Friday, December 13, 2024

PERMANIAN BERHADAS (AI)

Permanian beradas (Artificial Insemination) ialah suatu cara pembikan ternakan di mana lembu betina sewaktu datang berahi dikahwinkan tanpa menggunakan lembu jantan tetapi secara suntikan mani beku. Mani beku ini diperolehi dari baka-baka jantan terpilih dan bermutu tinggi.

DEFINISI
Permanian Berhadas (Artificial Insemination) adalah suatu teknik atau kaedah memasuk atau menyuntik air mani (semen) yang telah diproses ke dalam salur pembiakan betina (uterus) menggunakan peralatan yang spesifik

Sejarah Permanian Berhadas (Artificial Insemination)
AI yang pertama dilakukan pada haiwan dan kemudian pada manusia. Prosedur AI ini dilakukan pada haiwan bermula semenjak abad keempat belas apabila orang Arab menggunakan kaedah ini  untuk pembiakan kuda. Penghujung tahun 1784, Lazarro Spallanzani adalah kali pertama menggunakan teknik ini untuk membiak anjing.

 Di London pada tahun 1793 , John Hunter merupakan saintis  yang pertama dilaporkan berjaya mencapai kehamilan manusia dengan menggunakan kaedah IUI. Tempoh masa berahi bagi ternakan ini adalah dalam lingkungan 24 jam dan permanian perlu dilakukan dalam tempoh tersebut. Bagi kitaran biang bagi setiap lembu betina adalah dalam tempoh 21 hari jika ianya dalam keadaan sihat. 

Kebaikan-kebaikan yang diperolehi

-Dianggarkan sebanyak 30,000 suntikan melalui air mani beku dapat dihasilkan dari seekor lembu baka.

-Pengendalian permanian beradas adalah amat mudah serta cepat. Ianya dapat dilakukan ditempat yang jauh yang tiada terdapat lembu-lembu baka yang sesuai

- Mengelakkan penggunaan lembu baka yang bermutu rendah dan kurang libido

- mengurangkan , mengawal perebakan penyakit berkaitan dengan pembiakan seperti vibrosis, Trichomoniosis, brucellosis, Metritis dan penyakit kelamin lain

-Mani beku disimpan didalam nitrogen cecair dan tahan bertahun-tahun dimana penggunaannya boleh dilaksanakan bila-bila masa yang diperlukan walaupun lembu tersebut telah mati

- Boleh mengelakan kecederaan pada lembu betina disebabkan saiz atau kerakusan lembu-lembu jantan

-Mani beku terjamin dari segi mutu dan bebas dari sebarang penyakit

- Senang untuk menyimpan rekod dan penganalisaan baka

Biasanya seekor lembu betina mencapai taraf baligh bila berumur dalam lingkungan 18 bulan. Tindakan hormon pembiakan seperti Follicular Stimulating Hormone ( FSH), Leutanizing Hormone (LH) akan memberi rangsangan kepada terjadinya berahi (On Heat) dan ovulation kepad lembu tersebut.Bagi setiap seekor lembu betina jangka masa bagi satu-satu lingkaran nafsu berahi ialah diantara 18 -24 hari. Ianya akan berulang lagi selepas tempuh ini sekiranya ternakan tidak bunting. Proses ini akan bermula semula selepas ianya melahirkan anak dan akan berterusan hingga ke peringkat umur tua

Perlunya mengesan pusingan berahi

Adalah mustahak bagi penternak mengetahui lembu yang betul-betul tiba pusingan berahi. Penternak mesti mengesan sekurang-kurangnya 2 kali dalam sehari. Adalah lebih senang jika lembu-lembu dilepaskan di padang ragutan bagi mengesan berahi. Kalau diikat sudah tentu lembu tersebut tidak dapat memanjat diantara satu dengan yang lain..

Tanda tanda berahi

-Gelisah dan mengembek

-Nafsu makan berkurangan

-Suka memanjat lembu/ kambing lain

-Kerap berdampingan dengan bebiri jantan

-Kemaluan membengkak dan kemerahan

-kerap terkencing

-Keluar cairan/ lendir dari kemaluan

-Suka mengoyangkan ekornya

-Rela dirinya dipanjat dan dikahwini

-Apabila dijalankan pemeriksaan ( Rectal examination) bahagian rahim keras dan tegang

Ada kalanya lembu berahi tidak akan menunjukkan sebarang tanda ( Silent heat) perkara ini boleh diatasi dengan menggunakan lembu jantan yang telah dikasi ( Vassectomised) sebagai teaser atau pengesan

PERALATAN PERMANIAN BERADAS

Peralatan asas untuk pemanian beradas untuk lembu.


