Monday, February 27, 2023

SEJARAH AWAL & PERKEMBANGAN SENI BINA ABATOIR

SEJARAH SEMBELIHAN HAIWAN

SEMBELIHAN QURBAN MENURUT ISLAM

Qurban (Arabقربان) dalam konteks ajaran Islam merujuk kepada perlakuan menyembelih binatang tertentu pada Hari Raya Aidil Adha atau hari tasyriq dengan tujuan untuk mendampingkan diri kepada Allah SWT. Binatang yang dibolehkan qurban ialah unta, lembu, kerbau, kambing dan biri-biri (kibas).

Ibadah ini adalah sempena mengingati peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim a.s dan anaknya Nabi Ismail a.s


Berdasarkan catatan sejarah, lokasi  peristiwa qurban Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail yang mana terdapat tugu putih disebut sebagai  Jabal Qurban terletak di perbatasan antara Mina dan Musdalifa. Melalui kisah pengorbanan Nabi Ibrahim, maka Allah telah mensyariatkan Ibadah Qurban kepada umat Islam.

10 zulhijjah di kenali sebagai hari Nahar bersempena perkataan “ sembelih”  iaitu “ Nahrun” dalam Bahasa Arab. Ibadah Sembelihan Qurban telah disyariatkan pada tahun kedua hijrah seperti zakat dan solat dua rakat hari raya.

SEMBELIHAN DI ZAMAN MESIR KUNO

Terdapat catatan sejarah menyebut tempat penyembelihan / pemotongan haiwan dan pemeriksaan daging ditemui pada sekitar tahun  2350 sm kaum Mesir kuno mengikut adat dan kepercayaan agama mereka.

SEMBELIHAN DI ZAMAN BABYLON

Pada sekitar tahun  37 M Di zaman Babylon purba, pemotongan haiwan telah dilakukan di rumah sembelih dan perdagangan penjual daging telah dihalalkan, dimana  harga jualan daging telah dikawal dan ditetapkan pemerintah.


SEMBELIHAN KAUM YAHUDI

Pada sekitar abad ke 13 Kaum Yahudi di Jerusalem didapati melakukan sembelihan agama  (shochet ubodek)  terhadap haiwan ayam atau lembu dimana penyembelihan perlulah dilakukan di rumah sembelihan yang berada  dalam kawasan kuil mereka. 

Pemeriksaan daging dilakukan dari kalangan ahli kitab mereka bagi menentukan kesempurnaan sembelihan dan keadaan daging tersebut sepertimana menurut Halakha.[8] Talmud – Tractate Hulin Shulkhan Arukh Yore De'ah.

PERKEMBANGAN SEJARAH ABATOIR


Perkembangan Sejarah Pusat Sembelihan pada zaman Pemerintahan Empayer Ottoman (Sultan Uthmaniyyah II Abdül Hamit)

Pada tahun 1876 Pemerintahan empayer Ottoman (Sultan Uthmaniyyah II Abdül Hamit) telah membina Kompleks  Penyembelihan Awam Utama yang moden  bertempat Kazlıçeşme di Yedikule, Istambul, dengan  menyediakan kemudahan penyembelihan yang dibenarkan oleh Islam kepada petani dan tukang daging tempatan untuk keperluan penduduk muslim sekitar.Rumah penyembelihan pada zaman itu dipanggil sebagai salhane atau kanara.


Pada tahun 1900 pembinaan Pusat sembelihan ternakan iaitu Adana Slaughterhose  telah dilkukan secara besar-besaran. Projek pembinaan pusat sembelihan tersebut telah di rancang oleh Arkitek Perbandaran bernama Vedat Tek, Ahmet Buhaneddin, Osman Fitri dan Marko Logosa dimana setiap pusat  Penyembelihan Utama  tersebut di lengkapi Rumah Penyembelihan dan pemeriksaan daging, bangunan pentadbiran dilengkapi bilik untuk  persalinan pekerja, Bangunan Penyelengaraan,  sebuah Rumah Ais bagi penyimpanan daging agar sentiasa segar. Juga dilengkapi menara tangki air yang besar bagi kegunaan rumah sembelih. juga kandang ternakan sihat dan kandang kuarantin ternakan sakit. 

Kemudian pembinaan pusat sembelihan telah diperluaskan kepada setiap negeri  Tokat, Nigde, Sivas, Eğrikapı, Balat, Kasımpaşa, Eminönü, Balıkpazarı, Hasır İskelesi, Yenikapı, Üsküdar dan Tophane.

Pemerintahan empayer Ottoman (Sultan Uthmaniyyah II Abdül Hamit) telah memerintahkan supaya Pegawai-pegawai Majlis Perbandaran menjalankan tugas untuk membuat pemeriksaan daging dan memberi Tauliah kepada juru penyembelih. Sultan juga memberi kebenaran untuk  mengatur  pengedaran daging kepada masyarakat setempat. 

