Monday, May 12, 2025

PENTERNAKAN AYAM PENELUR

 

FAKTA TENTANG TELUR

  • Ayam betina yang diternak untuk tujuan penghasilan telur, tidak pernah dikelaminkan dengan ayam jantan seperti proses penghasilan telur bagi tujuan penetasan anak ayam. Seekor ayam menghabiskan kira-kira 110 gram makanan sehari. Bagaimanapun, telur pertama yang dihasilkan setiap ayam ketika berusia 17 minggu tidak mempunyai nilai pasaran kerana beratnya tidak mencapai 40 gram.
  • Setiap telur ayam mempunyai tempoh hayat 21 hari jika disimpan pada suhu bilik sebelum telur merahnya pecah dan membusuk pada hari ke 28. Hayat telur meningkat tiga kali ganda jika disimpan dalam peti sejuk.
  1. Bagi telur yang tersimpan lama dan tidak diketahui tarikhnya, pengguna dinasihat memecahkan terlebih dulu telur itu dalam piring, jika telur merahnya belum pecah, ia masih boleh dimakan.
  2. Telur juga boleh dikenal pasti sama ada masih baik atau sudah rosak secara dimasukkan ke dalam bekas berisi air. Telur yang rosak akan terapung kerana poket udara yang terbentuk dan membesar di dalamnya.

  • Seekor ayam telur di ladang mampu menghasilkan sehingga 280 telur sepanjang tempoh dua tahun hidup dalam reban. Selepas itu, ia akan dijual sebagai ayam tua kerana pada umur itu, ayam sudah melepasi tahap penghasilan telur yang baik apabila gagal menepati prinsip empat hari tiga telur walaupun kuat makan tetapi kurang bertelur.
  • Setiap ayam mengambil masa 21 hingga 22 jam untuk menghasilkan sebiji telur dalam badannya sebelum dikeluarkan. Selepas berehat sekejap, proses penghasilan telur dalam badan itu berulang semula.
  • Keadaan itu menyebabkan ayam terbabit hanya makan dan menghasilkan telur sepanjang masa kerana tiada aktiviti yang dilakukan dalam kotak kurungan dalam reban. Berikutan keupayaan ayam makan kira-kira 110 gram dedak sehari, ia juga membuang 100 gram najis untuk tempoh sama

AMALAN PERLADANGAN YANG BAIK (GMP)

Penerapan amalan perladangan yang baik didalam perancangan menubuhkan ladang, kawalan penyakit dan pengurusan harian akan memberi beberapa faedah antaranya ladang produktif, kos diminimumkan, output dimaksimumkan, persekitaran dan kualiti hasilan yang tinggi dihasilkan. Ini akan memberikan keyakinan kepada pengguna, meningkatkan peluang pasaran dan seterusnya menjaminkan sebuah ladang yang mapan.

Cara mengenal pasti jantina dari telur, anak baru menetas dan sebulan keatas

Telur yang berbentuk bujur berkemungkinan besar anak ayam  jantan manakala berbentuk bulat pula anak ayam betina

Pada usia 3-4 minggu, kita dapat melihat perbezaan anak ayam jantan dan anak ayam betina berdasarkan ukuran tubuhnya. Anak ayam jantan biasanya memiliki tubuh dan kepala yang lebih besar, sedangkan ayam betina tampak lebih kecil.

Anak ayam memiliki bulu tipis dan kecil sehinggalah sampai berusia lebih dari 6 minggu. Anak ayam jantan memiliki kepala berwarna terang, sedangkan betina biasanya berwarna coklat tua. 


Bagi balung anak ayam jantan akan kelihatan berbanding dengan betina

Anak ayam jantan mempunyai Lubang telinga kelihatan jelas tidak tertutup oleh bulu,

Anak ayam betina pula mempunyai lubang telinga yang  tidak jelas kelihatan dan tertutup banyak bulu maka 


Rentangkan sayap hingga sayap anak ayam tersebut

Anak ayam jantan memiliki sayap yang sama panjang, sedangkan anak ayam betina memiliki dua sayap dengan panjang yang berbeza.


