Saturday, September 27, 2025

PENTERNAKAN LANDAK

 

Penternakan Landak

Semenjak 2005 Landak telah mula dikomersial secara bersama oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan). Semua landak raya diternak perlu mempunyai lesen memiliki bagi tujuan membela, membiakkan dan sebagai perniagaan yang dikeluarkan Perhilitan kerana ia di bawah akta pemuliharaan hidupan liar 2010 Mengenai Spesies Terancam (CITES).  Landak raya diiktiraf sebagai spesies hidupan liar yang dilindungi dalam senarai Jadual Dua Bahagian II - Binatang Perburuan.

  • Landak atau Bahasa saintifik Hyistrix Brachyura atau dikenali sebagai Porcupine.
  • keluarga landak terbahagi kepada dua iaitu Hystricidae dan Erethizontidae
  • Landak merupakan haiwan eksotik mamalia bertulang belakang (vertebrata) .

Spesies Landak

Ada 4 sub-spesies landak di Malaysia iaitu:

  1. Asiatic brush-tailed porcupine (Atherurus macrourus) Landak Batu/Nibong
  2. Malayan porcupine (Hystrix brachyura) Landak Raya
  3. Thick-spined porcupine (Hystrix crassispinis) Landak Tebal Borneo
  4. Long-tailed porcupine (Trichys fasciculata) Landak Padi

  • Seekor landak matang ketika usia 8 hingga 12 bulan dan boleh menghasilkan kira-kira 8 kg daging.
  • Panjang landak biasanya 63 hingga 80 sentimeter (25 hingga 32 inci) dan ekor sepanjang 10 hingga 13 Cm (4.5 hingga 5 inci) dengan berat antara 5 kg hingga 20 kg
  • Landak raya liar mampu hidup 12 hingga 15 tahun sementara landak yang di pelihara boleh hidup mencapai 20 tahun

PENTERNAKAN LANDAK RAYA

  • Penternakan Landak raya atau nama saintifiknya Mala­yan Porcupine
  • Landak Raya merupakan spesies rodentia ketiga terbesar di dunia.
  • lanya terdapat di Sumatra, Semenanjung Malaysia, Borneo, melalui Tenggara China, Hainan dan Nepal.
  • Mengikut taxonomi, ia diklasifikasikan di bawah Order Rodentia dan Famili Hystricidae atau Old World Porcupine.
  • Daging landak boleh dimakan dan tidak diharamkan oleh agama.
  • Harga daging landak menjadi tinggi kerana ia dikatakan mendapat tempat di pasaran Hong Kong, China, Singapura dan Thailand.
  • Landak raya mempunyai tabiat aktif pada waktu malam, makan yang kerap dan aktif mengawan.
  • Proses untuk menternak Landak Raya sehingga boleh dijual mengambil masa selama 8 - 10 bulan.
Hukum Memakan Daging Landak

Landak dalam bahasa Arabnya disebut al-qunfudzMengenai landak (qunfudz) ini, ada khilafiyah. Menurut Imam Abu Hanifah dan Imam Ahmad, hukumnya haram, berdasarkan sebuah hadis yang mengharamkannya. Sedang menurut Imam Malik dan Ibnu Abi Laila, hukumnya halal (Imam ash-Shan’ani, Subulus Salam IV/77).

Namun pendapat yang tepat (sahih), adalah halal (Imam an- Nawawi, al-Majmu’ Syarah al-Muhadzdzab, 8/16). Hal itu kerana tidak ada dalil yang kuat yang mengharamkannya. Kerana itu, hukumnya kembali pada hukum asal benda, iaitu mubah.

  • Landak tidak termasuk dalam golongan haiwan bertaring atau berkuku tajam yang bersifat pemangsa.
  • Tidak terdapat dalil khusus sama ada daripada al Quran dan al Sunnah yang mengharamkan landak
  • Landak adalah Halal di makan dan didapati ia di buru dan dimakan oleh orang melayu terdahulu kala dan tiada fuqaha’ tempatan yang membantahnya binatang yang tidak disebut oleh nas (halal/ haramnya) diserahkan kepada uruf (hukum adat)


Akta Perlindungan Hidupan Liar Akta No. 76 Tahun 1972 
(Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara, Semenanjung Malaysia) 

Landak Raya ialah spesies yang dilindungi di Semenanjung Malaysia dan memerlukan permit khas seperti yang dinyatakan di bawah Seksyen 51 (d) di dalam Akta Perlindungan Hidupan Liar Akta 1972/76 untuk menjalankan beberapa aktiviti seperti terkandung di dalam peruntukan seperti berikut:

"Walau apa pun yang terkandung dalam Akta ini, Menteri boleh memberi tidak lebih daripada satu permit khas kepada setiap pemohon untuk menangkap, mengurung, membiakkan, menyimpan, mengimport atau mengeksport manamana binatang buruan atau mana-mana burung buruan atau sebahagian daripadanya." 

