SOP Bagi
Kebersihan Dan Sanitasi Di Pusat Penyembelihan
Tujuan
mengadakan program ini ialah untuk;
1.
Menjaminkan kebersihan peralatan dan permukaan lantai dan dinding.
2.
Mengelakan pencemaran bau, habuk dan kehadiran makhluk perosak
3.
Mengurangkan pencemaran keatas karkas yang di proses
4. Menjamin mutu pengeluaran karkas.
Piawaian untuk kebersihan dan sanitasi adalah seperi berikut :-
a) SOP sanitasi mesin dan peralatan
i.
Membersihkan mesin bagi gergaji belah dada dan gergaji belah dua
ii.
Membersihkan peralatan spt. pisau, kilir dan inspection hook
iii.
Membersihkan peralatan spt. beef hooks dan chain hooks
iv.
Membersihkan peralatan spt. troli, bucket dan cradle
v. Membersihkan sinki
b) SOP sanitasi bagi luar dan dalam
bangunan
i.
Membersihkan celup kaki
ii.
Membersihkan dinding
iii.
Membersihkan lantai
iv.
Membersihkan longkang
v.
Membersihkan chiller
vi.
Membersikan kandang
SSOP mesin dan peralatan
Prosedur Operasi Mesin Gergaji Belah Dada
dan Gergaji Belah Dua
a) Bersihkan
dengan air panas (suhu 82°C ) untuk mengeluarkan kotoran
b) Berus
permukaan mesin dan buang bahan buangan pepajal
c) Bilas
dengan air sejuk
d) Keringkan
dengan menggunakan kertas tisu
e) Sembur
dengan sanitizer jenis quartenary ammonium compound (1 : 100)
f) Gantung
dan biarkan semalaman
Prosedur Operasi Bagi Pembersihan
Peralatan Pemeriksaan
a) Bilas
peralatan dengan air bersih
b) Berus
permukaan alat dengan detergen
c) Masukan
kedalam sterilizer dengan suhu air 82°C
d) Rendam
selama 10 minit
e) Keringkan
dengan menggunakan kertas tisu
f) Simpan
ditempat yang selamat
Prosedur Operasi Bagi Pembersihan Beef
Hook dan Chain hook
a) Bersihkan
permukaan dengan air panas (suhu 82°C )
b) Berus
dengan permukaan alat dengan detergen untuk menghilangkan kekotoran
c) Bilas
dengan air sehingga bersih
d) Sembur
dengan sanitizer jenis quaternary ammonium compound(1:100)
e) Gantung
atas rak dan biarkan semalaman
Prosedur Operasi Bagi Pembersihan Troli,
Bucket dan Cradle
a) Sembur
semua permukaan troli, bucket dan cradle dengan air panas (82°C )
b) Berus
dengan menggunakan detergen untuk mengeluarkan kotoran
c) Bilas
dengan air sejuk sehingga kotoran hilang
d) Sembur
dengan sanitizer jenis quartenary ammonium compound (1 : 100)
e) Biarkan
kering semalaman
SSOP Bagi Pembersihan Sinki
a) Bilas
permukaan sinki dengan air panas (82°C )
b) Berus
permukaan sinki dengan menggunakan detergen
c) Bilas
dengan air sejuk
d) Sembur
permukaan meja dengan campuran quartenary ammonium compound (1 : 100)
e) Biarkan
semalaman
SSOP sanitasi bagi luar dan dalam bangunan
SSOP Pembersihan Pencelup Kaki (Foot
Dip)
a) Pastikan Kasut Gumboot yang digunakan oleh pekerja adalah dalam keadaan bersih
b) Buangkan
air kotor dari pencelup kaki
c) Berus
permukaan pencelup kaki
d) Bilas
permukaan dengan air
e) Isikan
pencelup kaki dengan air bersih
f) Larutkan
dengan clorine / chemical iodine untuk mematikan bakteria .
g) Kekerapan
pembersihan sebelum dan selapas operasi
SSOP Membersihkan Dinding
Prosedur ini merangkumi dinding yang di
bersihkan
a) Bilas
permukaan dinding dengan air
b) Berus
permukaan dinding
c) Gunakan
clorine / detol ke atas permukaan dinding
d) Berus
permukaan dinding semula
e) Bilas
permukaan dinding dengan air bersih
f) Biar
semalaman
SSOP Membersihkan Lantai
I. Bilas
permukaan lantai dengan air
II. Berus
pemukaan lantai dan buang pepejal buangan
III. Gunakan
clorine / detol ke atas permukaan lantai
IV. Tunggu
selama 10 minit
V. Berus
permukaan lantai semula
VI. Bilas
permukaan lantai dengan air bersih
VII. Tunggu
semalaman
VIII. Bilas
dengan air bersih sebelum beroperasi
SSOP Membersih Kandang .
a) Kumpulkan
sampah sarap dan buang kedalam bag plastik dan ikat dengan tali rafia.
b) Letakan
bungkusan sampah ditempat khas untuk diangkut oleh Majlis Tempatan
c) Sembur
air keseluruhan lantai kandang untuk membersihkanya
d) Taburkan
detol dan berus permukaan lantai untuk menanggalkan kekotoran sekali seminggu.
e) Biarkan
selama 10 minit dan kemudian bilas dengan air.