Terdapat dua lapisan bulu sayap iaitu bulu utama (primaries) dan bulu pahat (coverts). Anak ayam jantan akan memiliki bulu pahat yang sama panjang atau lebih panjang daripada bulu utama. Manakala anak ayam betina memiliki bulu utama yang lebih panjang daripada bulu pahat

Untuk mengetahui jenis kelamin anak ayam jantan atau betina adalah dengan memeriksa lubang kloaka/anus dengan menggunakan jari kepada anak ayam yang berumur 1-5 hari. Jika anak ayam jantan dapat di lihat memiliki tonjolan yang lebih besar dan lebih bulat ( seakan-akan tonjolan jerawat)     

Manakala anak ayam betina akan memiliki tonjolan yang terlihat rata.



Dengan menterbalikkan anak ayam kita dapat membezakan jantan dan betina,

Jika anak ayam jantan semasa posisi tergantung akan berkedudukan diam.

Manakala anak ayam betina pula semasa tergantung pula . Anak ayam betina tersebut akan cuba mengepak dan mencaba memutar ke kanan.


Untuk memastikan secara lanjut jantina anak ayam tersebut adalah dengan cara memungut tengkuk leher anak ayam tersebut.  Anak ayam jantan akan diam membiarkan kakinya dalam keadaan tergantung

Manakala anak ayam betina kakinya akan cuba meronta  ditarik naik ke atas dada.


Seterusnya boleh menempatkan anak ayam telentang di telapak tangan. Anak ayam betina akan berhenti menendang setelah beberapa saat, Manakala anak ayam jantan akan terus-terusan menendang.


Cara memilih baka ayam penelur yang baik.

1. Mempunyai tulang belakang yang rata.
2. Mempunyai balung yang besar.
3. Mempunyai dubur yang luas.
  • Punggungnya lebar iaitu jarak cm (3 jari) dan jarak antara tulang punggung dengan tulang dada ialah 7.5 cm (4 jari)
Terdapat 2 jenis Reban Untuk Pemeliharaan Ayam

1)Jenis Reban. Reban Terbuka 
  • Dinding reban terbuka, dibuat dari dawai punai atau jaring.
2)Jenis Reban. Reban Tertutup
  •  Reban ditutup keseluruhannya sepanjang masa. 
  • “Curtain” dibuka apabila perlu.
  • Persekitaran (suhu, kelembapan dan peredaran udara) di dalam reban dikawal.
  • Udara masuk dan keluar dikawal menggunakan kipas.
  •  Dua kaedah kawalan persekitaran “evaporative cooling system” dan “tunnel ventilation” boleh digunakan. 
  •  Setingkat atau dua tingkat.

Lokasi Ladang

Pemilihan lokasi ladang adalah sangat penting. Ciri-ciri penting dalam pemilihan tapak ladang adalah

  • Kawasan hendaklah jauh dari kawasan perbandaran dan perumahan
  • Mempunyai kemudahan perhubungan yang baik dan boleh beroperasi sepanjang masa
  • Jauh daripada lain-lain ladang
  • Kawasan datar dengan sistem saliran air yang baik
  • Kawasan yang mempunyai peredaran udara yang baik
  • Pagar kawasan reban bagi mengelakkan kemasukkan haiwan liar (anjing, musang dan ular)

Binaan Reban

  • Reban yang dibina hendaklah yang dapat menyediakan persekitaran yang memberi keselesaan kepada ayam dan pekerja serta kos yang ekonomik.
  • Bahan yang digunakan hendaklah bermutu , supaya kos penyenggaraan kurang , tahan , mudah dicuci dan tidak menyerap haba.
  • Rekabentuk reban memudahkan peredaran udara yang bersih yang sempurna didalam reban
  • Rekabentuk reban juga hendaklah dapat membantu kecekapan pekerja melaksanakan tugas-tugas penjagaan ayam dan pembersihan sisa ladang


Reka bentuk reban
  • Saiz reban yang optimum adalah 40-48 kaki lebar, tinggi 7 kaki dan panjang 400-500 kaki
  • Contoh saiz reban 12 X120 meter (40 x400 kaki)
  • Orientasi memanjang sebaiknya mengarah timur ke barat utuk mengurangkan kesan langsung pancaran matahari keatas ayam

Jarak reban
  • Jarak antara reban sekurang-kurang sama lebar dengan reban bersebelahan
  • Tiada pokok / bangunan menghalang peredaran udara bersih
  • Kemudahan rumah tempat rehat pekerjaa jaraknya dari reban sekurang-kurangnya 15 meter dari reban