Kuota yang diluluskan akan disenaraikan di dalam permit khas yang dikeluarkan oleh Jabatan PERHILITAN bagi pihak Menteri dan boleh diperbaharui pada setiap tahun. Penalti bagi kesalahan di bawah Akta tersebut adalah denda di bawah Seksyen 68, 69 dan atau 70 setiap satu seperti berikut:

"Denda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan tidak melebihi daripada tiga tahun atau kedua-duanya sekali bagi Landak Raya jantan. denda tidak melebihi enam ribu ringgit atau dipenjarakan tidak melebihi daripada tiga tahun enam bulan atau kedua-duanya sekali bagi Landak Raya betina. denda tidak melebihi tiga ribu lima ratus ringgit atau dipenjarakan tidak melebihi daripada dua tahun atau kedua-duanya sekali bagi anak Landak Raya"
  • Walau bagaimana pun, Landak Raya tidak disenaraikan di bawah Convention on International Trade in Endangered Species of Wild Flora and Fauna (CITES). 

 

Ordinan Haiwan No. 17 1953 dan Akta Perlindungan Halwan 1960
(Jabatan Perkhidmatan Haiwan Malaysia) 

Tujuan akta ini ialah untuk memastikan haiwan yang digunakan untuk pameran, penyelidikan atau peliharaan, dijaga secara berperikemanusiaan. Peraturan ini diwujudkan untuk memastikan haiwan yang hendak dipegang, diberi rawatan dan diangkut dibuat secara berperikemanusiaan. Ini termasuk standard bagi fasiliti, kesihatan, husbandri dan pengangkutan haiwan. 

Di samping itu, Ordinan Haiwan No. 17, 1953, Persekutuan Tanah Melayu, juga memastikan tiada kezaliman dilakukan terhadap haiwan (Bahagian iv) dan pengimportan/pengeksportan haiwan dan burung (Bahagian ii). 

Menjadi satu kesalahan di bawah Akta Perlindungan Haiwan 1960 jika menyebabkan kesakitan atau tekanan yang tidak sepatutnya kepada haiwan atau burung. 

Perlanggaran akta ini oleh seseorang boleh digunakan sebagai bukti kesalahan penderaan kepada haiwan/burung seperti berikut; 
  • Salahlaku ke atas haiwan di bawah jagaan seseorang. 
  • Kecuaian terhadap haiwan sehingga ianya mengalami kesakitan, penderitaan atau tekanan. 
  • Gagal menyediakan sumber yang mencukupi untuk berat badan yang mengikut kadar fisiologi haiwan tersebut berdasarkan kepada jenis, umur dan jantina yang relatif kepada sesuatu masa dalam setahun. Mengeluarkan mana-mana bahagian anatomi haiwan tersebut tanpa pembiusan yang cukup. 
  • Mematikan, mengurung atau memindahkan haiwan dengan cara yang dapat mengelakkan kesakitan, penderitaan atau tekanan. 
  • Membela/menyimpan haiwan yang telah disahkan mengalami penderitaan fizikal atau fisiologikal kecuali jika ianya berada di bawah jagaan Pegawai Veterinar yang berdaftar. 
Adalah menjadi tanggungjawab orang ramai terutama kepada mereka yang terlibat di dalam industri ini untuk melaporkan kes-kes yang berkaitan dengan kecuaian terhadap haiwan, penderitaan dan penderaan kepada Jabatan PERHILITAN. Pesalah akan didenda sebanyak dua ratus ringgit atau dipenjara selama enam bulan atau kedua-duanya sekali. 

Sistem Sangkar / Kurungan Landak

Landak Raya hendaklah di uruskan mengikut system Intensif dan dikurung dalam sangkar secara berkumpulan, berpasangan atau bersendirian.  tempat yang kecik untuk memulakan projek

Cara yang terbaik ialah menempatkan seekor jantan dan 2 ke 4 ekor dalam satu kurungan

  • Kurungan individu hendaklah sekurang-kurang mempunyai saiz 90cm panjang X 60 cm lebar X 60 cm tringgi
  • Kurungan yang tingginya 90 sm memerlukan unjuran berukuran 30 sm yang dipasang pada sudut 45°. 
  • Manakala kurungan besar atau berpasangan hendaklah bersaiz sekurang-kurangnya 180 cm panjang X 150 cm lebar X 120 cm tinggi
  • Landak diternak dengan menggunakan sangkar dinding konkrit dan bahagian depannya besi jeriji dengan setiap sangkar boleh diletakkan seekor atau dua ekor (sepasang).
  • Sangkar yang didirikan atas tanah mestilah mempunyai 90cm jaring besi yang ditanam bagi mengelakkan landak lari dengan menggali terowong
  • Altenatif lain adalah dengan membina lantai kurungan daripada simen konmkrit bagi mengelakkan landak mengorek lubang
 Sistem kurungan landak secara individu

Kurungan yang disediakan hendaklah memenuhi keperluan fizikal dan fisiologikal haiwan tersebut dan pada masa yang sama melindungi haiwan daripada kesan cuaca yang melampau. 

