Wednesday, April 12, 2023

PERMOHONAN PERMIT / AKUAN KEBENARAN PINDAH TERNAKAN

Permit Pemindahan / Perjalanan Ternakan /  Akuan Kebenaran Pindah Keluar (AKPK) diwujudkan adalah untuk mengawal penyakit berjangkit. Dokumen ini dikeluarkan oleh pihak berkuasa veterinar bagi membolehkan Setiap pergerakan haiwan ternakan dipindahkan antara satu premis ke permis lain secara sah. 

Tujuannya adalah untuk mengetahui status ternakan tersebut sebelum dipindahkan seterusnya dapat mengawal risiko penyakit merebak ke kawasan lain.

Andailah kata tiada permit, kemungkinan penyakit berjangkit akan merebak dari satu negeri ke satu negeri. Contoh penyakit Lumpy Skin Diseasekuku dan mulut (FMD), brucellosis, tuberculosis dan heamorrhagic septiceamia (HS)

Dengan adanya permit perjalanan ternakan ini, JPV dapat mengawal keluarnya ternakan yang positif dari sebarang penyakit haiwan dan zoonotik. Kandang yang terjejas tak boleh keluarkan ternakan kerana permit digantung serta merta sehingga wabak dapat dikawal. 

Merujuk pada 

Arahan Prosedur Tetap Pengurusan Kebenaran Pindah Haiwan, Hasil dan Produk Haiwan Dalam Negeri Di Malaysia  No. Dokumentasi: APTVM (20a(1):2009)

Arahan Prosedur Tetap Pengurusan Kebenaran Pindah Haiwan, Hasil dan Produk Haiwan Dalam Negeri No. Dokumentasi: APTVM 22(d): 1/2011

KAWALAN PEMINDAHAN TERNAKAN

Bagi mereka yang melakukan pemindahan ternakan lembu, kerbau, kambing dan bebiri tanpa kebenaran bertulis yang sah daripada Pengarah Perkhidmatan Veterinar atau Pihak Berkuasa Veterinar jika sabit kesalahan maka boleh diambil tindakan mengikut Akta Binatang 1953 (pindaan 2013) dan boleh dikenakan denda 


Mengikut Perintah 4(1)(a) Perintah Haiwan Kawalan dan Pembasmian Penyakit 2003 bersama Subseksyen 36(1)(c)(i) Akta Binatang 1953 (Akta 647). 
"Mana - mana orang  adalah dilarang memindahkan ke dalam atau keluar daripada mana-mana kawasan tanpa kebenaran yang sah dari pihak berkuasa. Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM15,000"

Permit Perjalanan Ternakan /  Akuan Kebenaran Pindah Keluar (AKPK) ini  dibahagi kepada 3 iaitu antara negara, negeri dan daerah. 

Permohonan kebenaran pindah haiwan ternakan hendaklah dibuat di Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah di lokasi asal. Pegawai kaunter permit perlu memastikan samada pemindahan tersebut dalam lokasi asal, merentasi mukim, daerah, jajahan, bahagian, kawasan atau negeri.

Semua haiwan ternakan yang akan dipindahkan dinyatakan status kesihatannya melalui Sijil Kesihatan Veterinar (SKV) yang akan menjadi dokumen rujukan utama dan yang terakhir dikeluarkan.


PROSEDUR PEMINDAHAN TERNAKAN

Untuk dapatkan permit perlu ada ID Premis. Proses permohonan ID premis dilakukan adalah sangat mudah dan tanpa memerlukan sebarang dokumentasi  . Hanya perlu isi borang e premis dan tunggu sekejap untuk daftar untuk dapatkan dapat no ID. Tiada pembayaran dikenakan. Selesai pendaftaran boleh terus buat permit / Akuan Kebenaran Pindah Keluar (AKPK)

Jika permit  / Akuan Kebenaran Pindah Keluar (AKPK)  antara negeri  memerlukan kelulusan pengarah negeri tersebut dan pengesahan pembayaran permit di negeri tersebut. 

Untuk Permit Perjalanan Ternakan / Akuan Kebenaran Pindah Keluar (AKPK) diantara daerah ianya bergantung kepada JPV negeri. Bagi sesetengah DVS negeri ada yang menggunakan E-SKV yang mana menjanakan permit local dan Sijil Kesihatan Veterinar (SKV). 

