Sunday, June 30, 2024

PERMOHONAN LESEN OPERASI RUMAH PENYEMBELIHAN SWASTA (PENYEWAAN)


PERMOHONAN LESEN OPERASI  RUMAH PENYEMBELIHAN SWASTA  (PENYEWAAN)

  • Pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar akan  mengeluarkan notis Pemakluman Tawaran Penyewaan Rumah Sembelih Jabatan (RSJ) samaada Ruminan atau khinzir.
  • Tawaran ini adalah terbuka kepada individu atau syarikat yang berminat untuk membuat permohonan.
  • Walaubagaimana pun permohonan tawaran ini tertakluk kepada tempoh waktu (Tarikh Tutup) yang ditetapkan .

SENARAI SEMAK DOKUMEN PERMOHONAN LESEN OPERASI RUMAH PENYEMBELIHAN SWASTA (PENYEWAAN)

Berikut adalah beberapa senarai semak yang setiap pengusaha perlu ambil perhatian..



SYARAT-SYARAT AM

  1. Pemohon perlu memohon lesen rumah penyembelihan tempatan dari BAHAGIAN REGULATORI, IBU PEJABAT JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR, PUTRAJAYA
  2.  Pemohon perlu mempunyai lesen perniagaan dan SSM yang sah
  3. Pemohon mestilah warganegara Malaysia



KLIK LINK UNTUK MENDAPATKAN BORANG PERMOHONAN : 


1. SURAT SETUJU TERIMA TAWARAN PENYEWAAN

Surat Setuju Terima Tawaran Penyewaan merupakan surat pemakluman rasmi penerima oleh kerajaan keatas tawaran syarikat

Surat Setuju Terima Tawaran Penyewaan merupakan dokumen  yang mengandungi perjanjian kontrak berasaskan syarat dalam dokumen tender, syarat dipersetujui dalam surat niat atau syarat-syarat lain yang di persetujui.


2. PROFIL SYARIKAT

Profil syarikat bertindak seperti dokumen informatif yang menonjolkan apa yang dimaksudkan oleh perniagaan dan apa yang berfungsi sebagai pelan untuk pertumbuhan.
Profil syarikat merupakan keterangan terperinci berserta butiran perihal syarikat yang memaparkan segala informasi dalaman berkenaan sesebuah organisasi atau syarikat.


* Profil syarikat perlu dinyatakan perkara berikut:
  1. Penerangan / Maklumat berkaitan Syarikat
  2. Senarai Ahli Jemaah Pengarah dan Kakitangan Syarikat
  3. Kapasiti Penyembelihan dan Jenis Penyembelihan
  4. Keupayaan Tenaga kerja
  5. Keupayaan Kewangan
  6. Cadangan Kesesuaian Tapak Projek 
  7. Cadangan Pelaksanaan Projek meliputi Cadangan Infrastrutur Utama Rumah Penyembelihan

3. SIJIL PENDAFTARAN SYARIKAT (SSM)

Secara amnya, Sijil Pendaftaran Syarikat menjadi satu kewajipan pengusaha  mendaftar  perniagaan samaada  secara sampingan atau serius sepertimana Mengikut Akta Perniagaan 1956 

  • Pemohon perlu mempunyai lesen perniagaan dan SSM yang sah
  • Pemohon mestilah warganegara Malaysia


4. SALINAN KAD PENGENALAN
Salinan Pemohon / Pemegang-pemegang Saham Syarikat / Pengarah Syarikat


5. SUSUN ATUR BANGUNAN (LAY-OUT PLAN)

Sekiranya premis rumah penyembelihan tersebust ada membuat penambahbaikan atau naiktaraf bangunan, maka  pemohon perlulah mengemukakan pelan susun atur bangunan (Lay-Out Plan) yang terkini. Pelan tersebut menunjukkan fungfi bahagian-bahagian/ ruangan seperti ruang penerimaan ternakan hidup, ruang penyembelihan /pendarahan, ruang eviserasi/pemeriksaan daging, ruang pemotongan, ruang penyimpanan (storage area) dan akhir sekali ruang pemunggahan (dispatch area)


6. PELAN LOKASI / GOOGLE MAP/ KOORDINAT GPS

Pelan Lokasi melalui Google Map dan Koordinat GPS diperlukan bagi tujuan memudahkan mengenal pasti kedudukan Premis Rumah Penyembelihan  (Koordinat dipintu masuk)


7. SIJIL / KAD TAULIAH PENYEMBELIH HALAL

Antara salah satu syarat utama untuk menjadi tukang sembelih halal di Rumah Sembelih Ruminan adalah perlu mendapatkan sijil/ kad tauliah yang diperakukan  oleh Jakim,

Tukang sembelih ini WAJIB mempunyai tauliah penyembelihan daripada Jab. Agama Islam Negeri di negeri mereka bertugas.

* Salinan Sijil / Kad Tauliah Penyembelih Halal bagi Permohonan Rumah Sembelih Ruminan



8. BAYARAN FI PERMOHONAN

Pembayaran fi permohonan adalah sebanyak RM 100.00
Resit pengesahan pembayaran fi permohonan tersebut perlu disertakan bersama dengan Dokumen Sokongan dan Borang Permohonan.


HANTAR BORANG PERMOHONAN

  • Pemohon perlu cetak salinan

a)    Borang permohonan

b)    Dokumen sokongan

  • Dokumen tersebut perlu dihantar dalam tempoh DUA (2) Minggu dari tarikh permohonan kepada

BAHAGIAN REGULATORI,

IBU PEJABAT

JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR, PUTRAJAYA

 

No comments:

Post a Comment