Thursday, December 7, 2023

PUSAT PENYEMBELIHAN JABATAN

PUSAT PENYEMBELIHAN JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR 

Rumah Sembelih Jabatan (RSJ) pada asasnya berfungsi sebagai pusat perkhidmatan penyembelihan ternakan ruminan di seluruh negara dengan menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan yang mengambilkira faktor kebersihan rumah sembelih, kebajikan haiwan dan keselamatan makanan, disamping dapat memberi keyakinan kepada pengguna terhadap keluaran daging dari RSJ adalah berstatus HALAL. 

Sebanyak 28 buah rumah sembelih ruminan dan 4 rumah sembelih babi  di seluruh semenanjung Malaysia dan Labuan yang mana setiap satunya mempunyai kapasiti sembelihan mengikut kesesuaian kategori masing-masing. 

Objektif utamanya adalah bagi memastikan daging yang di keluarkan daripada rumah-rumah sembelih jabatan adalah bersih dan selamat untuk keperluan makanan manusia.

Pemantauan Rumah Sembelih dibuat berdasarkan angka sembelihan secara bulanan dan melalui mesyuarat seksyen secara berkala yang diadakan setiap suku tahun.

Rumah Sembelih Jabatan (RSJ) di kategorikan berdasarkan Akta Binatang 1953, Kaedah-Kaedah Binatang (Kawalan Penyembelihan) 2009 menyatakan: 

Jadual Ketiga [subkaedah 10(2)] “Sesuatu Rumah Penyembelihan diluluskan boleh diklasifikasikan mengikut kategori yang berikut berdasarkan system penyembelihan: 

6 fungsi rumah sembelih jabatan :
  1. Menyediakan Khidmat Penyembelihan Ternakan
  2. Pemeriksaan Dan Pemprosesan Daging Yang Sistematik Bagi Menjamin Pengeluaran Daging Yang Selamat, Suci Dan Bersih.
  3. Kawalan Penyakit Melalui Pemeriksaan Sijil Kesihatan,dokumen Masuk Ternakan, Pemeriksaan Ante-mortem Dan Post-mortem.
  4. Pengurusan Sisa Kumbahan Untuk Mengawal Pencemaran Alam Sekitar.
  5. Selaku urusetia untuk Pelesenan Rumah Penyembelihan Ternakan.
  6. Mengumpul Data-data Yang Diperlukan Untuk Pemantauan, Pemeriksaan, Analisis Dan Perancangan Industri Ternakan Negara.





  • Untuk makluman, pada tahun 1972 Lembaga Kemajuan Ternakan Negara (Majuternak) telah ditubuhkan dan diberi kuasa (Kawalan Penyembelihan 1979) di dalam bidang pemasaran, penguatkuasaan dan pengeluaran ternakan dan hasilan ternakan. Terdapat 4 program dan projek yang dilaksanakan oleh Majuternak pada masa tersebut meliputi pembangunan ladang ternakan, rumah sembelih dan projek perdagangan / trading daging Ketika itu terdapat 8 buah rumah sembelih jabatan di 7 buah negeri telah diwujudkan. 
  • Sehinggalah  Majuternak dibubarkan pada April 1982,  fungsi Bahagian Tersebut telah di ambil alih oleh Jabatan Perkhidmatan veterinar dimana sebanyak 20 buah rumah sembelih jabatan lagi dibina di seluruh semenanjung Malaysia dan Labuan

DASAR PENGELUARAN DAGING

Di dalam memastikan pengeluaran pedaging ditingkatkat, Kerajaan telah melaksanakan beberapa dasar selepas kemerdekaan negara pada tahun 1957. Bagi memastikan sektor penternakan boleh menyumbangkan untuk pencapaian Dasar Ekonomi Baru (1970-1990) Majuternak telah ditubuhkan pada tahun 1972 dan diberi kuasa di dalam bidang pemasaran, penguatkuasaan dan pengeluaran ternakan dan hasilan ternakan. Terdapat 4 program dan projek yang dilaksanakan oleh Majuternak pada masa tersebut meliputi pembangunan ladangternakan, rumah sembelih dan projek perdagangan / trading daging, tenusu dan ayam sehinggalah  Majuternak dibubarkan pada April 1982.

