Dalam konteks pentadbiran dan pengurusan arah kiblat, ia termasuk dalam perkara hukum yang terletak di bawah bidang kuasa Mufti Kerajaan Negeri.
Jabatan Mufti Johor merupakan satu-satunya pihak yang berautoriti untuk melakukan penentuan dan semakan arah kiblat dalam Negeri Johor.
Sijil akan dikeluarkan bagi menepis keraguan atau sebagai bukti semakan arah kiblat tersebut telah diperakui.
pemilik premis itu boleh mengajukan permohonan secara atas talian melalui borang rasmi dalam pautan
- https://mufti.johor.gov.my/perkhidmatan/e-kiblat/
- https://said.johor.gov.my/perkhidmatan/permohonan_kiblat.php
Bagaimana cara menghadap arah kiblat?
Bagi Mazhab Syafie cara menghadap arah kiblat bergantung kepada dua (2) keadaan:
- Dapat melihat Kaabah; hendaklah menghadap ke arah fizikal Kaabah
dengan yakin.
- Jauh dari Kaabah; hendaklah menghadap ke arah Kaabah berdasarkan
kepada tanda-tanda mungkin ظني atau pasti قطع ي sebagai contoh di Malaysia, ijtihad arah Kiblat boleh ditentukan
melalui perhitungan falak mengikut terbit dan terbenamnya matahari ataupun dengan melihat gugusan bintang (buruj) atau astronomi dengan menggunakan peralatan yang
bersesuaian seperti kompas, teodolait / total station dan sebagainya yang boleh menentukan arah Kaabah,
Arah Kiblat mengikut arah Piring Astro
Pada zaman teknologi kini, terdapat pelbagai kaedah yang dapat digunakan untuk menentukan arah kiblat. Namun demikian, penggunaan piring astro dalam menetapkan arah kiblat didapati kurang tepat memandangkan kaedah ini tidak mempunyai sandaran yang kukuh.
Jika diteliti, kedudukan piring Astro di setiap lokasi adalah berbeza-beza dari kiblat sebenar. Kebanyakannya arah piring Astro bukan sahaja menghala ke arah barat 270° bahkan sedikit ke kiri (ke selatan)
Untuk pengetahuan, piring astro yang menghala ke arah barat itu menghadap ke satelit MEASAT yang terletak di orbit geo-pegun di atas lautan Hindi. Kedudukannya berada di atas khatulistiwa iaitu latitud 0° dan longitud 91.5° timur.
Kedudukan kaabah iaitu kiblat kita pula adalah:
Latitud 21.4225° Utara , Longitud 39.8262° Timur.
Azimut satelit MEASAT dari lokasi di Malaysia dalam lingkungan 232° sehingga 268° manakala Azimut arah Kiblat dari lokasi di Malaysia pula dalam lingkungan 290° sehingga 293°.
Konsep dan Penentuan Arah Kiblat
Sejarah Awal penentuan Arah Kiblat
Sebahagian sarjana Islam awal menggunakan arah selatan walau di mana mereka berada untuk menentukan kiblat kerana tunjuk ajar daripada Rasulullah SAW yang memang Mekah pada masa itu berada di arah selatan Madinah.Mereka hanya menggunakan arah mata angin tertentu untuk menentukan kiblat.
Hitungan Arah Kiblat Trigonometri (al-muthallathat)
Hitungan adalah berdasarkan arah di sepanjang bulatan gedang (great circle) bumi, ia melibatkan model-model matematik sfera yang mengandungi koordinat geografi tempatan dan koordinat geografi Kaabah.
Kaedah hitungan arah kiblat yang digunakan adalah menggunakan konsep Segitiga Sfera atau lebih dikenali sebagai Trigonometri (al-muthallathat)
Trigonometri (al-muthallathat) diasas oleh umat Islam khusus untuk pengiraan falak. Ilmu falak memerlukan pengetahuan tentang geometri satah dan sfera. Ilmu ini diasas oleh rangkaian ilmuwan Islam termasuk al-Battani, Abu’l-Wafa, al-Tusi dan al-Biruni. Perbincangan trigonometri boleh didapati misalnya dalam Miftah al-Hisab (ditulis pada tahun 1428 Masihi) karya Jamsyid Ghiath al-Din al-Kasyi. Beliau membicarakan ilmu ini dalam bab ilmu al-misahah yang melibatkan keluasan dalam bentuk segi tiga dan beliau mentakrifkan segi tiga sebagai satah yang dilengkungi oleh tiga garis lurus yang digelar adla’ al-muthallah (sempadan segi tiga). Trigonometri ialah pengajian tentang segi tiga. Ilmu astronomi berkembang di dunia
Islam, terutamanya ketika Zaman Abbasiyyah, disebabkan apabila empayar Islam
berkembang, orang Islam telah tersebar di merata tempat dan jauh daripada Mekah.
