Saturday, July 13, 2024

WARNA LANTAI PUSAT SEMBELIHAN MENGIKUT STANDARD SAFETY

Penerapan Standard Warna Lantai Pusat Sembelihan 

Perbezaan warna lantai adalah bertujuan bagi memudahkan semua orang memahami maksud pemisahan fungsi ruang di dalam sesebuah premis pusat sembelihan   bagi memastikan keutamaan tahap keselamatan dan mencegah sebarang kemungkinan kecelakaan berlaku . 

Pengunaan warna lantai dalam safety sign juga boleh dianggap penting sebagai langkah yang efektif secara visual dan mudah difahami untuk  dikenal pasti mengenai risiko berbahaya disatu-satu kawasan dalam sebuah rumah sembelih. 

Perbezaan warna lantai dalam safety sign sangat penting untuk membezakan maksud yang disampaikan supaya dapat di terima dengan baik oleh pekerja / operator.  Selain itu juga, ianya dapat menyampaikan mesej berkaitan keselamatan yang luas, yang biasanya berkaitan dengan kesihatan, peralatan perubatan, pertolongan cemas, housekeeping serta cadangan langkah-langkah keselamatan umum.

Pekerja / operator dapat mengenali apa langkah-langkah pencegahan Yang perlu diambil, menghindarkan diri dari lokasi bahaya, membuat pemilihan pemakaian Alat Perlindungan Diri yang tepat

Sebagai Contoh:

Perlu diadakan pemisahan ruang yang jelas secara fisik antaranya adalah:

  1. Lantai Merah – Tanda Perintah (Danger)  & Larangan (Prohibition)
  2. Lantai Kuning – Tanda Waspada (Caution)
  3. Lantai Hijau – Tanda Aman / Area Yang Selamat
  4. Lantai Kelabu (Gray) – Tanda Kawasan Padat
  5. Lantai Biru –  Tanda Kawasan Umum - Perintah Mandatori / Wajib (Mandatory Action)


Penerapan Standard Warna pada lantai juga adalah bertujuan bagi menerapkan persekitaran budaya Keselamatan, dimana majikan perlu menyediakan ruang kerja Yang selamat sepertimana dikehendaki dibawah OSHA (Occupational Safety and Health Act) Akta Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan 1994 dibawah seksyen 15 ( Tanggungjawab Majikan)

Pemilihan warna bagi Tanda Amaran Keselamatan dan Kesihatan boleh dirujuk pada Spesifikasi Penggunaan Tanda Amaran Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja (MS 2558:2014).


Rujukan: International Organization for Standardization (ISO)
                 British Standard Institute (BS 5378)
                 American National Standards Institute (ANSI Z535)






DANGER: Tanda-tanda bahaya menunjukkan hazard yang paling serius, di mana langkah berjaga-jaga khas perlu diambil.

WARNING: Tanda ini menerangkan Hazard yang mungkin mengakibatkan kematian atau kecederaan serius

CAUTION: Bahaya yang menunjukkan hazard yang boleh mengakibatkan kecederaan ringan atau sederhana jika tidak dielakkan. Ini biasanya berhati-hati terhadap amalan yang tidak selamat.

Semoga dengan perkongsian ini, tahap keselamatan dapat ditingkatkan lagi di premis Pusat Sembelihan dan apabila semua  pekerja / operator dalam premis itu telah membudayakan Keselamatan dalam aktiviti kerja dengan meminimakan kemalangan atau kemalangan sifar di tempat kerja dapat direalisasikan

No comments:

Post a Comment