Sunday, September 22, 2024

VEHICLE DIP / VEHICLE SPRAY

Tempat Mencelup Tayar Kenderaan  (Vehicle Dipping)

‘Biosecurity’ ladang ternakan meliputi kemudahan infrastruktur dan amalan pengurusan ladang bagi mencegah kemasukan, mencegah penyebaran, mengawal serta membasmi organisma penyebab penyakit dalam kawasan ladang ternakan.

Biosekuriti adalah element paling penting dalam menjaga kesihatan ternakan sesebuah ladang 

Bagi tujuan kepentingan biosekuriti ini, akses masuk ke ladang ternakan hendaklah dilengkapi dengan kelengkapan biosekuriti iaitu

  1. Manual Spray
  2. Manual high pressure spray
  3. Open wheel-dip
  4. Covered vehicle wheel-dip
  5. Covered vehicle-wheel-dip with spray(automatic) 

Kenderaan yang keluar masuk ladang adalah disarankan dibasmi kuman pada bahagian tayar menggunakan kaedah yang sesuai seperti Vehicle dip dan Vehicle Spray atau kedua-duanya  supaya dapat menghindar penyakit dari luar masuk ke ladang.

Ukuran Membina Vehicle Dip

Ukuran Vehicle Dip

22-25 kaki Panjang X   11-15 kaki Lebar X 6-9 inci  kedalaman di tengah 






  • Vehicle Dip dibina daripada simen konkrit 
  • Kerja-kerja merender lantai simen konkrit gred 25 di atas hamparan BRC A9 dengan ketebalan  sekurang-kurangnya 10 cm (4 inci) bergantung terhadap kepadatan tanah.
  • Bahan disinfaktan yang digunakan perlulah ditukar bahan pencelup setiap minggu.
  • Bahan Disinfaction 5% akan dicairkan menggunakan kaedah 1:10


VEHICLE DISINFACTION SPRAY 

  • Ketinggian semburan adalah sekitar 4.5 meter, dan lebar semburan adalah 10 meter, Kesan atomisasi semburan perlulah  tahan rintangan angin
  • Motor Pam Vehicle Spray bertekanan tinggi akan menekan air ke 5 ~ 1 0 MPa (Megapascal)
  • Semburan Nozzle Spray dipermukaan objek adalah sekitar  30-120 mikron bagi membentuk partikel semburan halus berbentuk kabus dan tidak menitis.
  • Penapis (Filter) perlu dipasang bagi menapis  sebarang kekotoran sebelum memasuki sistem motor pam bagi mengelakkan injap solenoid pada Nozzle Spray cepat tersumbat. Penapis (Filter) ini juga memastikan bentuk semburan lebih sempurna dan lancar. 
  • Sanitasi dilaksanakan secara semburan menggunakan disinfektan yang telah dicairkan dengan air. Bagi sodium hypochlorite yang mempunyai kepekatan 5%, perlu dicairkan berdasarkan 1:9 iaitu 1 bahagian disinfektan dicampur kepada 9 bahagian air. 

No comments:

Post a Comment