Monday, December 11, 2023

KEBAJIKAN HAIWAN TERNAKAN SEMBELIHAN

 

AKTA KEBAJIKAN HAIWAN 2015 [Akta 772]

Akta 772 iaitu Akta Kebajikan Haiwan 2015 memperuntukkan beberapa seksyen khusus bagi kesalahan-kesalahan penganiayaan terhadap haiwan contohnya dengan kejamnya memukul, menyepak, mendera atau mencacatkan mana-mana haiwan dengan apa-apa cara.

Tafsiran "Haiwan"
"Haiwan" ertinya apa - apa makhluk hidup selain manusia dan termasuklah apa - apa haiwan, burung, haiwan akuatik, reptilia atau serangga tetapi tidak termasuk hidupan liar di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716]

Definisi ‘kebajikan haiwan’


‘Kebajikan haiwan’ adalah bagaimana sesuatu haiwan dapat menyesuaikan diri dengan keadaan persekitaran di mana ia berada. Haiwan boleh dikatakan berada dalam tahap kebajikan yang tinggi bilamana (berdasarkan indikasi bukti saintifik) ia sihat, selesa, mendapat bekalan makanan dan nutrisi yang cukup, selamat daripada sebarang bentuk ancaman, dapat mempamerkan corak kelakuan semulajadi, dan dalam keadaan tidak menanggung sebarang kesakitan, derita, dan tekanan. Tahap kebajikan haiwan yang tinggi memerlukan kawalan penyakit dan rawatan perubatan veterinar, tempat penginapan yang bersesuaian, pengurusan, nutrisi, pengendalian secara berperikemanusiaan dan penyembelihan/pembunuhan yang berperikemanusiaan.

Kebajikan haiwan merujuk kepada keadaan haiwan tersebut; manakala layanan yang diterima oleh haiwan dirangkumi dalam terma lain seperti penjagaan haiwan, pengurusan haiwan dan juga layanan secara berperikemanusian.

AKTA KEBAJIKAN HAIWAN 2015 [AKTA 772]

Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi penubuhan Lembaga Kebajikan Haiwan, menyatakan fungsi Lembaga, mempromosikan kebajikan dan pemunyaan haiwan yang bertanggungjawab serta perkara lain yang berkaitan dengannya.

Akta Kebajikan Haiwan 2015 (Akta 772) telah diwartakan pada 29 Disember 2015 dan dikuatkuasakan pada 1 Julai 2017


Seksyen 29 (Penganiayaan Haiwan)

  • Mengambil  / memotong mana-mana bahagian haiwan yang masih hidup
  • Mengangkut haiwan dengan cara menyebabkan kesakitan atau penderitaan kepada haiwan

Seklsyen 30 (Pembunuhan haiwan samaada menembak haiwan dengan senjatra api tanpa kebenaran pihak berkuasa Veterinar

Seksyen 31 (Pemberian racun)

Seksyen 32 (Pelagaan haiwan)


5 Prinsip Kebajikan Haiwan
🐶 Keperluan persekitaran yang bersesuaian
🐱 Keperluan diet yang sesuai
🐰 Keperluan untuk mempamerkan corak kelakuan semulajadi
🐓 Keperluan untuk ditempatkan bersama atau berasingan
🐄 Keperluan untuk dilindungi daripada kesakitan, penderitaan, kecederaan dan penyakit


Akta Kebajikan Haiwan 2015 bagi menggantikan Akta Binatang 1957 yang sebelum ini hanya memperuntukan denda tidak lebih RM50,000.00 bagi kesalahan menzalimi haiwan sahaja seperti membunuh atau mendera haiwan.

