Tuesday, November 26, 2024

PENTERNAKAN LEMBU TENUSU

PENTERNAKAN LEMBU TENUSU

 Penternakan Lembu Tenusu mempunyai potensi yang cerah..Dimana terdapat 689 penternak terlibat dengan penternakan lembu tenusu, populasi induk lembu sebanyak 18,098 ekor di seluruh negara . 90 peratus daripada pengeluaran susu negara dihasilkan oleh penternak kecil atau tradisional manakala selebihnya penternak komersial. Usahawan baru haruslah mengambil peluang yang masih terbuka luas. kerajaan sentiasa berusaha meningkatkan tahap pengeluaran susu cair bagi mengurangkan import bahan itu..Seekor lembu akan mengeluarkan susu dari masa melahirkan anak sehingga ianya bunting 8 bulan. Jangkamasa pengeluaran susu adalah dianggarkan lebih kurang 280 hari.

Rujukan Risalah:

Pelan Strategik Pembangunan Industri Tenusu Negara 2021-2025

Baka Lembu Tenusu
Baka-baka yang diternak untuk pengeluaran susu segar di Malaysia termasuklah Mafriwal, Girlando dan Kacukan Friesian.Lembu tenusu yang sesuai adalah jenis kacukan Friesian Sahiwal. Ianya juga dikenali sebagai lembu baka MAFRIWAL.. Mafriwal adalah sejenis baka lembu tenusu sintatik yang telah dihasilkan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) dengan mengambilkira faktor persekitaran tempatan bagi sifat penghasilan susu yang optimum. Selain daripada itu, hasil kacukan ini adalah dianggap sebagai suatu cara terbaik untuk meningkatkan prestasi pengeluaran lembu-lembu tenusu tempatan. Baka Mafriwal dibentuk dari sumber genetik Friesian yang unggul dari Amerika Utara dan baka-baka Zebu terpilih yang didapati dari Kenya dan Brazil iaitu Sahiwal dan Gir. Baka-baka terpilih ini adalah berdasarkan kepada sifat pengeluaran susu selama beberapa generasi dan rekod pedigri yang baik dan terbukti mempunyai kadar pewarisan sifat pengeluaran susu yang tinggi. 






Baka ini adalah hasil kacukan dari baka Friesian dan baka Sahiwal.
Baka Friesian dipilih kerana ciri-ciri penghasilan susu yang tinggi,
manakala baka sahiwal dipilih kerana penyesuaian iklim tropika.
Kandungan Frisein dalam Mafriwal adalah antara 60%-75% dan ini dianggap sesuai untuk ketahanan pada cuaca yang panas dan lembab serta tahan serangan penyakit disamping dapat menggunakan bahan makanan tempatan dengan baik dan juga mempunyai tabiat yang baik.

  • Baka ini boleh mengeluarkan susu antara 1,500-2,000 kg.
  • Purata berat anak semasa lahir adalah 24kg dan berat matangnya adalah 360kg.
  • Purata kenaikkan berat badan dalam lingkungan 0.6kg sehari


Keperluan Kandang Bagi Lembu Tenusu
Ladang tenusu hendaklah mempunyai kemudahan jalan ladang yang baik, bekalan
air bersih yang mencukupi dan kemudahan bekalan elektrik sepanjang masa dan
peralatan perhubungan.

  • Mempunyai lantai simen kukuh dan mudah dibersihkan
  • Mempunyai sistem longkang dan buangan yang teratur
  • Palung makanan dan air yang teratur dan mudah dibersihkan 6
  • Keluasan lantai yang mencukupi - untuk seekor lembu ibu tenusu memerlukan ruang berdiri tidak kurang dari 24 kaki persegi (6' x 4').
  • Mempunyai sistem pengudaraan yang baik
SISTEM PEMELIHARAAN

1) Sistem Kandang / Intensif

  • .Lembu tenusu dipelihara dalam kandang sepenuh masa sekali-sekala dibawa keluar untuk pendedahan kepadacahaya matahari bagi menggalakkan kesuburan, tumbesaran dan kesihatan yang baik. 
  • Lembu tenusu tidak dapat merayau merata-rata tempat danini memudahkan pengurusandan untuk penyimpanan tenaga dan penghasilan susu. 
  • Lembu lebih senang diawasi untuk tujuan rawatan dan pengesanan penyakit. 
  • Makanan dan minuman akan diberikan seperti rumput potong dan angkut, pelet dan juga garam mineral dan untukpenjagaan yang lebih rapi.

2) Sistem Semi- Intensif
  • Sistem semi-intensif Jika terdapat kawasan ragutan berhampiran seperti ladang-ladang getah dan kelapa sawit yang membenarkan lembu meragut di dalamnya, sistem ini adalah sesuai. Lembu meragut di siang hari di kawasan ragutan dan di kandang di waktu malam. Tambahan rumput, dedak, air dan garam galian tersedia di kandang bagi keperluan petang, malam dan awal pagi.
  • Sistem intensif Lembu-lembu di kandang sepenuh masa. Rumput potongan dan lain-lain makanan tersedia di kandang sepanjang masa.