Permulaan sekitar abad ke 12, lima kurun selepas hijrah Peta dunia
pertama berjaya dilakar oleh al-Idrisi al-Qurtubi al-Hasani al-Sabti seorang geografer dan kartografer muslim
Akhirnya, al-Bazdawi berjaya dengan bantuan ilmu falak yang dikaji ahli
astronomi Muslim pada zamannya untuk mendapatkan arah kiblat yang hampir tepat
dengan kiraan moden.
Dengan kaedah pengiraan yang tepat,
ilmuan Islam berjaya menyenaraikan arah kiblat di pelbagai lokasi. Pada kurun
ke-14, sebanyak 2,880 koordinat ditentukan arah kiblatnya. Kesungguhan
menentukan arah kiblat dengan lebih tepat telah membawa kepada perkembangan
ilmu astronomi dan trigonometri.
Antara kurun ke 9 hingga kurun ke16, seorang ilmuan bernama Ibnu Suraqa pertama kali mengembangkan tentang skema arah kiblat dengan 8, 11
hingga 12 sektor arah, setelah itu muncul lagi tulisan geografi tentang arah kiblat
yang ditulis oleh Yaqut sekitar tahun 1200 M, al-Qazwini sekitar tahun 1250, dan
tulisan yang lain ditulis oleh Ahmad al-Sharafi al-Safaqusi di Tunisia pada tahun
1575 M
Pada kurun ke 14 Sebuah Qibla indicator penanda arah Kiblat
untuk daerah Kairo yang dibuat oleh Khalil bin Ramtash , arah
kiblat pada horizontal sundial (Jam Matahari) ini menunjukkan arah 34° SE (Selatan ke
Timur), namun kebanyakan astronom dari Mesir menggunakan arah 37° SE
sebagai standart arah kiblat mereka.
Manakala sebuah lagi Qibla indicator yang terletak pada horizontal
sundial (Jam Matahari) berasal dari Tunisia, karya dari Abu’ Qasim bin Hasan al-Shaddad yang menunjukkan arah kiblat pada alat tersebut berupa 45°
SE (Selatan ke Timur), kemudian arah ini digunakan sebagai arah kiblat di
Maroko
Bermulanya kurun ke 16, Arah kiblat dari berbagai tempat telah dibuat penanda arah melalui penggunaan Astrolabe dan Quadran oleh ilmuan islam iaitu Muhammad bin Abil Qasim al-Isfahani dan Muhammad bin Hamid al-Isfahani
Bagaimanakah ijtihad¹ arah kiblat?
Ijtihad arah kiblat adalah berusaha bersungguh-sungguh dalam menentukan
azimut arah kiblat berpandukan kepada kaedah berikut:
- Tanda-tanda fizikal seperti matahari, bulan dan bintang.
- Peralatan seperti kompas, teodolit, tongkat istiwa’, rubu’ mujayyab
dan sebagainya.
- Bertaqlid (bertanya atau mengikut) orang yang berijtihad seperti
penduduk setempat.
Jika kesemua kaedah di atas tidak didapati, maka seseorang itu harus
berijtihad sendiri dan menghadap ke mana-mana arah.
Azimut adalah merupakan satu (1) unit ukuran yang diukur dalam unit darjah
atau simbol (°). Sudut yang diukur dari Utara mengikut arah jam
dinamakan sudut azimut (Az). Istilah ini biasanya digunakan dalam
banyak aplikasi termasuk pandu arah, astronomi, kejuruteraan,
pemetaan, perlombongan dan artileri.
(Ilmu Falak: Teori, Praktikal Dan Hitungan)
Kaedah Penentuan / Penandaan Arah Kiblat
Penentuan arah kiblat berdasarkan kaedah sedia ada seperti penggunaan kompas, tongkat istiwa, bayang matahari, berpandukan arah matahari terbenam
Terdapat pelbagai cara yang kita boleh gunakan untuk mencari arah kiblat .