Pagar perimeter hendaklah dipasang untuk keselamatan haiwan dan orang ramai.

Bahan-bahan seperti dahan pokok, kelapa atau kayu hendaklah disediakan untuk dibuat bahan gigitan oleh landak. 

Pengenalpastian Jantina

Pengenalpastian Jantina Dengan memeriksa bahagian ventral Landak Raya, jantina spesies ini dapat dikenalpasti. Ini boleh dilakukan dengan menggunakan kotak atau sangkar yang direka khas dan boleh dinaikkan untuk melihat bahagian ventral landak. 

Alternatif lain ialah dengan menggunakan ubat sedatif atau penenang yang akan memudahkan untuk melihat jantina landak. Testis Landak Raya terletak di dalam skrotum semasa musim pembiakan. Penis landak diarahkan ke belakang. Rongga luar organ kelamin Landak Raya kelihatan serupa tetapi amat berbeza jika diperiksa secara dekat.

Pembiakan:

Landak Jantan

  • Seekor landak jantan mampu mengawan dengan 10 ekor landak betina
  • Landak sangat sensetif dalam soal memilih pasangan dan tidak akan mengawan sekiranya pasangannya tidak serasi
  • Landak tidak mengira waktu mengawan tetapi lebih aktif pada waktu malam

Landak Betina

  • Sediakan ruang khas untuk ibu melahirkan (boleh pakai kotak atau sarang).
  • Tempoh bunting landak raya betina adalah 16 minggu (hampir 100 hari) Biasanya seekor landak betina jenis landak raya beranak lima kali dalam tempoh dua tahun. Seekor landak mampu melahirkan anak antara dua dan tiga ekor sekali beranak dan menyusukan anaknya. 
  • Pusingan estrus di antara 31 - 35 hari dan tempoh bunting 94 - 112 hari. Kematangan seksual di antara 8 - 12 bulan. 

Pengurusan Anak Landak

Anggaran bilangan anak yang dilahirkan ialah daripada 1 - 4 ekor tetapi selalunya 1 - 2 ekor. 
Berat seekor anak Landak Raya ialah di antara 340 - 370 gm pada waktu dilahirkan dan mata akan terbuka dalam tempoh 24 jam selepas dilahirkan

Tempoh menyusu anak Landak Raya berumur 6 minggu. Anak Landak Raya menyusu sehingga berumur 101 hari tetapi pada umur 10 - 14 hari, telah mula makan makanan pepejal termasuk sayuran dan ubi. 

Susu yang dihasilkan oleh Landak Raya mengandungi 12.19 - 13.48% protein kasar dan 5.97 - 6.63% lemak kasar. 


Proses bercerai susu boleh dipaksa seawal 2-4 hari selepas beranak. Walau bagaimana pun, umur di antara 6 - 7 minggu adalah lebih sesuai. Pada umur 6 - 7 minggu, anak Landak Raya diberi susu segar dua kali sehari dan ianya meminum 50ml susu setiap kali minum 

Pengasingan awal anak daripada ibu boleh menggalakkan ibu Landak Raya untuk membiak sekali lagi. Makanan yang seimbang untuk anak Landak Raya dapat mempercepatkan umur pembiakan atau mencapai saiz yang boleh dipasarkan. 

Kanabalisma dan membunuh anak dilihat berlaku di dalam kumpulan Landak Raya yang dibela di dalam kurungan. Jadi, ianya penting untuk memisahkan ibu dan anak landak daripada kumpulannya terutamanya pada hari-hari awal selepas melahirkan anak 

Makanan

Landak mempunyai gigi yang amat kuat untuk membantu memakan tumbuhan yang keras seperti kulit dan batang pokok. 

  • Landak makan pisang, ubi kayu,keledek, nangka, buah kelapa sawit, sayur, rumput serta roti, hampas kacang soya 
  • Landak juga boleh di beri makan pelet sekali sekala
  • Namun landak tidak suka makan makanan yang sama setiap hari.

Bekas makanan yang bersih ( bekas besi diutamakan) digunakan untuk memberi makanan (pellet, ubi dan sayuran) kepada landak

Walaubagaimanapun dedaun berbatang boleh digantung atau diletakkan di atas lantai

Jumlah makanan yang diberikan berbeza mengikut umur, kumpulan pembiak atau kumpulan untuk dijual.

Secara purata makanan segar yang diberikan adalah mengikut kadar 10% berat badan dan 1% berat badan bagi makanan pellet.