Jenis sangkar
  • Sistem sangkar ayam berlapis merupakan sistem penternakan intensif dan amat sesuai untuk ternakan ayam petelur. Reka bentuk sistem sangkar ini diperbuat daripada dawai Galvanis dan bertingkat, memudahkan pengumpulan hasil telur





PENGURUSAN MAKANAN AYAM PENELUR
  • Makanan permulaan (Starter) 1 hari- 8 minggu
  • Makanan ayam pembesar (Grower)8 minggu-18 minggu
  • Makanan ayam penelur (Layer)18 minggu- tamat


Memotong paruh ( ini pada anak ayam Penelur saja)
Tujuan elak pematukan sesama sendiri dan pembaziran makanan
  • Potong ketika umur 6-9 hari atau 10-12 minggu
  • Potong lebih kurang 4.5 mm dari lubang hidung
  • Muncung bawah lebih panjang dari muncung atas
  • Sekiranya berlaku pendarahan kelar dengan besi panas



PENGURUSAN PENTERNAKAN  
Pengurusan ayam penelur hendaklah dilaksanakan dengan teratur dan sistematik. Stress atau ketegangan adalah faktor utama yang mempengaruhi pemeliharaan ayam penelur. Oleh itu, untuk mengurangkan stress, penjagaan pemakanan, program kesihatan berjadual dan pengendalian ternakan hendaklah dilakukan dengan baik. 


Proses Penjagaan Anak Ayam sehingga berumur 3 bulan
Anak ayam haruslah dijaga dengan rapi sehingga berumur 3 bulan atau pun 3 1/2 bulan . ini kerana, anak ayam mudah mati sekiranya tidak dijaga dengan betul. proses penjagaan anak ayam perlu  dijaga dalam tempat perindukkan dalam pelarasan suhu kepanasan yang bersesuaian sehigga berumur 2 minggu daripada tarikh dihantar. ini kerana anak ayam masih tidak mempunyai bulu badan yang tebal dan ianya mudah kesejukan. anak ayam akan mati sekiranya berada dalam kesejukan.


Anak Ayam Penelur / Starter (1 hari – 3 minggu) 
  1. Alat pemanas dipasang 24 jam supaya anak ayam mendapat kepanasan yang cukup.
  2.  Makanan anak ayam permulaan (Poultry Starter) diberikan secara ad-libitum (bebas)
  3. Jumlah makanan dan bilangan kematian ternakan dicatat
Pencahayaan
  • Berikan cahaya 24 jam sehari kepada anak ayam dari umur sehari termasuklah penggunaan cahaya tiruan setelah itu dikekalkan pemberian cahaya 12 jam
  • ( Cahaya asli) sehingga berumur 16 minggu
  • Setelah itu tingkatkan pemberian cahaya ½ jam setiap minggu sehingga pemberian cahaya sebanyak 17 jam ketika umur 26 minggu.Kekalkan pemberian cahaya sehingga tamat pengeluaran
  • Pemindahan ayam dara kesangkar penelur dilakukan sebelum 10 hari sebelum pengeluaran telur
  • Isi ayam penelur kedalam sangkar penelur mengikut muatan sangkar

Peringkat Membesar / Grower (4 – 20 minggu) 
  1.  Makanan pembesar (Poultry Grower) diberi secara berperingkat-peringkat.
  2. Bekas makanan dan minuman ditukar kepada bentuk gantung dan diselaraskan mengikut ketinggian ternakan
Peringkat Pengeluaran / Bertelur / Layer (18-75 minggu) 
  • Ayam dara boleh dipindahkan ke sangkar bateri apabila paras pengeluaran telur telah mencapai 5%. Cahaya ditambahkan berperingkat-peringkat apabila pengeluaran mencapai 5%
Ayam mula Bertelur
  • Ayam mula bertelur antara 18-20 minggu
  • Dikutip sekurangnya 2 kali sehari
  • 8.00pg –2.00 petang selepas pukul 3.00petang kurang telur
  • 1 ekor ayam telur memakan 110 grm layer mendapat sebiji telur
  • sepanjang hayat ayam telur mengeluarkan 180-200 biji

Proses Penjagaan Ayam Penelur.