Pada masa itu, proses penyembelihan kebanyakannya dilakukan di rusat penyembelihan bahagian luar kubu pertahanan.  Jumlah daging yang diperlukan dikumpulkan oleh istana, askar dan selebihnya diberikan kepada tukang sembelih untuk menjualnya kepada penduduk -penduduk meliputi Moldavia, Wallachia, dan Anatolia serta Thrace, Bulgaria, Macedonia dan Thessaly.

Sejarah Perkembangan Pusat Sembelihan Di Benua Afrika

Pada tahun 1912 Rumah Penyembelihan Casablanca , Morocco telah dibina di bawah naungan Perancis di Maghribi. Arkitek binaan dengan seni bina Art deco bergaya Magribi dihasilkan oleh George- Ernest Desmarest (Perancis) 

Sejarah Perkembangan Pusat Sembelihan Di Benua Eropah 

Pada tahun 1805 seorang ahli teori seni bina bernama Jean-Nicolas-Louis Durand memulakan suatu perancangan rekaan projek senibina rumah penyembelihan tanpa tapak. Pelan itu menyerupai orang Rom basilika tertumpu pada fungsi ruang.

  1. (A) Dewan tengah dirancang sebagai kawasan penyembelihan / pemotongan
  2. (B dan C) Terdapat bilik untuk menyimpan potongan daging segar di sebelahnya
  3. (D) Kandang untuk haiwan terletak pada dua sisi bangunan.
  4. (D)Sedikit penerapan elemen Lanskap dengan penanaman pokok hiasan

Pada tahun 1810, Raja Napoleon I tidak lagi membenarkan operasi rumah penyembelihan persendirian dan memerintahkan supaya digantikan dengan  beberapa projek pembinaan rumah penyembelihan awam.

Projek pemodenan rumah sembelihan ini dikenali sebagai Abattoir of Rochechouart yang  di bangunkan oleh seorang arkitek bernama Joseph Belanger dengan ciri-ciri senibina  menerapkan unsur  klasik dan terdapat monumen arca haiwan di luar perkarangan rumah penyembelihan tersebut.

Pada tahun 1824 Negara Perancis, semasa era pemerintahan Napoleon II  telah mengerakkan usaha membina lebih banyak pusat penyembelihan / pemotongan Awam. Pembinaan utama merupakan sebuah kompleks pasar ternakan iaitu La Porte deI Abbattoir Lille yang terletak di pinggir Paris  yang di lengkapi dengan Rumah penyembelihan / pemotongan haiwan yang menjadikan pintu masuk utama pedagang dari Eropah untuk berurus niaga pada waktu itu.


Pada tahun 1824 itu juga, Seorang arkitek perancang bandar Lyon, Perancis bernama Tony Garnier menjana idea untuk bandar perindustrian di mana rumah penyembelihan yang La Mouche Abattoir dibina berdekatan dengan stesen kereta api, mempunyai kandang terbuka dan  kandang bertutup Terdapat kapasiti 2500 lembu, 3700 anak lembu dan 3500 ekor babi. Dilengkapi 4 buahdewan sembelihan / pemotongan  dan ruang penyimpanan sejuk.


Seterusnya pada tahun 1867 usaha pemodenan rumah penyembelihan diteruskan oleh    Raja Napoleon III   telah memerintahkan membina sebuah lagi rumah penyembelihan / pemotongan haiwan telah dibina yang terkenal di Paris  iaitu La Villete (Kota Darah) telah direka oleh Seorang Arkitek bernama Lois Janvier dan di perluaskan pula oleh Geoges Haussmann  yang terletak di Arondisemen. Bangunan  La Villete  diperbuat dari besi dan kaca yang menempatkan pasar ternakan, tempat sembelihan / pemoyongan haiwan  dan gerai-gerai jualan daging di dalam satu kawasan 


 

Pada tahun 1741 di  Bamberg, Negara Jerman terdapat Rumah penyembelihan / pemotongan Awam telah di bina yang dikenali sebagai "kuttelhäuser", di mana terdap[at peraturan yang menetapkan setiap haiwan dan daging harus diperiksa. 

Seterusnya usaha pembinaan Rumah penyembelihan / pemotongan Awam terus berkembang hingga sampai ke Hamburg

Pada tahun 1890,   pusat penyembelihan utama L’ex Mattatoio telah dibina dan merupakan rumah penyembelihan/ pemotongan  utama yang terletak di tengah-tengah Rione XX, Testaccio, Rome. Arkitek pembinaan ialah Gioacchino Ersoch. Pada zaman itu L’ex Mattatoio merupakan rumah penyembelihan terbesar dan termaju di eropah.