Secara Ringkasnya Akta Kebajikan Haiwan 2015 boleh digunapakai untuk :-
  • Dengan kejamnya memukul, menyepak, melebihkan muatan, mendera atau menakutkan mana mana haiwan
  • Kesalahan membiarkan haiwan peliharaan kelaparan, dahaga dan sakit yang menyebabkan kematian tidak dirawat.
  • Cuai untuk menyediakan makanan, minuman atau tempat perlindungan yang sempurna untuk haiwan yang dikurung
  • Kesalahan mengurung haiwan di tempat kecil, kotor, panas dan segala perlakuan yang difikirkan menzalimi haiwan.
  • Sengaja melakukan apa apa perbuatan menyakitkan dan menderitakan haiwan
  • Kesalahan mendera, menganiaya, melukakan dan mencederakan haiwan.
  • Mencacatkan apa apa anggota haiwan termasuklah potong ekor dan cabut kuku kecuali cara yang ditentukan oleh pihak berkuasa veterinar atau doktor veterinar bertauliah
  • Membunuh haiwan tanpa sebab yang dibolehkan seperti ibadah dan tujuan pemakanan.
  • Melapah, memanggang atau membunuh haiwan yang masih hidup untuk kepercayaan karut yang menyebabkan kesakitan dan penderitaan terhadap haiwan
  • Mengeluarkan mana mana bahagian haiwan yang masih hidup yang menyebabkan kesakitan dan penderitaan untuk dapatkan kulit, minyak atau produk haiwan
  • Mengurung atau menyimpan haiwan di dalam kurungan yang sangat kecil sehingga haiwan tidak boleh bergerak langsung 
  • Menjual, membida atau tawaran pada haiwan yang menderita kesakitan disebabkan kecacatan, kebuluran, dahaga, kesesakan atau penganiayaan 
  • Memiliki tanpa alasan munasabah haiwan yang menderita kesakitan disebabkan kecacatan, kebuluran, dahaga, kesesakan atau penganiayaan 
  • Membiarkan haiwan tinggal di dalam keadaan trauma, kesakitan atau penderitaan
  • Melepaskan haiwan yang dijangkiti haiwan berjangkit 
  • Membiarkan haiwan yang sakit, tidak berupaya atau cedera mati dimana mana tempat

Akta Kebajikan Haiwan 2015 memperuntukkan hukuman denda tidak kurang RM20,000.00 hingga maksimum RM100,000.00 atau penjara 3 tahun atau kedua-duanya sekali.


Penerapan Aspek Kebajikan Haiwan

Dalam hal ini, kebajikan haiwan perlu dijaga dari peringkat sebelum sembelihan, semasa dan selepas sembelihan dilakukan.

Sebelum binatang tersebut dimasukkan ke dalam rumah sembelihan, mestilah mempunyai Sijil Kesihatan Veterinar (SKV) yang mengesahkan bahawa ternakan itu sihat dan layak untuk dibawa masuk di rumah sembelihan.

Haiwan perlu diuruskan dengan cara yang sebaik mungkin sama ada sebelum disembelih  

Menurut Jabatan Veterinar (2014), kebajikan haiwan harus diutamakan setiap masa. Ini bermakna kelima-lima kebebasan perlu diambil kira sebanyak yang boleh dalam semua aspek pengendalian serta pengurusan premis kedai haiwan kesayangan.

 Lima kebebasan bagi haiwan adalah seperti berikut: 

i. Kebebasan daripada kehausan dan kelaparan 

ii. Kebebasan daripada ketidakselesaan

iii. Kebebasan daripada kesakitan, kecederangan dan penyakit 

iv. Kebebasan untuk memperlihatkan tingkah laku atau perwatakan normal 

v. Kebebasan daripada ketakutan dan penderitaan. 

