatan cahaya bagi eviserasi, pencucian, pembungkusan, pemotongan dan penyediaan keratan adalah lebih kurang 400 lux.
- Keamatan cahaya bagi ruang pemeriksaan adalah lebih kurang 600 lux.
- Semua alat yang digunakan dalam Rumah Sembelih yang bersentuhan dengan daging harus mempunyai permukaan yang licin tidak tembus air dan tahan karat dan terdiri daripada bahan yang tidak toksik, tidak mengeluarkan bau atau rasa, licin tak boleh berlubang atau lekuk, tak serap dan tahan terhadap pencucian dan disinfeksi biasa.
- Alat-alatan yang digunakan untuk bahan-bahan yang tak boleh dimakan atau yang ditolak, tidak boleh digunakan untuk bahan-bahan yang boleh dimakan.
- Alat-alatan yang digunakan untuk penyembelihan dan pelapahan tidak boleh digunakan untuk memotong atau pemisahan tulang atau pengendalian daging lainnya.
- Semua permukaan meja, bangku atau rak yang ada kemungkinan bersentuhan langsung dengan daging sebaiknya tak tembus air, licin dan rata.
No comments:
Post a Comment