3) Sistem Lepas Bebas
  • Lembu dibiarkan meragut sepanjang masa.
  • Penternak tidak memerlukan kos yang banyak.
  • Lembu akan meragut dan pulang ke kandang apabila masa pemerahan.
  • Pengawasan terhadap lembu juga sukar dilakukan kerana tidak dapat melihat ternakan sepanjang masa.

Tempat pemerahan (Milking Parlour):

  • Tempat pemerahan susu terletak berasingan dari kandang pemeliharaan.
  • Peralatan memerah dan kemudahan untuk menyejuk dan menyimpan susu mentah diadakan di setiap ladang.
  • Lantai diperbuat daripada bahan yang tidak licin dan mudah untuk dicuci.Pertemuan lantai dengan dinding perlu melengkung setinggi.
  • Dinding diperbuat daripada jubin tahan lasak.
  • Permukaan dalam tempat bersiling dan tidak bersiling perlulahdapat mengelakkan pengwapan, pengumpulan sarang labah-labah atau habuk.
  • Stor disediakan berasingan dari tempat pemerahan untuk simpanan peralatansusu.
  • Bilik pekerja dan bilik persalinan pekerja dan jaring pengawal serangga padasemua tingkap serta perangkap serangga di semua pintu digalakkan


KERJA HARIAN PENTERNAK TENUSU
Di antara kerja-kerja harian penternak tenusu itu, termasuklah:
  1. Membersihkan lembu dan kandang
  2. Memerhati perlakuan lembu, mencatat lembu yang tidak sihat atau berahi
  3. Memberi makan (rumput, dedak dan garam galian) dan minuman yang cukup.
  4. Memerah dan menghantar susu ke Pusat Pengumpulan Susu, JPV
  5. Mendapatkan rumput atau mengawasi lembut meragut


Sistem Pengurusan Ternakan Lembu Tenusu
Pengurusan Ternakan yang dilakukan meliputi kesemua aspek termasuklah pemakanan, kesihatan, sistem yang digunakan untuk pengeluaran out put yang samada dari segi hasil susu mahupun anak yang di lahirkan

Dalam pengurusan tenusu ianya terbahagi 2 jenis pengurusan
1- Pengurusan ibu
2- Pengurusan anak

A) Pengurusan Ibu
Pengurusan ibu bunting secara insentif. Makanan kosentret sebanyak 3 kilo dan rumput secara flushing


Pengurusan Ibu beranak
Secara separa insentif dilepaskan ke meragut rumput selepas memerah dan diambil untuk makan kosentret dan memerah susu di waktu pagi dan petang. Peringkat permulaan ibu di beri 6 kilo/ perekor kosentret untuk keperluan tenaga. Semasa Ibu Bunting Berat. Pemberian makanan yang bermutu seperti rumput, DCP dan Molas yang mencukupi .

Makanan dan Air Minuman

  • Seekor lembu memerlukan kira-kira 3 hingga 5 peratus makanan bahan kering. Lembu boleh hanya bergantung kepada rumput jika ianya dari kualiti yang baik. Jika tidak,makanan tambahan dan garam galian perlu diberikan. Makanan tambahan dapat mengurangkan kuantiti rumput yang dimakan, tetapi harganya mahal.
  • Air minuman bagi lembu di padang ragut adalah dari sumber asli (sungai dan kolam) manakala yang dikandang adalah dari sumber air paip.
  • Makanan diberi kepada ternakan sekurang-kurangnya 2 kali sehari.

Pemakanan Lembu Tenusu
Jika makanan tidak mencukupi menjejaskan pengeluaran susu, kandungan lemak rendah, anestrus, ketosis
Lembu tenusu yang baik berbentuk badan yang langsing tidak gemuk. Mengunakan keperluan nutrien untuk sara diri bersesuaian dengan berat badan selebihnya bergantung kepada jumlah keperluan susu dan kandungan lemak susu tersebut. Semua fungsi penghidupan memerlukan protien, tenaga, galian, vitamin dan serat yang cukup sebelum lebihnya untuk penghasilan susu.
Penghasilan susu boleh dipertingkatkan dengan sistem Challenge Feeding / Steaming up/ Flushing pada masa lembu hampir beranak iaitu 2-4 minggu sebelum beranak. Cara ini boleh memberikan simpanan reserve nutrien yang tinggi untuk penghasilan susu, tumbesaran fetus, pertumbuhan tisu ambing