A) ‘Kebajikan haiwan’ Sebelum Sembelihan
  1. Pengangkutan dan Penurunan ternakan
  2. Beri minuman dan makanan (jika perlu) secukupnya
  3. Ternakan perlulah diberikan rehat yang mencukupi
  4. Ternakan perlulah ditempatkan di tempat yang sesuai (tidak bersesak dan sempit) dan ditempatkan di kawasan teduh
  5. Ternakan perlulah ditempatkan di tempat dalam kawasan yang bersih
B) ‘Kebajikan haiwan’ Semasa Sembelihan
  1. Teknik mengekang, mengikat dan merebahkan tidak menyebabkan kecederaan
  2. Teknik Penyembelihan yang betul
  • Mengikut hukum sembelihan berlandaskan syariat-syariat islam yang ditetapkan
  • Ternakan yang menunggu untuk disembelih perlu diasingkan bagi mengelak ia melihat ternakan lain sedang disembelih
  • Pisau yang digunakan untuk penyembelihan hendaklah tajam dan bersih
  • Pisau tidak diasah dihadapan ternakan yang hendak disembelih
  • Ternakan di pastikan benar-benar mati selepas disembelih sebelum melapah
Pengurusan Pengangkutan Pemindahan Ternakan Dalam Kenderaan
  • Pemunya dan pengendali harus memastikan hanya ternakan ruminan yang sihat dan sesuai sahaja yang akan terlibat untuk pemindahan.
  • Kaki ternakan tidak boleh diikat untuk pengekangan sepanjang perjalanan dan tidak dibenarkan dimasukkan dalam kurungan yang tidak sesuai seperti guni, tong dan lain-lain yang boleh mengancam kebajikan haiwan.
  • Tali tambatan haruslah tidak terlalu pendek yang boleh menyebabkan ketidakstabilan ternakan semasa berdiri dan tidak terlalu panjang sehingga boleh menyebabkan ianya tersimpul dengan kaki ternakan tersebut atau ternakan yang lain.
  • Pemindahan atau mengangkut ternakan ruminan dalam keadaan besesuaian bagi mengelakkan kecederaan atau penderitaan yang tidak wajar pada ternakan tersebut.
  • Muatan dalam kenderaan perlulah bersesuaian dengan jumlah dan saiz ternakan yang dipindahkan. Dinding pengangkut ternakan tidak boleh  menyebabkan sebarang bahagian ternakan  terkeluar sepanjang pemindahan. contoh ketinggian pagar lori membawa lembu di Upgrade dari 2 kaki kepada  4 kaki
  • Pastikan terdapat ruang lantai yang mencukupi tidak sempit, sesak, tertindih yang boleh menyebabkan kematian ternakan sepanjang proses pemindahan. Keadaan permukaan lantai tidak licin yang boleh menyebabkan ternakan mengelonggsor atau jatuh. Digalakkan untuk meletak alas seperti pasir, jerami, habuk kayu dan lain-lain yang bersesuaian
  • Posisi kedudukan ternakan dalam kenderaan semasa diangkut perlu di susun secara selang seli mengikut jumlah ternakan supaya tidak padat dan selesa.
  • Kenderaan pengangkutan dan fasiliti pemunggahan haruslah dipastikan mempunyai pengudaraan yang baik . Sekiranya pemisah (partition) diperlukan pada pengangkut haiwan, maka ianya haruslah sesuai dan mudah dikendalikan.
  • Perlulah mengambil kira Jarak destinasi bagi mengurangkan tekanan terhadap ternakan
  • Waktu perjalanan perlu dirancang, masa perjalanan sebaiknya adalah minimum (shortest possible time). Disarankan perjalanan dibuat pada awal pagi, lewat petang atau malam. Bagi perjalanan di waktu siang kenderaan pengangkutan perlulah berbumbung dan tidak membiarkan ternakan kepanasan dari terik cahaya matahari atau keadaan hujan
  • Mematuhi had laju kenderaan yang sesuai untuk mengangkut ternakan di sepanjang perjalanan
  • Perlu mengurus dengan hemat dan sebaik mungkin untuk perjalanan pemindahan ternakan keadaan kecemasan
  • Ternakan ruminan yang tidak dibenarkan untuk pemindahan adalah seperti berikut: Ternakan ruminan yang bunting berat (tempoh bunting > 8 bulan bagi lembu / kerbau dan > 4 bulan bagi kambing / bebiri) dan bagi anak yang baru dilahirkan (umur < 7 hari),  Manakala Induk yang baru melahirkan dalam tempoh 7 hari