Antaranya adalah, kita boleh menggunakan kaedah dengan melihat bayangan yang terhasil di kawasan masing-masing semasa Istiwa' Adzam di kaabah berlaku.
Istiwa' Adzam di kaabah merupakan suatu peristiwa apabila Matahari berada tegak di atas kaabah sehingga bayangan kaabah tidak akan kelihatan ketika itu.
..
Ketika kedudukan Matahari berada di atas kaabah, arah bertentangan dengan bayang objek tegak yang terhasil di tempat lain boleh digunakan untuk mencari arah kiblat.
Umum mengetahui, kita tidak akan melihat matahari berada di lokasi yang sama setiap hari disebabkan kecondongan paksi bumi semasa mengelilingi matahari .
Kita di Bumi akan melihat Matahari kadang-kadangnya 'bergerak' ke arah utara dan kadang-kadangnya kelihatan 'bergerak' ke arah selatan .
..
Begitu juga dengan peristiwa istiwa' adzam, ia tidak berlaku setiap hari disebabkan kedudukan Matahari yang tidak tetap di tempat yang sama setiap hari apabila dilihat oleh pemerhati di Bumi.
Dalam setahun hanya dua kali sahaja Matahari berada tegak di atas kaabah iaitu pada:-
~ 28 Mei
( * 27 Mei pada tahun lompat )
Waktu : 5.16 PM
..
~ 16 Julai
( * 15 Julai pada tahun lompat )
Waktu : 5.28 PM
..
Cara - Cara Menyemak Arah Kiblat Dengan Menggunakan Kaedah Istiwa' Adzam :
1) Semak waktu yang digunakan .
Pastikan waktu yang tertera pada jam mengikut waktu piawai Malaysia .
Boleh semak waktu piawai di :-
2) Berada di kawasan lapang .
3) Pastikan cahaya Matahari kelihatan .
4) Cari objek lurus seperti kayu atau sebagainya .
5) Pacakkan objek lurus tersebut di atas permukaan rata .
6) Pastikan bayang objek lurus yang terhasil boleh kelihatan dengan jelas.
7) Tunggu waktu istiwa' adzam bermula .
8) Ketika istiwa' adzam berlaku, buat satu garisan bertentangan dengan bayang yang dihasilkan objek lurus tadi .
9) Garis bertentangan yang dibuat merupakan arah kiblat .
1) Fenomena Matahari Istiwa atas Kaabah (Istiwa Adzam)
Pada kurun ke a4 kaedah Istiwa’ A’dzham telah dipelopori seorang ilmuan islam iaitu Nasir Al-Din Al-Tusi yang merumuskan metode meluruskan arah kiblat secara sempurna.
Istiwa' Adzam di kaabah merupakan satu peristiwa apabila matahari berada tegak di atas kaabah sehingga bayang kaabah tidak akan kelihatan ketika itu. Ketika kedudukan matahari berada di atas kaabah , bayang objek tegak yang terhasil di tempat lain akan menunjukkan arah ke kaabah .
Istiwa Adzam berlaku dua kali setahun.
Fenomena ini
terjadi pada:
- 28 Mei ± jam 5.16 petang WPM
- 16 Julai ± jam 5.28 petang WPM.
Ketika matahari istiwa atas Kaabah, bayang objek tegak lurus akan membetuli arah Kiblat
2) Kaedah Tongkat Istiwa
Rasulullah S.A.W bersabda :
مَا بَيْنَ الْمَشْرِقِ وَالْمَغْرِبِ قِبْلَةٌ
Terjemahannya : Arah antara timur dan barat adalah qiblat. (HR al-Imam al-Tirmizi, Sahih)
Kaedah Tongkat Istiwa adalah cara tradisional untuk mendapatkan garis meridian arah utara / selatan dan menentukan timur barat sesuatu tempat.
Pilih kawasan pada suatu kawasan rata. yang tidak terlindung matahari
Pacakkan / mendirikan sebatang kayu di tengah-tengah kawasan itu.
