Wednesday, December 6, 2023

PERMIT-PERMIT VETERINAR

Penguatkuasaan permit veterinar adalah sebahagian daripada usaha DVS melindungi pengguna terutama daripada penyakit haiwan ternakan, pembelian lembu seludup, lembu curi, pengunaan bahan pelali, isu Halal dan hormon terlarang yang merbahaya terhadap kesihatan manusia.


Secara Umumnya      


Sebelum binatang tersebut dimasukkan ke dalam rumah sembelihan, mestilah mempunyai

  1. Akaun Kebenaran Pindah (AKP)
  2.  Sijil Kesihatan Veterinar (SKV) 

yang mengesahkan bahawa ternakan itu sihat dan layak untuk dibawa masuk di rumah sembelihan.

Antara dokumen yang wajib ada bagi semua ternakan untuk penyembelihan adalah Akuan Kebenaran Pindah  Ternakan (AKP) dan Sijil Kesihatan Veterinar (SKV) juga Akuan Kebenaran Sembelih (AKS)



Sijil Kesihatan Veterinar (SKV)

Sijil Kesihatan Veterinar (SKV) dikeluarkan bagi mengesahkan status kesihatan haiwan dan produk haiwan.

Sijil Kesihatan Veterinar (SKV) diperlukan bagi tujuan seperti berikut:

1. Eksport

2. Pemindahan

3. Penyembelihan


       Ternakan yang hendak disembelih hendaklah menjalani pemeriksaan kesihatan dan dipastikan bebas dari sebarang penyakit dan bahan kimia yang memudaratkan oleh Pihak Berkuasa Veterinar

       Keputusan ujian makmal yang mengesahkan status terkini sesuatu penyakit/ residu kimia terhadap haiwan boleh digunakan sebagai dokumen sokongan bebas penyakit.

       Hendaklah mencatat di dalam Sijil Kesihatan Veterinar (SKV) status kesihatan dan dinyatakan penyakitnya sekiranya akan disembelih atas sebab kesihatan.




Permit Pemindahan / Perjalanan Ternakan /  Akuan Kebenaran Pindah Keluar (AKPK) 

Bagi pemindahan ternakan, karkas dan daging perlu mendapat kebenaran pemindahan daripada JPV berhampiran dan Sijil Kesihatan Veterinar untuk kawalan penyakit yang turut diwartakan mengikut Seksyen 36 Akta Binatang 1953 akan dikeluarkan selepas diperiksa.

       Permit AKPK diwujudkan untuk mengawal penyakit berjangkit. Andailah kata tiada permit, kemungkinan penyakit berjangkit akan merebak dari satu negeri ke satu negeri

       Contoh penyakit Lumpy Skin Disease (LSD) . Dengan adanya Permit AKPK ini, DVS dapat mengawal pergerakan keluar lembu positif LSD ini. Dimana Kandang yang terjejas tidak boleh keluarkan ternakan kerana permit tidak boleh dikeluarkan sehingga wabak dapat dikawal. 



       Permit AKPK terbahagi kepada 2 tujuan iaitu

    1) Penyembelihan

    2) Pemeliharaan

       Permit AKPK terbahagi kepada 3 jenis iaitu

    1) Antara Negara

    2) Antara Negeri

    3) Antara Daerah. 

1) Akuan Kebenaran Pindah Antara Daerah (AKPK) 

       Untuk permohonan Permit Kebenaran Pindah  Antara  Daerah (AKPK) ianya bergantung kepada JPV negeri.

       Bagi sesetengah DVS negeri ada yang menggunakan E-SKV yang mana menjanakan Permit AKPK berserta Sijil Kesihatan Veterinar (SKV). 