Keperluan daging negara diperolehi melalui 2 sumber iaitu penyembelihan ternakan hidup atau melalui pengimportan daging sejuk beku daripada negara luar seperti India, Australia dan New Zealand. Bagi Penyembelihan ternakan terdapat 2 sumber utama bekalan diperolehi iaitu ternakan tempatan dan ternakan pedaging yang import daripada Australia atau Thailand yang dipelihara untuk suatu tempoh masa yang singkat sebelum disembelih. Kebanyakkan lembu tempatan disembelih untuk tujuan adat seperti pada hari raya korban.


SOP yang ditekankan bagi penyembelihan dalam negara perlu mematuhi Amalan Perkilangan Baik (GMP) bagi semua Rumah Penyembelihan Jabatan.

Manakala bagi tujuan eksport atau antarabangsa, perlu mencapai tahap persijilan Veterinary Health Mark serta syarat-syarat lain yang dikemukakan oleh negara-negara pengimport


 SENARAI RUMAH SEMBELIH JABATAN DI BAWAH PENGURUSAN

JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR

NEGERI JOHOR

Kompleks Abatoir Johor Bahru 
Jabatan Perkhidmatan Veterinar 
Batu 4, Jalan Kempas Lama 
81300 Skudai Johor Bahru Johor
No. Tel (P) : 07 -5576128 
Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) 

NEGERI SELANGOR


Kompleks Abatoir Shah Alam 
Jabatan Perkhidmatan Veterinar 
Lot 1, Jalan Utas 40200 Shah Alam Selangor
No. Tel (P): 03-55190066 / 03-55191675
Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) 


Kompleks Abatoir Banting 
Jabatan Perkhidmatan Veterinar 
JKR 1584 Sungai Manggis 
Jalan Dengkil 42700 Banting 
Kuala Langat Selangor
No. Tel (P): 03-31872751
Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) 

NEGERI SEMBILAN


Kompleks Abatoir Senawang 
Jabatan Perkhidmatan Veterinar 
Peti Surat 187 70720 Seremban 
Negeri Sembilan
No. Tel (P) : 06-6775126 
Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) 
Status VHM


Kompleks Abatoir Kuala Pilah 
Jabatan Perkhidmatan Veterinar 
Lot 4, Kawasan Perindustrian Dioh 
72000 Kuala Pilah Negeri Sembilan
No. Tel (P) : 06 -4812485
Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) 


Kompleks Abatoir Jelebu 
Jabatan Perkhidmatan Veterinar 
Lot 1386 Kg. Kuala Pah 
71600 Kuala Klawang Negeri Sembilan
No. Tel (P) : 06 -6775126 

NEGERI MELAKA


Kompleks Abatoir Alor Gajah 
Jabatan Perkhidmatan Veterinar 
KM 32, Kg Paya Rumput 
78300 Masjid Tanah Alor Gajah Melaka 
No. Tel (P) : 06 -3540046 


Kompleks Abatoir Jasin 
Jabatan Perkhidmatan Veterinar 
Km 18½, Bukit Kepok 
77300 Merlimau Melaka 
No. Tel (P) : 06 -2632854


NEGERI TERENGGANU


Kompleks Abatoir Kuala Terengganu 
Jabatan Perkhidmatan Veterinar 
Kawasan Perindustrian Gong Badak 
21300 Kuala Terengganu ,Terengganu
No. Tel (P) : 09-6674225 No. Faks : 09-6674225
Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) 


Kompleks Abatoir Dungun 
Jabatan Perkhidmatan Veterinar 
Kg. Che Lijah 
23000 Dungun Terengganu 
No. Tel (P) : 09-8485139
Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) 


Kompleks Abatoir Besut 
Jabatan Perkhidmatan Veterinar 
Lot 949 Kawasan Perindustrian Gong Medang 
22200 Besut Terengganu
No. Tel (P) :09-6920376