Buatkan bulatan mengelilingi kayu tersebut
Tetapkan waktu (samaada 15 minit sebelum waktu zuhur) Perhatikan bayang-bayang ini menyentuh bulatan tersebut. Tandakan B ( Barat )
Seterusnya 15 minit selepas waktu zuhur Perhatikan bayang-bayang ini menyentuh bulatan tersebut. Tandakan T ( Timur )
Kemudian buat satu garisan lurus yang menyambung titik B (Barat) dan Titik T (Timur) maka ianya menujukkan garisan Timur Barat
Kemudian buatkan sudut 90° untuk mendapatkan garisan U (Utara) dan S ( Selatan )
Kemudian guna alat jangka sudut untuk mendapatkan arah azimut Kiblat (291°- 293°)
2) Kaedah Buruj / Bintang
Buruj merupakan kelompok bintang-bintang
yang membentuk sesuatu gambaran di langit
malam.
Perhatikan ayat Quran berikut:
وَعَلٰمٰتٍؕ وَبِالنَّجۡمِ هُمۡ يَهۡتَدُوۡنَ
Dan (Dia mengadakan) tanda-tanda panduan jalan dan dengan bintang-bintang (pada waktu malam) mereka dapat mengetahui arah yang hendak dituju. (An-Nahl 16:16)
Buruj Bintang
Manusia zaman silam menamakan buruj
mengikut bentuk-bentuk tertentu yang
merujuk kepada mitos, lagenda dan juga
haiwan.
Antara buruj bintang yang boleh dijadikan
pedoman untuk berijtihad arah kiblat adalah
buruj al-Babadur (Orion).
Deretan tiga bintang iaitu Alnitak, Alnilam
dan Mintaka apabila diunjurkan ke arah
barat akan menunjukan arah kiblat bagi
penduduk di Malaysia dan negara yang
seranta
Buruj bintang yang boleh dijadikan panduan untuk menentukan arah kiblat ialah buruj Orion (Al-Babadur). Tiga bintang berderetan dalam buruj ini iaitu Mintaka (δ Orionis), al-Nilam (ε Orionis) dan al-Nitak (ξ Orionis) boleh digunakan sebagai panduan arah kiblat.
Buruj sentiasa berada di langit, sama ada pada waktu malam atau siang.
Namun, buruj akan dapat dilihat dengan jelas pada waktu malam tanpa
cahaya matahari. Walau bagaimanapun, buruj yang kelihatan dari
kedudukan kita berubah-ubah mengikut musim dan masa tertentu.
2) Kaedah Terbebam Matahari
Berpandukan kepada kedudukan
bayang matahari pada waktu pagi
dan petang atau semasa matahari
hampir terbenam.
Dari Abu Hurairah r.a. berkata sabda Rasullah s.a.w.
“ Di antara Masyrik dan
Maghrib terletak Kiblat”. (Hadis diriwayatkan oleh Tirmizi dan Ibni Majah)
Rasulullah s.a.w. telah memberi pendekatan dan penekanan arah letaknya Kiblat itu
di antara Masyrik (matahari terbit) dan Maqhrib (matahari terbenam). Bagi mereka
yang berada di Masyrik atau di Maqhrib, Kiblatnya tidak ke arah utara atau ke
selatan. Sekurang-kurangnya mereka dari Masyrik (timur), Kiblat mereka adalah
kearah barat dan mereka dari Maqhrib (barat), Kiblat mereka adalah kearah timur.
Dalil-dalil Dari Hadith Rasullah s.a.w.
Kaedah yang telah di tetapkan oleh Hadith di atas, adalah merupakan garis panduan
umum. Namun demikian penentuan dengan lebih tepat boleh dilaksanakan melalui
ilmu falak atau astronom
Tempat matahari terbenam boleh dijadikan sebagai arah kiblat. Bagi
mendapatkan arah kiblat yang tepat perlu mengetahui nilai azimut
tempat matahari terbenam. Ini kerana, tempat matahari terbenam di
ufuk sentiasa berubah setiap bulan malah hampir setiap hari.
Secara amnya merujuk kepada kedudukan matahari
terbenam bagi tujuan menentukan arah kiblat adalah
tidak tepat.
Ini disebabkan arah terbenam matahari di Malaysia
akan berubah-ubah dari azimut 235° hingga 295°.
Namun begitu, salah satu langkah untuk tujuan berijtihad arah kiblat, boleh digunakan jika
diketahui perbezaan sudut antara matahari terbenam dan arah kiblat.
Berikut adalah nilai azimut atau nilai darjah yang perlu ditambah dan
dikurangkan berdasarkan perubahan kedudukan terbenam matahari
setiap bulan.
Panduan petunjuk sudut dengan jari untuk menentukan nilai bukaan sudut.