       Untuk dapatkan Permit AKPK perlu ada ID Premis. Tarikh, lokasi penerima beserta maklumat penerima, Tempat sembelihan dan tempat pemeliharaan (Holding Yard) hendaklah dinyatakan dengan lengkap (destinasi)  dalam permit



2) Akuan Kebenaran Pindah Antara Negeri (AKPK) 

       Bagi permohonan Permit Kebenaran Pindah Ternakan Antara Negeri hendaklah dibuat di Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah di lokasi asal. ( contoh PVD Seremban)

       Permohonan melibatkan luar negeri perlu mengisi borang Deklarasi Status Haiwan  dari ladang semasa    membuat permohonan



Deklarasi Status Haiwan (Ruminan)

Setiap konsigmen dari luar negeri perlu disertakan dengan Deklarasi Kesihatan oleh veterinawan ladang

       Deklarasi Status Haiwan ini hendaklah mengandungi maklumat ternakan meliputi rekod kesihatan atau rawatan, vaksinasi dan tempoh penarikan antibiotik.

       Untuk penarikan antibiotik hendaklah menyatakan tarikh preskripsi, jenis antibiotik dan tarikh penarikan antibiotik yang disahkan veterinawan ladang.

Permit Kebenaran Masuk Ternakan Antara Negeri

       Sekiranya merentasi negeri, permohonan Permit Kebenaran Masuk Ternakan Antara Negeri perlu dibuat serentak dengan negeri penerima.

       Permohonan Permit pemindahan ke luar negeri hanya akan dikeluarkan setelah mendapat kebenaran masuk/terima Daripada Negeri penerima ternakan.


Permit Import MAQIS

Bagi permohonan

Permit import dari negara tidak bebas penyakit, memerlukan pengesahan dari MAQIS

Ternakan telah menjalani tempoh kuarantin tanpa tanda klinikal

Lembu, Kerbau, Kambing & babi

  1. Pelihara 30 hari
  2. Penyembelihan 10-14 hari





Akuan Kebenaran Sembelih

       Bagi Permohonan pemindahan untuk tujuan Permit  Akuan Kebenaran Sembelih, perlu diperolehi daripada Pejabat Veterinar Daerah di lokasi destinasi

       Bagi negeri yang melaksanakan pendaftaran ternakan, ternakan yang hendak disembelih perlu dibatalkan pendaftarannya.

       Bagi ternakan yang telah dipindahkan ke Rumah Sembelih (dibenarkan oleh Jabatan) hendaklah  disembelih tidak melebihi 30 hari.

       Jika penyimpanan melebihi 30 hari  perlu  mendapat kebenaran khas daripada Pengarah Veterinar Negeri.

       Baki ternakan dianggap sebagai ternakan yang akan dipelihara dan perlu mengikut syarat-syarat yang ditetapkan oleh DVS Negeri tersebut





Permit Penyembelihan Di luar Rumah Sembelih

       Bagi permohonan Permit Penyembelihan Di luar Rumah Sembelih perlu mendapatkan permit penyembelihan daripada Rumah Sembelih Jabatan atau JPV Negeri yang berdekatan.

       Diguna pakai atau sah  hanya di pusat sembelihan sementara kebenaran JPV Negeri , kebenaran PBT (Permis) dan kebenaran bersyarat Majlis agama Islam Johor ( Masjid/ Surau Terpilih)

Contoh:  Penyembelihan adat / agama Sembelihan aqiqah / Korban  

       Penyembelihan untuk Jualan pada musim perayaan Raya Puasa (3 hari sebelum) dan Raya Haji ( hanya  terpakai 3 hari sebelum dan 3 hari selepas)




Surat kebenaran Menyembelih Ternakan Betina

Pemohon harus memohon Surat Kebenaran Menyembelih Lembu Betina dari Pihak Berkuasa Veterinar 

Jika ternakan yang hendak disembelih itu betina  atau dijual untuk disembelih perlu mendapat pengesahan daripada Doktor Veterinar yang bertauliah oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar.

Tujuannya adalah

       Memastikan ternakan ruminan betina tempatan (lembu / kerbau, kambing / bebiri) yang masih muda dan produktif tidak disembelih dengan sewenang - wenangnya.

       Faktor dibenarkan sembelihan lembu betina tempatan tersebut sudah tua, berpenyakit dan tidak produktif



Seal Tag

       Lori yang digunakan bagi tujuan pemindahan wajib  dipasang  ‘Seal Tag  pada bahagian kenderaan yang kehendaki.



No comments:

Post a Comment