Pada tahun 1800 pihak berkuasa Venice menetapkan penyembelihan haruslah dilakukan dirumah sembelih dan terdapat peraturan yang mengharamkan pengambilan daging daripada haiwan yang sakit di bawah ancaman hukuman mati kepada pelaku.

Pada tahun 1870 pihak berkuasa Amerika Utara dan Selatan, Australia juga New Zealand telah membangunkan Rumah penyembelihan / pemotongan haiwan Persendirian yang besar hanya dikhususkan untuk pengeksportan daging ke luar negara.  

Pada tahun 1884 terdapat sebuah projek pembinaan yang besar iaiitu tiga pintu gerbang laluan masuk ke Pasar Daging Edinburgh. Dimana terdapat beberapa buah rumah penyembelihan utama di seberang Fountainbridge dan dan pasar lembu di kawasan berdekatan Lauriston


Pada tahun 1890 pembinaan sebuah kompleks yang  menempatkan pasar dan Rumah Pemotongan haiwan yang sangat terkenal. Ianya di kenali sebagai Les abattoirs de Cureghem, berada di Negara Belgium

Pada Tahun 1906, Rumah Penyembelihan  Manresa, Paris, Negara Perancis  telah dibina dan merupakan sebuah bangunan moden  berdasarkan projek oleh arkitek Ignasi Oms i Ponsa


Pada tahun 1908 Arkitek Luis Bellido telah menghasilkan rekaan bangunan   rumah penyembelihan Madrid merupakan tapak pasar ternakan dan juga rumah sembelihan / pemotongan haiwan dan bangunan pentadbiran.

Pada tahun 1918 apabila General de Mataderos (di atas perintah Diraja pada 5 Disember 1918) telah menetapkan bahawa setiap bandar Sepanyol harus mempunyai rumah penyembelihan awam untuk mengelakkan penyembelihan haram, untuk mengawal kualiti daging dan untuk menjamin bekalan daging kepada penduduk.




Sejarah Perkembangan Pusat Sembelihan Di Benua Amerika 

Pada tahun 1900 Cincinnati, Amerika Syarikat telah menjadi  pusat awal industri daging dan menjadikan industri pembungkusan daging terbesar pada waktu itu  







Pada tahun 1864, sebuah syarikat bernama The Union Stock Yard & Transit berkumpul dengan beberapa syarikat kereta api dan membeli tanah di selatan Chicago untuk dimajukan sebagai pusat industri daging dimana kesemua proses memindah, membeli, menjual haiwan ternakan termasuklah penyembelihan/ pemotongan, pemprosesan dan pembukusan telah dilakukan di tempat yang sama. Kebanyakannya pengeluaran daging di Amerika Syarikat bergantung kepada Chicago selama bertahun-tahun dan menjadikan pasaran ternakan nombor satu di Amerika. 

Namun pada 1900, selepas Perang Dunia Kedua, The Union Stock Yard & Transit  Chicago terpaksa di tutup di mana banyak syarikat-syarikat besar terpaksa meninggalkan tersebut akibat banyak masalah yang dihadapi oleh pihak pelabur dan mogok pekerja yang dilakukan.

Pada tahun 1971 Chicago, Industri daging Amerika Syarikat telah pulih semula dari kejatuhan teruk dan memulakan revolusi industri daging baru yang dikenali sebagai "Porkopolis"  telah  menjadi industri penyembelihan / pemotongan haiwan berskala besar,  pembungkusan daging dan  pengeksport daging terbesar di dunia. Langkah tersebut berkembang dengan pesat terutama pengunaan peralatan yang lebih canggih lagi.

Pada tahun 1936  sebuah Rumah Pemotongan Haiwan El- Matadero di tengah-tengah Pampas Argentina ( Amerika Selatan) dan pernah menjadi tempat pengedaran daging terbesar suatu ketika dahulu



Sejarah Perkembangan Pusat Sembelihan Di China

Pada tahun 1933 di Shanghai China semasa zaman pra-komunis terdapat pembinaan sebuah Rumah Pemotongan Haiwan yang terbesar di sebelah timur asia berupa bangunan empat dikenali sebagai Rumah Penyembelihan Shanghai atau Old Millfun

Sejarah Perkembangan Pusat Sembelihan Di India

Pada tahun 1971, Pembinaan sebuah Rumah Penyembelihan Haiwan terletak di Deonar, pinggir timur Mumbai, India. Rumah penyembelihan itu pernah menjadi yang terbesar di Asia


Sejarah Perkembangan Pemeriksaan Daging

Pada awal tahun 2000 Langkah-langkah dan peraturan terhadap pemeriksaan daging telah kemaskini semula dan diperkenalkan . Menjadikan piawai kebersihan meliputi  pengendalian, Praktis kebersihan hygiene dan keselamatan makanan yang merangkumi keseluruhan proses   secara beransur-ansur menjadi lebih berkesan dan bertambah baik dengan ketara.


