Saturday, March 1, 2025

PERMIT SEMBELIHAN LUAR (PSL) GARIS PANDUAN KORBAN



OBJEKTIF  GARIS PANDUAN

Memberi kesedaran kepada umat Islam untuk melakukan ibadah korban dengan melakukan penyembelihan ternakan korban mereka di rumah-rumah sembelih yang diluluskan & berlesen.

 

Sekiranya, penyembelihan ternakan korban dilakukan di masjid, surau, padang awam, balai raya & rumah persendirian.


KAWALAN PENYEMBELIHAN

Merujuk pada Kaedah-Kaedah Binatang (Kawalan Penyembelihan) 2009 Di buat di bawah Seksyen 86(2), Akta Binatang 1953

Penyembelihan ternakan hendaklah mematuhi undang-undang yang sedang berkuatkuasa semasa negeri dan Persekutuan yang berkaitan dengannya.

Kaedah – kaedah Binatang (Kawalan Penyembelihan) 2009 - Kaedah 5(1) 

"Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam Kaedah-Kaedah ini, tiada seorang pun boleh menyembelih atau menyebabkan disembelih apa-apa binatang kecuali di rumah penyembelihan jabatan dan yang dilesenkan"

Kaedah - Kaedah Binatang (Kawalan Penyembelihan) 2009 - Kaedah 13(1)

"Mana-mana orang boleh memohon suatu permit untuk menyembelih dan membersihkan apa-apa binatang di mana-mana tempat selain di rumah penyembelihan diluluskan atau rumah penyembelihan dilesenkan:-"

(a) bagi maksud apa-apa amalan agama atau adat:

(b) semasa perayaan agama atau adat:

(c) bagi maksud penyelidikan atau pendidikan; atau

(d) bagi maksud mempromosi pemakanan karkas binatang tertentu.


PENGUATKUASAAN KAWALAN PENYEMBELIHAN

Penguatkuasaan permit ini sebagai daripada usaha kerajaan melindungi pengguna terutama daripada penyakit berkaitan haiwan ternakan, pembelian ternakan seludup, ternakan curi, pengunaan bahan pelali, isu Halal dan hormon terlarang yang merbahaya terhadap kesihatan manusia.

Penyembelihan tanpa permit atau kebenaran bertulis JPV adalah menyalahi undang-undang dan sabit kesalahan boleh dikenakan denda manakala daging sembelihan boleh dirampas    

Antara dokumen yang wajib ada bagi semua ternakan untuk penyembelihan adalah 

  1. Akaun Kebenaran Pindah (AKP)
  2.  Sijil Kesihatan Veterinar (SKV) 


Pemindahan ternakan & kawalan penyakit 

A)Sijil Kesihatan Veterinar & Akuan Kebenaran Pindah Ternakan 

  • Boleh dibuat di Pusat Veterinar Kecil, Pejabat Veterinar Daerah, Ibu Pejabat JPV Negeri
  • Pemeriksaan dilakukan oleh Pihak Berkuasa Veterinar bagi memastikan ternakan yang akan disembelih sihat & bebas daripada penyakit
  • Sekiranya penyembelihan dilakukan di luar dari rumah  sembelih yang diluluskan & berlesen, satu dokumen tambahan diperlukan iaitu PERMIT PENYEMBELIHAN LUAR
  • PERMIT PENYEMBELIHAN LUAR boleh didapati dari Pusat Veterinar Kecil, Pejabat Veterinar Daerah, Ibu Pejabat JPV Negeri dan Rumah Sembelih JPV

B) Kebersihan

  • Penyembelihan yang dilakukan di rumah sembelih adalah lebih terjamin kerana setiap daging diperiksa oleh Pihak Berkuasa Veterinar.
  • Penyembelihan diluar perlu menitikberatkan aspek kebersihan untuk memastikan daging korban bersih & selamat untuk dimakan.

C) Penguatkuasaan undang-undang. Garis panduan tertakluk kepada ;

  • Akta Binatang 1953 (semakan 2006) {Akta 647} dibaca bersama Akta Binatang (Pindaan) 2013 {Akta A1452}
  • Kaedah-Kaedah Binatang (Kawalan Penyembelihan) 2009
  • Undang-undang persekutuan yang lain
  • Undang-undang negeri
  • Undang-undang kecil PBT

Permit Sembelih Luar (PSL)

Mana-mana pihak (sama ada Pembekal, pengurusan ternakan atau individu) yang nak buat penyembelihan di luar rumah penyembelihan  perlu mendapat Permit Sembelihan Luar (PSL) daripada Jabatan Veterinar terlebih dahulu bagi setiap seekor binatang sebelum menghantarnya ke

  1. Rumah Sembelih Swasta Sementara Di Bawah Kebenaran Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri
  2. Rumah Sembelih Sementara diluluskan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar bagi tujuan penyembelihan Adat/ Amalan Agama sebagai contoh Sempena Perayaan Aidilfitri / Aidiladha
  3. Tempat penyembelihan di masjid atau surau yang mendapat kebenaran dan kelulusan daripada Pejabat Kadi Daerah dan Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
Contoh : BORANG 4 [subkaedah 13(2)]


  • Mohon di rumah sembelih ATAU Mohon di Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah
  • Caj untuk Permit Penyembelihan:

  1. Lembu/Kerbau RM35/ekor
  2. Kambing/Bebiri RM25/ekor

  • Mesti memenuhi  syarat-syarat yang ditetapkan untuk tujuan penyembelihan luar


Rujuk borang 5 kelulusan permit dalam kaedah-kaedah..Perlulah nyatakn tarikh dan masa sembelih,tempat jualan,  


Rujuk subkaedah 13(8) &(9) menyebut Permit Sembelihan Luar (PSL)  perlu di keluarkan hanya di dalam negeri tersebut sahaja.. 

Sebagai contoh : Pihak Berkuasa Veterinar Negeri  Melaka tidak boleh memberi kelulusan Permit Sembelihan Luar (PSL) ini untuk di sembelih di negeri sembilan. Ini kerana Pihak Berkuasa Veterinar Melaka tidak boleh membuat  pemeriksaan penyembelihan di negeri sembilan

Perkara 13 kaedah-kaedah binatang kawalan penyembelihan 2009 juga menyatakan adalah menjadi kewajipan penyembelih ternakan mendapatkan permit sembelihan bagi penyembelihan perayaan sekiranya tidak menyembelih di rumah sembelih jabatan, bagi mengelakkan penularan penyakit ternakan dan kawalan penyembelihan secara lebih baik.

*Tertakluk kepada arahan dan syarat-syarat kebenaran sembelih oleh DVS negeri

SYARAT-SYARAT PERMIT PENYEMBELIHAN BAGI PENGELUARAN PERMIT DI BAWAH SUBKAEDAH 13(1) KAEDAH-KAEDAH BINATANG (KAWALAN PENYEMBELIHAN) 2009

Syarat-syarat permit penyembelihan (lampiran B) 



Carta Alir Permohonan Permit  Sembelihan Luar (PSL) Di Rumah Sembelih Jabatan


Permohonan Permit  Sembelihan Luar (PSL)

  • Bagi penyembelihan di luar Rumah Sembelih perlu mendapatkan permit penyembelihan daripada Rumah Sembelih Jabatan atau JPV Negeri yang berdekatan.
  • Penyembelihan untuk Jualan pada musim perayaan Raya Puasa dan Raya Haji ( hanya  terpakai 3 hari sebelum dan 3 hari selepas)
  • Untuk penyembelihan adat / agama contoh aqiqah korban (Lembu kerbau kambing Bebiri)– Sembahyang (Khinzir)
  • Diguna pakai atau sah  hanya di pusat sembelihan sementara kebenaran JPV Negeri , kebenaran PBT (Permis) dan kebenaran bersyarat Majlis agama Islam Johor ( Masjid/ Surau Terpilih) contoh Sembelihan Korban
  • Setiap ternakan yang ingin disembelih perlu mendapatkan Sijil Kesihatan Veterinar (SKV) dari JPV Negeri atau Pejabat Veterinar Daerah yang berdekatan.
  • Permohonan  Sijil Kesihatan Veterinar (SKV)  dan sijil pindah bagi tujuan diatas hendaklah Bersama dengan permit penyembelihan.(3 hari sebelum – bergantung kepada Pejabat Perkhidmatan Veterinar Negeri  atau Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah berkaitan) 
  • Kebenaran Penyembelihan Negeri bergantung kepada ordinan Negeri diguna pakai atau tidak
  • Fi Dan Bayaran Permit Sembelihan Luar

    Kutipan fi bagi kebenaran atau permit sembelih luar daripada rumah sembelihan, telah diwartakan di seluruh negara sejak tahun 2009 di bawah seksyen 82 Akta Binatang 1953 [Akta 647] (Penetapan Pusat Veterinar dan Fi Bagi Perkhidmatan Lain).

    Bayaran bagi Permit Sembelihan Luar ditanggung sepenuhnya oleh penternak dan ia merangkumi beberapa perkara termasuk pengambilan darah haiwan ternakan bagi memastikannya selamat untuk pengguna.  Fi adalah sepertimana di bawah ini


Sijil Kesihatan Veterinar (SKV)

Sijil Kesihatan Veterinar (SKV) dikeluarkan bagi mengesahkan status kesihatan haiwan dan produk haiwan.

Sijil Kesihatan Veterinar (SKV) diperlukan bagi tujuan seperti berikut:

1. Eksport

2. Pemindahan

3. Penyembelihan


  • Mohon di Pejabat Veterinar Daerah yang berkenaan.
  • Caj untuk SKV : RM 2/Ekor
  • Mesti memenuhi  syarat-syarat yang ditetapkan untuk tujuan penyembelihan
  • Ternakan yang hendak disembelih hendaklah menjalani pemeriksaan kesihatan dan dipastikan bebas dari sebarang penyakit dan bahan kimia yang memudaratkan oleh Pihak Berkuasa Veterinar
  • Keputusan ujian makmal yang mengesahkan status terkini sesuatu penyakit/ residu kimia terhadap haiwan boleh digunakan sebagai dokumen sokongan bebas penyakit.
  • Hendaklah mencatat di dalam Sijil Kesihatan Veterinar (SKV) status kesihatan dan dinyatakan penyakitnya sekiranya akan disembelih atas sebab kesihatan.

Permit Pemindahan / Perjalanan Ternakan /  Akuan Kebenaran Pindah Keluar (AKPK) 

Bagi pemindahan ternakan, karkas dan daging perlu mendapat kebenaran pemindahan daripada JPV berhampiran dan Sijil Kesihatan Veterinar untuk kawalan penyakit yang turut diwartakan mengikut Seksyen 36 Akta Binatang 1953 akan dikeluarkan selepas diperiksa.

  • Mohon di Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah yang berkenaan.
  • Caj untuk Akuan Kebenaran Pindah Ternakan : RM 10/konsaimen
  • Mesti memenuhi  syarat-syarat yang ditetapkan untuk tujuan penyembelihan

  • Permit AKPK diwujudkan untuk mengawal penyakit berjangkit. Andailah kata tiada permit, kemungkinan penyakit berjangkit akan merebak dari satu negeri ke satu negeri
  • Contoh penyakit Lumpy Skin Disease (LSD) . Dengan adanya Permit AKPK ini, DVS dapat mengawal pergerakan keluar lembu positif LSD ini. Dimana Kandang yang terjejas tidak boleh keluarkan ternakan kerana permit tidak boleh dikeluarkan sehingga wabak dapat dikawal. 
  • Pengeluaran Akuan Kebenaran Pindah Keluar (AKPK) bagi ternakan hidup atau produk ternakan dalam tempoh tiga (3) hari bekerja selepas permohonan lengkap diterima.




GARIS PANDUAN PENYEMBELIHAN TERNAKAN KORBAN

Permit Sembelihan Luar Bagi Tujuan Sembelihan Ibadah Korban

Pembekal dan pihak pengurusan ternakan korban perlu mendapatkan Sijil Kesihatan Veterinar,  Akuan Kebenaran Pindah Ternakan dan Permit Penyembelihan Luar Pusat Veterinar Kecil, Pejabat Veterinar Daerah dan Ibu pejabat Perkhidmatan Veterinar Negeri yang berkenaan dan juga capaian atas talian e-permit

Sekiranya, ternakan tersebut akan disembelih di masjid, surau, padang awam, balai raya dan rumah persendirian, selain daripada Sijil Kesihatan Veterinar dan Akuan Kebenaran Pindah, Permit Penyembelihan Luar juga perlu dipohon oleh pihak pengurusan ternakan korban atau mana-mana individu yang akan menjalankan aktiviti korban. Permit Penyembelihan Luar boleh diperolehi dari Pusat Veterinar Kecil, Pejabat Veterinar Daerah, Ibu pejabat Perkhidmatan Veterinar

AKTA KEBAJIKAN HAIWAN 2015 [AKTA 772]


Akta Kebajikan Haiwan 2015 (Akta 772) telah diwartakan pada 29 Disember 2015 dan dikuatkuasakan pada 1 Julai 2017

Akta Kebajikan Haiwan 2015 memperuntukkan hukuman denda tidak kurang RM20,000.00 hingga maksimum RM100,000.00 atau penjara 3 tahun atau kedua-duanya sekali.

Penerapan Aspek Kebajikan Haiwan

Dalam hal ini, kebajikan haiwan perlu dijaga dari peringkat sebelum sembelihan, semasa dan selepas sembelihan dilakukan.

Sebelum binatang tersebut dimasukkan ke dalam rumah sembelihan, mestilah mempunyai Sijil Kesihatan Veterinar (SKV) yang mengesahkan bahawa ternakan itu sihat dan layak untuk dibawa masuk di rumah sembelihan.

Haiwan perlu diuruskan dengan cara yang sebaik mungkin sama ada sebelum disembelih  dan Semasa Sembelihan dilakukan



A) ‘Kebajikan haiwan’ Sebelum Sembelihan
  1. Pengangkutan dan Penurunan ternakan
  2. Beri minuman dan makanan (jika perlu) secukupnya
  3. Ternakan perlulah diberikan rehat yang mencukupi
  4. Ternakan perlulah ditempatkan di tempat yang sesuai (tidak bersesak dan sempit) dan ditempatkan di kawasan teduh
  5. Ternakan perlulah ditempatkan di tempat dalam kawasan yang bersih
B) ‘Kebajikan haiwan’ Semasa Sembelihan
  1. Teknik mengekang, mengikat dan merebahkan tidak menyebabkan kecederaan
  2. Teknik Penyembelihan yang betul

  • Mengikut hukum sembelihan berlandaskan syariat-syariat islam yang ditetapkan
  • Ternakan yang menunggu untuk disembelih perlu diasingkan bagi mengelak ia melihat ternakan lain sedang disembelih
  • Pisau yang digunakan untuk penyembelihan hendaklah tajam dan bersih
  • Pisau tidak diasah dihadapan ternakan yang hendak disembelih
  • Ternakan di pastikan benar-benar mati selepas disembelih sebelum melapah

GARIS PANDUAN PENYEMBELIHAN TERNAKAN KORBAN

Merujuk pada Buku GPK (A) : 1/2012 Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia

PENYEMBELIHAN TERNAKAN KORBAN

Sila rujuk Garis Panduan Penyembelihan Ternakan Korban 2013, Perkara 5.1, 5.2, 5.3, 5.4 dan 5.5

PENGURUSAN SISA TERNAKAN KORBAN

Sila rujuk Garis Panduan Penyembelihan Ternakan Korban 2013, Perkara 6.1,dan 6.2

KESEDARAN AWAM 

Sila rujuk Garis Panduan Penyembelihan Ternakan Korban 2013, Perkara 7.1 

Penyembelihan ternakan korban sebaiknya dilakukan di rumah sembelih yang diluluskan atau berlesen bagi menjamin daging yang bersih dan selamat dimakan.

Lokasi

  • Bukan di kawasan rezab sungai/ kawasan tadahan air
Tempat penyimpanan ternakan
  • Kawasan penyimpanan ternakan hendaklah lapang, teduh dan selamat serta terdapat sumber air minuman untuk ternakan
  • Tempoh terima ternakan dan penempatan sebelum sembelih disarankan sekurang-kurangnya 8 jam sebelum sembelih
  • Pemeriksaan Dokumentasi 

Ternakan bagi tujuan ibadah Korban hendaklah mempunyai Dokumentasi seperti:

  1. Akuan Pemindahan Ternakan
  2. Sijil Kesihatan Veterinar
  3. Permit Penyembelihan Luar
  • Tempat bersesuaian untuk pegawai pemeriksa melakukan pemeriksaan ante-mortem sebelum disembelih

Pemeriksaan Ante mortem dijalankan melalui pemerhatian secara

  1. Berkumpulan dan individu  
  2. Sewaktu ternakan bergerak dan berehat
  3. Kebersihan ternakan

Bangunan/ Kawasan Tanah Lapang 

  • Kawasan penyembelihan hendaklah Sesuai, Bersih dan Selamat
  • Kawasan penyembelihan  tidak berdekatan dengan saliran awam dan loji kumbahan
  • Lantai konkrit, tidak mudah pecah, kukuh, dan mudah dibersihkan, tidak merangkap kotoran
  • Namun Tanah lapang awam dikecualikan
  • Kecerunan lantai bersesuaian, tidak menyebabkan air bertakung
  • Mempunyai punca sumber air bersih terawat.
Pekerja
  • Memakai pakaian yang sesuai dengan PPE (apron, sarung tangan dan facemask yang bersih)

Teknik merebahkan ternakan
  • Ternakan korban dijatuhkan menggunakan teknik yang betul, tidak mendatangkan kecederaan kepada ternakan
  • Ternakan korban perlu diikat menggunakan tali yang sesuai dan direbahkan di tempat yang sesuai serta tidak menyebabkan kecederaan kepada ternakan bagi memastikan kebajikan haiwan terjamin.




Ruang Sembelih
  • Penyembelihan perlulah mengambil kira kebajikan haiwan
  • Kawasan sembelihan perlu diasingkan dari kawasan 'holding yard'
  • Ternakan korban yang menunggu penggiliran untuk disembelih perlu diasingkan dari kawasan sembelihan
  • Minima keperluan adalah mempunyai tiang untuk kekangan dan penyembelihan Ternakan korban dijatuhkan di kawasan yang rata, tidak berbatu , tidak becak dan berlopak air
  • Pisau yang digunakan untuk sembelihan perlulah sentiasa diasah tajam
  • Perlu dsiadakan sebuah lubang untuk menakung darah bagi setiap ekor ternakan yang hendak disembelih ( Aliran darah berasingan dengan tempat pembuangan sisa pepejal)

Penyembelihan Korban

Penyembelihan ternakan korban hendaklah mengikut hukum-hukum penyembelihan serta syariat yang telah ditetapkan oleh agama Islam.

  • Pisau tidak boleh diasah di hadapan ternakan yang hendak disembelih bagi menjaga kebajikan haiwan.
  • Ternakan hendaklah dilapah ditempat yang bersih dan bersesuaian setelah ianya mati. 
  • Pisau yang digunakan untuk penyembelihan hendaklah tajam dan bersih dan penyembelihan hendaklah dilakukan dengan pantas tanpa mengangkat mata pisau.
  • Ternakan korban yang sedang menunggu untuk disembelih perlu diasingkan bagi mengelakkan ia melihat ternakan lain yang sedang disembelih bagi menjaga kebajikan haiwan mengikut pandangan Islam.






Tempat melapah

  • Ruang melapah dalam keadaan bersih dan tidak menyebabkan pencemaran silang
  • Karkas yang akan dilapah, hendaklah digantung di tempat yang bersesuaian dan bersih bagi tujuan melapah;
  • Sekiranya, ternakan dilapah di atas lantai, permukaannya hendaklah dialas dengan pelapik yang sesuai dan bersih;
  • Karkas yang telah dilapah, hendaklah digantung pada tiang yang tidak karat dengan ketinggian yang bersesuaian agar karkas tidak mencecah lantai.
  • Daging hendaklah dimasukkan dalam bekas yang bersih
  • Organ dalaman perlu diletakkan di kawasan asing daripada karkas untuk pemeriksaan


Ruang Pembahagian Karkas / Daging

  • Tempat pemotong daging hendaklah menggunakan papan pemotong yang sesuai,bersih dan selamat digunakan (kayu tidak digalakkan- pencemaran fizikal)
  • Pemotongan daging hendaklah menggunakan Papan Pemotong Daging (Chopping board) dari bahan yang sesuai, bersih, selamat dan kukuh (dicadangkan diperbuat daripada plastik sekurang-kurangnya 2 inci tebal)
  • Proses memotong daging hendaklah dilakukan di atas meja yang di alas dengan bahan yang sesuai dan bersih.
  • Daging yang telah dipotong dikumpulkan di dalam bekas atau di kawasan yang berlapik

Tempat Pemeriksaan Post Mortem

  • Pemeriksa Daging DVS akan memastikan proses penyembelihan yang dijalankan mematuhi Kaedah-kaedah Binatang (Kawalan Penyembelihan) 2009 dan Garis Panduan Penyembelihan Ternakan Korban
  • Pemeriksaan yang dibuat selepas ternakan disembelih
  • Perlu menyediakan sebuah meja untuk pemeriksaan organ dan sebuah bekas yang berlabel kondem bagi organ atau bahagian yang dikondem semasa pemeriksaan

Tempat Pencucian
  • Mempunuai tempat pencucian perut dan usus di tempat yang bersesuaian 
  • Mempunyai tempat untuk mencuci dan bekas pensterilan untuk mensterilkan peralatan
  • Mempunyai kemudahan air bersih bagi pencucian tangan yang secukupnya

Pengurusan pengedaran

  • Memastikan tempat dan kaedah pembungkusan daging yang baik. Jika kerja-kerja pembungkusan terpaksa di lakukan di lantai, maka pastikan lantai di alas dengan canvas yang bersih.
  • Ruang penyerahan  karkas / daging yang disediakan tidak menyebabkan pencemaran silang kepada produk akhir .
  • Pastikan bungkusan daging di susun di dalam bakul khas bagi tujuan pengudaraan yang baik dan tidak di letakkan bertindan-tindan di atasnya bagi mengelakkan daging cepat rosak.
  • Pembahagian / agihan daging kepada peserta Qurban dan asnaf perlu mendapat keutamaan. Seterusnya barulah di agihkan kepada yang lain. Agihan perlulah dilakukan dengan betul dan mengikut syarak.

Pencahayaan

  • Mencukupi bagi kawasan sembelihan dan kawasan proses / ruang kerja dan tempat pemeriksaan daging
  • Tidak menyebabkan kekeliruan warna

Sisa penyembelihan ternakan korban hendaklah diuruskan dengan baik bagi mengelakkan pencemaran  dan tidak bertentangan dengan peraturan Pihak Berkuasa Tempatan.

Pengurusan Sisa Pepejal
  • Dibungkus dan dilupus secara tanam
  • Bahagian yang dikondem oleh pegawai pemeriksa perlu dilupus secara tanam.
  • Melaksanakan pengapuran ( Chlorinated lime) untuk membasmi kuman

Pengurusan Sisa Cecair
  • Ditanam atau ditimbus tanah
  • Tidak dialirkan ke longkang awam atau sumber air
  • .Melaksanakan pengapuran ( Chlorinated lime) untuk membasmi kuman

Kebersihan

Penyembelihan ternakan korban yang dilakukan di Rumah Sembelih diluluskan atau berlesen adalah lebih terjamin kebersihan dan keselamatannya kerana setiap daging yang dikeluarkan telah diperiksa oleh Pihak Berkuasa Veterinar.

Penyembelihan ternakan korban yang dilakukan di luar dan perkarangan masjid, surau, balai raya, padang awam, taman perumahan serta rumah persendirian perlu menitikberatkan aspek kebersihan dan kualiti bagi memastikan daging korban bersih dan selamat untuk dimakan.

SENARIO SEMASA TERNAKAN KORBAN

Antara isu keselamatan makanan yang biasa terdapat semasa ibadah korban



Kesedaran awam terhadap keselamatan makanan

“ tanggungjawab semua ”

  • Kesedaran terhadap risiko jangkitan penyakit zoonotik (penyakit yang berjangkit dari ternakan ke manusia).
  •  Memberi kesedaran kepada orang ramai untuk menyembelih ternakan korban mereka di rumah sembelih yang diluluskan atau berlesen bagi memastikan daging korban yang bersih dan selamat untuk dimakan. Ianya dapat dilakukan dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Agensi-agensi Kerajaan, Pertubuhan Bukan Kerajaan, Ahli-ahli Jawatankuasa Masjid, Surau, serta Ketua-ketua Kampung/adat.
  • Memberi kesedaran kepada orang awam tentang kepentingan mengutamakan aspek keselamatan dan kesihatan dalam setiap aktiviti penyembelihan ternakan korban tidak kira di mana ia dilakukan. 

No comments:

Post a Comment