Bunting berat diberi 3 kg kosentrat sehari
Makanan penting kerana untuk tumbesaran anak terutama protien, Ca, P dan mineral-mineral lain.Pertumbuhan tisu ambing begitu cepat terutama pada bunting sarat 2 minggu sebelum lahir anak. Elak kesan buruk pada ibu (anemia) apabila fetus menggunakan simpanan makanan ibu , juga kesan buruk pada fetus mati dalam kandungan, dilahirkan lemah, kecil dan cacat akibat kekurangan vitamin




Rumput dan Kosentret
  • Kualiti rumput yang tinggi bagi mengurangkan pemberian kosentrat
  • Lembu yang tingi pengeluaran susu memerlukan kosentrat bagi tenaga dan protin yang mencukupi
  • Terlalu banyak kosentret menyebabkan penggemukan, kurang pengeluaran susu dan menurun kandungan lemak dalam susu
  • Pemberian kosentret pada lembu susu terbahagi 3 cara
  1. Pengiraan tenaga yang diperlukan - setelah mengambil kira berat badan,jumlah pengeluaran susu harian,peratusan lemak dan SNF dalam susu
  2. Mengikut kelok pengeluaran susu - diberi 1-2 kali ganda daripada jumlah yang diberi semasa bunting akhir sehingga 10-12 minggu selepas beranak
  3. Pengeluaran susu - dengan menganggarkan 1 kg kosentret untuk 3 kg susu, Untuk setiap 1L susu dihasilkan, 5L air minuman diperlukan untuk oleh lembu penusu.

  • Lembu tenusu memerlukan makanan yang banyak. Ia memerlukan rumput segar seberat 10% dari berat badannya. Untuk berat badan 400 Kg kira-kira 40 Kg (2 guni) rumput adalah diperlukan. 
  • Di samping itu ia juga memerlukan makanan tambahan untuk membolehkan ianya mengeluarkan susu dengan memuaskan. Sebagai panduan, dedak diperlukan adalah sebanyak 1 Kg bagi setiap 2 Kg susu yang dihasilkan dalam sehari.
Tingkatkan kadar pemberian makanan 2 minggu sebelum melahirkan anak bagi tujuan:
  1. Meningkatkan pengeluaran susu
  2. Menaikkan Body Score 4
  3. Menjamin janin mendapat makanan seculupnya

  • Ternakan dilepaskan ke kawasan ragutan pada sebelah pagi dan hanya ibu-ibu lembu yang menunjukkan tanda hendak lahir anak sahaja akan dikurung pada sebelah malam. 
  • Ini bertujuan supaya beberapa langkah kecemasan dapat dilakukan..
-Memastikan ternakan tidak beranak di kawasan ragutan pada sebelah malam
-Pengawasan dan awatan dapat dilakukan segera
-Jika telah selamat melahirkan anak, pastikan placenta telah keluar sepenuhnya
-Sekiranya tidak keluar selepas 24 jam suntikan oxytocin diberikan pada ibu tersebut
-Tetapi sekiranya melebihi 24 jam suntikan Prostagladin (PGF) diberikan pada ibu tersebut

Pengurusan Lembu kering susu
Lembu yang kadar pengeluarannya kurang dari 3 liter sehari dikeringkan

Kaedah pengeringan susu ada 2 cara iaitu
1) kering serta merta
  • Perah susu hingga kering
  • Masukkan antibiotik ” Dray Cow Antibiotik” pada ke empat-empat kuater teat canal untuk pembasmian kuman supaya uabat dimasukkan secara steril
  • Hentikan pemberian kosentret dan kurangkan pemberian air selama beberapa hari

2) keringkan beransur-ansur
Bagi lembu yang pengeluaran susunya kurang dari 3 liter
Sehari, 
  • Perah susu sekali sahaja iaitu sebelah pagi selang sehari
  • Barulah dikeringkan serta merta

Program kesihatan Ternakan Lembu Tenusu
Dalam memastikan ternakan berada dalam keadaan yang memuaskan pengawalan, pencegahan dan pembasmian penyakit perlu diambil berat, bertindak selepas sesuatu terjadi akan menyebabkan kerugian kos dari segi masa dan tenaga

Usaha mengatasi masalah dirancang dan di atur lebih awal agar tahap penghasilan 
memuaskan
  • Lakukan post mortem pada setiap ekor yang mati
  • Rawat kes lekat uri, metritis dan penyakit salur pembiakan yang lain. (Lewatkan pembiakan (> 90 hari) bagi kes-kes ini untuk memastikan tisu uterus telah kembali pulih
  • Rawat dengan segera kes-kes mastitis dan penyakit-penyakit yang boleh mengurangkan pengeluaran susu
  • laksanakan program kesihatan gerompok yang lain
  • Lakukan Ujian R.M.T / C.M.T bagi mengesan sub klinikal mastitis

KAEDAH MELAKUKAN UJIAN CMT (california Mastitis Test)

