Thursday, December 22, 2022

PENANDAAN KARKAS

Tanda Pengenalan Karkas

  1. Tanda Pengenalan Karkas merupakan salah satu aktiviti yang dilakukan DIAKHIR proses pemeriksaan daging.
  2. Penandaan karkas merupakan satu proses penting dalam pengurusan daya jejak bagi tujuan kawalan penyakit haiwan, kesiapsiagaan menghadapi wabak penyakit, kebajikan haiwan serta jaminan keselamatan produk haiwan dapat dipastikan dengan tepat dan pantas.
  3. Penandaan karkas juga memberi maksud bahawa;

            i)  Karkas telah diperiksa oleh Pihak Berkuasa Veterinar

            ii) Daging berasal daripada ternakan yang sihat (bebas penyakit)

            iii)Daging telah dipastikan bersih dan selamat dimakan

            iv)Ternakan telah disembelih dengan sempurna oleh Penyembelih Bertauliah

            v) Mematuhi aspek kebajikan haiwan

Lagenda Pemeriksaan

Merujuk pada Kaedah-­Kaedah Pemeriksaan Daging 1985 Di buat di bawah Seksyen 86(2), Akta Binatang 1953


PERKARA 10 Pelabelan dan penandaan

PERKARA 11 Pelabelan sebelum meninggalkan rumah  sembelih

  1. Subkaedah 10 (1), Pemakaian Lagenda Pemeriksaan
  2. Subkaedah 10 (2) dan 11 (6), Penandaan Lagenda Pemeriksaan Daging
  3. Subkaedah 10(4), Penyimpanan Lagenda Pemeriksaan
  4. Subkaedah 10(5), Penggunaan Dakwat Lagenda Pemeriksaan

Cop Lagenda Pemeriksaan

  1. Cop Lagenda Pemeriksaan digunakan sebagai salah satu kaedah dalam penandaan karkas. Ianya hanya digunakan di premis penyembelihan milik jabatan sepenuhnya dan premis penyembelihan swasta yang disenaraikan di bawah pensijilan jabatan (VHM & GVHP) serta mempunyai Pemeriksa Daging sahaja. Setiap Lagenda Pemeriksaan mempunyai kod identiti pengenalan tersendiri yang telah ditetapkan dan tidak boleh diguna sama.
  2. Cop Lagenda Pemeriksaan terbahagi kepada dua (2) jenis, iaitu

            i) Stamping Metal: Lagenda Pemeriksaan yang digunakan pada ternakan ruminan

            ii)Stamping Roller Pin: Lagenda Pemeriksaan yang digunakan pada ternakan babi  

  1. Cop Lagenda Pemeriksaan ini digunakan bersama-sama bahan Dye. Dye merupakan bahan pewarna kimia (merah), yang dibuat khusus dan boleh digunakan untuk makanan (Food grade).

Pengurusan Dakwat (Dye)

Dye merupakan bahan pewarna kimia (merah), yang dibuat khusus dan boleh digunakan untuk makanan (jenis ‘Food grade’).

Penghasilan dakwat adalah berdasarkan jumlah penggunaan mengikut anggaran jumlah sembelihan tahunan dan bilangan Rumah Sembelih.

Maksimum jumlah dakwat yang diberikan kepada Pemeriksa Daging adalah berdasarkan jumlah penggunaan mengikut anggaran jumlah sembelihan bulanan.

Anggaran Penggunaan Dakwat:

Karkas kambing / biri-biri           : 0.5 - 1 ml / ekor

Karkas lembu / kerbau   : 1 - 2 ml / ekor

Karkas babi                  : 0.5 ml / ekor

*telah mengambilkira proses penyejatan



PENANDAAN LEGENDA PEMERIKSAAN PADA KARKAS

Menekap alatan Lagenda Pemeriksaan yang berdakwat secara sekata di atas permukaan karkas ruminan pada bahagian tengah ‘fore shank’ dan bahagian ‘hind shank’ manakala untuk babi bermula pada bahagian kaki, bahagian ‘round’, ‘rump’, ‘loin’, seluruh kawasan rusuk dan ke leher.

Cetakan  Lagenda Pemeriksaan hendaklah jelas, tidak bertindan dan tidak terseret (smear) di bahagian karkas tersebut.



