Wednesday, December 20, 2023

PROSEDUR PEMINDAHAN TERNAKAN


SISTEM E-PERMIT 2

Sistem E-Permit 2 dibangunkan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar pada 2008 dan mula digunakan seluruh negara pada April 2009. Pembangunan sistem ini bertujuan untuk mengawal penyakit haiwan dan sebagai mekanisme daya jejak penyakit, haiwan dan produk haiwan seperti yang diperuntukkan di bawah Akta Binatang 1953 dan Enakmen-Enakmen Negeri.

Sistem ini terdiri daripada dua modul iaitu Pendaftaran Premis Haiwan dan Permohonan Akuan Kebenaran Pindah (Permit) antara negeri-negeri di Malaysia.

Bagi modul Permohonan Akuan Kebenaran Pindah (Permit), modul ini memudahkan prosedur permohonan permit pemindahan haiwan dan produk haiwan antara negeri di Malaysia. Ia merangkumi permohonan Akuan Kebenaran Pindah Masuk (AKPM) dan Akuan Kebenaran Pindah Keluar (AKPK).

Melalui sistem ini, daya jejak haiwan dapat dijalankan dengan menggunakan pengenalan haiwan yang didaftarkan semasa memohon permit.

Pengenalan yang digunakan termasuklah nombor visual tag atau nombor RFID tag pada lembu, kambing, kerbau dan bebiri. Ternakan khinzir pula menggunakan ear notch  

Penggunaan RFID tag (nombor mikrocip) sebagai pengenalan pada ternakan memudahkan lagi daya jejak dijalankan kerana nombor tag ini unik dan mampu menyimpan lebih banyak data.



PERMIT PERMINDAHAN TERNAKAN

1. Tarikh permohonan permit sekurang-kurangnya dalam tempoh tiga (3) hari dalam waktu bekerja daripada tarikh permohonan ternakan hendak dipindahkan.
2.    Tempoh masa sahlaku permit hanya sekali untuk satu (1) perjalanan  sahaja mengikut pada tarikh yang dinyatakan dalam Akuan Kebenaran Pindah
3.    Perlu menyatakan tarikh dan lokasi penerima ternakan serta maklumat pengeluar ternakan termasuk ID Premis dengan jelas.
4.    Permohonan Permit pemindahan ke luar negeri hanya akan dikeluarkan setelah mendapat kebenaran masuk/terima daripada Negeri penerima ternakan.
5.    Permohonan melibatkan luar negeri perlu mengisi borang deklarasi  ladang semasa      membuat permohonan


SYARAT PADA TERNAKAN YANG DIPINDAHKAN

Setiap ekor ternakan yang hendaklah dipindah dikehendaki:
1.    Telah mendapat suntikan vaksin FMD (P1 dan P2) mengikut jadual dan telah disahkan oleh doktor veterinar.
2.    Mempunyai tanda pengenalan ternakan yang jelas serta dikepilkan/sertakan bersama borang permohonan Akuan Kebenaran Pindah Ternakan [PVDM/PAPT(1)].
3.    Mendapat pengesahan Pegawai Veterinar Daerah pengeluar/penerima ternakan ATAU wakil yang diberi kuasa sebelum dan selepas pemindahan dilakukan.
4.    Telah menjalani ujian saringan penyakit dan telah disahkan sihat dan bebas daripada sebarang penyakit seperti kuku dan mulut (FMD), brucellosis, tuberculosis dan heamorrhagic septiceamia (HS) oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar.

PERMINDAHAN TERNAKAN BAGI TUJUAN PENYEMBELIHAN;

1.    Hanya dibenarkan di Rumah Sembelih yang dibenarkan oleh Jabatan sahaja.
2.    Jika ternakan yang hendak disembelih itu betina perlu mendapat pengesahan daripada Doktor Veterinar yang bertauliah oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar.
3.    Bagi tujuan penyembelihan diluar kawasan Rumah Sembelih selain yang digazetkan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar perlu mendapat kebenaran yang disahkan oleh Pengarah Perkhidmatan Veterinar.
4.    Bagi ternakan yang telah dipindahkan ke Rumah Sembelih (dibenarkan oleh Jabatan) hendaklah   disembelih tidak melebihi 30 hari. Jika penyimpanan melebihi 30hari  perlu  mendapat kebenaran khas daripada Pengarah Veterinar Negeri.
5.    Lori yang digunakan bagi tujuan pemindahan perlu di ‘Seal pada bahagian kenderaan yang kehendaki. 

S.O.P Pemindahan Ternakan Di Antara Negeri Di Semenanjung Malaysia


SYARAT PEMINDAHAN HAIWAN DAN PRODUK HAIWAN ANTARA NEGERI DAN DALAM NEGERI DI SEMENANJUNG MALAYSIA


















ARAHAN KERJA PENERIMAAN TERNAKAN HIDUP ( LEMBU / KERBAU) DARI AUSTRALIA





No comments:

Post a Comment