Alatan :

- Strip cup plate

  • Perah lebih kurang 2cc susu kedalam strip cup plate mengikut bahagian yang ditetapkan pada strip cupplate.Iaitu setiap puting mempunyai bahagian berlainan
  • Campurkan 2 cc reagent pada setiap bahagian di dalam strip cup plateKemudian pusingkan utuk memastikan susu tadi bercampur dengan reagent.
  • Kemudian ambil bacaan mengikut jadual di bawah

Rujukan Risalah:


Contoh rekod Program kesihatan yang dirancang


Contoh rekod Program kesihatan yang dilaksanakan

A) Sila buat rekod kesihatan dan rawatan pada ibu

B) Sila buat rekod kesihatan dan rawatan pada anak


Program Pembiakan
Tujuan sebagai pengeluaran susu dan anak untuk mendapat hasil yang ekonomik. Faktor makanan dan kesihatan juga perlu diambil kira. Dibekalkan dengan makanan konsentrat, air bersih dan campuran mineral.Lembu tenusu akan disimpan dalam kandang.

Pembiakan

  • Lembu betina sesuai untuk dibiakkan apabila mencapai umur 18 bulan ke atas.
  • Beratbadan sesuai ialah 320-350 kg.
  •  Anak lembu dipisahkan dari ibunya selepas diahirkan.

Program pembiakan dilakukan secara permanian berhadas setelah dikesan berahi 
samada secara pusingan berahi secara semula jadi atau setelah dibuat rawatan hormon.Pengesahan berahi dilakukan oleh penternak kemudian barulah merujuk kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar untuk program permanian beradas, pemeriksaan fertelity dan pemeriksaan kebuntingan .
  1. Lakukan pemeriksaan kebuntingan sekali sebulan bagi memastikan tahap kebuntingan
  2. Mengesan kes keguguran, Mummified fetus dan keabnormalan lain
  3. Program pengasingan lembu bunting berat
  4. Pemeriksaan post partum
  5. Pemeriksaan organ pembiakan betina selepas 30 hari beranak bertujuan memastikan tiada kes -klinikal dan uterus telah kembali normal
  6. Pemeriksaan infertiliti bagi menentukan punca ketidak suburan, mungkin perlu rawatan
  7. Pemeriksaan kebuntingan (P.D) dijalankan 2 bulan selepas perkahwinan tabie atau permanian beradas (A.I) di jalankan bagi menentukan lembu bunting atau tidak

Selepas mengawan hingga melahirkan anak:-

  • Lembu tenusu boleh dikahwinkan secara semulajadi iaitu dibiarkan lembu jantan bergaul dengan lembu betina di padang ragut.
  • Pembiakan untuk lembu tenusu adalah berterusan sepanjang tahun.
  • Bagi lembu tenusu kaedah pembiakan yang biasa dilakukan adalah kaedah permanianberadas ( Artificial Insemination).Ini bagi tujuan untuk meningkatkan baka yang lebih baik(improve genetical potential) kualiti susu yang dihasilkan pada generasi yang seterusnya
  • Lembu yang telah dikahwinkan secara semula jadi dan permanian beradas bolehditentukan sama ada bunting atau tidak dengan cara ‘Pregnancy diagnosis’
  • Selepas 60 hari dikahwinkan boleh dialkukan PD (Pregnancy Diagnosis)

Rekod Permanian Berhadas


Pemilihan Baka
Semen atau air mani beku digunakan bergantung kepada peratus darah induk bagi 
membentuk darah 63% Fresian (Mafriwal) bagi menghasilkan genetik anak yang baik, sesuai dengan iklim tropika dan bakal menjadi induk pengganti yang dapat mengeluarkan susu yang banyak
  • Sekiranya tanda-tanda berahi di kesan pada waktu pagi, permanian beradas akan dilakukan pada sebelah petang
  • Sekiranya tanda-tanda berahi dikesan pada waktu petang, Permanian beradas dilakukan pada sebelah pagi keesokannya
  • Penentuan Berahi dapat dilihat apabila betina mahu mengawan iaitu apabila ia rela bersedia untuk dipanjat oleh lembu –lembu jantan lain “ Standing Heat”
  • Masa mengesan berahi adalah pada awal pagi 7.00 hingga 10.00 pagi dan pada sebelah petang 5.00 hingga 7.00 petang

Pengurusan kebersihan Permis Ternakan

Kebersihan adalah penting dalam bidang usaha ternakan yang mana ia bertujuan bagi mencegah pergerakkan mikroganisma dari jangkitan ternakan yang boleh membawa penyakit. Amalan kebersihan yang diamalkan akan meningkatkan pengeluaran susu yang bersih dan bermutu selain dari dapat menghindar ternakan dari diserang penyakit

Penggunaan bahan kimia perlu mengambil kira keberkesanan bahan kimia melawan bakteria dan kos yang dikeluarkan.