Pengeluaran Akuan Kebenaran Pindah Keluar (AKPK) bagi ternakan hidup atau produk ternakan dalam tempoh tiga (3) hari bekerja selepas permohonan lengkap diterima.

Borang Permohonan Permit Penyembelihan Luar, Sijil Kesihatan Veterinar dan Akuan Pemindahan Ternakan dari Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah



Semua pemindahan haiwan dalam negeri mestilah disertai

  1. Salinan Asal Sijil Kesihatan Veterinar
  2. Salinan Cetakan Akuan Kebenaran Pindah

Semua pemindahan untuk tujuan sembelihan mestilah disertai

  1. Salinan Asal Sijil Kesihatan Veterinar
  2. Salinan Cetakan Akuan Kebenaran Pindah

Sahlaku permit hanya sekali untuk satu (1) perjalanan  sahaja

·        Permohonan kebenaran pindah haiwan, hasil dan produk haiwan hendaklah dibuat di Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah di lokasi asal.

 ·      Sekiranya merentasi negeri, permohonan perlu dibuat serentak dengan negeri penerima.

 ·      Bagi pemindahan untuk tujuan sembelih, kebenaran sembelih perlu diperolehi daripada Pejabat Veterinar Daerah di lokasi destinasi

 ·      Semua ternakan di periksa klinikal dan tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda penyakit berjangkit pada hari pemindahan. Bagi kambing dan bebiri tiada tanda-tanda klinikal Caseous Lymphadenitis (CLA)

 ·      Tempat sembelihan dan tempat pemeliharaan (Holding Yard) hendaklah dinyatakan dengan lengkap (destinasi)  dalam permit

·        Bagi Permohonan kebenaran pindah import dari negara tidak bebas penyakit, memerlukan pengesahan dari MAQIS bahawa ternakan telah menjalani tempoh kuarantin selama 14 hari tanpa tanda klinikal ( sijil MK10 dari MAQIS) 

Telah mendapat suntikan vaksin FMD (P1 dan P2) mengikut jadual

·        Jadual Vaksinasi yang digariskan dalam Protokol Veterinar Malaysia (PVM) bagi penyakit kuku dan mulut/FMD adalah seperti berikut.

  1. P1 : Suntikan pertama
  2. P2 : 20 ke 30 hari selepas P1
·        Tarikh suntikan P1 dan P2 mesti di nyatakan di dalam Sijil Kesihatan Veterinar (SKV) dan haruslah negetif Ujian saringan NSP

·        Bagi tujuan pemeliharaan ternakan haruslah di berikan suntikan vaksin HS 14 iaitu bagi kawalan penyakit Heamorrhagic Septiceamia (HS) sebelum hari pemindahan

Mempunyai tanda / nombor pengenalan ternakan

·        Setiap haiwan ternakan lembu, kambing, kerbau dan bebiri.yang akan dipindahkan wajib diberi tanda pengenalan (mempunyai nombor pengenalan) dan berdaftar dengan JPV. Bagi haiwan ternakan dari kawasan lain, digalakkan memasang tag RFID ketika pemindahan bagi membolehkan dayajejak. Ternakan khinzir pula menggunakan ear notch

·        Tanda pengenalan haiwan yang akan di pindahkan mestilah sama dengan laporan makmal dan Sijil Kesihatan Veterinar (SKV)

Telah menjalani ujian saringan penyakit 

·        Telah menjalani ujian saringan penyakit dan telah disahkan sihat dan bebas daripada sebarang penyakit seperti Lumpy Skin Diseasekuku dan mulut (FMD), Brucellosis, Tuberculosis dan Heamorrhagic Septiceamia (HS)  oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar.

.·       Negatif saringan ujian RBPT ( Brucellosis Melitensis) terhadap semua haiwan yang akan dipindahkan atau ternakan ladang diperakui bebas  Brucellosis dari JPV negeri pengeluar. 

.·       Negatif saringan ujian Coudal Fold Test (CFT) bagi penyakit Tuberculosis terhadap semua haiwan yang hendak dipindahkan

.·       Sah laku ujian ( Test Validity) Laporan makmal hanya sah bagi tempoh 30 hari sahaja atau tiada haiwan baru yang masuk ke premis sepanjang tempoh sah laku ujian.

Pemasangan Seal Tag pada kenderaan Pengangkutan 

·       Kenderaan yang membawa ternakan wajib di pasang "Seal Tag" di cuci dan didisinfek selepas penghantaran ternakan.