Ayam yang sedia untuk bertelur berumur 4 bulan. sekiranya ianya dijaga dengan rapi. ayam penelur mula bertelur dari umur 4 bulan sehingga 18 bulan. penjagaan ayam penelur hendaklah keadaan yang bersih dan sangkar yang selesa. bekas minuman diberi melalui Nipple Drinker. ini boleh mengelakkan daripada pencemaran bakteria. pemberian makanan yang terpilih hendaklah dilakukan dengan betul. ayam penelur boleh menghasilkan sebiji telur dalam masa 24 jam. sekiranya memilih baka luar negara, ayam penelur boleh mengahasilkan 2 biji telur. tetapi kos untuk anak ayam penelur dari luar negara meningkat 2 kali ganda dari baka ayam tempatan.. Telur yang dihasilkan untuk sebulan pertama adalah gred C dan gred telur akan meningkat ke gred A apabila melepasi 8 bulan penjagaan dari awal sehingga ianya dikira pencen. Targed permulaan yang dibuat sebanyak 3000 biji sehari. ini bersamaan 100 papan. 


PENGURUSAN TELUR AYAM
  • Pengutipan telur Ayam biasanya 
  • Pengutipan telur adalah disyorkan sebanyak 3 kali sehari iaitu pada jam 10.00 pagi, 2.00 petang dan 5.00 petang. bertelur pada waktu siang. Kebanyakkan ayam akan bertelur di antara jam 10.00 pagi hingga jam 2.00 petang pada kadar yang tinggi sekali sebelum waktu tengah hari

Kemudahan menggred telur
  • Terletak tidak kurang 30 kaki dari ladang
  • Bahagian berhampiraan ladang berdinding rapat
  • Dicuci setiap hari selepas waktu bekerja
Penggredan telur 
Sebelum kerja penggredan dijalankan, telur-telur yang kurang memuaskan akan dikeluarkan
  •  Telur yang retak atau pecah 
  •  Saiz telur terlalu besar atau kecil 
  •  Telur yang sangat kotor Telur boleh digredkan melalui penggunaan alat pengredan telur automatik ataupun melalui pemerhatian berdasarkan saiz telur-telur oleh ladang-ladang kecil.
Gred Telur
Harga telur Ayam Di Malaysia telur ayam dipasarkan berdasarkan sen sebiji mengikut gred. telur dikelaskan kepada beberapa gred berasaskan berat. Gred-gred tersebut adalah gred AA , A , B , C , D , E dan F. Harga telur ayam juga turun-naik

Gred telur
Gred A=64 gram
B=57-63 gram
C=50-56 gram
D=42-49 gram
E= Bawah 42 gram

Piawai Antarabangsa
AA-70 grm
A -64 grm
B -59 grm
C -54 grm
D -49 grm
E -48 grm

Penyimpanan Telur 
Selepas dikutip, kualitinya hendak dikekalkan. 
  1.  Suhu yang rendah, iaitu 4.4°C 
  2. Kelembapan bandingan di antara 80% - 85%. 
  3.  Telur yang bersih
  4. Jangka masa penyimpanan telur hendaklah pendek
  5. Sekiranya tiada kemudahan penyimpanan disyorkan telur itu dijual secepat mungkin. seharusnya tidak melebihi 3 hari jika disimpan pada suhu bilik.
Pengurusan ayam tua / ayam pencen

Lazimnya seekor ayan penelur mampu menghasilkan sehingga 280 telur sepanjang tempoh dua tahun hidupnya dalam reban. Selepas itu ayam tersebut sudah kurang produktif dan ia akan dijual sebagai ayam tua atau Ayam Pencen . Ayam pencen disembelih dan dijual secara pukal..

Ayam yang tidak lagi produktif disebabkan  umur ayam penelur itu biasanya sudah melepasi tahap penghasilan telur yang baik apabila gagal menepati prinsip 4 hari / 3 telur walaupun kuat makan tetapi kurang bertelur. 

Pengurusan Penyakit

Penyakit akan mengurangkan produktiviti ladang. Kos operasi akan meningkat akibat dari penggunaan ubat rawatan , kematian , terjejas pertumbuhan dan kehilangan kualiti selepas diproses. Langkah-langkah kawalan penyakit seperti biosekuriti dan pelalian hendaklah diambil. Penggunaan ubatan untuk rawatan perlu mematuhi spesifikasi yang telah ditetapkan.

  • Penggunaan ubatan didalam rawatan apabila perlu hendaklah mematuhi peraturan untuk mempastikan tiada residu ubat didalam telur atau mempastikan tidak meenggunakan ubat terlarang. 
  • Penggunaan ubat dengan betul juga dapat mengelakan pembentukan kekebalan terhadap ubat oleh kuman.

