Monday, December 12, 2022

DEFINISI LESI-LESI ANTE MORTEM (MEAT INSPACTION)

Pemeriksaan Post Mortem adalah pemeriksaan pada karkas haiwan yang baru saja mati atau dimatikan. Tujuan pemeriksaan Ante Mortem tersebut dilakukan bagi mengetahui status perubahan patologi tubuh haiwan mungkin akibat serangan suatu penyakit. 

Pemeriksaan Post Mortem dan hasil diagnosa diperlukan agar dapat memastikan karkas yang dikeluarkan dalam keadaan sihat, selamat di makan dan layak atau tidak di konsumsi 

PENGENALAN KEPADA DEFINISI LESI-LESI ANTE MORTEM


Bruise / lebam

Kecederaan tanpa melibatkan luka dimana akan terjadi perubahan warna pada kulit (biru kehijauan). Ini adalah disebabkan kebocoran pada salur darah ke kawasan tisu.

Berlaku perubahan pada warna kulit samaada hitam, biru, ungu, coklat atau kuning

Tindakan:  Bergantung kepada keadaan samada kondem keseluruhan / kondem sebahagian (trimming)

Cysts

Kantung yang berisi lendir/air (tumor) kerana longgokan toksin yang tersumbat. Biasa dijumpai dikawasan otot aktif seperti lidah, jantung, masseter, diaphragma

Tindakan:  Bergantung kepada keadaan samada kondem keseluruhan / kondem sebahagian (trimming)

Pneumonia lung

Keradangan pada tisu-tisu paru paru alveoli dipenuhi sel-sel inflamasi

Tindakan:  Bergantung kepada keadaan samada kondem keseluruhan / kondem sebahagian (trimming)


Abscess

Pengumpulan cecair berwarna kuning keputihan atau kuning kehijauan yang hadir dibahagian yang dijangkiti bakteria, termasuk luka kecil

Bintik/benjolan berwarna kuning keputihan / kehijauan. 

Penyebab adalah jangkitan bakteria

Tindakan:  Bergantung kepada keadaan samada kondem keseluruhan / kondem sebahagian (trimming)

Blood Splashing lung

Terdapat percikan darah kelihatan di permukaan dan pendarahan dalaman pada paru-paru

Tindakan:  Bergantung kepada keadaan samada kondem keseluruhan / kondem sebahagian (trimming)

Haemorrhage / Pendarahan

Pendarahan yang disebabkan oleh saluran darah yang rosak. 

2 jenis pendarahan, dalaman atau luaran. 

Petikial merupakan bintik-bintik kecil berwarna merah pada kulit / daging / organ. 

Kebocoran kapilari darah akibat daripada kecederaan

Tindakan:  Bergantung kepada keadaan samada kondem keseluruhan / kondem sebahagian (trimming)

Ulcer

Pecahan pada permukaan kulit (melepuh) atau pada lapisan mucous membrane dalam cavity badan yang telah mengalami inflamasi dan gagal untuk pulih.

Tindakan:  Kondem keseluruhan

Tumor

Ketumbuhan tisu luar biasa  gumpalan sel abnormal atau berpenyakit yang tumbuh dan membengkak 

Tindakan:  Bergantung kepada keadaan samada kondem keseluruhan / kondem sebahagian (trimming)

Adhesions

Keradangan selaput pembungkus organ. Pelekatan antara dua permukaan yang abnormal  dan pembentukan tisu fibrous diantara organ dengan dinding abdomen.

Tindakan:  Bergantung kepada keadaan samada kondem keseluruhan / kondem sebahagian (trimming)

Pleurisy

Keradangan selaput pembungkus organ. 

Tindakan:  Bergantung kepada keadaan samada kondem keseluruhan / kondem sebahagian (trimming)


Oedema

Edema ialah bengkak yang disebabkan oleh pengumpulan cecair berlebihan dalam tisu badan. Edema berlaku apabila saluran darah kecil dalam badan anda (kapilari) mengalami kebocoran cecair. Cecair terkumpul di dalam tisu sekeliling, menyebabkan ianya membengkak.

  • Pengumpulan cecair didalam badan, dibawah kulit, didalam kaviti (thorax, pelvic) atau organ
  • Disebabkan kebocoran kecil pada salur darah dan menyebabkan cecair mengalir ketisu yang berdekatan
  • Respon biasa kepada badan apabila terdapat inflamasi atau kecederaan
Tindakan:  Kondem sebahagian (trimming)

Emphysema

Perubahan dalam struktur atau keadaan paru-paru yang tidak normal dimana dinding alveoli terlalu mengembang yang menyebabkan menyebabkan kepada halangan aliran udara  berkaitan masalah pernafasan

Tindakan:  Bergantung kepada keadaan samada kondem keseluruhan / kondem sebahagian (trimming)


Infarction

Kawasan Sel mati dalam organ atau vesel kerana halangan bekalan darah. Tisu mati berwarna hitam atau kuning.

Tindakan:  Bergantung kepada keadaan samada kondem keseluruhan / kondem sebahagian (trimming)


Fracture / Patah

Melibatkan bahagian tulang samada retak atau patah

Tindakan:  Kondem sebahagian (trimming)

Jaundice

Kekuningan disebabkan keadaan abnormal (kehadiran) bilirubin atau hemoglobin dalam darah.