Antara program kebersihan yang dilakukan seperti berikut

Kekerapan

Rutin Harian

Seminggu Sekali

2 Minggu sekali

Sebulan sekali

Mencuci kandang

Mencuci peralatan

Disinfektan kandang anak

Disinfektan kandang tenusu

Kaedah- kaedah

2 Kali sehari

(sumber air kolam)

Keluarkan keladak dari dalam getah

Bahan kimia (lysol)

Bahan Kimia (Kapur)

Ditabur disekeliling lantai kandang sebelum ternakan masuk



B) Pengurusan Anak baru lahir
Pengurusan Anak baru lahir
  1. Bersihkan lendir/ darah pada badan anak dan biarkan ibu menjilat anak tersebut
  2. Potong tali pusat dan celupkan dengan cecair iodine
  3. Lakukan pemeriksaan fizikal dan klinikal
  4. Pastikan anak memperolehi susu kolestrum atau susu gantian dalam 1 jam selepas kelahiran..
  5. Pada setiap hari, pemberian susu diberikan pada anak 2 kali sehari pagi dan petang
  6. Merekod tarikh lahir, berat lahir , jantina, Nombor tag pada ibu sebagai rujukan akan datang

Rekod Anak Tenusu Bulanan

Memotong dan merawat tali pusat                  

  • Anak lembu yang baru lahir perlu diberikan rawatan pada tali pusatnya. 
  • Ia dipotonghingga 5 hingga 7.5 cm panjang dan 20% larutan iodin disapukan pada tali pusat sehingga kering dan tanggal.
  • Tali pusat yang kering akan jatuh dalam masa 5 hingga 7hari. (hanya dilakukan sekiranya tali pusat terlalu panjang

Identifikasi (Memberi Nombor Pengenalan Ternakan)Tujuan

  • Untuk mengetahui umur dan bilangan ternakan.Baka
  • Memudahkan membuat pemilihan dan rekod seperti rawatan, kematian, pemindahan danlain-lain yang berkaitan.Ia dibuat berdasarkan turutan nombor pengenalan lembu Ternakan

Kumpulan sasaran

  • Seelok-eloknya anak lembu berusia 1 minggu

Kaedah Pengenalan Identiti Ternakan

1) Mencacah tatoo 

Sesuai untuk lembu yang masih kecillagimenggunakan penyepit cacah (tatooset) dan dakwat pewarnaDi tatoo di telinga lembu sebelah dalam(kiri atau kanan)Nombor pengenalan berdasarkannombor pengenalan

  • Untuk memberi nombor pengenalan individu dengan menggunkan tatoo
  • Mengetahui umur dan bilangan lembu.
  • Supaya kerja-kerja yang dilakukan dapat direkodkan (eg. Deworming, Rawatan Pembiakan)

Kaedah :CARA / KEADAH

  1. Susunkan nombor yang dikehendaki pada tatoo set.
  2. Tentukan susunan nombor adalah betul denganmenguji pada sekeping kertas.
  3. Pegang anak lembu supaya tidak bergerak.
  4. Sapukan tatoo paste pada kedua belah telinga anak lembu.
  5. Kemudian barulah tatoo dilakukan pada kedua belah telinga anak lembu tersebut
  6. Gosokkan tatoo paste ke bahagian yang ditatoo

2) Tagging

Biasanya dilakukan selepas kaedahtatoomenggunakan tag dan pemegang ditag di sebelah telinga sahaja (kiri ataukanan)bertujuan supaya nombor tag tersebutmudah untuk dibaca dan dilihat.Tagging

  • Untuk memberi nombor pengenalan individu cara tagging dengan menggunakan tag. Mudah dilihat dari jauh.Mengetahui umur dan bilangan ternakan
  • Supaya kerja-kerja yang dilakukan dapat direkodkan (eg. Deworming, Rawatan Pembiakan)

Kaedah :CARA / KEADAH

  1. Kepitkan kepala anak lembu yang berumur 5 hingga 6 bulan
  2. Pasang tag yang telah bernombor dengan tag applicator pada sebelah telinga kiri anak lembu
  3. Pasang tag yang telah bernombor dengan tag applicator pada sebelah telinga kiri anak lembu

Membuang tanduk (bila perlu)Tujuan

  • Mengelak kecederaan pada anggota sendiri apabila tanduk tumbuh menghala kekepala/badanMengelak kecederaan pada ternakan lain
  • Mengurangkan bahaya ketika mengendalikan lembuMengelakkan kerosakan kepada peralatan ladang

Dehorning Paste

Menggunakan Dehorning Paste bagi mematikan tisu tanduk dan tanduk tidak akan tumbuh) 

Kaedah :CARA / KEADAH

  1. Cukur bulu dikeliling tanduk.
  2. Sapu Petroleum jelly dikeliling pangkal tanduk
  3. Sapu Dehorning paste di tengah tunas tanduk

Peringkat dewasa

Kaedah :CARA / KEADAH

  1. Menggunakan embrytome wire dengan pemegang.
  2. Potong lebih kurang 2" bagi jantan dan 1"bagi betina untuk mengelak pendarahan dan lubang yang menggalakkan jangkitan penyakit.
  3. Guna Coal Tar @ benzoit dan kapas jika ada pendarahan.. 1 minggu- 2 minggu

Bakar tunas tanduk menggunakan Cauterizer.

