Rancangan Penarikan Balik Produk
PENARIKAN BALIK PRODUK
adalah suatu tindakan untuk menarik semula produk daripada pasaran (jualan, pengedaran dan penggunaan) kerana terdapat kemungkinan dan menyadari terdapatnya risiko keselamatan makanan yang boleh mengancam kesihatan atau kualiti yang tidak memenuhi standard yang telah ditetapkan.
MENGAPA ?
Terdapat aduan daripada:
- Pengeluar
- Pemborong
- Pekedai
- Pengguna
- Arahan agensi kerajaan
KENAPA?
- Kemungkinan produk siap yang digunakan oleh pelanggan boleh menimbulkan risiko keselamatan
- Kemungkinan produk siap tidak memenuhi piawaian dan spesifikasi keselamatan makanan syarikat
- Pihak Pengusaha Syarikat boleh melantik jawatankuasa penyiasatan untuk memulakan siasatan dengan serta-merta.
- jawatankuasa penyiasatan hendaklah memastikan bahawa semua tindakan pembetulan dan pencegahan telah diambil berdasarkan hasil siasatan. Semua tindakan pembetulan dan pencegahan perlu direkodkan, dilaporkan dan dilaksanakan
- Prosedur sebelum ini hendaklah dikaji semula secara berkala dan dikemaskini
- Jika panggil balik telah diputuskan, prosedur berkaitan yang dinyatakan dalam Prosedur Panggil Balik bahan (Karkas) atau Produk hendaklah digunakan.
- Pengurusan syarikat hendaklah membincangkan langkah yang sesuai untuk mengelakkan kecacatan pada masa hadapan dan mengambil alih semua tanggungjawab untuk pengendalian aduan selanjutnya daripada individu yang bertanggungjawab.
- Jawatankuasa penyiasatan hendaklah memaklumkan penerimaan aduan dan seterusnya dimaklumkan kepada pengadu dalam tempoh 24 jam selepas laporan siasatan diterima.
Penarikan semula produk atas arahan pihak Kerajaan (contoh: Kementerian Kesihatan Malaysia) kerana
- PRODUK TIDAK MEMENUHI STANDARD KESELAMATAN MAKANAN YANG DITETAPKAN
- PRODUK BERKEMUNGKINAN @ DIANGGAP BOLEH MENYEBABKAN KECEDERAAN KEPADA PENGGUNA
APA ITU KEBOLEHKESAN (TRACEABILITY)?
Sistem kebolehkesanan produk diwujudkan agar produk dapat dikesan semula dan dikenal pasti supaya tindakan yang boleh diambil untuk menarik balik semua produk yang disyaki.
Sistem kebolehkesanan melibatkan di antara raw material, supporting material, produk dan rework yang digunakan dalam proses pengeluaran
Berikut adalah merupakan kepentingan sistem kebolehkesanan produk:
- Mengenalpasti risiko dan punca masalah serta dapat mengesan ke belakang kepada punca untuk mengasingkan masalah.
- Menghalang produk yang tercemar daripada sampai kepada semua pengguna.
- Mengurangkan impak buruk kepada perniagaan dengan membolehkan penrikan balik pada makanan yang terlibat sahaja.
- Pengguna akan mendapat maklumat tepat bagi produk yang bermasalah dan juga mengurangkan kerugian yang bakal ditanggung oleh pengusaha / syarikat.
Pengusaha perlu menyediakan dokumentasi yang lebih sistematik
- Untuk buat recall, kita kena buat dulu traceability seperti rekod pemprosesan, rekod pembelian bahan mentah, rekod pengedaran, senarai pembekal dan lain-lain..
- Kenalpasti semua penjual dan pengguna yang terlibat dalam penarikan balik produk tersebut. Rekod tersebut juga hendaklah mengandungi maklumat yang mencukupi tentang pemborong dan pelanggan yang dibekalkan secara terus.
Rekod pengedaran hendaklah disimpan dan sentiasa tersedia kepada orang yang bertanggungjawab terhadap panggil balik.
Cara mengesan diantaranya dengan mengenalpasti :
- Maklumat Pembekal dan Maklumat Pengedar
- Invois / resit pembelian, Deliveriy Order (DO) / resit penerimaan dan Consigment note
- Semua produk akhir / separa akhir perlu mempunyai Stock Card, no.batch/ no.lot, Batch Manufacturing Record (BMR)
- Sebarang penandaan / lebal seperti tarikh luput/ tarikh & masa pengeluaran/ tarikh & masa akhir produk Barcode / Batch number
- Kuantiti / berat/ saiz pek
- Nama dan alamat syarikat
- Nama produk
- Kuantiti / berat/ saiz pek
- No.batch/ lot
- Tarikh pengeluaran
- Tarikh luput
- Nama dan alamat syarikat
- Nama produk
- Kuantiti / berat/ saiz pek
- No.batch/ lot
- Tarikh pengeluaran
- Tarikh luput
TAHAP PANGGIL BALIK
Tahap I
- Bahan (karkas) atau produk dengan risiko kesihatan dan halal yang mungkin hadir seperti pengesanan bahan yang tidak halal dalam produk, pemprosesan dan pembungkusan yang boleh menyebabkan kecederaan serius atau kematian. Hendaklah berada dibawah sekatan dalam tempoh 24 jam.
Tahap II
- Bahan (karkas) atau produk dengan risiko kesihatan minor atau substandard. Hendaklah berada di bawah sekatan dalam masa 72 jam.
Tahap III
- Bahan (karkas) atau produk dengan sebab lain untuk dipanggil balik. Hendaklah berada di bawah sekatan dalam tempoh 30 hari atau seperti yang dinyatakan.
