PENGENALAN
Penjagaan kesihatan ternakan merupakan salah satu aspek penting dalam pengurusan ladang ternakan. Kebiasaannya, ladang ternakan terletak jauh dari Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV). Ini menyebabkan para penternak sukar untuk mendapatkan khidmat rawatan untuk lembu-lembu mereka. Kematian lembu disebabkan oleh jangkitan penyakit boleh dielakkan sekiranya penternak mengetahui cara-cara merawat ternakan mereka. Kaedah rawatan sendiri ini merupakan rawatan pertolongan cemas atau First Aid kepada ternakan yang sakit.
Contoh penyakit ternakan adalah seperti berikut:
- Mastitis (Penyakit Tetek)
- Demam Kutu (Tick Fever)
- Keguguran (Abortion)
- Uri Tidak Keluar (Retained Placenta)
- Cacing
- Cirit Birit atau Najis Cair (Calf Scour)
- Keracunan (Poisoned)
- Tekanan atau Stress Kembung (Bloating)
- Kurap / Mange
Mastitis (Penyakit Ambing susu)
Kebiasaannya, penyakit ini berlaku disebabkan oleh kuman Staphylokokos atau Strepkokos (Coryne bacteria). Antara tanda-tanda lembu mastitis adalah seperti berikut:
(a) Bahagian Ambing susu dan sekelilingnya bengkak merah.
(b) Lembu akan rasa sakit apabila di sentuh untuk diperah dengan menggunakan tangan atau menolak cup mesin semasa perah.
(c) Susu yang diperah juga akan keluar seperti ketulan dan kadang kala bercampur darah.
Mastitis di sebabkan oleh
(a) Alat pemerahan kotor
(b) Teknik pemerahan salah
(c) Kekasaran semasa memerah
Cara Mencegah Mastitis
Antara langkah pencegahan penyakit
- Lakukan Rapid Mastitis Test (RMT) setiap enam (6) bulan sekali untuk mengenalpasti tiada Sub Klinikal Mastitis.
- Asingkan lembu yang menghidap penyakit mastitis dan perah susunya akhir sekali dengan menggunakan tangan.
- Kandang dicuci sehingga bersih tiap-tiap hari sebelum perah susu dan letakkan kapur di atas lantai untuk dicucihama seminggu sekali atau gunakan spray untuk disinfect kawasan perah susu.
- Kandang dicuci sehingga bersih tiap-tiap hari sebelum perah susu dan letakkan kapur di atas lantai untuk dicucihama seminggu sekali atau gunakan spray untuk disinfect kawasan perahan susu.
- Beri makanan yang seimbang.
- Jangan campurkan susu mastitis dengan susu bersih. Susu mastitis dirawat dengan menggunakan antibiotik. Apabila susu mastitis telah dirawat dengan antibiotik, susu tersebut boleh diminum selepas 72 jam dari rawatan akhir.
- Gunakan tisu untuk mengelap tetek sehingga kering. Jangan gunakan tuala.
- Gunakan Idophor (Teat Deap) selepas pemerahan susu.
Demam Kutu (Tick Fever)
Penyakit ini berlaku disebabkan oleh Kutu Babi yang menabawa Parasit Darah (Babesia atau Anaplasma) yang dibawa oleh kutu babi. Penyakit ini juga boleh menyababkan keguguran dan kemandulan pada ternakan
Tanda-tanda penyakit demam kutu:
- Kencing berwarna merah.
- Suhu badan tinggi.
- Lemah.
- Bernafas dengan pantas.
Cara mengatasi penyakit demam kutu:
- Mandikan lembu dengan menggunakan ubat kutu seperti Tactik, Asuntol atau Bovinox.
- Suntikan Imizol atau Brenil diberi kepada lembu yang baru diimport dari luar negara untuk mengatasi demam kutu (Tick Fever).
Keguguran (Abortion)
Faktor-faktor berlakunya keguguran adalah seperti berikut:
- Salah satu sebab keguguran boleh berlaku adalah disebabkan oleh kuman Brucella abartos.
- Keguguran berlaku akibat daripada lembu jantan berkahwin (Natural Mating) dengan lembu betina yang sakit dan kemudian membawa kuman ke lembu betina yang bersih melalui zakar.
- Keguguran mekanikal boleh berlaku disebabkan terjatuh atau semasa di atas lori dimana lembu lain menanduk perutnya.
Tindakan yang harus diambil sekiranya berlaku keguguran:
- Lembu yang menghidap penyakit Brucella hendaklah disingkir dan dimusnahkan.
- Kapur atau bahan disinfectan hendaklah digunakan untuk membersihkan tempat keguguran berlaku.
- Vaksin berjadual hendaklah disuntik oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) kepada semua lembu betina sahaja. Jangan suntik vaksin Brucella ke atas lembu jantan.
Uri Lekat Atau Tidak Keluar (Retained Placenta)
Kebiasaannya, uri akan keluar dengan sendiri dalam satu
(1) hingga dua (2) jam selepas beranak. Jika uri tidak keluar dalam masa dua
(2) hari, penternak hendaklah memanggil doktor dari Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) yang mahir untuk keluarkan urinya. Untuk pertolongan cemas, rawat lembu dengan menggunakan Antibiotic (LA) Oxytetracyline. Contohnya, Terramycin. Dos pengambilan antibiotik yang disyorkan adalah seperti berikut:
- 10 kg berat badan lembu: suntik 1 millimeter (ml).
- 300 kg berat: suntik 30 milimeter (ml) secara IM atau (Intra Muscular) di dua kaki belakang. 15 milimeter (ml) untuk satu paha.