Tindakan:  Bergantung kepada keadaan samada kondem keseluruhan / kondem sebahagian (trimming)


Haematoma

Pengumpulan darah membentuk bengkak yang padat

Tindakan:  Bergantung kepada keadaan samada kondem keseluruhan / kondem sebahagian (trimming)

Necrosis

Timbunan sel mati di kawasan organ setempat

Tindakan:  Bergantung kepada keadaan samada kondem keseluruhan / kondem sebahagian (trimming)

Pigmentation

Pengumpulan warna pigment melanosis di dalam sel dalam keadaan biasa (normal physiological process) atau tidak normal biasanya dalam kes Tumor 

Tindakan:  Kondem keseluruhan

Cirrhosiss

Penyakit hati yang mana tisu berserabut menyerupai parut-parut tisu akibat kerosakan dan infaksi. Puncanya berbeza-beza termasuklah kesan jangkitan virus yang sudah lama

Tindakan:  Kondem keseluruhan




Congestion

Sempit / kurang aliran atau Pengumpulan aliran darah dalam tisu akibat halangan aliran udara berkaitan masalah pernafasan

Tindakan:  Kondem keseluruhan

Atelactasis

Paru-paru tidak mengembang / kempis Kantung udara kecil (alveoli) terdapat tumor yang menyempit salur pernafasan (paru-paru tidak anjal)

Tindakan:  Kondem keseluruhan


Taenia Saginata ( Cysticercosis bovis)

Merupakan penyakit kecacingan yang berpunca dari cacing pita (Tape Worm / T Sollium / T Saginata) dimana manusia sebagai inter mediete host  sekiranya ternakan memakan rumput mengandungi telur parasit .

Biasanya di jumpai di kawasan otot aktif seperti lidah, jantung, masseter dan diaphragma

Tindakan:  Kondem keseluruhan


Hydatid Cysts

Lesi (cysts)  yang mengandungi cecair) . Ianya merupakan penyakit kecacingan yang berpunca dari cacing pita (Tape Worm / Echinococcus Granulosus) dimana manusia sebagai inter mediete host  sekiranya ternakan memakan rumput mengandungi telur parasit .

Tindakan:  Kondem keseluruhan





Liver Flukes ( Fascioliasis)

Ianya merupakan penyakit kecacingan yang berpunca dari cacing daun Fasciola Hepatica dan Fasiola Gigantica dimana manusia sebagai inter mediete host  sekiranya ternakan memakan rumput mengandungi telur parasit .

Penemuan semasa post mortem pada hati

  1. Hepatitis, hemorrhages dan fibrin
  2. Bile duct menebal, mengembang dan berpasir / calciferous 
  3. Mengeluarkan cecair bile yang berwarna coklat kekuningan apabila hati di hiris
  4. Kelihatan liver cirrhosiss

Tindakan:  Kondem keseluruhan

Milk Spot Liver

 Ianya merupakan penyakit kecacingan yang kronik berpunca dari  cacing gelang (Ascariss) yang menyerang organ dalaman. Ianya berpunca apabila ternakan memakan rumput mengandungi telur parasit . Terdapat bintik-bintik putih pada permukaan hati

Tindakan:  Kondem keseluruhan

Tindakan:  Kondem keseluruhan

Athrophy

Pengurangan saiz organ atau tisu, Boleh disebabkan kebuluran atau berat badan yang menurun secara melampau

Tindakan:  Kondem keseluruhan

Telangeictasis

Hati berwarna biru kehitaman disebabkan sekatan bekalan darah ke tisu

Tindakan:  Kondem keseluruhan

Pericarditis Heart

Keradangan / infeksi bahagian lapisan luar permukaan jantung ( Terdapat 2 lapisan nipis pada kantung jantung)

Endocarditis Heart

Keradangan / infeksi bahagian lapisan dalam jantung ( injap jantung)

Hydropericadium Heart

Pengumpulan cecair dalam kantung jantung (jantung menguncup / mengecil dari saiz normal)

Hypertrophy Myocardium Heart

Penebalan otot jantung menyebabkan tidak elistik dan kaku

Nodule

Benjolan ketumbuhan tisu (tumor) yang tidak normal 

Tindakan:  Kondem keseluruhan


Skin Lession / Dermatitis

Lesi kulit dimana kawasan kulit yang kelihatan berbeza dari kawasan sekeliling. Terdapat benjolan, ulser atau kawasan berwarna tidak normal pada kulit

Tindakan:  Kondem sebahagian (trimming)

Airsaculitis

Keradangan kantung udara (mucus membrane ) dalam karkas

Tindakan:  Bergantung kepada keadaan samada kondem keseluruhan / kondem sebahagian (trimming)

Ascites

Dikenali sebagai Water belly iaitu pengumpulan cecair dalam satu atau lebih rongga peritoneal . Terdapat cecair kuning jernih dan gumpalan fibrin dalam ruang hepatoperitoneal, hati membengkak dan tersumbat dan mempunyai protien beku melekat pada permukaan

Tindakan:  Kondem keseluruhan 

Fatty Liver

Berkaitan dengan masalah pernafasan. Karkas berwarna merah pada kulit dan badan (daging)

Tindakan:  Bergantung kepada keadaan samada kondem keseluruhan / kondem sebahagian (trimming)


Splenomegaly

Pembesaran pada limpa yang ketara menunjukkan bintik-bintik pada permukaan kapsul dan banyak fokus putih pada permukaan yang dipotong. Saiz hati dan limpa yang lebih besar 2 atau 3 kali ganda daripada biasa

Tindakan:  Bergantung kepada keadaan samada kondem keseluruhan / kondem sebahagian (trimming)





















No comments:

Post a Comment