Thursday, June 29, 2023

RUMAH SEMBELIH SEMENTARA

PUSAT KEBENARAN SEMBELIHAN SEMENTARA (PKSS) / RUMAH SEMBELIH SEMENTARA 

Rumah Sembelih Sementara bermaksud tempat atau premis untuk menyembelih dan memproses Binatang  di bawah kebenaran Jabatan  Perkhidmatan Veterinar Negeri mengikut syarat-syarat yang ditetapkan dan tertakluk di bawah Enakmen Negeri-negeri dan garis panduan yang dikeluarkan dari masa ke semasa

  • Rumah Sembelih Sementara bagi tujuan penyembelihan Adat/ Amalan Agama sebagai contoh Sempena Perayaan Aidilfitri / Aidiladha perlu mendapat kelulusan daripada  Jabatan Perkhidmatan Veterinar 
  • Tempat penyembelihan di masjid atau surau yang mendapat kebenaran dan kelulusan daripada Pejabat Kadi
  • Manakala premis dan tempat jualan memerlukan kebenaran daripada  Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
  • Bagi tujuan penyembelihan Adat/ Amalan Agama sebagai contoh sembelihan aqiqah dan korban (Lembu kerbau kambing Bebiri)– Sembahyang (Khinzir)

BORANG PERMOHONAN PUSAT KEBENARAN SEMBELIHAN SEMENTARA
  • Urus setia JPV akan proses Borang Permohonan Pemohon
  • Pastikan Borang dan Senarai Semak Dokumen yang diperlukan mencukupi
  • Urus setia JPV akan melantik beberapa orang Pegawai Auditor dan akan datang membuat Lawatan Audit Kelulusan Membina ke tapak premis penyembelihan tersebut.
  • Laporan Audit Pemerhatian akan di buat.



PEMBENTANGAN SYOR AUDIT DI MESYUARAT JAWATANKUASA TEKNIKAL PERMOHONAN  RUMAH PENYEMBELIHAN SEMENTARA

  •  Pegawai Auditor akan membentangkan
  • Laporan Syor Audit di Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Permohonan  Rumah Penyembelihan Sementara .
  • Jawatankuasa akan menilai dan membuat keputusan berdasarkan ulasan dan hasil Audit sama ada disyorkan bagi permohonan tersebut sama berstatus

            a) LULUS

            b) GAGAL

            c) TANGGUH

  • Waktu Pusat Sembelihan sementara ini hanya dibenar beroperasi pada musim perayaan pada hari raya AidilFitri (raya Puasa)  dan hari raya AidilAdha /Ibadah korban).
  • ( Hanya terpakai  3 hari sebelum raya bagi tujuan Jualan dan bagi tujuan penyembelihan Ibadah Qurban adalah 4 hari selepas hari raya pertama sahaja) iaitu berlangsung 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah – Hari Tasyrik.
  • Mana – mana tempat selain yang dibenarkan di atas adalah dilarang untuk melaksanakan Ibadah Korban kecuali bagi kerja – kerja memotong, menimbang dan mengagihkan korban sahaja (selain penyembelihan).
  • Manakala Penyembelihan untuk Jualan pada musim perayaan Raya Puasa dan Raya Haji ( hanya  terpakai 3 hari sebelum sahaja)

UNDANG-UNDANG DAN GARIS PANDUAN TERPAKAI

1.    Akta 324 Pencegahan Dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988;

2.    Akta Binatang 1953 (semakan 2006) [Akta 647] dan dibaca bersama Akta Binatang (Pindaan) 2013 [Akta A1452];

3.    Kaedah-Kaedah Binatang (Kawalan Penyembelihan) 2009;

4.    Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Johor) 2003;

5.    Garis Panduan Penyembelihan Ternakan Korban, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia 2012 (No Dokumen : GPK (A) : 1/2012);

6.    Arahan Tetap Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Johor 2019 (Penganjuran Program Di Masjid Dan Surau Negeri Johor).  