NEGERI PAHANG


Kompleks Abatoir Kuantan
 Jabatan Perkhidmatan Veterinar 
Km 19 Jalan Gambang Peti Surat 177 
25720 Kuantan, Pahang 
No. Tel (P) : 09-5384422 
Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) 


Kompleks Abatoir Raub 
Jabatan Perkhidmatan Veterinar 
Jalan Krau 27600 Raub Pahang 
No. Tel (P) : 09-3550949 / 09-2235393 
Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) 


Kompleks Abatoir Bentong 
Jabatan Perkhidmatan Veterinar 
Lot 24B Kawasan Perindustrian Benus 
28700 Bentong Pahang
No. Tel (P) : 09-2235393
Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) 


Kompleks Abatoir Temerloh 
Jabatan Perkhidmatan Veterinar 
Lot 66, Kawasan Perindustrian Songsang 
28000 Temerloh Pahang 
No. Tel (P) : 09-2772779 
Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) 



Kompleks Abatoir Kuala Lipis 
Jabatan Perkhidmatan Veterinar 
Km 7, Jalan Padang Tengku 
27200 Kuala Lipis Pahang 
No. Tel (P) : 09-3124867

NEGERI KELANTAN


Kompleks Abatoir Kota Bharu 
Jabatan Perkhidmatan Veterinar 
Lot PT 4098 & 4099 Blok H, 
Jalan 20 Kawasan Perindustrian Pengkalan Chepa II, 
16100 Kota Bharu Kelantan
No. Tel (P) : 09-7731444


Kompleks Abatoir Machang 
Jabatan Perkhidmatan Veterinar 
Lot P.T.1113, Mukim Dewan Labok 
18500 Jajahan Machang Kelantan 
No. Tel (P) : 09 -9753976 
Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) 


Kompleks Abatoir Pasir Mas 
Jabatan Perkhidmatan Veterinar 
Lot P.T.122, Mukim Gual Periok 
17200 Pasir Mas Kelantan 
No. Tel (P) :09 -7953027
Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) 

NEGERI PULAU PINANG


Kompleks Abatoir Seberang Prai 
Jabatan Perkhidmatan Veterinar 
Lot 798, Mukim 11, Bukit Tengah 
14000 Bukit Mertajam 
Seberang Perai Tengah Pulau Pinang 
No. Tel (P) : 04 -5089051 
Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) 
Status GVHP

NEGERI PERAK


Kompleks Abatoir Ipoh 
Jabatan Perkhidmatan Veterinar 
KM 4.5, Jalan Lahat 
31450 Menglembu, Ipoh Perak
No. Tel (P) : 05 -2821019 
Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) 


Kompleks Abatoir Taiping 
Jabatan Perkhidmatan Veterinar 
Jalan Pokok Assam 34000 Taiping Perak 
No. Tel (P) : 05 -8074611 
Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) 


Kompleks Abatoir Teluk Intan 
Jabatan Perkhidmatan Veterinar 
Km 14, Jalan Teluk Intan-Lumut 
36000 Teluk Intan Perak 
No. Tel (P) : 05-6221693 
Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) 
Status GVHP



Kompleks Abatoir Tapah 
Jabatan Perkhidmatan Veterinar 
Jalan Chenderiang Batang Padang 
35300 Tapah Perak
No. Tel (P) : 05 -4161794

NEGERI PERLIS


 Kompleks Abatoir Jejawi 
Jabatan Perkhidmatan Veterinar 
Lot 10711 Kawasan Perindustrian Jejawi 
Jalan Jejawi Permatang 02600 Arau Perlis 
No. Tel (P) : 04 -9763236 
Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) 