Pengurusan Menaikkan atau Penurunan Ternakan Dari Kenderaan
  • Pemunya dan pengendali harus mempunyai fasiliti kemudahan tempat untuk menaikkan atau menurunkan ternakan samaada Ramp atau plat foam untuk menurunkan ternakan yang bersesuaian.
  • Tidak boleh menaikkan menarik masuk atau menurunkan ternakan dengan menarik paksa dengan terjun dari kenderaan yang boleh menyebabkan kecederaan pada ternakan.
  • Ternakan ruminan harus diturunkan sebaik sahaja ia sampai di premis yang dituju.
  • Tidak melakukan kekerasan dengan menendang, menarik dengan paksa dengan penderitaan atau memukul dengan kejam dengan objek keras/ tajam semasa pengendalian menaikkan atau penurunan ternakan
  • Sudut kecerunan (ramp angles) bagi memindahkan ternakan ruminan adalah 20° - 25° dengan lebar yang disarankan ialah 76 cm.
  • Permukaan lantai untuk laluan untuk memuat atau menurun ke kenderaan Pengangkut haiwan haruslah tidak licin.
  • Tinggi lantai Ramp haruslah sama atau hampir sama aras dengan ketinggian lantai Pengangkut haiwan dan tidak mempunyai celahan (gap) yang boleh mencederakan kaki ternakan. Adalah digalakkan meletakan meletak alas seperti rumput atau pasir di penghujung lantai Ramp untuk mengurangkan kecederaan apabila ternakan terjatuh.
  • Dalam keadaan kecemasan apabila tiada kemudahan Ramp, lain-lain alternatif yang sesuai boleh digunakan sebagai pengganti tanjakan tanpa mendatangkan kecederaan dan kesakitan kepada ternakan.


Pengurusan Kandang Sementara (Holding Yard) Ternakan
  • Ternakan sembelihan perlu diberikan rehat yang cukup sekurang-kurang 8 jam di holding yard bagi mengurangkan stress bagi ternakan yang melalui tempoh perjalanan  panjang untuk sampai ke Rumah Sembelih
  • Kandang sementara (holding yard) untuk haiwan berehat perlulah bersesuaian untuk pengendalian ternakan ruminan semasa pemindahan termasuk pengumpulan ternakan, memuat naik dan menurunkan ternakan
  • Mempunyai ruangan yang cukup luas dan bersesuaian untuk menempatkan ternakan dengan kapasiti jumlah bilangan dan saiz ternakan. ( Keluasan bersesuaian untuk ternakan secara bersendirian atau berkumpulan samaada untuk makan berdiri berbaring duduk merenggang dan bergerak )
  • Keadaan fasiliti kandang yang baik mempunyai bumbung melindungi ternakan dari hujan panas, angin dan kesejukan.
  • Mempunyai bekas makan dan minum yang mencukupi. Ternakan haruslah dibekalkan dengan makanan dan minuman bersih mencukupi mengikut keperluan asas ternakan tersebut.
  • Kandang dalam keadaan selamat dari gangguan haiwan liar , pengudaraan yang baik, suhu yang sesuai dan cahaya yang mencukupi.
  • Persekitaran perlulah sentiasa kering dan bersih. Lantai mempunyai kecerunan 10% kearah longkang yang membolehkan air tidak bertakung. Pembersihan kotoran dilakukan setiap masa.
  • Mempunyai pengasingan antara ternakan sakit, ternakan baru masuk. Mempunyai ruang khas untuk pemerhatian dan rawatan.

Pengurusan Kekangan (Restraining) Ternakan
  • Teknik-teknik mengekang yang betul, mengikat menggunakan tali yang sesuai dan merebah ternakan sembelihan di tempat yang sesuai serta tidak menyebabkan kecederaan kepada ternakan bagi memastikan kebajikan haiwan terjamin
  • Pengunaan tali sabut ( bukan tali dari bahan plastik agar tidak licin semasa ditarik) dan teknik mengikat yang sesuai dapat mengurangkan kerahan kudrat tenaga manusia ( hanya 1- 2 Orang) bagi menumbangkan  ternakan yang besar dan berat tanpa memerlukan waktu yang lama.
  • Kaedah yang bersesuaian tanpa kekasaran dan paksaan  digunakan untuk mengekang pergerakan dan menjatuhkan haiwan ternakan yang besar  contoh lembu dan kerbau agar mudah  disembelih sama ada Kaedah  Burley atau  Kaedah Rope Squeeze.