TEMPAT PELAKSANAAN IBADAH KORBAN

Mana – mana pihak yang ingin melaksanakan Ibadah Korban hanya terhad pelaksanaannya di tempat berikut :

  1. Rumah Sembelihan Berdaftar Meliputi Rumah Sembelih Kerajaan, Pusat Sembelihan Ruminan Swasta Berlesen, Pusat Sembelihan Ruminan Kebenaran Negeri dan Pusat Kebenaraan Sembelihan Sementara yang berdaftar dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Johor dan dipantau oleh Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah.   
  2. Kawasan Masjid Dan Surau meliputi tempat sembelihan di masjid atau surau yang terpilih perlu mendapat kebenaran dan kelulusan daripada Pejabat Kadi Daerah / Majlis Agama Islam Johor, Pejabat Perkhidmatan Veterinar Negeri dan kebenaran Operasi Permis perlu dirujuk kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Tempat sembelihan di masjid atau surau perlu mempunyai Kemudahan Penyembelihan Ibadah Korban

Kadi Daerah, Pejabat Perkhidmatan Veterinar Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) berhak untuk melulus atau menolak sesebuah permohonan Kebenaran Pelaksanaan Ibadah Korban Di Masjid Dan Surau berdasarkan Arahan Tetap Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Johor 2019 (Penganjuran Program Di Masjid Dan Surau Negeri Johor)

Kewajaran meluluskan sesebuah permohonan tertakluk dalam memenuhi kriteria berikut :

Lokasi

- Bukan di kawasan rezab sungai/ kawasan tadahan air

Pengurusan

  1. Sumber bekalan ternakan daripada pembekal atau trader tempatan (di dalam negeri sahaja)
  2. Pemantauan perlaksanaan sembelihan di bawah kawalan Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah setempat
  3. Pengendali tempat sembelihan perlu berpengalaman dalam pengendalian dan proses sembelihan
  4. Pemilik rumah sembelih bertanggungjawab memastikan SOP dilaksanakan mengikut ketetapan
  5. Dalam kes sembelihan ternakan in-contact Penyakit Kulit sebagai contoh Berbintil / Lumpy Skin Disease (LSD). Adalah perlu dibuat pelupusan atau sembelihan mengikut Seksyen 19 Akta Binatang.

Penyembelih / pekerja
  1. Selain itu, pusat sembelihan juga diingatkan agar semua penyembelihan korban memilik sijil sah daripada Jabatan Agama Islam Negeri Johor.
  2. Setiap penyembelih yang bertugas di rumah sembelih hendaklah warganegara Malaysia dan mempunyai Sijil Penyembelih yang dikeluarkan oleh JAIN / MAIN yang masih dalam tempoh sahlaku.
  3. Penyembelih perlu menjalankan proses sembelihan mengikut SOP yang telah ditetapkan.

Bangunan

  1. Premis perlu berpagar 
  2. Kawasan sembelihan hendaklah mudah untuk dibersihkan 
  3. Kawasan persekitaran yang bersih, tidak berdekatan oji kumbahan 
  4. Lantai konkrit, tidak mudah pecah, kukuh, dan mudah dibersihkan, tidak merangkap kotoran-Kecerunan lantai bersesuaian, tidak menyebabkan air bertakung 
  5. Bangunan premis perlu berdinding, Ruang penyembelihan (bersimen), Mempunyai ruangan pemungahan
  6. Mempunyai punca sumber air bersih terawat.
  7. Perlu menyediakan kemudahan sumber tenaga elekrik 

Kemudahan

Holding yard 
  1. Tempat simpanan sementara (kandang sementara)
  2. Menyediakan kemudahan ‘holding yard’ yang bersesuai untuk kapasiti ternakan.
  3. Tempat yang lapang, teduh dan selamat serta terdapat sumber air minuman untuk ternakan
  4. Menyediakan kemudahan bekas makanan dan minuman untuk ternakan
  5. Kemudahan laluan (traviss/laraige) bagi laluan ternakan ke tempat sembelihan.
  6. Tempat bersesuaian untuk pegawai pemeriksa melakukan pemeriksaan ante mortem sebelum proses sembelihan 

Ruang Penyembelihan 
  1. Perlu diasingkan dari kawasan holding yard' 
  2. Minima keperluan adalah mempunyai tiang untuk kekangan dan penyembelihan 
  3. Ternakan korban dijatuhkan di kawasan yang rata, tidak berbatu 
  4. Aliran darah berasingan dengantempatpembuangan sisa pepejal 