Prosedur Membersihkan chiller
a) Tutupkan
suis dan biarkan semalaman
b) Sembur
dengan air sejuk kesemua dinding dan lantai
c) Bersihkan
lantai dan dinding dengan menggunakan detergen
d) Bilas
dengan air sejuk
e) Campurkan
30 ml sanitizer dengan 3 liter air
f) Sembur
dengan quartenary ammonium compound
Program Rawatan sisa cecair / pepejal
Air
Kumbahan (Waste water treatment)
a) Semua air
kumbahan tidak disalurkan ke paip/longkang tetapi akan dipam ke sekeliling
kolam
kumbahan
iaitu tanaman rumput napier yang dijadikan baja semula jadi.
Pembuangan sisa-sisa pepejal
a) Seluruh
organ dalaman akan diberi kepada pembeli
b) Isi perut
akan dibuang kedalam kolam kumbahan
4.3.SOP bagi
pembuangan sampah
a) Semua sampah
sarap seperti daun dan rumput kering akan dibakar atau ditanam
5. SOP bagi
program kawalan makhluk perosak
a) Tujuan
Menjamin
pengeluaran daging yang bersih dan tidak dicemari oleh makhluk perosak yang
akan
menyebabkan
keracunan makanan.
b) Objektif
Objektif
program kawalan makhluk perosak adalah untuk menghalang kemasukan serangga dan
rodent
seperti tikus, semut, anai-anai , lipas sera menghalang kemasukan haiwan liar
seperti
anjing,kucing,biawak,musang,
burung dan lain-lain haiwan liar.
c) Skop
Meliputi
Kawasan sekeliling dan di dalam rumah sembelih ini termasuk mengawal kemasukan
dan
pembiakan
makhluk perosak.
d) Tanggungjawab
I. Memastikan
semua Kawasan pemyembelihan dan sekeliling bersih untuk menghindari makhluk
perosak.
II. Tempat
penyimpanan stor sentiasa kemas dan bersih.
III. Memastikan
semua dinding, lantai, longkang, laluan paip dan lain-lain dalam keadaan baik.
Program kawalan makhluk perosak yang dilaksanakan adalah :-
a) Pemerhatian
Pemerhatian
dijalankan di dalam dan luar Kawasan termasuk bahagian pengeluaran, penyimpanan
dan bangunan
pentadbiran. Pemerhatian bertujuan untuk mengesan kehadiran makhluk perosak.
b) Program pembersihan berjadual
I.
Mengadakan sistem amalan pembersihan didalam untuk memastikan rumah sembelih
bebas
dari makhluk
perosak. Memastikan kakitangan memungut sampah sarap setiap kali selepas
operasi.
II.
Pemeriksaan berkala dijalankan bagi mengesan bau busuk,tahi/Najis , bahagian
badan
makhluk
perosak atau apa-apa kerosakan berlaku.
III. Kawasan
yang diperiksa termasuklah ruang penerimaan ,ruang pemprosesan
,beranda,Kawasan
sekeliling premis dan stor.
IV.
Pemeriksaan suku tahun juga dijalankan untuk menilai semula program kawalan
makhluk
perosak
bersadarkan rekod laporan pemeriksaan mingguan.
V. Ini amat
penting untuk menentukan supaya program yang dijalankan berkesan dan
penambahbaikan
program dapat dibuat.
Kawalan makhluk perosak ini dilakukan
dengan 3 cara
a)
Pertahanan pertama
Meletakkan
Pest Control di sekeliling kawasan yang berpagar dibahagian dalam dengan jarak
40
diantara
setiap perangkap. Menutup laluan longkang ke kawasan luar dengan menggunakan
jaring untuk
mengelak kemasukan anjing.
b)
Pertahanan Kedua
Menggunakan
UV light trap / pelekat lalat yang diletakkan di pintu dewan sembelih
c)
Pertahanan ketiga
Meletakkan
perangkap tikus atau glue board di dalam dewan penyembelihan dan di ruang
pengedaran karkas.
- Semua perangkap tikus ini dipantau setiap hari bagi memastikan ia-nya berkesan
- Semua pemantauan ini direkodkan didalam buku
Kawalan mahluk perosak |
Spesifikasi |
Anjing liar |
Pagar hoarding |
Tikus |
Perangkap Tikus |
Lalat |
Menggunakan UV light trap / pelekat lalat yang diletakkan di pintu
dewan sembelih |
Nyamuk |
Mempastikan tidak ada tempat air bertakung Fogging di kawasan jauh
dari tempat makanan |
No comments:
Post a Comment