Wednesday, March 15, 2023

PENGUATKUASAAN VETERINAR


SEJARAH PENUBUHAN BAHAGIAN PENGUATKUASA VETERINAR

Bahagian Penguatkuasaan Veterinar pada asalnya telah ditubuhkan pada tahun 1974 dibawah Lembaga Kemajuan Ternakan Negara (Majuternak). Fungsi Utama Bahagian pada masa itu adalah untuk menguatkuasakan Kaedah-Kaedah Lembaga Kemajuan Perusahaan Haiwan Negara (Kawalan Penyembelihan) 1975 yang dibuat di bawah Akta Lembaga Kemajuan Perusahaan Haiwan Negara (Pindaan) 1973. 

Kaedah-Kaedah tersebut telah diwarta dan dikuatkuasakan di lapan (8) kawasan rumah sembelih, dalam tujuh (7) buah negeri. Bagi tujuan tersebut lapan (8) buah Cawangan Penguat Kuasa diwujudkan.


Mulai tahun 1982, apabila Majuternak dibubarkan, fungsi Bahagian Penguatkuasaan Majuternak telah diambil alih oleh Jabatan Perkhidmatan Haiwan (sekarang dikenali sebagai Jabatan Perkhidmatan Veterinar)

Di samping meneruskan penguatkuasaan Kaedah-Kaedah Lembaga Kemajuan Perusahaan Haiwan Negara (Kawalan Penyembelihan) 1975. Bahagian juga turut menguatkuasakan Undang-Undang Jabatan di peringkat Persekutuan dan Negeri.


CONTOH CARA PENYELUDUPAN TERNAKAN




KAWALAN PEMINDAHAN TERNAKAN

Operasi pengawalan pencegahan dan pembasmian penyakit haiwan dan zoonotik telah diteruskan bagi memberi impak maksima kepada pematuhan perundangan yang berkuatkuasa. Pemeriksaan bilangan ternakan, tag telinga dan jantina

Operasi yang memberi tumpuan kepada kawalan pemindahan  ternakan bagi mengesan modus operandi terkini dengan menekankan penggunaan tag telinga ternakan dan jantina ternakan berdasar kebenaran bertulis pihak berkuasa Jabatan Perkhidmatan Veterinar.


Merujuk pada Arahan Prosedur Tetap Pengurusan Kebenaran Pindah Haiwan, Hasil dan Produk Haiwan Dalam Negeri No. Dokumentasi: APTVM 22(d):1/2011

Mengikut Perintah 4(1)(a) Perintah Haiwan Kawalan dan Pembasmian Penyakit 2003 bersama Subseksyen 36(1)(c)(i) Akta Binatang 1953 (Akta 647). 

"Mana - mana orang  adalah dilarang memindahkan ke dalam atau keluar daripada mana-mana kawasan tanpa kebenaran yang sah dari pihak berkuasa. Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM15,000"

PERMIT PERMINDAHAN TERNAKAN

  1. Tarikh permohonan permit Akuan Kebenaran Pindah Ternakan (AKPT) dan Sijil Kesihatan Veterinar (SKV)  dalam tempoh tiga (3) hari dalam waktu bekerja daripada tarikh permohonan ternakan hendak dipindahkan.
  2. Tempoh masa sahlaku permit hanya sekali untuk satu (1) perjalanan  sahaja mengikut pada tarikh yang dinyatakan dalam Akuan Kebenaran Pindah
  3. Perlu menyatakan tarikh dan lokasi penerima ternakan serta maklumat pengeluar ternakan termasuk ID Premis dengan jelas.
  4. Permohonan Permit pemindahan ke luar negeri hanya akan dikeluarkan setelah mendapat kebenaran masuk/terima daripada Negeri penerima ternakan.
  5. Permohonan melibatkan luar negeri perlu mengisi borang deklarasi  ladang semasa    membuat permohonan

SYARAT PADA TERNAKAN YANG DIPINDAHKAN

Setiap ekor ternakan yang hendaklah dipindah dikehendaki:

  1. Telah mendapat suntikan vaksin FMD (P1 dan P2) mengikut jadual dan telah disahkan oleh doktor veterinar.
  2. Mempunyai tanda pengenalan ternakan yang jelas serta dikepilkan/sertakan bersama borang permohonan Akuan Kebenaran Pindah Ternakan (AKPT) dan Sijil Kesihatan Veterinar (SKV)
  3. Mendapat pengesahan Pegawai Veterinar Daerah pengeluar/penerima ternakan ATAU wakil yang diberi kuasa sebelum dan selepas pemindahan dilakukan.
  4. Telah menjalani ujian saringan penyakit dan telah disahkan sihat dan bebas daripada sebarang penyakit seperti kuku dan mulut (FMD), brucellosis, tuberculosis dan heamorrhagic septiceamia (HS) oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar.

PERMINDAHAN TERNAKAN BAGI TUJUAN PENYEMBELIHAN;

  1. Hanya dibenarkan di Rumah Sembelih yang dibenarkan oleh Jabatan sahaja.
  2. Jika ternakan yang hendak disembelih itu betina perlu mendapat pengesahan daripada Doktor Veterinar yang bertauliah oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar.
  3. Bagi tujuan penyembelihan diluar kawasan Rumah Sembelih selain yang digazetkan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar perlu mendapat kebenaran yang disahkan oleh Pengarah Perkhidmatan Veterinar.
  4. Bagi ternakan yang telah dipindahkan ke Rumah Sembelih (dibenarkan oleh Jabatan) hendaklah   disembelih tidak melebihi 30 hari. Jika penyimpanan melebihi 30hari  perlu  mendapat kebenaran khas daripada Pengarah Veterinar Negeri.
  5. Lori yang digunakan bagi tujuan pemindahan perlu di ‘Seal pada bahagian kenderaan yang kehendaki.


CONTOH KES



KEBAJIKAN HAIWAN

Bagi memastikan kebajikan haiwan terus terpelihara melalui penguatkuasaan Akta Kebajikan Haiwan 2015, Bahagian Penguatkuasa Veterinar telah melipat gandakan usaha bagi memastikan setiap aduan awam yang diterima diambil tindakan dalam tempoh 36 jam dan mana-mana kes penganiayaan haiwan dapat disegerakan siasatan.


Merujuk pada Akta Kebajikan Haiwan 2015 Akta 772- Seksyen 29 - Penganiayaan Haiwan





Mengikut Akta Kebajikan Haiwan 2015 Akta 772- Seksyen 29 - Penganiayaan Haiwan
"Mana - mana orang  yang melakukan kesalahan menzalimi haiwan Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM20,000 hingga maksimum RM 100,000 atau penjara 3 tahun atau kedua-duanya sekali."








CONTOH KES




KAWALAN PENYEMBELIHAN

Operasi Kawalan Penyembelihan terus digiatkan bagi memastikan bekalan daging tempatan (lembu/ kerbau/ kambing/ bebiri dan babi) daripada sumber yang diluluskan. Tumpuan operasi di tempat jualan daging, semasa musim perayaan dan di tempat penyembelihan yang tidak dilesenkan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar.

Tindakan penguatkuasaan terus dilakukan bagi memastikan penyembelih/peniaga mengikut perundangan yang telah ditetapkan.


Merujuk dan berpandukan pada Kaedah-­Kaedah Binatang (Kawalan Penyembelihan) 2009 & Seksyen 86(2), Akta Binatang 1953


Mengikut Subkaedah 5(3) Kaedah - Kaedah Binatang ( Kawalan Penyembelihan) 2009, Akta Binatang 1953,
"Mana - mana orang yang memiliki , mempamer , atau menjual karkas binatang yang tidak disembelih di rumah penyembelihan diluluskan atau dilesenkan, adalah menjadi satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Kaedah 17, Kaedah yang sama .
Denda maksima sehingga Sepuluh ribu ringgit Malaysia (RM 10,000.00 dan dalam hal kesalahan berterusan, boleh didenda tidak melebihi lima ratus ringgit Malaysia (RM 500.00) bagi tiap - tiap hari kesalahan itu berterusan selepas sabitan"



Setiap penyembelihan Karkas MESTI mempunyai Stamping bagi menandakan ia dari Rumah Sembelihan Yang Di Luluskan


CONTOH KES























No comments:

Post a Comment