PANDUAN PENGIRAAN ANGGARAN BERAT KARKAS DARI BERAT HIDUP
•
Lembu - 50
- 60%
•
Kambing /
Bebiri - 45 - 55%
•
Khinzir- 70-80%
•
Arnab - 60
- 62%
• Burung - 75 - 85%
Beberapa baka yang diternak untuk daging samaada kacukan (cross-breeding) diantara Kedah-Kelantan (K-K), Kacukan Friesian-Sahiwal (Mafriwal), Brahman, Droughtmaster, Hereford, Angus, Charolais Shorthorn, Simmental dan Limousin. Baka ternakan mempengaruhi nilai daging bersih secara purata adalah 50-60% dari berat hidup. Lembu daging lebih berat daripada lembu tenusu
Berat lembu jantan dewasa lebih berat daripada betina. Seekor lembu jantan boleh mempunyai berat maksimum 1000 kg perlu mengambil masa matang melebihi usia dua tahun sebelum disembelih
Kuantiti makanan juga bergantung kepada usia lembu.Jika lebih matang, maka jumlah makanan yang perlu diberikan juga lebih banyak
UMUR LEMBU JANTAN | Berat Badan ( Berat Hidup) |
1-2 TAHUN | 300-350kg |
3-4 TAHUN | 450kg keatas |
5 TAHUN | 650-850 kg |
UMUR LEMBU BETINA | Berat Badan ( Berat Hidup) |
1-2 TAHUN | 200kg keatas |
3-4 TAHUN | 300kg keatas |
5 TAHUN | 400-500 kg |
CONTOH PENGIRAAN ANGGARAN BERAT KARKAS 45%
Kenaikan berat badan lembu pada kebiasaannya sekitar kira-kira 0.4 kg. sehari sehingga mencapai umur 2 tahun dan berat matang adalah antara 250 – 370 kg.
Kebiasaan orang akan membuat pengiraan anggaran Berat Karkas adalah kira-kira 45% daripada berat badan.
A) Lembu / kerbau dapat diperoleh karkas sekitar mencapai 45% dari berat hidup
Sebagai Contoh:
Jika Berat Hidup seekor Lembu adalah 371kilogram. Maka perhitungan Anggaran Berat Karkas dan Daging Bersih adalah sebagai berikut:
A) Anggaran berat Karkas 45% (Kalau seekor lembu berat Hidupnya 371kg)
Cuba kirakan: 371kg(Berat Hidup) dibahagikan 45%) berat karkas adalah bersamaan 166.95 kg.
( 371kg X 0.45= 166.95kg)
CONTOH PENGIRAAN ANGGARAN BERAT BERSIH 50%
B) Lembu / kerbau dapat diperoleh karkas sekitar mencapai 50 - 60% dari berat hidup
Sebagai Contoh:
Jika Berat Hidup seekor Lembu adalah 350 kilogram. Maka perhitungan Anggaran Berat Karkas dan Daging Bersih adalah sebagai berikut:
A) Anggaran berat Karkas 50% (Kalau seekor lembu berat Hidupnya 350kg)
Cuba kirakan: 350kg(Berat Hidup) dibahagikan 50%) berat karkas adalah bersamaan 175kg.
( 350kg X 0.50= 175kg)
Karkas (tulang + daging, iaitu tanpa kepala, kaki, kulit & isiperut)
B) Anggaran berat Daging (boneless) 70% daripada berat karkas (175kg)
Cuba kirakan: 175kg (Berat Karkas) di bahagikan 70%) bersamaan 122.5kg daging lembu bersih.
(175kg X 0.70=122.5kg)
ATAU Cuba kirakan: 350kg (Berat Hidup) di bahagikan 35%) bersamaan 122.5kg daging lembu bersih.