Kaedah :CARA / KEADAH

  1. Sapu campuran iodin dan negasunt.
  2. Dehornorning umur 2-3 bulan
  3. Cukur bulu keliling tandu
  4. Membakar tunas tanduk selama 10 saat dengan cauterizer



Pengkasian (Castration)

Tujuan:

  • Untuk mempercepatkan tumbesaran badan haiwan dan mengawal pembiakan supaya dapatmenentukan baka yang baik. (jika perlu)

Masa / Tempoh :

  • Sebaik-baiknya dilakukan pada sebelah pagi agar ternakan tidak merasa panas dan stress

Kaedah :CARA / KEADAH

  • Menggunakan Burdizzo dan iodine serta memerlukan tenaga pekerja yang mahir (pakar) sahaja bagi mengelakan berlaku sesuatu yang tidak diingini pada ternakan.

Tarik buah zakar (testis) ke bawah dan tentukan spermatic cord

  • Kacip dengan menggunakan Burdizzo selama 60 saat untuk kedua-dua spermatic cord. Lakukan berasingan pada setiap sebelah spermatic cord
  • Memerlukan 2-3 orang tenaga pekerja

 Pemerahan Susu

Terdapat 2 kaedah pemerahan yang diamalkan iaitu
  1. Manual- menggunakan tangan dengan teknik yang betul. lambat kalau tak mahir
  2. Menggunakan mesin- Portabl Machine dengan kuasa eletrik- Penggunaan peralatan ini memudahkan kerja tetapi perlu dicuci bersih terlebih dahulu


Kaedah manual- menggunakan tangan
  • Ianya memerlukan tenaga dan kemahiran pemerahan yang betul.
  • Cara pemerahan yang haigenik tangan bersih, puting susu yang bersih, susu diperah ke dalam bekas yang bersih
  • Perahlah secepat yang mungkin
  • Sususan jari yang betul di kala memerah dapat mengelak puting susu dari terluka


Kaedah menggunakan Portable Machine
  1. Memandikan ternakan serta membersihkan ambing susu dengan sanittizer ( air suam/ Divisol)
  2. Melakukan CMT/ RMT kepada ke empat-empat puting susu
  3. Penggunaan anak sebagai rangsangan sebagai pengeluaran susu
  4. Memerah susu dengan mesin pemerah lebih kurang lapan minit
  5. Menapis susu sebelum dihantar ke Pusat Pengumpulan Susu
  6. Mencelup puting susu lembu kedalam iodine.

Sistem Pemerahan Susu
Lembu biasanya tahu yang ia akan diperah susu apabila melihat tuannya.
Proses keluaran susu bukanlah sesuatu yang berterusan. Susu akan keluar hasil dari rangsangan yang mencukupi. Penyusuan anak lembu merupakan rangsangan semula jadi bagi keluaran susu lembu. Kebiasaanya rangsangan juga boleh timbul dengan mengurut ambing susu itu secukupnya dengan air. Ianya memakan masa selama 45 saat dari permulaan rangsangan hinggalah susu keluar.Oleh itu pemerahan susu patut dimulakan dalam jangka masa satu minit selepas pembersihan ambing. Otot-otot dibahagian tertentu akan mengecut untuk jangka masa 1 minit. Oleh itu adalah perlu menyudahkan pemerahan susu dalam masa yang tersebut

