PENGENALAN
Pengetahuan tentang ubatan dan kepentingannya amat penting untuk penternakan. Hal ini kerana penyakit tidak dapat dijangka bila ia menyerang ternakan. Justeru itu, bab ini membincangkan serba-sedikit ubatan yang perlu ada di dalam setiap ladang ternakan
1.UBAT UNTUK RAWATAN LUKA
ACRIFLAVIN
Ubat antibakteria untuk rawatan luka (luka terbakar, mastitis , kutu , foot rot, maggot wound)
Ubat antibakteria untuk rawatan luka, luka mastitis, serta rawatan dalam rahim
Dos: Disapu pada kawasan luka yang terbuka secukupnya dan diulang rawatan setiap hari sehingga sembuh.
HYDROGEN PEROXIDE
Larutan antiseptik dan penyah bau untuk rawatan luka, sesuai digunakan untuk mencuci luka bernanah dan berongga.
Fungsi:
- Mengeluarkan kotoran tisu yang mati dan bernanah
- Membersih dan mengalirkan luka, luka berlubang dan abses
- Mencuci dan disinfek luka yang telah dijangkiti
Dos: Larutkan dengan campuran air dan hydrogen peroxide dengan nisbah 1:1 , gunakan kapas dan bersihkan kawasan luka dengan mencelup kapas kedalam larutan hydrogen peroxide sebentar tadi.
IODINE
Disinfektan
Fungsi:
- Luka kecil
- Abses
- Kurap
- Mencelup teat selepas pemerahan susu dilakukan
Dos: Tertakluk kepada penyembuhan penyakit. Untuk rawatan kurap larutan yang kuat (5%) disapu berselang 5-7 hari dan dikerapkan dengan larutan cair (2.5%).
NEGASUNT POWDER
Serbuk rawatan luka akibat jangkitan miasis (maggot wound)
Fungsi:
- Pencegahan luka dari dihurungi lalat, serangan maggot dan jangkitan
- menggalakkan granulasi
- membunuh lalat dan berenganya
Dos: Luka dan disekelilingnya perlu dibersihkan dahulu dengan hydrogen peroxide. Kemudian luka tersebut perlu dilitupi dengan serbuk negasunt yang nipis.
COPPER SULPHATE
Berbentuk serbuk hablur berwarna biru rawatan kuku, kurap dan rawatan akibat kekurangan zat kuprum
Fungsi:
- menutup saluran esophagus
- emetik (muntah)
- kurap
- sakit kuku (foot rot)
Dos:
- Kekurangan zat kuprum - garam jilat (mineral blok)
Kurap - disapu pada badan dengan larutan 1 – 2% dan disapu hari-hari
Emetik - 1% larutan dengan ½ cawan diberi minum untuk mengatasi rasa mual
Foot Rot- berdiri 20 minit dalam larutan 5% untuk 4-5 hari ulangan
POTASSIUM PERMANGANATE
Berbentuk hablur gelap, tidak berbau, berwarna unggu dan bila bercampur air menjadi ungu gelap atau merah muda
Fungsi:
- rawatan luka akibat nyah tanduk, patah tanduk
Dos:
- 1 gm dicampur dengan 1 liter air dan disapu pada luka.
2. PENYAKIT PENGHADAMAN (CIRIT, KECACINGAN, KEMBUNG PERUT)
SILIKEL
Untuk rawatan kembung kronik
Fungsi:
- Merawat kembung
Dos:
- Diberi secara Oral 50ml Diberi secara suntikan 20 -25ml
SCOURBAN PLUS
Rawatan untuk kecacingan dan diarea ( cirit birit )
Dos:
- Diberi secara oral
3.UBAT CACING BROADSPEKTRUM (MELUAS)
ALBENDAZOLE & FENBENDAZOLE
Albendazole , fenbendazole contoh ubat yang boleh digunakan untuk menangani penyakit kecacingan
Dos: pemberian melalui oral(minum). Sentiasa tukar jenis ubat yang digunakan setiap kali sesi rawatan bagi mengelakkan cacing memperolehi resistansi pada ubat tersebut
IVERMECTIN (IVOMEC)
Ubat endoparasit dan ektoparasit (Contoh : kutu & cacing ) yang luas spektrumnya (broadspektrum)
Dos: 1ml/50kg secara subkutaneus (bawah kulit) lembu dewasa.
Peringatan: gunakan Ivomec sebagai rawatan terakhir merawat kecacingan sekiranya ubat lain tidak berkesan bagi mengelakkan resistansi berlaku. Lembu tidak boleh disembelih dan susu tidak boleh diminum sehingga 28 hari dari tarikh suntikan (withdrawal period)
4. ANTIBIOTIK
A) ANTIBIOTIK SHORT ACTING (SA)
1. PENICILIN
Penicilin-Streptomycin
a. Suntikan antibiotik broadspektrum
Suntikan antibiotik untuk rawatan colibacilliosis , leptospirosis, peritonitis, pneumonia dan lain-lain jangkitan
B) ANTIBIOTIK LONG ACTING (LA)
1. OXYTETRACYCLINE
Suntikan antibiotik broadspektrum dan berkesan merawat dalam masa 3-5 hari
Dos: 1ml/10kg untuk lembu. Sila lihat tarikh withdrawal period agar ternakan tidak disembelih atau susunya diambil dari tarikh suntikan
Tanda-tanda Hypersensitivity (allergy)
Rawatan: Antisan, Adernaline, Histocart, Atropine
Contohnya: Mastitis, arthritis, gigitan serangga
No comments:
Post a Comment