Kawalan Penyakit

  • Memantau status penyakit di ladang secara berjadual. Menyimpan rekod pemantauan penyakit dengan lengkap, teratur dan kemaskini.
  • Mempastikan ladang bebas dari penyakit Newcastle, penyakit zoonotic (Highly Pathogenic Avian Influenza dan Vancomycin Resistant Enterococci dan penyakit bawaan makanan (Salmonellosis, E.coli 157, Campylobacter, Lysteria)
  • Mengambil tindakan kawalan yang segera apabila dikesan berlaku penyakit di dalam ladang.
Bilik penyimpanan makanan, Stor peralatan, bilik simpan Ubat-ubatan dan bahan kimia
  • Bilik penyimpanan makanan  perlulah disediakan bagi memudahkan penyimpanan stok makanan dengan selamat
  • Kalis burung (ditutup/ dipasang jarring)
  • Kalis tikus ( Tertutup/ Adakan program kawalan)
  • Suhu kurang dari 28°C dan bersih
  • Stor peralatan perlulah disediakan bagi menyimpan segala peralatan ladang dengan teratur
  • Bilik penyimpanan ubat ubatan mestilah berasingan dengan bilik penyimpanan bahan kimia
Kawalan lalat
  • Pemantauan infestasi lalat menggunakan Scunder Fly grill mesti tidak lebih dari tahap 10 ekor.
  • Rekod ubat ( eg Snip, Neporex, Norvatis)
  • Stor tinja kering dan bersih

Kawalan bau
  • Tahap bau terkawal supaya tidak mengganggu persekitaran

Kawalan habuk
  • Tiada pencemaran

Kawalan bunyi
  • Tahap bunyi dari aktiviti perladangan yang dijalankan adalah minima

Pelupusan ayam
  • Dilupuskan segera secara sistematik samaada deep-pit, ditaanam, bakar (insenerator) atau kompos

Pengurusan Sisa-Sisa Ladang

Sisa ladang ayam daging termasuklah sampah-sarap , ayam yang telah mati , tahi ayam. Jika sisa-sisa ini tidak diselenggara dengan baik sisa ini boleh menjadi tempat pembiakan lalat, selain itu juga akan menarik minat pemangsa datang ke ladang dan membawa bersama penyakit. Jika ianya tidak dilupuskan dengan sistematik dan sempurna ianya boleh menyebabkan masalah gangguan bau kepada masyarakat persekitaran dan kejadian penyakit kepada ayam-ayam peliharaan.

Kemudahan Pekerja

  • Kemudahan perumahan pekerja dan kemudahan untuk pekerja berehat dan mengambil makan/minum disediakan pada jarak sekurang-kurangnya 15 meter dari reban.
  • Menyediakan kemudahan tandas yang sempurna di kawasan perumahan pekerja dan juga di dalam ladang
  • Menyediakan pakaian dan keselamatan bagi pekerja yang bekerja di tempat yang berisiko kemalangan atau jangkitan yang tinggi

Pengangkutan

Mengurangkan tekanan haba dan stress semasa pengangkutan anak ayam adalah penting. Anak ayam yang terdedah kepada stress mungkin akan mengalam kadar kematian yang tinggi, terjejas pertumbuhan , terjejas ketahanan badan dan memudahkan terkena penyakit. Penghantaran anak-anak ayam kepada pembeli hendakalah menggunakan kenderaan yang dilengkapi dengan sistem ventilasi yang baik. 

Bagi pengangkutan telur pula mesti diangkut berhati-hati bagi mengelakan telur-telur pecah. Penggunaan sistem dan dulang telur yang baik adalah penting untuk mengurangkan masalah ini. Untuk menjaga kualiti yang baik telur sebaiknya diangkut menggunakan pengangkutan yang dilengkapi dengan sistem ventilasi yang baik terutama yang mempunyai sistem penyejukan.

PEMASARAN TEMPATAN
Lebih kurang 90 peratus daripada pengeluaran dipasarkan dipasaran tempatan. Kesemua telur ini dipasarkan dalam bentuk 'shell-egg'. Pemasaran telur sebahagiannya dibuat oleh pemborong dan sebahagian kecil terus oleh peruncit. yang datang sendiri mengambil bekalan dari ladang. Selain dari pasaran runcit telur juga digunakan oleh loji pemprosesan makanan seperti kilang roti dan kaya.

No comments:

Post a Comment