Saturday, September 7, 2024

CARA MENGIRA ANGGARAN BERAT BADAN TERNAKAN


Tujuan Membuat Anggaran Berat Badan Ternakan
  1. Mengetahui kenaikan berat badan hidup semasa ternakan tersebut
  2. Menentukan harga jualan dan pembelian ternakan tersebut
  3. Mengetahui berat karkas
  4. Pemberian dos ubat / vaksinasi yang ditetapkan untuk rawatan ternakan
  5. Mengetahui jumlah pengambilan makanan yang diterima sama ada mencukupi atau sebaliknya

ANGGARAN BERAT BADAN TERNAKAN MENGUNAKAN 

PITA UKUR / WEIGHING TAPE

Berat badan ternakan seperti lembu, kambing dan bebiri boleh dianggar dengan mengukur ukur lilitan badan dengan mengunakan pita pengukur ( weighing tape)  dan merujuk kepada jadual yang disediakan mengikut spesis haiwan atau mengguna fomula yang diberi.

Namun penggunaan alat Timbang berat haiwan adalah amat digalakkan kerana ia lebih tepat.


Cara mendapatkan berat haiwan dengan ukur lilitan badan ('heart girth') Lembu, kambing & biri-biri

Langkah- langkah: 

  1. Haiwan berdiri dan keempat-empat kaki berdiri tegak dan sama rata.
  2. Pastikan semasa mengukur  posisi kepala dalam keadaan mendatar normal ( kepala ternakan tidak dalam keadaan tertunduk kebawah) 
  3. Pastikan tali pengukur mengelilingi dada (girth).
  4.  Pastikan pita tidak dipintal kemudian perlahan-lahan letakkan pita mengukur di sekeliling lembu, tepat di belakang kaki depan
  5. Catat angka lingkaran dada yang diperolehi
  6. Disarankan supaya haiwan tidak makan dan minum selama 12 jam sebelum diukur.
  7. Rujuk jadual di bawah yang menunjukkan berat badan lembu
Jadual Ukuran dalam Inci

Jadual Ukuran dalam cm Untuk Lembu

Contoh : 

Hasil pengukuran lingkaran dada menunjukkan 130 cm, maka berat badan antara 165 sampai 184 kg.

Jadual Ukuran dalam cm Untuk Kambing


Jadual Ukuran dalam Inci Untuk Babi


ANGGARAN BERAT BADAN TERNAKAN  DENGAN MENGUNAKAN 

KAEDAH  KIRAAN

Lembu, kambing & biri-biri

Langkah- langkah

  1. Mengukur panjang badan dari titik bahu (A) hingga titik punggung (B) seperti gambar 1
  2. Mengukur ukur lilitan badan (C). Ukuran dibuat dalam inci.
  3. Berat badan dalam pounds dikira dengan formula seperti berikut:

Ternak dibuat dalam posisi parallelogram iaitu posisi ternak berdiri tegak lurus pada suatu bidang datar dengan keempat kaki membentuk empat persegi panjang.

  1. Lingkar Dada diukur melilit pita ukur pada sternum 3 sampai 4 yang letaknya dekat dibelakang kaki depan.
  2. Lebar Dada  Diukur dengan pita ukur antara tulang iga kanan dan kiri, tepat pada tulang sternum 3-4.
  3. Dalam dada. Diukur dengan pita ukur dari titik tertinggi tulang belakang lumbar sampai titik terendah dada.
  4. Tinggi pinggul. Diukur dengan pita ukur secara vertical dari bidang datar sampai titik tertinggi pinggul.
  5. Panajang Badan relative. Diukur dengan pita ukur dari sendi bahu sampai tonjolan tulang ponggung / pangkal coccygil ( membentuk garis horizontal).
  6. Panjang Badan absolute. Diukur dengan pita ukur dari sendi bahu (scapula humeralis) sampai tonjolan tulang ponggung / pangkal coccygil (membentuk garis diagonal)


KAEDAH PERTAMA ( Rumus Schoorl)

Rumus Schoorl :  BB = (LD + 22)2
      100
Keterangan :
a)   BB = Berat Badan (kg)
b)   LD = Lingkar Dada (cm)

Rumus ini hanya boleh digunakan untuk lembu dewasa, 

Namun keakuratan bagi menganggarkan berat anak lembu adalah tidak berapa tepat ,  kerana  ukuran lingkar dada pada anak lembu  tidak berapa sesuai digunakan pada anak lembu yang sedang mengalami pertumbuhan yang  cepat.

KAEDAH KEDUA ( Rumus Sceifer )

 Rumus ini merupakan gabungan antara panjang badan dan lingkar dada (Willianson dan Payne, 1986).

Rumus Sceifer : BB = (LD)X (PB)
    300

Ukur lilit dada(inch) x ukur lilit dada(inch) x panjang badan seperti gambar (inch) ÷ 300 = berat hidup (pound).

Sebagai contoh katakan ukur lilit dada lembu adalah 70 inchi dan panjang badan adalah 78 inch

(70×70×78)÷300
= 1274 pound × 0.45 = 573 KG

Keterangan :  1 Pound  = 0.453 kg

                        1 inchi  = 2.54 cm

Untuk tukar dari berat pound ke kg= berat hidup (pound) × 0.45

Keakuratan rumus ini dibandingkan dengan penimbangan sebenar diantara 2-6%




KAEDAH KETIGA (Rumus Lambourne)

Contoh rumus dan penerapannya pengiraan anggaran berat badan:

W =  Berat Badan adalah kuadrat dari G (Lingkar  Dada) dikalikan L (Panjang Badan) kemudian di bahagi  dengan 10840

Sebagai contoh katakan ukur lilit dada lembu adalah 123 cm dan panjang badan adalah 24.336  cm

·         (W) = 156cm  = ( L) 24.336  cm x ( G )  123 cm ÷ 10840.

·         Atau (W)= 24.336 : 10840 = 276.1 kg atau dibundarkan yang hampir adalah 280 kg.

Jadi perkiraan berat lembu adalah 280 kg

KAEDAH KEEMPAT  (Rumus Denmark)

BB = (LD + 18)2
100
Keterangan :
a)   BB = Berat Badan (kg)
b)   LD = Lingkar Dada (cm)

Contoh: Lingkaran Dada 127 cm ( 1.27 meter)   X Panjang badan 102 cm ( 1.02)  X69.3

BERAT BADAN SEEKOR BABI  = (LD)X (PB) X 69.3

                                                         = (1.27 X 1.27 ) X 1.02 X 69.3
                                                         = (1.6129) X 1.02 X 69.3
                                                       = 114 kg

No comments:

Post a Comment