·       Bagi tujuan sembelih lembu betina perlu mendapatkan surat pengesahan dari doktor veterinar yang di iktiraf oleh JPV 







PERMIT PERMINDAHAN TERNAKAN

1.    Tarikh permohonan permit sekurang-kurangnya dalam tempoh tiga (3) hari dalam waktu bekerja daripada tarikh permohonan ternakan hendak dipindahkan.
2.    Tempoh masa sahlaku permit hanya sekali untuk satu (1) perjalanan  sahaja mengikut pada tarikh yang dinyatakan dalam Akuan Kebenaran Pindah
3.    Perlu menyatakan tarikh dan lokasi penerima ternakan serta maklumat pengeluar ternakan termasuk ID Premis dengan jelas.
4.    Permohonan Permit pemindahan ke luar negeri hanya akan dikeluarkan setelah mendapat kebenaran masuk/terima daripada Negeri penerima ternakan.
5.    Permohonan melibatkan luar negeri perlu mengisi borang deklarasi  ladang semasa    membuat permohonan

SYARAT PADA TERNAKAN YANG DIPINDAHKAN

Setiap ekor ternakan yang hendaklah dipindah dikehendaki:
1.    Telah mendapat suntikan vaksin FMD (P1 dan P2) mengikut jadual dan telah disahkan oleh doktor veterinar.
2.    Mempunyai tanda pengenalan ternakan yang jelas serta dikepilkan/sertakan bersama borang permohonan Akuan Kebenaran Pindah Ternakan [PVDM/PAPT(1)].
3.    Mendapat pengesahan Pegawai Veterinar Daerah pengeluar/penerima ternakan ATAU wakil yang diberi kuasa sebelum dan selepas pemindahan dilakukan.
4.    Telah menjalani ujian saringan penyakit dan telah disahkan sihat dan bebas daripada sebarang penyakit seperti kuku dan mulut (FMD), brucellosis, tuberculosis dan heamorrhagic septiceamia (HS) oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar.

SYARAT PERMINDAHAN TERNAKAN BAGI TUJUAN PENYEMBELIHAN;
1.    Hanya dibenarkan di Rumah Sembelih yang dibenarkan oleh Jabatan sahaja.
2.    Jika ternakan yang hendak disembelih itu betina perlu mendapat pengesahan daripada Doktor Veterinar yang bertauliah oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar.
3.    Bagi tujuan penyembelihan diluar kawasan Rumah Sembelih selain yang digazetkan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar perlu mendapat kebenaran yang disahkan oleh Pengarah Perkhidmatan Veterinar.
4.    Bagi ternakan yang telah dipindahkan ke Rumah Sembelih (dibenarkan oleh Jabatan) hendaklah   disembelih tidak melebihi 30 hari. Jika penyimpanan melebihi 30 hari  perlu  mendapat kebenaran khas daripada Pengarah Veterinar Negeri.
5.    Lori yang digunakan bagi tujuan pemindahan perlu di ‘Seal pada bahagian kenderaan yang kehendaki. (sila rujuk kaunter jika ada pertanyaan)

6.    Kegagalan pihak tuan untuk mematuhi syarat-syarat diatas boleh menyebabkan permohonan permit tuan DITOLAK.

Bagi Prosedur Permohonan pindah atau sembelih ternakan untuk tujuan korban  atau aqiqah. Pastikan penternak mematuhi syarat-syarat dan mendapatkan permit pindah ternakan /  Akuan Kebenaran Pindah Keluar (AKPK), Sijil Kesihatan Veterinar (SKV) dan Permit Sembelihan Luar (jika merancang melakukan penyembelihan di luar Rumah Sembelih) di JPV Negeri dan Rumah Sembelihan Jabatan.

Fi Dan Bayaran

Bagi pergerakan ternakan yang telah disembelih, perlu mendapatkan permit pemindahan hasil haiwan (percuma) di Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah

Kadar Fi Permit Perjalanan Ternakan /  Akuan Kebenaran Pindah Keluar (AKPK) adalah mengikut konsaimen akan tetapi bagi  Sijil Kesihatan Veterinar (SKV)  mempunyai bayaran fi  mengikut bilangan ternakan. 

Fi dan Caj adalah berbeza diantara JPV negeri mengikut Warta kerajaan Negeri masing-masing. Contoh seperti di bawah:

No comments:

Post a Comment