PERINGKAT PANGGIL BALIK
Peringkat panggil balik bergantung pada jenis masalah, takat pengedaran dan tahap bahaya yang terlibat bagi bahan (karkas) atau produk tersebut.
Peringkat A:
- Melibatkan semua pengguna (pengguna akhir)
Peringkat B:
- Melibatkan semua tempat jualan (contohnya semua tempat jualan, kedai runcit,pasar awam)
Peringkat C:
- Melibatkan semua pengedar (pemborong)
INDIVIDU YANG BERTANGGUNGJAWAB
Dalam setiap syarikat, 2 individu yang bertanggungjawab dengan pengetahuan yang mencukupi hendaklah diberikan tugas untuk mengendalikan aduan. Individu yang bertanggungjawab juga mesti mempunyai kuasa untuk membuat keputusan tentang langkah yang perlu diambil.
Butiran yang diperlukan untuk individu yang bertanggungjawab adalah seperti berikut:
Contoh Senarai Semakan Penarikan Balik Produk (Product Recall)
Sekiranya perlu menjalankan program penarikan balik produk maka produk akan di trace balik melalui tagging kod daripada pengendali dan dari mana tempat simpanan, tempat jualan dan produk di ambil balik. Perincian cara menjalankan dayajejak dan penarikan produk dan mock recall adalah seperti berikut:
- Menghubungi secara langsung pihak pengedar supaya menghentikan penjualan dan mengembalikan stok yang masih ada. Semakan terhadap sale order, purchase oder dan invoise.
- Pengedar pula mengambil tindakan sewajarnya supaya pengguna dapat dihubungi untuk pemulangan semula.
- Melakukan audit dan tindakan susulan bagi memastikan usaha penarikan balik produk berkesan.
- Sekiranya panggilan balik untuk pengguna tidak dikenalpasti surat arahan atau notis beserta sebab di keluarkan.Segerakan penyebaran maklumat mengenai pemulangan ini
- Mengambil tindakan untuk mencegah masalah dari berulang kembali
- Melakukan Kaedah-kaedah pemusnahan atau pelupusan bagi produk yang telah ditarik balik.
PEMBERITAHUAN TENTANG PANGGIL BALIK
Pemberitahuan tentang panggil balik perlu disampaikan kepada semua pihak yang terlibat.
1) Melibatkan semua pengguna (pengguna akhir)
- Usaha cara untuk menghubungi dan menghentikan semua penggunaan bahan (karkas) atau produk dan untuk mendapatkan kembali stok yang telah sampai kepada pengguna akhir
- Kaedah pelaksanaan Pemanggilan Semula ini dilaksanakan melalui pemakluman kepada pemilik sama ada melalui panggilan telefon, sistem pesanan ringkas, surat-menyurat rasmi, hebahan di media massa dan sebagainya.
- Semua pemborong akan dikenal pasti dan dikehendaki untuk menyediakan senarai semua tempat jualan. Tempat jualan ini boleh didapati melalui rekod pengedaran dan untuk menghentikan pengedaran bahan (karkas) atau produk mendapatkan kembali stok yang telah sampai kepada pengguna akhir
- Notis panggil balik akan dihantar kepada semua tempat jualan. Pada masa yang sama, wakil dari syarikat akan dihantar ke tempat jualan untuk mendapatkan kembali stok tersebut.
- Pengguna tidak terdedah kepada apa-apa risiko daripada penggunaan bahan (karkas) atau produk tersebut.
- Pemborong dan stokis akan dihubungi oleh wakil syarikat supaya perancangan boleh dibuat untuk mengambil kembali semua stok yang berkenaan daripada pemborong dan stokis.
- Sistem penarikan balik perlu didokumenkan bagi memastikan pengesanan produk dan penarikan balik produk secara berkesan sebaik sahaja pencemaran produk dikenalpasti atau terdapat aduan pengguna terhadap keselamatan makanan
- Sistem penarikan balik produk akan berkesan dengan adanya pelabelan dan pengesanan yang baik
Mock Recall
- Mock Recall adalah Latihan percubaan (pra ujian) atau Simulasi yang dirancang untuk menguji efektivitas atau kemampuan sistem penarikan suatu produk.
- Mock recall hendaklah dilaksanakan sekurang-kurangnya satu (1) tahun sekali bagi Pengusaha syarikat atau pemohon yang disyaratkan melaksanakan HAS
PEMERIKSAAN DALAMAN / VERIFIKASI KEBOLEHKESANAN
Selepas panggilan balik.
Selepas pelaksanaan penarikan balik, pengeluar perlu menyediakan verifikasi beserta laporan interim dan akhir mengenai pemulangan ini supaya Tindakan cadangan yang akan dilaksanakan pada masa akan datang untuk mengelakkan berulangnya masalah. Juga untuk mendapatkan keputusan bagi menentukan kaedah pelupusan bahan (karkas) atau produk hendaklah dijalankan mengikut prosedur pelupusan yang betul
Pegawai bertanggungjawab akan
menjalankan verifikasi ke atas Sistem Kebolehkesanan Makanan (SKM)
sekurang-kurangnya setahun sekali dengan menjalankan tindakan pra-ujian
atau mock test ke atas sistem bagi memastikan SKM berjalan dengan sempurna.
REKOD
VERIFIKASI
- · Rekod Maklumat Pengedar
- · Rekod Maklumat Penjual
- · Senarai Semak Punca Masalah Di tempat pemprosesan
- · Rekod Maklumat Pembekal Bahan Mentah
No comments:
Post a Comment