1. Field tank
Bekas ini digunakan untuk mengisi samen beku @ benih lembu. Untuk memudahkan dibawa kelapangan. Alat ini berfungsi seperti 'thermos flask'.
2. Rectol glove @ sensitive glove...
Digunakan untuk menyelop bontut @ dubur lembu @ 'Rectal Palpation'. Ianya sebagai pelindung dari sebarang jankitan penyakit dari ternakan kepada manusia.
3. A.I. Kit
i. Pistolet dengan pembalut (sheath),
-Pistolet
Fungsinya macam pistol. Digukan untuk menenbak semen ke dalam uterus betina.
Terdapat 3 bhagian pada pistolet iaitu laras(Barrel), penekan(Plunger)=picu & lock ring = pengunci keloson peluru.
-Plastic sheath
Berfungsi seperti kelosong peluru. iaitu melindungi semen dari sebarangkekotoran dan pencemaran.
ii. Straw tweezer
iii. Sarung tangan (arm lemgth gloves)
iv. Pelincir (lubricant glove)
v. Tisu,
Kegunaanya ialah untuk mengambil straw semen dari field tank.
6. Flask air
Tak penting sangat bende ni. Jarang dibawa kelapangan. Kerana terdapat pelbagai cara lain untuk mencairkan semen. Flask(dilengkapi dengan termometer) Untuk menyimpan air suam 35 – 37 0C yang akan dibawa ke tempat A. I.
7. Balang pemanian beradas
Digunakan untuk menyimpan alantan seperti pistolet, Plastic sheath & Forcep..
8. Gunting @ pemotong straw semen
Satu lagi alat penting yang tertingal dalam gambarrajah diatas. Digunakan untuk memotong hujung straw semen untuk mengeluarkannya.....
9. Tangki Liquid Nitrogen
Alat ini tidak dibawa kelapangan. Ia hanya disimpan dirumah. Ia digunakan untuk menyimpan 'Liquid Nitrogen' untuk diisi di dalam field tank.
-Tangki Cecair Nitrogen (dengan dip-stick untuk mengukur aras nitrogen)
-Tangki penyimpan (Storage / Hire tank)
-Field tank
10. Water bath
i. Untuk memanaskan air ke suhu 35 – 37 0C

11. Rekod-rekod pembiakan






PERALATAN
Suhu cecair nitrogen – 196 0C
Ukur paras cecair setiap pagi untuk pastikan straw sentiasa dalam cecair nitrogen
PERSEDIAAN
(sebelum ke tempat suntikan)
Pasangkan water bath untuk memanaskan air ke suhu 35ºC
Periksa paras nitrogen cecair di dalam Field Tank
Periksa A.I. Kit untuk memastikan peralatan di dalamnya lengkap
Penuhkan Flask dengan air suam daripada water bath
Periksa & bawa bersama rekod-rekod berkaitan
Sediakan peralatan sedekat mungkin dengan tempat suntikan
Sediakan peralatan yang terang, kering dan teduh
Sinaran terus matahari merosakkan sperma
Periksa suhu air suam dlm flask 35ºC
Pastikan ternakan di dalam travis tanpa stress


MENGAMBIL STRAW DARIPADA FIELD TANK
Angkat bucket (canister) menggunakan bucket handle
Jangan melebihi aras pembekuan di leher tangki
Keluarkan straw daripada goblet menggunakan forcep
Masukkan kembali bucket ke tempatnya dengan segera


MEMASUKKAN STRAW KE DALAM FLASK UNTUK THAWING
Kepit straw pada hujung penutupnya (bah. Atas dlm goblet) dan goyang(shake) perlahan-lahan 2 - 3 kali
untuk menanggalkan N cecair pada hujung penyumbat supaya straw tidak pecah (split)
Elak straw daripada pendedahan yang tidak perlu
Straw yang sudah dikeluarkan daripada N cecair mesti digunakan
Masukan straw ke dalam flask yang berisi air suam (35ºC) - untuk thawing, minimum 30 saat
MEMASUKKAN STRAW KE DALAM PISTOLET
Keringkan gunting dengan tuala / tisu
Keluarkan straw daripada flask (air suam) dan keringkan dengan tisu @ tuala bersih
straw hendaklah dipegang pada salah satu hujungnya kerana perubahan suhu merosakkan sperma
Pastikan nama & no. lembu pada straw

MEMASUKKAN STRAW KE DALAM PISTOLET
Pegang straw dalam keadaan tegak dan ketuk hujungnya perlahan-lahan dengan gunting
supaya gelembung udara naik ke atas secepat mungkin
Masukkan staw ke dalam pistolet dengan penyumbat gabusnya di dahulukan
Penekan laras (plunger) akan tertolak sndirinya ke jarak yang diperlukan.