Langkah-langkah pemerahan susu
  1. Ikat lembu di tempatnya
  2. kandang dan kawasan memerah hendaklah bersih dari najis, debu dan segala kekotoran lain
  3. Memandikan ternakan serta membersihkan ambing susu dengan sanitizer (air suam/ Divisol)
  4. Berikan minuman dan diikuti dengan makanan dedak
  5. Sediakan tali untuk mengikat anak lembu dan ibu
  6. Bawa segala peralatan memerah seperti 2 helai tuala, sebaldi air paip bersih, sebaldi air suam panasbercampur Divisol dan sebuah tong yang telah dibersihkan dengan air panas.Peralatan ini hendaklah diletakkan jauh dari lembu dan anak dan hanya digunakan semasa pemerahan sahaja
  7. Penggunaan anak sebagai rangsangan sebagai pengeluaran susu
  8. Jangan sekali-kali memukul atau menakut-nakutkan lembu kerana ia akan mengurangkan pengeluarannya
  9. Biar anak menghisap susu sementara mengikat kaki ibunya
  10. Gunakan tuala untuk mencuci ambing susu dan putingnya dengan air bersih setelah itu gunakan pula air mengandungi campuran divisol. Keringkan ambing dan tangan anda
  11. Melakukan CMT/ RMT kepada keempat –empat puting susu (Strip cup mengesan mastitis)
  12. Memerah susu dengan mesin pemerahan lebih kurang lapan minit
  13. Menapis susu sebelum dihantar ke pusat jualan / Pusat pengumpulan susu
  14. Mencelup putting susu lembu dengan iosan teat dep
  15. Semasa memerah anda dilarang merokok atau meludah kerana perbuatan itu boleh merendahkan mutu dan merosakkan mutu susu
  16. Selesai memerah susu hendaklah di curah ke dalam tong susu (churn) dengan menggunakan tapisan berupa sehelai kain putih bersih nipis. 
  17. Selepas itu buka ikatan tali kaki lembu.Biasanya anaknya di beri satu dari puting untuk dihisap.

Selepas memerah
  1. Anak lembu yang telah selesai menghisap susu ibu hendaklah dihantar balik ke tempatnya.. 
  2. Celup ke empat puting susu ibunya dengan iosan. Lepaskan lembu ke padang ragut . Basuh kandang supaya bersih. 
  3. Pastikan susu yang diperah bersih dan tidak ada sebarang kekotoran terjamin mutunya. 
  4. Sejukkan susu segera dan boleh dihantar untuk dijual dengan seberapa segera


PENYELENGARAAN MESIN PEMERAH SUSU

  • Setelah selesai proses pemerahan,alat pemerah di basuh dengan air panas (100
  • 0C) dan disinfectant seperti COS 90 dan COS CL. Mesin pemerah akan dibersihkan menggunakan bahan kimaia COS P sebulan sekali.
  • Selain itu boleh juga di gunakan ‘Sodium Hypochlorite 10% tiap-tiap ½ liter untuk 12 galenair yang di panaskan

Kawalan Mutu Susu
Merupakan aspek penting dalam pengurusan lembu tenusu. Ini kerana susu merupakan sumber pendapatan utama bagi perusahaan lembu tenusu. Sekiranya pengusaha gagal mengawal mutu susu yang dihasilkan, ianya menyebabkan kerugian dari segi jualan dan nilai susu rendah. Untuk menjamin pngeluaran susu yang bermutu tiga faktor utama perlu diberikan perhatian sebelum pemerahan, ketika pemerahan dan selepas pemerahan..


Susu lembu adalah bahan yang mudah rosak. Dan langkah-langkah kebersihan perlu diambil untuk memastikan pengeluaran bersih. Menyejukkan susu secepat yang mungkin ke tahap di antara 100C hingga 40C adalah penting bagi menjamin kesegaran dan ketahanan. Penggunaan tangki penyejuk untuk menyimpan susu di ladang telah dapat memanjangkan masa simpanan susu sebelum ia dihantar ke kilang. Walaupun begitu, ia harus diproses selewat-lewatnya dua hari dalam penyimpanan untuk menjamin mutu dan kualiti susu tersebut.


Penyimpanan susu mentah-

  • Susu yang telah diperah akan di simpan dalam ‘milk churn’.Kemudian ‘milk churn’ akan disimpan di dalam peti sejuk yang bersuhu 4oC.
  • Pada suhu ini susu akan tahan selama 3 hari


Pemasaran Susu
Susu yang di perah dipasarkan terus ke Pusat Pengumpulan Industri Tenusu , Jabatan Perkhidmatan Veterinar dengan kadar harga bergantung kepada kualiti dan keputusan ujian semple susu di makmal 
Jabatan Perkhidmatan Veterinar
Buat Rekod pemasaran seperti dibawah ini..

Rekod Pemasaran Susu

Ujian-ujian Platform di makmal
Pengusaha-pengusaha yang menjual susu hasilan ladang mereka kepada PPIT
dibeli dengan harga yang telah ditetapkan, bergantung kepada gred susu yang
dihasilkan. Susu tersebut harus terlebih dahulu lulus ujian-ujian Platform sebelum
ianya boleh diterima. Ujian-ujian Platform mempunyai beberapa ujian kualiti
seperti:
  1. Ujian rupa
  2. Ujian rasa
  3. Ujian bau
  4. Ujian Specific Gravity
  5. Ujian Alkohol.
  6. Ujian MBRT (Methalene Blue).


