PERSAMPELAN SISA AIR BUANGAN (EFLUEN)
Program Pemantauan Pencemaran Industri Ternakan adalah satu langkah proaktif Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia (DVS) dalam menangani isu pencemaran yang berpunca dari aktiviti industri ternakan negara. Program ini bukan sekadar mengesan penyimpangan pencemaran yang memberi impak negatif pada alam sekitar tetapi lebih bertujuan untuk mengesan masalah dan menyelesaikannya.
Pematuhan kawalan pelepasan sisa air buangan dari kolam pengolahan sisa dari ladang ternakan merupakan pra syarat kebenaran beroperasi di negeri yang mempunyai enakmen tersebut. Sementara, pemantauan kawalan pelepasan sisa air buangan di rumah sembelih DVS, dilaksanakan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar
Program pemantauan akan dilaksanakan setiap tahun dan akan disemak keberkesanan program setiap dua atau tiga tahun mengikut keperluan bagi tujuan
- Untuk mengetahui status pencemaran industri ternakan negara, kekal dibawah (<15%).
- Untuk mengenalpasti faktor risiko pencemaran dalam industri ternakan bagi tujuan program yang lebih strategik dan pencemaran industri terkawal.
- Untuk meningkatkan keupayaan semua pihak termasuk makmal, agar pelaksanaan pemantauan berjalan dengan lancar.
Jenis Sampel yang Diambil Dalam Program Persampelan
Bil |
Jenis Sampel diambil |
Parameter yang dipantau |
1 |
Efluen / sisa air buangan |
BOD |
pH |
||
AMR |
||
2 |
Lalat dan larva |
Indeks Kawalan Lalat |
Indeks Pembiakan Lalat |
Kualiti Sisa Air Buangan
Tujuan persampelan adalah untuk memastikan sisa air yang keluar dari industri ternakan mematuhi piawaian yang ditetapkan (enakmen negeri atau syarat pensijilan DVS) dan tidak mencemari saliran air awam.
Air
sisa ini dicirikan berdasarkan kandungan seperti berikut:-
- Biochemical oxygen demand (BOD)
- Chemical oxygen demand (COD)
- Kandungan nutrien yang tinggi (nitrogen & fosforus yang berpotensi digunakan sebagai nutrien tanaman)
- Pepejal terampai (SS)
- Bakteria
BOD (Biological Oxygen Demand /
Permintaan Oksigen Biologi)
Permintaan Oksigen yang diperlukan oleh mikroorganisma untuk mengurai (oxidized) bahan organik. Pada jumlah bahan organik yang banyak, maka lebih banyak jumlah oksigen yang diperlukan oleh mikroorganisma untuk tujuan penguraian dan maka semakin tinggi bacaan BOD.
pH
pH secara efektif merupakan ukuran kepekatan ion hidrogen (iaitu proton) dalam suatu larutan. Ia menunjukkan sifat keasidan atau kealkalian air, dengan pH 1 sangat berasid, pH 7 menjadi neutral dan pH 14 sangat beralkali. Secara amnya, pH permukaan air segar antara 6.5 dan 8.0. Terdapat banyak proses semula jadi atau disebabkan oleh manusia yang boleh menaikkan atau menurunkan pH air.
TUJUAN PENSAMPELAN SISA AIR BUANGAN
Tujuan pensampelan sisa air
buangan di negeri adalah untuk perkara berikut:
- Permohonan / pembaharuan lesen
- Pemantauan kawalan pencemaran
- Penyiasatan aduan dan penguatkuasaan
TATACARA PENSAMPELAN SISA AIR
BUANGAN (EFLUEN)
- Rancang pensampelan, supaya sampel tiba di makmal dalam tempoh 24 jam dari tempoh pensampelan; sebelum pukul 1 petang pada hari berikutnya dan dianalisa pada hari yang sama
- Lokasi pensampelan di mana punca sisa air buangan keluar dari kawasan premis, atau lokasi sebelum ianya bercampur dengan air sisa dari premis lain atau saliran awam
- Aliran air keluar dari sistem pengolahan terakhir
- Aliran air keluar dari longkang premis sebelum masuk ke saliran awam
ALAT PENSAMPELAN SISA AIR BUANGAN (EFLUEN)
1) Bekas Botol Plastik (High-density polyethylene, HDPE)
autoclavable (121°C, 15min)
- Saiz (1000ml dan 100ml)
- Bukaan mulut yang besar (>50mm)
- Screw cap, kalis tiris dan bocor serta kedap udara
- Bebas sisa bahan kimia (botol baru perlu dibilas dengan natrium tiosulfat dan air suling)
- Bebas bau, bahan asing, bersih dan kering
2) Bekas Botol Plastik air mineral 500ml
- Pengunaan Botol non-recycle air mineral masih boleh diterima
Kaedah Pengambilan Sampel Sisa
Air Buangan (Efluen)
- Gunakan alat pemegang botol bertangkai dan 1 botol sampel (1000ml) yang bersih untuk efluen serta 1 botol sampel (100ml) yang bersih
- Jika aliran air sisa sukar dicapai dengan tangan, sila gunakan alat pemegang botol bertangkai. Pasangkan botol pada alat pemegang botol dan laraskan kepanjangan alat tersebut ke panjang yang diperlukan
- Jika punca sisa air keluar di takat akhir (end point) mudah dicapai maka tadah air secara terus dalam aliran keluar. Elakkan kotoran dari memasuki botol semasa proses pensampelan dilakukan.
