PENTERNAKAN AYAM BELANDA / TURKEY / PIRU
Ayam turki turut dikenali dengan panggilan ayam belanda. Di utara semenanjung Malaysia, ia juga dikenali sebagai ayam piru.
Ayam Belanda ialah haiwan yang tergolong dalam golongan kelas burung. Ayam Belanda ialah haiwan berdarah panas, mempunyai sayap dan tubuh yang diselubungi bulu pelepah. Paruh Ayam Belanda tidak bergigi.. Bulunya mempunyai pelbagai warna. Bergantung kepada spesis dan baka
| TEMPOH MATANG |
|
Ayam Belanda jauh lebih besar dari ayam biasa. Rata-rata ayam belanda mempunyai berat badan 7.7kg berbanding ayam biasa seberat 1.5 hingga 2kg sahaja.
Ayam belanda matang ini boleh menjangkau berat hingga 30kg+/seekor
Terdapat 2 kategori bagi saiz ayam belanda.
- Ayam Belanda yang bersaiz 10kg keatas
- Ayam Belanda kurang daripada 10kg (ukuran berat maksima untuk yang jantan dewasa).
Reban
- Pada musim hujan sekarang, pastikan perumah sentiasa kering,
- lantai “di-spray” dengan larutan Disinfection untuk elak jangkitan bakteria. Bakteria mudah merebak dalam keadaan lembab.
- membina reban yang kalis nyamuk, sama ada menggunakan jaring halus atau kelambu.
- Bersihkan perumah setiap hari, gas ammonia dari najis ayam boleh akibatkan penyakit pneumonia.
- Pagar Kawasan Reban bagi mengelakkan Anjing liar dan Musang
- anak ayam dipelihara dalam kotak khas (brooder) yang dibekalkan mentol sebagai pemanas.
- suhu boleh dikawal menggunakan thermostat bagi menjimatkan tenaga elektrik
- permulaan (starter crumble) Makanan permulaan adalah untuk anak Ayam Belanda umur sehari sehingga 3 minggu diberikan
- Air yang secukupnya
- Jaring anti nyamuk di pasang sekeliling brooder bagi mengelakkan penyakit puru dan lain2 lagi.
- Anak ayam sudah boleh tidak diberikan lampu
- dedak halus dicampur jagung halus sudah boleh di berikan beransur-ansur
- boleh di pindahkan dari brooder ke reban didik bagi menjaga kebersihan
- EM disemburkan di najis bagi mengelakkan pembiakan lalat dan amonia
- Anak ayam sudah boleh diturunkan ke atas tanah secara beransur-ansur
- dedak kasar boleh diberikan
- pada masa ini lebihan makanan dan rumput napier boleh diberikan kepada Ayam belanda ini supaya isinya kental dan sihat
- Elakkan memberikan makanan lebih yang berminyak.
- permulaan (starter crumble) perlu mengandungi 19 – 22 % CP Makanan permulaan adalah untuk anak Ayam Belanda umur sehari sehingga 3 minggu
- makanan pembesar (finisher pellet) mengandungi 16- 18 % CP.makanan pembesar adalah untuk peringkat 4 minggu hingga jual.
- Jagung halus juga boleh dicampurkan pada masa ini utuk menjimatkan kos
- Bagi Free Range juga adalah lebih baik untuk Ayam Belanda
- Makanan ini diberikan 2 kali atau lebih sehari dan sentiasa tersedia 24jam sehari.
JADUAL PEMAKANAN
|
- Di luar negara teknik permanian berhadas seperti lembu di guna pakai bagi mensenyawakan benih jantan kedalam betina untuk mendapatkan baka dan hasil yang optimum
- Di malaysia kaedah semulajadi di gunapakai iaitu ayam belnda berkahwin sendiri ini adalah kerana permintaan ayam belanda yang bermusim dan tidaklah menjadi menu harian seperti ayam daging
- Seekor ibu ayam mampu bertelur hingga 30 ke 35 biji semusim (2 kali setahun).
- Boleh dibiakkan dalam dua cara sama ada biar ayam belanda mengeram sendiri atau menggunakan incubator
- Tempoh pengeraman telur-telurnya pula akan mengambil masa selama 26-28 hari.
Analisa margin kasar ayam belanda ialah satu kaedah
pengiraan keuntungan yang mengira lebihan pendapatan kasar daripada jualan ayam
belanda selepas ditolak kos langsung yang terlibat dalam penternakan seperti
kos dedak, ubat-ubatan, dan kos benih atau anak ayam. Maklumat ini boleh
digunakan untuk menilai keupayaan penternakan untuk menampung kos overhed dan
menjana keuntungan bersih, sekaligus membolehkan perancang untuk membuat
keputusan pengurusan yang lebih baik untuk perniagaan ayam belanda.

















No comments:
Post a Comment