KEROSAKAN, KEHILANGAN ATAU SALAHGUNA LEGENDA PEMERIKSAAN, ALAT LEGENDA PEMERIKSAAN DAN DAKWAT

Bagi kes kerosakan alat Lagenda Pemeriksaan dan dakwat, perlu dilaporkan serta merta kepada Ketua Zon Unit Pemeriksaan Daging (KZUPD) menggunakan Borang Aduan Kerosakan/ Kehilangan / Salahguna Legenda Pemeriksaan & Dakwat untuk makluman dan tindakan susulan samada urusan pembaik pulihan atau penggantian.

Bagi kes salahguna  alat Lagenda Pemeriksaan  dan dakwat, borang aduan perlu dilengkapkan dan diserahkan kepada KZUPD. KZUPD akan meneliti aduan tersebut untuk tindakan susulan termasuklah melaporkan kepada Bahagian Penguatkuasa DVS (negeri yang terlibat). Salinan laporan tindakan perlu diserahkan kepada Ketua Seksyen Keselamatan Makanan Hasilan Ternakan.

Bagi kes kehilangan, laporan polis hendaklah dibuat dan satu salinan laporan diserahkan kepada KZUPD. KZUPD akan meneliti aduan tersebut termasuklah melaporkan kepada Bahagian Penguatkuasa DVS (negeri yang terlibat).


Tag Karkas

Idea asal pengunaan Tag Karkas adalah dari Y.H Dato’ Dr. Mohamad Azmie bin Zakaria – Mantan Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar Malaysia dibantu oleh En. Mohd Hazmi bin Yaacob, Penolong Pegawai Veterinar

Pada Jun 2014, Jabatan telah mula melaksanakan  penandaan pada karkas  menggunakan TAG KARKAS - sebagai tambahan kepada Legenda Pemeriksaan sedia ada sehingga kini.

Pelancaran Tag Tanda Pengenalan Karkas telah disempurnakan oleh Y.B Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia pada Jun 2014

Faedah Penggunaan Tag Karkas


Jenis Tag Karkas

Penggunaan Tag Karkas terbahagi kepada tiga (3) jenis, iaitu


Penggunaan Tag Karkas di Pusat Penyembelihan

Tag Karkas K1 boleh digunakan di Rumah Sembelih Milikan Kerajaan Seperti Persekutuan, Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Rumah yang dilesenkan (Swasta) tetapi  mempunyai persijilan Jabatan (VHM / GVHP). Rumah sembelih tersebut memerlukan Pegawai Pemeriksa Daging  yang lantikan ( Surat lantikan sebagai Pemeriksa dibawah kaedah-Kaedah Pemeriksa Daging 1985 [P.U. (A) 236/85 oleh ketua Pengarah JPV)  dan diberikan Kad Kuasa oleh JPV bagi membuat pemeriksaan terhadap  karkas yang dikeluarkan dan mengawal penggunaan Tag karkas tersebut

Tag Karkas K2 boleh digunakan di Rumah yang dilesenkan (Swasta) tetapi tidak mempunyai persijilan Jabatan (VHM / GVHP) . Bagi Pegawai Pemeriksa Daging yang dilesenkan (Swasta)  adalah di bawah pemantauan pihak JPV bagi membuat pemeriksaan terhadap  karkas yang dikeluarkan dan mengawal penggunaan Tag karkas tersebut

Tag Karkas K3 boleh digunakan bagi penyembelihan di luar Rumah Sembelih yang di luluskan dan di lesenkan dengan permit.  Penyembelihan perlu memiliki Akuan Kebenaran Sembelih dan di pantau oleh Pegawai Pemeriksa Daging dari JPV.



Pemasangan Tag Karkas 


Tag perlu dimasukkan dalam ruang kelaran kaki hadapan dan belakang.

Sticker tag yang terletak di bahagian belakang tag, hanya ditanggalkan setelah tag dimasukkan. Ini untuk mengelakkan tempat lekatan terkena daging atau lemak yang menyebabkan tag tidak boleh dilekatkan atau lekatan menjadi lemah dan tag akan mudah tertanggal.

 

Bagi memudahkan sticker tag ditanggalkan tanda anak panah boleh dijadikan panduan


Lekapkan antara 2 permukaan yang bergam tersebut diantara satu sama lain.


Sistem Pelaksanaan sistem  ekarkas.dvs.gov.my

a)      Pengeluaran tag karkas dikawal menggunakan  sistem e-Karkas

b)      Setiap tag yang telah digunakan hendaklah direkod dalam sistem e-Karkas


Pegawai Pemeriksa Daging memasukkan data penyembelihan harian,  Laporan Pemeriksaan, pengunaan Tag Karkas dan Pengesahan kemasukan ternakan dalam sistem

No comments:

Post a Comment