Apa yang dimaksudkan arah menghadap itu hendaklah tidak melebihi 45 darjah dari arah kiblat mengambil kira sudut setiap arah iaitu utara, selatan, timur dan barat yang mempunyai 90 darjah bagi setiap sudut. 45 darjah itu juga berdasarkan arah yang Nabi SAW sebutkan iaitu timur dan barat. Apabila melebihi 45 darjah dari arah yang tepat akan mengakibatkan seseorang akan terkeluar dari arah tersebut kerana arah keseluruhannya 90 darjah. Maka arah yang paling tengah dalam 90 darjah adalah 45 darjah ke kanan dan 45 darjah ke kiri.
Apakah peralatan yang boleh digunakan untuk menentukan
arah kiblat?
Terdapat beberapa peralatan yang boleh digunakan untuk
menentukan arah kiblat, antaranya:
- Peralatan yang mudah dan praktikal adalah kompas dan aplikasi
mudah alih berasaskan Global Positioning System (GPS).
- Peralatan yang memerlukan kemahiran khusus untuk
mengendalikannya seperti total station, teodolit, Global
Navigation Satelite System (GNSS), tongkat istiwa’ dan rubu’
mujayyab.
Menggunakan Tiodolait
Penggunaan tiodolait memerlukan kemahiran yang tinggi. Alat ini digunakan untuk mengukur
bacaan sudut ufuk dan menegak. Ia memberikan bacaan sudut pada tahap kejituan dan
ketepatan yang tinggi.
Terdapat berbagai jenis tiodolait moden yang digunakan secara meluas di seluruh dunia. Bagi
tujuan penandaan arah kiblat, tiodolait jenis digital adalah yang paling mudah digunakan.
Tiodolait bukan sahaja digunakan menandakan arah kiblat tetapi turut digunakan dalam menentukan tarikh 1 Ramadhan permulaan puasa , tarikh hari raya 1 Syawal dan Hari raya Haji bagi umat muslim
Menggunakan Kompas Prismatik
Pada abad ke-13, Semasa era pemerintahan Sultan al-Ashraf dari Yaman penggunaan mangkuk kompas atau disebut dengan tasa digunakan untuk menunjukkan arah kiblat. Kompas tersebut digunakan untuk menunjukkan arah
kiblat, di daerah Yaman, Kairo, Iran, Asia Tengah
Manakala terdapat juga kompas dalam bentuk mangkuk (Ceramic Qibla-Bowl) Alat ini dibuat oleh Thabit (tertulis
pada ukiran ditengah mangkuk) dari Damaskus
Penandaan arah kiblat dengan menggunakan kompas banyak diamalkan di kalangan masyarakat
Islam pada masakini. Arah yang ditunjukkan oleh sesuatu kompas adalah merujuk kepada Arah
Utara Magnet.


Perbezaan sudut diantara arah utara magnet dan arah utara benar dikenali sebagai Sudut
Pesongan Magnet. Magnitud sudut pesongan ini, mungkin berbeza dari satu tempat ke satu
tempat yang lain dan dari hari ke hari pada suatu tempat yang sama.
Kompas akan memberi nilai dan arah seperti Utara, Timur, Selatan dan Barat. Cuma, di sini kita hanya perlu mengetahui nilai azimut dan arah kiblat yang betul. Purata nilai azimut arah kiblat bagi seluruh Malaysia adalah di antara 291° hingga 293° tertakluk kepada tempat anda berada. Perlu diingat, nilai jarum dan arah pada kompas ini amat mudah tertarik dengan unsur-unsur besi dan arus elektrik yang berada di sekeliling kita. Kompas yang digunakan juga perlu diselenggara (calibrate) terlebih dahulu.
Perisian yang dimuat turun dalam peranti pintar
(gadget) digunakan untuk menentukan arah kiblat?
Menggunakan perisian yang terdapat dalam peranti pintar (gadget)
kebanyakannya menggunakan kaedah medan magnet Utara seperti
kompas. Oleh itu, ianya perlu digunakan secara berhati-hati dengan
mengambil kira unsur-unsur tarikan besi atau arus elektrik kerana ia
boleh memberi kesan kepada bacaan nilai dan arah yang kurang tepat.
Walau bagaimanapun, perisian yang berasaskan sistem penentu
kedudukan sejagat (Global Positioning System-GPS) lebih stabil dan
diutamakan.