Hanya selepas lulus ujian-ujian ini susu tersebut boleh diterima. Walaupun begitu,
harga susu tersebut akan hanya ditentukan dengan ujian selanjutnya yang
dijalankan di makmal-makmal KAV (Kesihatan Awam Veterinar), Jabatan
Perkhidmatan Veterinar Malaysia. Ini dilakukan sekurang-kurangnya seminggu
sekali. Ujian-ujian yang dijalankan adalah:
  1. Ujian Alcohol
  2. Ujian Specific Gravity
  3. Ujian MBRT (Methalene Blue)
  4. Ujian TDS (Total Digestable Solid)
  5. Ujian SNF (Solid Non Fat) –pepejal bukan lemak
  6. Ujian peratus lemak
  7. Ujian TPC (Total Plate Count- bakteria)
Susu yang telah diuji kualitinya akan disejukkan ke tahap di antara 2oC hingga 4oC
sebelum disimpan dan dipasarkan ke kilang-kilang pemproses atau diproses di
PPIT untuk jualan tempatan.


1-Buat Rekod Ujian yang dijalankan di makmal setiap bulan



Terdapat dua cara pemasaran susu segar yang biasa dipraktikkan dalam perusahaan
tenusu di negara ini.
  1. Pengusaha menjual secara terus kepada pengguna atau melalui agen. Biasanya ini dijalankan oleh pengusaha tradisional dan kecil-kecilan.
  2. Pengusaha menjual susu hasil ladangnya melalui Pusat-pusat Pembangunan Industri Tenusu (PPIT), Jabatan Perkhidmatan Haiwanpada harga kontrak dengan beberapa insentif. Pemasaran susu yang dikendalikan oleh PPIT adalah berdasarkan kepada jumlah susu yang terkumpul dipusat-pusat dan juga ladang-ladang tenusu jabatan.

Pelan Kandang Cadangan


Aliran kewangan Untung rugi

Bilangan Bibit :10 ekor

Bil Anak : 7 ekor

Baka: Mafriwal

Jangka masa : 6 Bulan

Penyata perbelanjaan dan pendapatan Lembu Tenusu

Bulan

Jan

Feb

Mac

April

May

Jun

A)Aliran Tunai Masuk


5216.00

1785.81

3218.30

7106.38

7832.50

Baki kehadapan

600.00

1500.00





Jualan Susu

470.80

1684.48

2790.45

2193.96

2022.30

1815.65

Jualan anak tenusu




3100.00










Jumlah Aliran Tunai Masuk/RM

1070.80

3236.64

4576.26

8422.26

9128.68

9648.15








B)Aliran Tunai keluar







DCP

382.20

675.48

573.30

496.86

382.20

401.31

Molasses

44.46

72.96

76.76

85.88

133.76

27.36

Kos Ubat Veterinar

100.00

35.55

100.00

51.80

110.00

28.00

Peralatan

100.30

20.00

20.00

29.40

0

0

Kos upah/ gaji

320.00

600.00

620.00

600.00

620.00

580.00








Tabung penternak

4.38

16.84

27.90

21.94

20.22

18.16








Jumlah Aliran Tunai keluar/RM

1018.64

1450.83

1447.96

1315.88

1296.18

1054.80








Aliran tunai bersih

(A-B) /RM

52.16

1785.81

3128.30

7106.38

7832.50

8593.35








Penyata pendapatan

Jumlah RM

Hasil

14372.68

Belanja

3212.13

Untung kasar

11160.55

Tabung penternak

109.4

Ubat-ubatan veterinar

425.35

Peralatan

179.70

Kos Pentadbiran

187.30

Upah pekerja

3340.00

Pendapatan Kasar

6918.80

Analisis Marjin Kasar Lembu Tenusu

Perkara

Unit

RM/ Unit

Kuantiti

RM

Harga Seekor

A) Hasil

Jualan susu

1-Gred A

2-Gred B

3-Gred D

4-Gred F

5-Gred G

Jualan anak

1- Jantan 4 ekor

2- Betina 3 ekor

Liter

Kg

1.35

1.29

1.20

1.08

0.93

10.00

13.00

3565.0

1407.5

1828.3

1559.7

4770.8

144.0

152.0

4812.75

1815.68

2193.93

1684.48

437.84

1440.00

1988.00


Jumlah Hasil




14372.68


B) Kos Berubah 1

DCP

Molas

Kg

Kg

0.39

0.38

71.05

116.1

2770.95

441.18


Jumlah Kos Berubah 1




3212.13








C) Marjin Kasar 1

(A-B)




11160.55


D) Kos Berubah 2

1- Tabung penternak

2- Ubat/ veterinar

3- Kos pentadbiran

4- Upah pekerja

( 167 hari X 4 org X RM 5.00 )




109.40

425.35

187.30

3340.00


Jumlah Kos Berubah 2




4241.00


E) Marjin kasar 2

(C-D)




6918.80


Untung kasar




6918.80



No comments:

Post a Comment