MEMASUKKAN STRAW KE DALAM PISTOLET
Pegang tegak pistolet yang berisi straw ke paras mata dan potong straw dengan gunting secara mendatar menerusi gelembung udara ke bawah sedikit daripada hujung penutup
Pemotongan mestilah 90° sepanjang bulatan straw
1 cm straw tersebut hendaklah menjulur keluar dari hujung pistolet
Keringkan mata gunting selepas memotong straw








MEMASANG SHEATH
Keluarkan sarung plastik (sheath)
Pegang pada hujung yang mempunyai belahan
Masukkan ke pistolet rapat ke laras dan ketatkan dengan cara memusingkan penggelang (lock ring)

INSEMINASI DAN MENAGGALKAN SHEATH
Tolakkan plunger (penekan) sehingga semen kelihatan di hujung sarung plastik (sheath)
Jalankan suntikan pada ternakan
Setelah suntikan dijalankan
Longgarkan lock ring. Jangan biarkannya terkena sheath yang kotor.
Buang sheath daripada pelaras, straw terkeluar sekali

INSEMINASI
Sediakan peralatan
Pakai sarung tangan (tangan kiri) dan licinkan dgn pelincir
Bawa pistolet dengan mulut
Kedua tangan bebas
Elak pistolet terkena sebarang objek. Kontiminasi boleh menyebabkan infeksi dan mengurangkan peluang bunting
Biar ternakan tahu anda menghamprinya, bercakap-cakap dengannya secara lembut
Angkat ekor, bentukkan jari bersarung tangan seperti kon dan dengan pergerakan twisting masukkan jari anda ke dalam rektum
Dapatkan serviks
Periksa, pastikan ternakann tidak bunting
Lepaskan serviks dan uterus. Buang najis / kekotoran daripada vulva dengan kertas tisu. Buka jari-jari (besarung tangan) dan tarik tangan ke belakang, tolak pergelangan tangan ke bawah dan ke kiri untuk membuka bibir vulva
Pistolet boleh dimasukkan dengan kontiminasi yang minimum

Jangkamasa Berahi

Jangka masa berahi ini wujud selama 24 jam. Lembu yang sihat dan tidak bunting akan datang biang tiap-tiap lebih kurang 21 hari..

Pada umur berapa lembu patut dibiakkan?

Dengan penjagaan sempurna anak-anak lembu akan bersedia untuk dibiak dengan cara permanian berhadas apabila umur antara 15-18 bulan.Jika lembu dara (heifer) yang masih muda mesti mempunyai berat badan 200kg. Jika bentuk badan masih kecil , mungkin kelak akan timbul masalah semasa bunting dan ketika hendak beranak.

Pastikan lembu tersebut tidak bunting Tuan punya ternakan mungkin tahu jadi keterangan yang lengkap perlu diambil dari tuan punya ternakan sebagai pengesahan.. Cara yang praktik untuk menentukan sama ada lembu tersebut bunting atau tidak , perlu melakukan pemeriksaan kesuburan dengan merasa kedua –dua tanduk rahim. Jika salah satu tanduk rahim tersebut besar dari satu lagi jangan suntik lembu itu. Kemungkinan lembu tersebut telah bunting.

Waktu suntikan

Jika tanda pada sebelah pagi permanian dibuat di sebelah petanghari tersebut dan jika tanda tersebut dilihat pada sebelah petang permanian akan dilakukan pada awal pagi esoknya. Masa yang diambil oleh sperma untuk sampai ke ovum sesingkatnya ialah 2 ½ minitdari waktu ia disuntik. Jangkamasa hidupnya ialah 24 jam masa yang diambil sperma menyesuaikan diri dalam saluran ovari adalah 6 jam sebelum ia berfungsi dalam persenyawaan. Untuk mendapat kejayaan dalam rancangan permanian berhadas ini lembu-lembu betina hendaklah disuntik sekurang-kurangnya 60 hari selepas melahirkan anak.