C) Anggaran berat Daging 4% yang melekat pada kepala di pipi dan
sekitarnya kalau Berat Hidupnya 350kg
Cuba kirakan: 350kg(Berat Hidup) dibahagikan 4%) bersamaan 14kg daging lembu
(350kg X 0.04= 14kg)
D) Anggaran berat Daging Ekor 0.7% kalau Berat Hidupnya 350kg
Cuba kirakan: 350kg(Berat Hidup) dibahagikan 0.7%) bersamaan 2.45kg daging lembu
(350kg X 0.007=2.45kg)
E) Anggaran berat Hati, limpa, paru dan jantung 6% daripada berat karkas
Cuba kirakan: 175kg (Berat Karkas) dibahagikan 6%) adalah bersamaan 10.5kg
(175kg X 0.06=10.5kg)
ATAU Cuba kirakan (350kg (Berat Hidup) di bahagikan 2.97%) adalah bersamaan 10.4kg
F) Anggaran berat Perut dan Usus 11% daripada berat karkas
Cuba kirakan: 175kg(Berat Karkas) dibahagikan 11%) adalah bersamaan 19kg
(175kgX0.11=19.25kg)
Atau Cuba kirakan: 350kg (Berat Hidup) dibahagikan 5.37%) adalah bersamaan 19kg
G) Anggaran Daging Otot pada 4 kakinya adalah sekitar 4.5kg
H) Anggaran berat kulit adalah sekitar 14kg
Cuba kirakan: 350kg (Berat Hidup) di bahagikan 4%) adalah bersamaan 14kg
(350kgX0.04=14kg)
Contoh Timbangan Karkas & Organ
C) Kambing / bebiri dapat diperoleh karkas sekitar mencapai 40 - 50% dari berat hidup
Sebagai Contoh:
Jika Berat Hidup seekor Kambing/ Bebiri adalah 40 kilogram. Maka perhitungan Anggaran Berat Karkas dan Daging Bersih adalah sebagai berikut:
A) Anggaran berat Karkas 40% (Kalau seekor Kambing / Bebiri berat Hidupnya 40kg)
Cuba kirakan: 40kg(Berat Hidup) dibahagikan 40% berat karkas adalah bersamaan 16kg.
(40kgX0.4=16kg)
Karkas (tulang + daging, iaitu tanpa kepala, kaki, kulit & isiperut)
B) Anggaran berat Daging (boneless) 75% daripada berat karkas (16kg)
Cuba kirakan: 16kg (Berat Karkas) di bahagikan 75% bersamaan 12kg daging Kambing bersih.
(16kgX0.75=12kg)
C) Anggaran berat Hati, limpa, paru dan jantung 15% daripada berat karkas
Cuba kirakan:16kg (Berat Karkas) dibahagikan 15% adalah bersamaan 2.4kg
(16kgX0.15=2.4kg)
Atau Cuba kirakan (40kg (Berat Hidup) dibahagikan 6.11%) adalah bersamaan 2.4kg
D) Anggaran berat Perut dan Usus 34% daripada berat karkas
Cuba kirakan: 16kg(Berat Karkas) dibahagikan 34% adalah bersamaan 5.4kg
(16kgX0.34=5.4kg)
Atau Cuba kirakan: 40kg (Berat Hidup) dibahagikan 13.6% adalah bersamaan 5.4kg
E) Anggaran berat Kulit antara 1.2-1.5 kg per ekor
D) Khinzir dapat diperoleh karkas sekitar mencapai 70-80% dari berat hidup
Bagi penternakan Khinzir faktor yang mempengaruhi berat badan adalah umur, Baka ternakan, diet pemakanan. Antara baka babi yang sesuai untuk pedaging diantaranya adalah Mirgorodskaya, Landrace, Duroc, Large White Yorkshire dan lain-lain
Apabila berat hidup seekor Khinzir mencapai 100kg atau lebih, anggaran berat karkas adalah 70 - 80% dari berat hidup.
Berdasarkan indikator, penghasilan daging khinzir adalah 25% lebih tinggi jika dibandingkan ternakan lain seperti lembu, kambing dan lain-lain.
Ini kerana komposisi, selain daging, merangkumi kira-kira 10 kg tulang ( kandungan tulang yang rendah) 25 kg lemak (ketebalan lemak 1.5 - 4 cm) dan hanya 3kg adalah dari organ visera lain-lain.
Sebagai Contoh:
Jika Berat Hidup seekor Khinzir adalah 100 kilogram. Maka perhitungan Anggaran Berat Karkas dan Daging Bersih adalah sebagai berikut:
A) Anggaran berat Karkas 70% (Kalau seekor Khinzir berat Hidupnya 100kg)
Cuba kirakan: 100kg(Berat Hidup) dibahagikan 70% berat karkas adalah bersamaan 70kg.
(100kgX0.7=70kg)
Karkas (tulang + daging, iaitu tanpa kepala, kaki, kulit & isiperut)
B) Anggaran berat Daging (boneless) 53% daripada berat karkas (70kg)
Cuba kirakan: 70kg (Berat Karkas) di bahagikan 53% bersamaan 37kg daging Khinzir bersih.
(70kgX0.53=37kg)
C) Anggaran berat Lemak 35% daripada berat karkas (70kg)
Cuba kirakan: 70kg (Berat Karkas) di bahagikan 35% bersamaan 24.5kg lemak bersih.
(70kgX0.35=24.5kg)
D) Anggaran berat Hati, limpa, paru dan jantung 2.98% daripada berat karkas
Cuba kirakan:70kg (Berat Karkas) dibahagikan 2.98% adalah bersamaan 2.0kg
(70kgX2.98=2.0kg)
E) Anggaran berat Tulang 13% daripada berat karkas
Cuba kirakan:70kg (Berat Karkas) dibahagikan 13% adalah bersamaan 9.1kg
(70kgX0.13=9.1kg)
No comments:
Post a Comment