SEJARAH ABATTOIR INDONESIA

Kata "Abatoar" itu sendiri merupakan perkataan pinjaman dalam bahasa Belanda

manakala "Abattoir" merupakan perkataan pinjaman dalam bahasa Perancis
Abattoir membawa maksud tempat di mana binatang yang disembelih untuk daging

Menurut sejarah  sekitar tahun 1927 mula berkembang Perusahaan Rumah penyembelihan / pemotongan Haiwan adalah semasa kemasukan Pemerintah Kolonial Hindia Belanda di negara Indonesia.

Di mana Kolonial Hindia Belanda  pada masa itu, telah memerintahkan untuk membangunkan beberapa buah Rumah penyembelihan / pemotongan Haiwan untuk keperluan bekalan daging kepada pihak markas  tentera Kolonial Hindi Belanda (KNIL) yang bertapak di negara Indonesia

Rumah penyembelihan / pemotongan Haiwan (Abattoir) pada awalnya juga kenali sebagai Rumah Pembantaian atau Rumah Jagal (Slach Plats / slachthuis) 



Rumah penyembelihan / pemotongan Haiwan  pertama di indonesia  telah diasaskan oleh Dr Jan Stepensea yang merupakan seorang Doktor Veterinar dan di bangunkan oleh seorang arkitek dari belanda ( ir Herman Thomas Karsten). Kemudian diserahkan kepada syarikat perusahaan  Jenne & Co di Batavia sebagai pengimpot lembu dari Australia.

Kebanyakan Rumah penyembelihan / pemotongan Haiwan (Abattoir) ini menghubungkan Pelabuhan dimana lembu-lembu Import Astralia ini akan di angkut melalui pengangkutan darat (jalan raya) atau pengangkutan  kereta api sehingga sampai ke Abattoir tersebut.

Rumah penyembelihan / pemotongan Haiwan (Abattoir) tersebut dilengkapi  tempat pemotongan babi dan pemotongan lembu juga bangunan Pentadbiran.

Rumah penyembelihan / pemotongan Haiwan (Abattoir) tersebut dibina pada asalnya bertujuan sebagai tempat pemotongan haiwan yang lebih  praktikal, efektif, lebih higienis dan memastikan ternakan yang dipotong dengan kaedah yang baik  ( tidak tersiksa )

SEJARAH ABATTOIR MALAYSIA

Pada  tahun 1974, Rumah Sembelih yang terletak di Shah Alam, Selangor telah dibuka dengan rasminya oleh Perdana Menteri, Tun Abdul Razak Bin Dato Hussein



Pembinaan Kompleks Abatoir Shah Alam, Selangor pada masa itu diwartakan  di bawah Akta Lembaga Kemajuan Perusahaan Haiwan Negara 1972, Kaedah-kaedah Lembaga Kemajuan Perusahaan Haiwan Negara (Kawalan Penyembelihan) (Pindaan) 1979) -mansuh dan ditkendalikan oleh Majuternak (1974- 1982) untuk mencegah kegiatan penyembelihan secara haram

Langkah juga di ambil untuk memodenkan dan mengawal rumah sembelih disetiap bandar bagi menjamin mutu kebersihan dan pengeluaran daging.Rancangan juga diatur untuk membina rumah-rumah penyembelihan di Pahang Tenggara, Johor dan Perak.

SEJARAH ABATTOIR SINGAPURA

Pada tahun 1894, Rumah Penyembelihan Haiwan milik kerajaan berada di Jalan Besar, Singapore ditubuhkan untuk mengawal penyembelihan tanpa lesen untuk haiwan ternakan lembu, kambing dan khinzir



Rumah penyembelihan asal telah dibina pada tahun 1905. Rumah penyembelihan baru dibina pada tahun 1930 dan kemudiannya digantikan oleh rumah penyembelihan di Jurong pada tahun 1967.

SEJARAH ABATTOIR BRUNEI

Rumah penyembelihan Mulaut di Jalan Kilanas-Bebatik itu mula ditubuhkan oleh kerajaan Brunei untuk menyembelih daging yang diimport dari Australia mengikut kaedah halal orang Islam untuk kegunaan tempatan di Brunei. 

Ia telah diswastakan pada Ogos 1990 sebagai Mulaut Abattoir Sdn Bhd dan merupakan anak syarikat Royal Brunei Airlines.

No comments:

Post a Comment