Perkara penting

Sediakan tempat yang sesuai dimana lembu boleh diikat dan pemeriksaan boleh dilakukan. Sebaik-baiknya sediakan pasung bagi tujuan permanian berhadas tersebut



Pemeliharaan air mani beku

Air mani beku selalunya disimpan didalam tangki nitrogen dimana satu pengawasan yang teliti perlu diambil bagi menjamin yang disimpan itu adalah didalam keadaan baik dan memuaskan

Perkara yang perlu diambil perhatian ialah

-Straw- straw mestilah disimpan paras nitrogen cecair

-Peperiksaan paras nitrogen mestilah dibuat 2 hari sekali

-Airmani beku yang berlainan jenis mesti disimpan didalam gobelet dan corong yang berasingan dan hendaklah dicatit dengan terang dan betul

- Tangki untuk kegunaan luar mestilah mengandungi air mani beku yang mencukupi untuk kegunaan 2 hingga 3 hari

-Apabila hendak mengeluarkan straw-straw daripada corongnya ( canister) corong itu hendaklah boleh diangkat hingga kemulut tangki dan mesti dilakukan dengan cepat iaitu dalam masa kurang 5 saat.

-Jika Straw yang berisi mani beku itu dikeluarkan dari nitrogen cair dan di dedahkan keudara dari 2 atau 3 saat. Ia mesti digunakan dan tidak boleh dimasukkan semula ke dalam tangki.


Teknik suntikan

Teknik yang digunakan ialah recto-vaginal methods.

-Dalam cara ini sebelah tangan penyuntik samaada kiri atau kanan digunakan untuk masuk melalui dubur ( rectum) untuk memegang bahagian-bahagian organ peranakan ( Cervic). Terlebih dahulu sejenis bahan pelicin disapukan pada sarung tangan yang hendak digunakan. Bahan pelicin tersebut disapukan terlebih dahulu pada bahagian luar dubur sebelum memasukkan genggaman tangan ke dubur .. korek dan keluarkan sebahagian tahi yang terdapat didalam usus besar..Kemutan akan dapat dirasa setelah tangan dimasukkan, biarkanlah kemutan itu berlaku sebelum suntikan diteruskan


- Masukkan tiub (catheter) suntik kedalam badan rahim melalui lubang cervic yang telah dipegang . Masukkan hujung tiub itu menghala keatas bibir faraj dengan anggaran 20 – 30 darjah.

-Ini dapat mengelakkan termasuk tiub itu ke dalam saluran kencing ( Urethral opening)


-Tangan yang memegang cervik itu hendaklah membantu memasukkan tiub itu perlahan-lahan melepasi cervic . Kadangkala hujung tiub itu boleh tersangkut atau tersekat pada lipatan di hujung pertemuan faraj dengan cervic.

-Jika terdapat bunyi kasar ( grating) menunjukkan tiub itu telah melepasi kedalam cervic.

-Biasanya ini senang dilakukan dengan tangan kanan


-Air mani akan disuntik dalam badan rahim selepas saja tiub suntikan tersebut melepasi lubang cervic. Air mani jangan di suntik terlalu jauh kedalam saluran rahim kerana ia mungkin akan sampai ke tanduk rahim ( horn)


-Terdapat juga beberapa kejadian dimana sebilangan kecil lembu-lembu yang susah untuk di masukkan tiub suntikan kedalam badan rahim ( body of uterus). Sekiranya perkara ini berlaku suntikan hendaklah dilakukan seberapa jauh kedalam cervic

Setelah dipermanikan lembu tersebut

Setelah lembu dipermanikan di minta memastikan ternakan tidak dilepaskan untuk meragut dengan lembu lain. Ini adalah bagi memastikan yang lembu jantan di kawasan tersebut tidak boleh mengahwini lembu yang telah dipermanikan dan menyebabkan keguguran berlaku..Setelah tiga minggu penternak-penternak perlu mengesan sekali lagi pusingan berahi lembu tersebut. Ini adalah kerana kemungkinan lembu yang disuntik tersebut datang berahi lagi maksudnya kat sini permanian berhadas tersebut tidak berjaya. Seekor lembu akan mengawan semula diantara 17 hingga 24 hari selepas suntikan dilakukan jika sekiranya suntikan tersebut tidak berhasil. Sekiranya seekor lembu tidak menunjukkan tanda-tanda mengawan antara 60 hingga 90 hari ( 3 bulan) lembu itu dianggap bunting..

Permanian Berhadas pada baka kambing

Program pembiakbakaan kambing juga boleh dilakukan melalui kaedah Permanian Beradas (Artificial Insemination) untuk kacukan Boer atau Jamnapari yang bermutu dengan mengekal ciri-ciri yang ada.



Air mani kambing jantan akan dimasukkan kedalam uterus betina menggunakan alat-alat yang khusus .AI (Artificial Insemination) mempunyai banyak kelebihan kerana ar mani yang diambil daripada baka jantan kambing yang berkualiti tinggi dapat di gunakan oleh banyak kambing betina.

No comments:

Post a Comment