- Masukkan sampel air ke dalam botol yang disediakan mengikut isipadu yang ditetapkan
- Ketatkan penutup setiap botol sampel sebelum dimasukkan ke dalam beg plastic double ziplock secara berasingan dan zip dengan kemas.
- Susun botol sampel dalam kotak insulasi secara berdiri dan selitkan ice pack / ais blok di antaranya dan di atasnya
- Sampel perlu kekal berada pada suhu 4±2°C dalam tempoh perjalanan dan tiba di makmal
BOD EVO Sensor merupakan instrumen yang dapat di
gunakan untuk mengukur nilai oksigen terlarut.
Sistem pengurusan bahan buangan dan kumbahan
- Mengurangkan penggunaan air bagi tujuan cucian kandang untuk mengurangkan jumlah sisa euen yang dihasilkan dengan menggunakan Jet Air Bertekanan Tinggi (high pressure water jet).
- Sisa air buangan yang telah dirawat boleh dikitar semula untuk air cucian lantai kandang.
- Pengasingan sisa pepejal dan cecair boleh dilaksanakan menggunakan alat separator atau scrapper. Langkah ini membantu mengurangkan pembentukkan sludge serta mengurangkan beban pencemaran yang masuk ke dalam kolam pengolahan.
- Sisa buangan pepejal yang diasingkan dikumpulkan di tempat pengkomposan yang tidak telap air supaya tidak meresap dan mencemarkan air bawah tanah. Tempat pengkomposan perlu dilindungi dari air dan kelembapan untuk mengurangkan pencemaran bau dan pembiakan lalat.
- Tinja ternakan mengandungi unsur-unsur NPK (nitrogen, fosforus dan kalsium) yang sesuai dijadikan baja kompos.
- Enfluen dari ternakan perlu diolah terlebih dahulu sebelum dilepaskan ke saliran air. Bagi tujuan ini, sekurang-kurangnya tiga (3) atau empat (4) buah kolam pengolahan (iaitu kolam anaerobik, aerobik, fakultatif) perlu disediakan sepertimana garis panduan diterbitkan dan disyorkan oleh DVS
- Hanya satu takat pelepasan akhir effluent (final effluent discharge point) dibenarkan.
- Konsep zero discharge di mana tiada pelepasan effluent ternakan ke saliran air awam. Air kumbahan yang diolah boleh dikitar semula bagi kegunaan siraman untuk baja tanaman seperti rumput di ladang dan sebagainya.
- Bahan seperti enzim serta mikro-organisma (EM) boleh dicampurkan dalam makanan ternakan, air minuman atau tinja bagi meningkatkan keberkesanan sistem pengolahan seterusnya boleh mengurangkan pencemaran air dan bau.
- Bagi Premis Rumah Sembelih sekurang-kurangnya mempunyai dua (2) sistem kumbahan yang khusus iaitu:
- Sisa darah dari tempat penyembelihan disalurkan ke kolam atau tangki takungan khas
- Sisa pepejal lain disalurkan ke kolam kumbahan yang berasingan dari kolam Sisa darah
KAEDAH PENGURUSAN SISA BAGI
MENGURANGKAN KESAN PENCEMARAN MELALUI PENGGUNAAN MESIN PENGASINGAN SISA PEPEJAL
( Solid- Separator)
Penggunaan Mikrob (useful microbes-EM)
Penggunaan Mikrob yang berkesan seperti EM (effective
microbes) merupakan suatu kaedah yang sangat membantu untuk mempercepatkan
proses penguraian bahan organik di dalalam rawatan air kumbahan dan
pengkomposan sisa pepejal ternakan (composting). Penggunaan mikrob atau
mikroorganisma dalam rawatan sisa menambahkan kemampuan metabolisma yang
tinggi.
Bioteknologi dengan menggunakan mikrob adalah untuk mempercepatkan penguraian bahan organik (decomposer). Kebiasaannya EM dicampur ke dalam makanan, minuman atau diletakkan ke dalam kolam pengolahan. Hasilnya sisa ternakan dapat ditukarkan kepada produk yang tidak toksik dan dalam masa yang sama dapat mengurangkan kadar pencemaran kepada alam sekitar
Paddle Wheel Aerator kolam kumbahan
Pengurusan Sisa Sembelihan
Selepas selesai sembelihan, pastikan sisa pepejal perlu di bungkus dan dilupus dengan baik. Begitu juga sisa cecair dilupus dan diuruskan dengan baik bersesuaian dengan peraturan pihak berkuasa tempatan (PBT)
Isu-isu pencemaran akibat pembuangan sisa dari Rumah Sembelihan
Selesai proses sembelihan binatang, sisa darah dialirkan dalam longkang khas disambung terus ke dalam kolam kumbahan sisa darah.
Sisa cucian air pembersihan Dewan sembelih dan Kandang akan dialirkan dalam longkang berasingan yang disambung terus ke dalam kolam kumbahan pengolahan
Manakala Sisa pepejal akan di kumpulkan seperti tulang dan lemak akan dilupuskan oleh majlis bandaraya yang mana Pihak Berkuasa Tempatan akan mengambil sisa ini dan akan dilupuskan di tempat pelupusan
No comments:
Post a Comment