KOLAM KUMBAHAN RUMAH PENYEMBELIH
Akta Rumah Penyembelihan (Penswastaan) 1993 diwujudkan bagi menggalakkan penternak dan pemain industri mewujudkan rumah sembelih yang lebih teratur dan bersih, seterusnya menjamin keselamatan makanan yang dihasilkan.
Rumah Peyembelihan haiwan seperti lembu, khinzir dan ayam sebenarnya antara industri makanan yang menggunakan sejumlah besar air mentah dan menghasilkan sejumlah besar air sisa buangan rumah sembelihan dengan bahan pencemar menjadi punca kepada pelepasan air kotor tidak terkawal yang boleh mencemarkan alam sekitar
Merujuk pada Garis Panduan Pengurusan Sisa Buangan Ternakan
Kaedah pengiraan saiz dan isipadu kolam kumbahan
(sistem rawatan air sisa) bagi rumah sembelihan sememangnya boleh dianggarkan
secara tepat berdasarkan bacaan meter air atau jumlah penggunaan air bulanan
premis tersebut.
Secara amnya, hampir 85% hingga 95% daripada air
bersih yang digunakan dalam proses penyembelihan, pembersihan daging, dan
pembasuhan premis akan bertukar menjadi air sisa (kumbahan).
Kolam kumbahan / Tangki septik juga dikenali sebagai sistem septik adalah sistem rawatan pembentungan skala kecil, merupakan tangki rawatan bahan kumbahan yang biasa digunakan di kawasan kediaman rumah perseorangan. Secara amnya, terma bagi septik merujuk kepada persekitaran bakteria anaerobik yang terbentuk didalam tangki yang mana menguraikan bahan buangan yang masuk kedalam tangki tersebut.
Bahan binaan tangki septik biasanya batu bata, konkrit, bahan gentian (fiberglass) atau plastik. Bentuk bagi tangki septik biasanya segi empat (dibina dari konkrit) atau berbentuk silinder ( bahan daripada plastik atau fiber).
Pengunaan Grease Trap (Perangkap Sisa Pepejal)
Sisa Pepejal akan di tapis melalui perangkap sisa pepejal (Grease Trap) bagi
mengasingkan sisa pepejal dari air kumbahan. Ini bertujuan bagi menapis air kumbahan dari premis tersebut sebelum air disalurkan ke dalam sistem pembentungan
Penyelenggaraan yang lebih kerap perlu dilakukan pada perangkap lemak dengan membersihkan dan membawa keluar Grease / Sisa Lemak yang membeku bagi memberikan kelancaran proses rawatan air.
Formula Anggaran Aliran Air Sisa Harian (Q)
Untuk merancang saiz kolam, anda perlu menukar penggunaan air bulanan kepada kadar aliran harian purata.
- Langkah A: Dapatkan purata penggunaan air sebulan daripada bil air (contoh: dalam unit Meter Padu).
- Langkah B: Bahagikan dengan bilangan hari beroperasi dalam sebulan untuk mendapatkan penggunaan harian.
Anggaran Saiz Fizikal Kolam (Panjang x Lebar x Dalam)
Selepas mendapat isipadu, anda boleh menentukan dimensi kolam berdasarkan kedalaman standard industri.
- Kedalaman Kolam Anaerobik Standard: Biasanya antara 3 meter hingga 5 meter (kedalaman ini penting untuk memastikan keadaan tanpa oksigen berfungsi dengan baik).
Menentukan Isipadu Kolam Mengikut Masa Tahanan Hidrolik (HRT)
Air sisa rumah sembelih mengandungi beban organik yang tinggi (darah, lemak, sisa pepejal). Oleh itu, ia memerlukan Masa Tahanan Hidrolik (Hydraulic Retention Time - HRT) yang mencukupi di dalam kolam supaya bakteria dapat merawat sisa tersebut dengan berkesan.
Bagi sistem kolam konvensional (seperti Kolam Anaerobik / Fakulatif):
Air kumbahan yang telah dirawat pula hendaklah mematuhi piawaian kualiti air yang telah ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar (sebelum dilepaskan ke saliran awam).