Ruang Pemprosesan Karkas 
  1. Aktiviti melapah perlu dijalankan sama ada gantung atau diatas troli
  2. Ruang melapah dalam keadaan bersih dan tidak menyebabkan pencemaran silang
  3. Karkas yang telah siap dilapah disarankan digantung 
  4. Jika karkas diproses di atas lantai perlulah berlapik dan mudah dibersihkan
  5. Organ dalaman perlu diletakkan di kawasan asing daripada karkas untuk pemeriksaan 

Ruang pembahagian karkas/daging
  1. Tempat pemotong daging hendaklah menggunakan papan pemotong yang sesuai,bersih dan selamat digunakan (kayu tidak digalakkan-pencemaran fizikal)
  2. Pemotongan dilakukan diatas meja yang dialas dengan bahan yang sesuai dan bersih
  3. Daging yang telah dipotong dikumpulkan di kawasan yang berlapik 
  4. Menyediakan bekas yang berlabel kondem bagi organ atau bahagian yang dikondem semasa pemeriksaan


Pencucian dan pembasmian kuman
  1. Mempunyai tempat untuk mencuci dan bekas pensterilan untuk mensterilkan peralatan
  2. Mempunyai kemudahan air bersih bagi pencucian tangan yang secukupnya 


Pencahayaan
  1. Mencukupi bagi kawasan sembelihan dan kawasan pemeriksaan daging 
  2. Mempunyai pencahayaan yang mencukupi Mempunyai sistem pengudaraan yang baik samada semulajadi atau mekanikal

Pelupusan

  1. Ditanam atau ditimbus tanah 
  2. Tidak dialirkan ke longkang awam atau sumber air
  3. Melaksanakan pengapuran (Chlorinatedlime) untuk membasmi kuman
  4. Tempat saliran dan Kolam takungan sisa darah terasing daripada kolam sisa kumbahan
  5. Menyediakan tong sampah saiz bersesuaian atau Lubang pelupusan sisa.



CONTOH KEMUDAHAN BAGI PUSAT SEMBELIHAN SEMENTARA UNTUK MASJID DAN SURAU YANG MENGANJURKAN IBADAH KORBAN

Ini adalah contoh fasiliti dan kemudahan paling minimum bagi sesebuah pusat sembelihan sementara yang diperlukan.



Pemasangan dan pamer papan tanda / signboard   yang bersesuaian dengan Rumah Penyembelihan.


Rekabentuk dan susun atur bangunan rumah sembelih perlu merujuk kepada pihak-pihak yang bersesuaian seperti pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar. Beberapa perkara perlu diambil kira termasuklah Ketinggian bangunan mestilah sekurang-kurangnya 15 kaki dari paras lantai..

Sumber air bersih  yang mencukupi.  Jumlah pengunaan air dianggarkan 1000 liter untuk setiap 1 ekor ternakan. Pastikan tekanan air kuat atau mengunakan Water Pump.




Tempat sembelihan ternakan sama ada mengunakan jenis tiang atau kotak kekangan (Mark1 / Mark 4)

Seluruh rumah sembelih hendaklah mempunyai sistem saliran longkang yang baik 

Mempunyai sekurang-kurangnya dua sistem kumbahan yang khusus;

            1)Sisa darah disalur ke takungan khas

            2)Sisa pepejal lain disalurkan ke kolam kumbahan yang berasingan


Tempat penerimaan  ternakan perlu mempunyai ramp, Ketinggian ramp / tempat penurunan (loding) ternakan harus disesuaikan dengan ketinggian kenderaan / lori. supaya ternakan tidak cedera akibat melompat atau tergelincir.

Kandang Simpanan / holding yard (perlu  selesa, mempunyai palung air dan  bekas makanan)  . Keluasan yang sesuai adalah 1.7m² bagi setiap seekor ruminan besar

Terdapat lorong ternakan (lairage) dari kandang menuju tempat penyembelihan, dilengkapi dengan pagar yang kuat di kedua sisinya dan lebarnya hanya cukup untuk satu ekor, sehingga ternakan tidak dapat berpusing kembali ke kandang.