Potong uri yang tergantung. Tinggal uri 6 inci panjang dari bibir faraj. Selepas doktor mengeluarkan uri, beri makanan yang mempunyai kandungan tenaga yang tinggi. Contohnya, gula merah, dedak dan rumput berkualiti.
Kecacingan
Cacing perut biasanya terdapat pada anak lembu. Tanda-tanda penyakit:
(a) Kurang nafsu makan
(b) Kurus
(c) Cirit-birit (najis cair)
(d) Perut buncit
(e) Bulu kasar
(f) Mati kalau tidak dirawat
- Nematoda cacing gelang (ascaris )
- Cestoda Cacing pita (monienzia)
- Trematoda Cacing pipih (fasciola)
Cara mengatasi penyakit Kecacingan:
- Beri ubat cacing setiap tiga (3) bulan kepada semua anak lembu.
- Kandang anak lembu hendaklah dibersihkan setiap hari.
- Disinfect dengan menggunakan kapur untuk membunuh kuman atas lantai.
- Ubat Ivomictin disuntik di bawah kulit mengikut berat anak lembu untuk bunuh parasit dalam dan luar.
Cirit Birit Atau Najis Cair (Calf Scour)
Penyakit ini biasanya berlaku pada anak lembu yang masih diberi minum susu. Tanda-tanda penyakit:
(a) Cirit-birit: najis berbau busuk atau berwarna putih.
(b) Kawasan punggung dan ekor kotor dengan najis cair.
(c) Kurang minum susu
(d) Lemah
Cara mengatasi penyakit cirit birit:
(a) Kurangkan susu jika anak lembu minum banyak susu.
(b) Kandang dan tempat makanan mestilah bersih.
(c) Asingkan yang sakit.
Rawatan:
(a) Letakkan anak di tempat bersih atau di atas rumput kering.
(b) Beri ubat Kaolin atau Scourban Plus.
(c) Suntik antibiotik. Contoh, Streptomycin, Penicilin atau Oxytetracyline.
(d) Minta pertolongan dari doktor Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) yang terdekat
Keracunan (Poisoned)
Kebiasaannya, lembu akan tersalah ragut rumput yang telah disembur racun seperti:
(a) Racun yang disembur ke atas rumput di kebun getah atau kelapa sawit.
(b) Racun serangga atau racun tikus.
(c) Baja rumput (Baja Urea)
(d) Jauhkan bahan-bahan beracun daripada ternakan
(e) Simpan bahan-bahan beracun
(f) di dalam bilik atau stor.
Tanda-tanda termakan racun:
(a) Lembu berak cair.
(b) Tiada selera makan.
(c) Mulut berair liur.
(d) Lemah.
(e) Gelisah.
(f) Koma. (Kes serius).
(g) Kematian.
Rawatan:
- Sila hubungi Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) yang berdekatan untuk kenal pasti racun yang dimakan.
- Sekiranya lembu yang diberi oleh pihak kerajaan mati, buat laporan kepada polis, JPV terdekat dan pembekal
- Pertolongan cemas: beri air kelapa melalui mulut.
Kembung (Bloating)
Tanda-tanda lembu menghidap penyakit kembung adalah seperti berikut:
(a) Bahagian kiri perut bengkak.
(b) Apabila dipicit terdapat gas.
(c) Ternakan tidak selesa atau gelisah
Rawatan:
- Beri minyak Bloating atau Bloat Remedy.
- Kes serius: Cucuk perut bahagian kiri dengan Trocha & canular untuk mengeluarkan gas yang berada di dalam perut ternakan.
- Minta pertolongan dari Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV)
Aetiology (Penyebab): Mange- Demodex Demartophilus
- Keguguran bulu pada beberapa bahagian tubuh kadangkala disertai dengan kudis-kudis yang bernanah kerana parasit ini menggali lapisan kulit menyebabkan gatal dan kerosakan akar rambut
- Gatal
- Demartitis
- Kulit melelas,berkerupin tebal ,bulu tanggal,
- Lemah badan,anorexia,kurus.
Ambil kikisan kulit dan masukkan ke glycerol untuk kajian makmal.
Kurap yang disebabkan oleh kulat boleh disapukan dengan iodine
Atau Inj.Ivomex dan dipping dengan bahan insecticide.
Tekanan atau Stress
Langkah-langkah berikut harus diambil perhatian oleh para penternak dalam mengurangkan tekanan atau stress terhadap ternakan
- Kurangkan tekanan atau stress kepada lembu semasa mengangkut / pemindahan ke ladang ternakan.
- Jangan pukul haiwan semasa masukkan lembu ke dalam lori atau semasa turun dari lori.
- Lori yang disediakan khas untuk ternakan harus mempunyai lantai yang berpasir setinggi 5 hingga 6 inci. Ini menggelakkan lembu darpada terjatuh akibat lantai yang licin kerana dipenuhi air kencing dan tahi lembu.
Rawatan:
(a) Stress pack
(b) Vitamin B Complex
(c) Penggunaan Dextrose I/V. Dapatkan bantuan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV)
(d) Rehatkan lembu tersebut.
Patah Tulang
Tanda-tanda patah
- Hilang fungsi tidak boleh bergerak Atau boleh bergerak tetapi tidak normal
- Bengkak-hematoma/ Edema
- berbunyi pergeseran
- sakit- mengalih pergerakkan atau mengheret kaki
- kecederaan serius perlu di X-ray
Sokongan luar
Dua jenis sokongan luar
No comments:
Post a Comment