Antara syarat lesen yang berkaitan dengan kawalan pencemaran ialah mengadakan loji rawatan kumbahan rumah sembelih yang sempurna dan lengkap untuk rawatan segala air kotor seperti najis, kencing, darah, lemak, sisa bangkai binatang, kelodak dan sebagainya
Bagi kesalahan yang dilakukan di bawah Akta Rumah Penyembelihan (Penswastaan) 1993 pula, sesebuah rumah sembelih berlesen boleh dikenakan penalti denda sebanyak RM50,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya atas kesalahan yang melanggar syarat lesen.
Selain kompaun atau denda, pihak DVS juga akan menarik balik lesen beroperasi premis yang terbukti menyebabkan pencemaran sehingga isu pencemaran tersebut terbukti terkawa
1) PENGGUNAAN SOLID-LIQUID SEPARATOR
Penggunaan Solid-Liquid Separator (pengasing pepejal-cecair) dalam sistem kumbahan berfungsi untuk memisahkan sisa pepejal daripada air sisa. Pepejal yang diasingkan boleh dikeringkan dan diproses menjadi baja kompos. Kaedah ini mengurangkan beban kolam rawatan, mencegah bau busuk, menghasilkan baja organik, dan mematuhi Jabatan Alam Sekitar (JAS)
2) PENAPIS BIOLOGI (BIOLOGICAL FILTER)
Penapis biologi adalah jantung kepada ekosistem ternakan. Ia memanfaatkan mikroorganisma (bakteria baik) untuk menukar sisa kumbahan berbahaya seperti ammonia kepada bahan yang selamat, menjadikan air lebih bersih
Penggunaan bio filter ball (atau bebola bio) sebagai media penapis dalam sistem rawatan air kumbahan atau tangki septik (septic tank) adalah kaedah yang sangat efektif. Ia berfungsi sebagai tapak untuk bakteria pengurai tumbuh, sekaligus menapis dan merawat sisa kotoran secara biologi.
ZERO DISCHARGE
3) PENGGUNAAN EFFECTIVE MICROORGANISMS (EM)
Penggunaan Effective Microorganisms (EM) dalam pengurusan sisa ternakan sangat berkesan untuk mempercepat proses pengkomposan, Mengurangkan pembebasan gas ammonia dan hidrogen sulfida yang menyebabkan bau busuk di kandang, dan mengurangkan pencemaran sisa kumbahan. Ia bertindak dengan menguraikan sisa organik secara selamat menggunakan bakteria baik. Ia juga dapat digunakan untuk membersihkan kandang. Bebas daripada kesan-kesan sampingan dan mesra alam dan menyokong kesihatan ternakan. Mempercepatkan pereputan najis dan sisa makanan ternakan menjadi baja organik yang berkualiti tinggi.
Air sisa kumbahan dari najis ternakan sesuai digunakan untuk menyuburkan tanaman rumput bagi tujuan makanan ternakan. Penggunaan air kumbahan ternakan yang dirawat sebagai baja dan siraman rumput atau tanaman adalah sangat digalakkan. Ia memerlukan sistem penapis biologi (bio-filter) yang direka dengan teliti bagi mengurangkan beban organik, menyingkirkan patogen, dan mengelakkan pencemaran bau.
Tawas, atau Ammonium sulfate (NH₄)₂SO₄ boleh digunakan untuk menjernihkan air kolam kumbahan dengan kaedah pembendungan (flocculation) untuk mengasingkan pepejal tersuspensi. Kaedah ini melibatkan penambahan tawas ke dalam air, mengacaukannya supaya partikel-partikel kecil terlekat antara satu sama lain dan kemudian mengendap ke dasar kolam, menjadikan air lebih jernih.
Penggunaan tawas perlu berhati-hati kerana tawas yang berlebihan juga berpengaruh terhadap pH air (menurunkan pH air) berasid.
Tangki septik tersebut perlu dikosongkan secara berjadual, lebih kurang setiap dua tahun sekali untuk memastikan ianya berfungsi dengan efisien.
No comments:
Post a Comment