Tempat sembelih sama ada mengunakan  tiang atau kotak kekangan (Mark1 / Mark 4). Kawasan tempat sembelihan haruslah berdinding atau sekurang-kurangnya di hadang dengan canvas.

  • Bagi yang melapah mengunakan railing pengunaan Chain Hoist yang bersesuaian adalah amat diperlukan bagi mengangkat beban karkas .
  • Mestilah berada dalam keadaan bersih dan kerja melapah kulit dilakukan di atas cradle.
Ruang Eviserasi (tempat mencuci perut dan usus)  mestilah diasingkan dari kawasan mengulit dan melapah


Kerja-kerja melapah daging perlulah sentiasa dalam keadaan bersih supaya tiada kontiminasi silang bersentuhan lantai. Perlu meletakkan bekas / besin / bakul di bawah bagi menadah daging.

Heavy Duty Cutting Machine Bone Saw  merupakan mesin pemotong tulang bagi memudahkan kerja-kerja pembahagian

Prosesing Table digunakan untuk tempat memproses karkas

Chopper Board yang diperbuat dari Polythylene yang lebih menjamin kebersihan berbanding mengunakan bongkah kayu.


Alat Penimbang digunakan untuk menimbang karkas 

Memastikan tempat dan kaedah pembungkusan daging yang baik. Jika kerja-kerja pembungkusan terpaksa di lakukan di lantai, maka pastikan lantai di alas dengan canvas yang bersih.


Ruang penyerahan  karkas / daging yang disediakan tidak menyebabkan pencemaran silang kepada produk akhir .

Pembahagian / agihan daging kepada peserta Qurban dan asnaf perlu mendapat keutamaan. Seterusnya barulah di agihkan kepada yang lain. Agihan perlulah dilakukan dengan betul dan mengikut syarak.

Pastikan bungkusan daging di susun di dalam bakul khas bagi tujuan pengudaraan yang baik dan tidak di letakkan bertindan-tindan di atasnya bagi mengelakkan daging cepat rosak.

KEPERLUAN / ALATAN LAIN YANG DIPERLUKAN

Fasaliti/Peralatan di Rumah Penyembelihan mestilah mesra pekerja dan sesuai dengan situasi. Selain keperluan di atas, beberapa perkara yang tidak kurang pentingnya perlu diambil perhatian iaitu;


Bakul Frame Beroda di gunakan untuk meletakakan Karkas / Produk Akhir


Karkas Hanger merupakan tempat mengantung karkas sebelum pengedaran


Semasa proses pengeluaran White Offal, Organ tersebut akan di masukkan ke dalam Wheel Berow tanpa menjatuhkannya  ke lantai kemudian di hantar ke petugas bahagian cucian perut  & usus,.


Fasilitas  khusus dan peralatan bagi menempatkan Pegawai Pemeriksa Daging dari Jabatan Perkhidmatan Veterinar yang hadir bagi melakukan pemeriksaan post mortem 
  • Meja pemeriksaan pada karkas, hati, paru, limpa dan jantung.

TANGGUNGJAWAB AHLI JAWATANKUASA PENGURUSAN KARIAH MASJID DAN SURAU YANG MENGANJURKAN IBADAH KORBAN

Jawatankuasa Pengurusan Kariah Masjid dan Surau bertanggungjawab sepenuhnya terhadap penyediaan tempat , peralatan juga kemudahan penyembelihan, yang lengkap Aspek keselamatan, kebersihan dan kesucian juga hendaklah dititikberatkan

Jawatankuasa Pengurusan Kariah Masjid dan Surau dituntut supaya menjaga kebajikan haiwan dalam melaksanakan Ibadah Korban meliputi :

(i) Teknik mengikat dan merebahkan ternakan korban

• Mengikat haiwan korban dengan tali yang sesuai;

• Mematuhi hukum syarak;

• Ternakan korban yang menunggu untuk

• Merebahkan haiwan korban di tempat yang sesuai dan tidak mencederakan. 

(ii) Penyembelihan ternakan korban

• Mematuhi hukum syarak;

• