PENDAHULUAN
Burung unta /Ostrich merupakan burung terbesar yang masih hidup. Dengan ketinggian sehingga 2.5 meter (8 kaki), ia cukup besar untuk seseorang dewasa berbadan kecil menunggang mereka dan telah digunakan disesebahagian Afrika Utara dan Arab sebagai tunggangan lumba. Burung ini tidak boleh terbang dan termasuk dalam kumpulan primitif yang kurang dikenali, iaitu ratit (Palaeognaths). Nama sainsnya Struthio camelus.
Penternakan burung unta /Ostrich merupakan satu bidang usaha baru yang diperkenalkan selaras dengan matlamat untuk memvariasikan produk ternakan di samping menyediakan alternatif kepada keperluan sumber protin untuk penduduk setempat. Ia juga sesuai diusahakan untuk pengeluaran kulit, bulu dan untuk tujuan pelancogan dan rekreasi.
SPESIS BURUNG UNTA / OSTRICH
Struthio camelus camelus - Afrika Utara
Struthio camelus australis - Afrika Selatan
Struthio camelus massaicus - Afrika Timur
Struthio camelus molybdophanes – Somali
Hukum Memakan Daging Burung unta /Ostrich
Burung unta /Ostrich sebagaimana hukum asalnya iaitu halal dan diharuskan untuk memakannya. Bahkan di sana terdapat nas daripada jumhur fuqaha berkenaan keharusan memakannya.
- Burung unta /Ostrich adalah halal untuk dimakan. Apatah lagi ia termasuk dalam jenis haiwan yang dianggap baik dan bukannya dianggap kotor mahupun jijik.
- Tidak terdapat dalil khusus sama ada daripada al Quran dan al Sunnah yang mengharamkan memakan Burung unta /Ostrich
FAKTA MENGENAI BURUNG UNTA / OSTRICH
Tinggi : 2.1 - 2.5 m
Berat : 90 – 120 Kg
Jangka Hayat : 60 – 70
Tahun Kelajuan : 70 Km/jam
PENGURUSAN
Pengurusan burung unta /Ostrich haruslah dilaksanakan dengan teratur dan sistematik. Stress atau ketegangan adalah faktor utama yang mempengaruhi pemeliharaan burung unta. Untuk mengurangkan stress, penjagaan pemakanan, program kesihatan berjadual, kepadatan ternakan, pengangkutan dan pengendalian ternakan hendaklah dilakukan dengan baik.
1.Anak Burung Unta (1 hari – 3 bulan)
- Anak burung unta /Ostrich yang baru ditetaskan mempunyai ketinggian lebih kurang 25 cm dan berat badan 900 gm.
- Anak yang baru ditetaskan akan dibiarkan di peti tetasan 2 – 3 hari sebelum di hantar ke kandang. * Rawatan iodine pada pusat anak yang baru ditetaskan hendaklah dilakukan dengan segera bagi menjamin kesihatan anak tersebut.
- Di kandang, anak disimpan dalam bilik luas yang bersuhu 25ºC dan boleh disinari oleh cahaya matahari.
- Anak perlu diberi makanan yang bermutu dan minuman yang cukup.
- Lampu akan dibekalkan terutama pada sebelah malam untuk memberikan kepanasan pada anak burung unta.
- Elakkan penggunaan bahan sarap (saw dust) dalam kandang anak burung unta.
- Pemberian anti stress dan antibiotik untuk memberi daya ketahanan terhadap penyakit.
2.Peringkat Membesar Hingga Bertelur ( > 4 Bulan)
- Burung unta dewasa memerlukan kawasan pemeliharaan yang lebih luas untuk memudahkan pergerakkannya.
- Pada umur 9 – 12 bulan burung unta dewasa bertukar warna bulu kepada warna kelabu bagi betina dan hitam bagi burung unta jantan.
- Burung unta dewasa boleh dipasarkan dan disembelih untuk dagingnya pada umur 12 – 14 bulan.
- Pemberian makanan adalah secara ad-libitum (bebas) namun perlu dicatatkan penggunaan makanan setiap hari.
- Pemberian suntikan vaksin ND ( Sampar ) adalah amat perlu untuk memastikan burung unta tidak terdedah kepada penyakit berbahaya.
- Sediakan air minuman dan makanan yang bersih pada setiap masa.
- Pastikan bekas makanan dan minuman sentiasa bersih.
- Pemberian makanan yang mencukupi berserta rumput dan makanan tambahan.
- Burung unta berumur 1 hari – 3 mingu diberi makanan sebanyak 50g/hari.
- Burung unta berumur 3 minggu – 12 bulan diberi makanan secara bebas atau ad-libitum.
- Makanan Permulaan (Poultry Starter Pellet)
- Makanan Membesar (Poultry Grower Pellet)
- Makanan Pembiak (Poultry Breeder Pellet)
- Rumput Setaria splendida
- Rumput Napier (Rumput Gajah)
- Rumput Guinea
- Memberikan perlindungan dari cuaca panas dan hujan.
- Selamat dari serangan haiwan liar seperti anjing.
- Mempunyai pondok berpagar yang menyediakan bekas makanan dan minuman secukupnya.
- Pagar hendaklah setinggi 1.80 meter dan 40 – 50 cm tinggi dari tanah.
- Stok pembiak memerlukan kawasan pemeliharaan seluas 0.5 – 2 hektar.
- Peringkat membesar memerlukan 0.2 ha/ekor, di mana 30 ekor burung unta berumur 10 – 12 bulan dipelihara dalam kawasan seluas 4 – 6 hektar.
- Penggunaan dawai duri adalah sangat berbahaya kepada burung unta.
- Merupakan peringkat yang sangat penting bagi memastikan penghasilan anak ternakan yang berkualiti.
- Burung unta /Ostrich jantan akan mencapai tempoh kematangan pada umur 25 – 28 bulan manakala burung unta betina pada umur 20 bulan.
- Burung unta /Ostrich jantan yang matang didapati mempunyai paruh dan belakang kaki yang berwarna kemerahan terutama semasa musim mengawan. Pengawanan adalah secara semulajadi
- Kadar Nisbah pengawanan bagi burung unta dalah 1:2 iaitu 1 ekor jantan bagi setiap 2 ekor burung unta betina.
- Burung unta /Ostrich boleh mengeluarkan telur sebanyak 40 – 80 biji setahun.
- Tempoh produktif bagi burung unta adalah sehingga 30 tahun.
- Ternakan yang sakit hendaklah diasingkan dan diberikan rawatan.
- Kandang ternakan hendaklah sentiasa dalam keadaan bersih.
- Makanan berkualiti diberikan secukupnya untuk kesihatan dan pengeluaran yang baik.
- Pemilihan baka ternakan yang baik.
- Kedudukan ladang hendaklah berjauhan dari ternakan dan haiwan lain.
- Suntikan vaksin bagi mencegah serangan penyakit merbahaya seperti Penyakit Sampar (Newcastle Disease)
- Penggunaan antibiotik dan anti stress yang sesuai dan pemberian haruslah secara teratur
- Daging : 30 – 35 kg/ekor.
- Kulit : 1.2 – 1.5 sq.m/ekor.
- Bulu : 1.5 – 1.8 kg/tuaian.










No comments:
Post a Comment