WILAYAH PERSEKUTUAN  LABUAN

Kompleks Abatoir Labuan 
Jabatan Perkhidmatan Veterinar 
Jalan Ranca Ranca 87002 Labuan 
Wilayah Persekutuan Labuan
No. Tel (P) : 087 -412246 / 412245 
  • Bagi mengatasi masalah ketiadaan Pusat Penyembelihan Jabatan  ini, maka Jabatan Perkhidmatan Veterinar mengesyorkan pembangunan Rumah penyembelihan tempatan bagi tujuan aktiviti penyembelihan ternakan  yang dikendalikan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar  sama ada Persekutuan / Negeri. mengikut Kaedah-kaedah Binatang (Kawalan Penyembelihan) (Pindaan) 2009
  • Selebihnya terdapat Rumah penyembelihan Pihak Berkuasa Tempatan yang mana  Premis rumah penyembelihan di miliki PBT atau persendirian  yang dilesen oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) sama ada Majlis Bandaraya, Majlis Perbandaran atau Majlis Daerah, di bawah  seksyen 4 Akta Ibu Kota Persekutuan 1960 [Akta190] Namun kebanyakkan Rumah penyembelihan Pihak Berkuasa Tempatan  tidak dapat meneruskan operasi disebabkan lokasi yang kurang sesuai  dalam sesuatu kawasan bandar pesat membangun.
  • Manakala Rumah penyembelihan yang di lesenkan di bawah Akta Rumah Penyembelihan (Penswastaan) 1993 [Akta 507] di berikan kepada pengusaha persendirian yang telah beroperasi dengan baik dan mematuhi syarat perlesenan JPV.

  • Dasar Jabatan pada suatu ketika dahulu lebih mengutamakan dan tertumpu kepada program yang lebih perlu iaitu meningkatkan populasi asas ternakan stok pembiak dan tidak mencukupi bagi menampung keperluan permintaan pasaran disebabkan kadar ekstraksi (Extraion rate). Kadar ekstrasi adalah penyembelihan induk produktif yang memberi kesan memperlahankan kadar perkembangan populasi pembiakkan ternakan. Tambahan pula kekurangan ternakan akibat dari ancaman penyakit FMD, Brucelosis dan ASF. Perkara ini amatlah membantutkan lagi dan memberi kesan terhadap pembangunan  pusat sembelihan Jabatan tidak dapat laksanakan mengikut rancangan Jabatan.
  • Kawasan yang dikhususkan bagi menjalankan aktiviti Pusat sembelihan Jabatan adalah sangat terhad kerana sesebuah Pembangunan Pusat sembelihan Jabatan memerlukan pewartaan dan merizabkan tanah khusus .( Pembangunan Rumah Penyembelihan yang dibenarkan bagi sesuatu zon itu adalah berdasarkan pelan induk yang telah diluluskan oleh Pihak Berkuasa Tempatan dan Enakmen Kerajaan Negeri). Pelan terperinci Rancangan Tempatan (RT) amatlah diperlukan bagi mengenalpasti  kawasan khusus  bagi pembangunan Pusat Sembelihan untuk keperluan penduduk setempat.
  • Kurangnya penglibatan GLC dan Penternak / perladangan swasta bagi memanfaatkan sepenuhnya dan membantu merancakkan penyembelihan di Pusat Penyembelihan Jabatan sedia ada. Juga didapati kurangnya penglibatan golongan penternak belia muda untuk memanfaatkan pengunaan pusat sembelihan sebagai suatu penghasilan produk nilai tambah daripada daging segar. 
  • Cabaran persaingan daging segar tempatan dimana kos perolehan ternakan bagi tujuan Sembelihan dengan daging kerbau sejuk beku import seperti India, Australia dan New Zealand dari segi harga. Pengusaha daging segar kurang mendapat keuntungan yang setimpal dan kemerosotan permintaan.

  • Menaiktaraf Pusat sembelihan dan meningkatkan kawal selia sembelihan, mengukuhkan perlabelan daging bagi membezakan daging segar dari rumah sembelih dan daging sejuk beku import dan mengukuhkan aktiviti penguatkuasaan terhadap sembelihan tanpa kebenaran dan tanda perlebelan daging juga meningkatkan perkhidmatan logistik bersesuaian bagi tujuan pemasaran.
  • Pusat pemasaran daging segar haruslah dibina berhampiran Pusat Sembelihan Jabatan dengan kerjasama agensi pemasaran dan promosi di bawah kementerian Pertanian dan industri Makanan dengan penglibatan dan kerjasama strategik Pertubuhan Peladang (PPK) dan Pusat Jualan sehenti dan pasar komuniti FAMA.


No comments:

Post a Comment