Kadar pengambilan makanan seharian Voluntary Feed Intake (VFI) oleh Landak Raya yang makan bahan tumbuhan ialah daripada 0.8 - 1.2 kg (berat segar) atau 10 - 15% dari berat badan. Walau bagaimana pun, jumlah makanan yang diberi adalah lebih tinggi daripada VFI. Kekerapan untuk memberi makan ialah dua kali sehari (siang dan malam) tetapi makanan mestilah sentiasa ada bagi memastikan pengambilan yang optima dan memperkayakan kelakuannya.

Minuman

Bekas air  boleh dibuat daripada konkrit, porselin atau tanah liat (alas pasu bunga) kerana bekas plastik atau aluminium tidak tahan lama bila digunakan oleh landak. 

  • Anggaran 500ml air bersih disediakan sehari untuk setiap landak
  • Penggunaan air automatic akan dapat memastikan kurungan sentiasa kering

Penjagaan:

  • Bersihkan kandang 2–3 kali seminggu.
  • Kawal serangga perosak & pastikan tiada pemangsa masuk.

Kesihatan:

Kelebihan menternak landak raya itu kerana ia tidak mempunyai risiko kematian kerana penyakit, Tahan lasak, mudah dijaga, dan tidak memerlukan penjagaan intensif.

  • Vitamin dan garam mineral perlu diberi bagi membekalkan nutrien yang mencukupi untuk cepat proses tumbesaran landak.
  • Pemberian ubat cacing secara rutin 3 bulan sekali
  • Landak Raya hendaklah ditimbang sekali setiap bulan (terutama kumpulan yang sedang membesar) bagi memantau kesihatan dan kadar pembesarannya. Beratnya juga direkodkan ke dalam buku log setiap individu.
  • Amati tingkah laku — jika lesu, periksa najis dan selera makan.
  • Dapatkan khidmat veterinar jika perlu.
  • Tidak perlu suntikan khas tetapi amalkan biosekuriti
Tanda-tanda Penyakit 

Pemerhatian bagi memantau keadaan yang luar biasa adalah alat pengurusan yang penting. Oleh itu, mengetahui keadaan yang biasa dalam pengurusan Landak Raya adalah penting supaya dapat membezakan sesuatu keadaan yang luar biasa. Perlakuan dan ciri-ciri fizikal Landak Raya dapat membantu bagi mengetahui tahap kesihatannya. 

Tanda-tanda am penyakit kepada Landak Raya ialah seperti berikut:- 
  • Haiwan kurang aktif dan kurang bergerak serta selalu duduk dan kelihatan lesu. Walau bagaimana pun, di dalam keadaan biasa, Landak Raya akan berehat di antara waktu 1200 Н – 1600 H 
  • Tidak berselera atau kurang makan boleh dilihat melalui makanan yang tidak habis dimakan atau tidak makan langsung. Voluntary Feed Intake Landak Raya dewasa ialah di antara 1 - 1.5 kg sehari untuk makanan basah atau 100 grams makanan kering.
  •  Cecair yang keluar daripada hidung, mulut, mata dan rongga yang lain adalah tidak normal. Perubahan pada warna kulit atau bengkak yang mungkin disebabkan oleh abses atau hematoma. Seperti yang dinyatakan, luka (melecet dan lelasan) disebabkan oleh pergaduhan atau cedera yang terjadi semasa mengendalikannya. Kulit Landak Raya mudah terkoyak. Kehadiran darah di dalam kurungan, memungkinkan kecederaan telah terjadi
 Alat Pengekangan Landak Raya bagi membolehkan prosedur mudah

Cara Mengekang Landak
Landak Raya yang dikekang secara fizikal akan membahayakan penangkap melalui kecederaan luka yang disebabkan oleh duri dan gigitannya. 

Terdapat berbagai alat tangkapan yang boleh digunakan untuk mengurangkan risiko. Contoh termasuk jaring sauk (bulat atau segi empat), jerat, guni dan sangkar atau tong.

Dengan menggunakan sekatan daripada kayu papan lapis atau plastik tebalakan memudahkan proses pemindahan Landak Raya dan membantu di dalam pengekangannya.


CARA PENYEMBELIHAN 
Beberapa pilihan lain seperti menggunakan alat kekang yang reka khas, guni, sarung tangan besi, kain tarpal, perangkap yang membolehkan cara yang selamat, berperikemanusiaan dan efektif untuk menyembelih Landak Raya sedang direkabentuk.

Daging landak juga diketahui mengandungi kandungan protein, besi, lemak tepu yang tinggi tidak berlebihan, omega-3, dan yang paling penting tidak mengandungi kolesterol sama sekali, berbanding daging lain secara amnya tinggi kandungan kolesterol.

No comments:

Post a Comment