EASY QIBLA adalah antara apps yang dapat membantu muslimin & muslimat untuk menentukan arah kiblat.
Sehingga kini ianya hanya boleh di install melalui play store(android).
Pengguna perlu tahu dan pastikan kedudukan sesuatu bangunan/lokasi sebelum kedudukan arah kiblat dapat ditentukan.
Menentukan arah kiblat bagi Tapak Pembinaan Baru Rumah Sembelih
Penting mengetahui arah kiblat supaya dapat mengelakkan melakukan
perbuatan yang dilarang. Jurureka bentuk dan arkitek hendaklah mengambil tahu tentang
arah kiblat sesebuah rumah penyembelihan sebelum merekabentuk tempat tersebut. Sebagai contoh adalah posisi tempat sembelihan haiwan, kedudukan surau dan elakkan kedudukan tandas / bilik air di bahagian hadapan arah kiblat.
Sebaik sebelum Rumah Sembelih dibangunkan tentukan dulu arah kiblatnya.
Bagi kerja-kerja permulaan membuka tanah bagi tujuan pembinaan baru bangunan rumah sembelih. Kerja ukur mestilah dimulai dengan mencari DATUM yang sah iaitu 3 batu sempadan yang masih berkeadaan baik dan masih sama seperti mana dlm kedudukan Pelan Akui
Setelah DATUM bagi Bearing dan Kordinit disahkan dengan mengikat Bearing pada Batu Konkrit lama sempadan Lot tersebut, Kerja traverse perlu di teruskan dengan membuat satu station kawalan horizontal di tengah-tengah tapak cadangan bagi bangunan baru Rumah Sembelihan tersebut. Sekurang-kurang 2 Reference Mark (RM) perlu dibuat selari dengan garis Bearing arah kiblat. Reference Mark (RM) perlu dibuat jauh sedikit dari tapak pembinaan untuk dijadikan baseline bagi gridline bangunan tersebut.

Bangunan tersebut akan mengikut arah kiblat terutama ruangan tempat sembelihan ternakan. Dengan adanya Reference Mark (RM) senanglah arah kiblat ditanda apabila mula kerja-kerja pembinaan.
Membuat Semakan Mengukur dan penentuan Arah Kiblat bagi Rumah Sembelih yang sedia ada
Bagi Rumah sembelih sedia ada, Pemilik premis perlulah membuat permohonan kepada Bahagian Falak Jababatan Mufti Negeri masing-masing untuk membuat Semakan semula dengan mengukur atau memperbetulkan arah kiblat supaya ketepatan penentuan arah kiblat di tempat sembelih agar lebih tepat.
Penentuan dan semakan arah kiblat mengunakan Kaedah data bearing matahari dengan mengunakan peralatan ukur seperti kompas prismatik berskala Vernier S25, theodolite Topcon DT-106 & total station yang akan dilakukan Juru Ukur yang berautoriti.
Dengan kaedah ini, arah kiblat adalah tepat, kekal dan tidak lagi berubah-berubah yang membantu kita untuk menunaikan kewajipan dan amal ibadah dengan lebih yakin
Semakan arah kiblat amat penting kerana 1 darjah kedudukan arah yang tersasar bersamaan dengan jarak sejauh 122 kilometer dari Kaabah
Kepentingan Semakan Arah Kiblat
Bagi penentuan arah kiblat yang lebih tepat, masyarakat Islam dinasihatkan supaya merujuk kepada pihak yang lebih berautoriti iaitu Jabatan /Pejabat Mufti Negeri-Negeri dalam menentukan arah kiblat diantaranya kedudukan arah Rumah Penyembelihan Haiwan

Semakan itu penting bagi memastikan arah kiblat di semua premis kerajaan, swasta mahupun kawasan tumpuan awam adalah tepat dan tidak meragukan.
Justeru itu, berijtihad dalam menentukan arah kiblat perlulah dilakukan dengan
sebaik-baik cara yang termampu oleh kita umat Islam.
Dengan perkembangan teknologi dan peralatan moden masa kini, penentuan
serta penandaan arah kiblat dapat dilaksanakan dengan lebih sempurna.
Teknologi dan kaedah yang diamalkan sekarang adalah hasil dari penambahbaikan daripada kaedah-kaedah terdahulu
.
والله أعلم بالصواب
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
No comments:
Post a Comment