  • Pengunaan tempat sembelihan dengan alat bantu kekangan ternakan (Restraining box) bertujuan untuk meminimalkan stress pada ternakan yang akan disembelih.
  • Penggunaan Restraining box juga sangat memudahkan kerja-kerja  perebahan ternakan lembu / kerbau dan mengurangkan jumlah operetor yang mengendalikan ternakan tersebut
  • Tidak dibenarkan sama sekali kaedah konvensional ( penyembelihan yang dilakukan di lantai tanpa alat pengekang khusus) terutama yang menyebabkan pengendalian  mengekang  yang berlebihan pada haiwan yang cenderung kasar dan tidak mematuhi kebajikan dan kesejahteraan haiwan, contohnya ternakan dipukul berulangkali di kepala mengunakan palu sehingga pengsan.
  • Menggunakan kejutan (stunning) mengikut kaedah dan jenis yang dibenarkan sahaja
  • Bagi kaedah pengunaan Pneumatic Percussive Stunning dalam penyembelihan perlulah dilakukan dalam keadaan tidak retak tengkorak dan matinya adalah kerana sembelihan.
  • Bagi kaedah pengunaan eletrik stunning perlulah mengikut garispanduan parameter nilai arus eletrik dan jangkamasa yang ditentukan dan disahkan oleh organisasi bertauliah dengan mengambil kira jenis dan berat ternakan seta pelbagai faktor lain


Pengurusan Semasa Sembelihan Ternakan
  • Ternakan Ruminan perlu disembelih dengan cara direbahkan pada posisi sebelah kiri haiwan haiwan tersebut tidak boleh di sembelih secara gantung kerana isi rongga perut akan menekan diafragma haiwan tersebut
  • Tidak dibenarkan menyeret ternakan ke tempat sembelihan hingga meyakiti binatang yang hendak disembelih.
  • Tidak berlaku kasar sewaktu ingin membawa  dan menumbangkan haiwan ke tempat sembelih supaya haiwan tidak berasa takut dan tertekan.
  • Semasa proses merebahkan ternakan perlulah dilakukan oleh pekerja yang mahir dan berpengalaman supaya tidak menimbulkan tekanan kepada ternakan
  • Semasa di rumah sembelihan pula akan dibuat pemeriksaan Ante Mortem iaitu pemeriksaan luar. 
  • Berlaku ihsan kepada haiwan yang hendak disembelih, iaitu dengan menggunakan pisau yang tajam dan dilakukan dengan kuat dan cepat
  • Proses sembelihan juga perlu dilaksanakan selari dengan panduan Syarak, iaitu dengan memutuskan saluran halqum dan marih agar haiwan mati dengan cepat. 
  • Tidak mematahkan leher binatang, Tidak Memegang dengan kuat fizikal ternakan sembelihan sampai mati atau mencampakkan binatang yang telah disembelih
  • Bagi haiwan yang berleher tebal atau kulitnya menggelambir, pembantu perlu untuk menarik, atau menggulungkannya agar leher haiwan berada dalam keadaan tegang dan memudahkan penyembelihan.
  • Tali yang digunakan untuk mengekang kepala untuk penyembelihan tidak boleh menghambat pernafasan atau pendarahan keluar
  • Tidak melakukan sesuatu yang menyakitkan haiwan yang sudah disembelih sebelum haiwan tersebut benar-benar mati. Seperti memotong mana-mana anggota haiwan atau melapah kulit tersebut sebelum haiwan benar-benar mati.
  • Juga tidak boleh mencelur sembelihan yang masih bernyawa atau  mencelur ternakan sembelihan terlalu lama
  • Bagi haiwan ternakan seperti lembu kerbau kambing dan lain-lain tempoh kematianya selepas disembelih memakan masa sekitar 3 – 5 minit dan keatas dan bagi ayam pula melebihi 1 minit. Darah dipastikan  keluar sehingga tidak memancut lagi (tidak lagi deras dan tidak berdenyut lagi / tiada dengusan nafas)
  • Gantung ternak yang telah mati pada kedua kaki belakangnya. Supaya proses pendarahan cepat keluar


Pengurusan Pemprosesan Karkas
  • Setelah sembelihan, dibuat pemeriksaan Post Mortem bahagian organ binatang tersebut bagi menentukan organ ternakan tersebut tiada tanda-tanda penyakit dan daging tersebut selamat dimakan atau dijual
  • Cara pengurusan, penyediaan  dan pemprosesan karkas  memerlukan tempat yang sangat bersih. Elakan sebarang pencemaran sepanjang proses ini.
  • Selepas selesai sembelihan, pastikan sisa pepejal  perlu di bungkus dan dilupus dengan baik. Begitu juga sisa cecair dilupus dan diuruskan dengan baik bersesuaian dengan peraturan pihak berkuasa tempatan (PBT

No comments:

Post a Comment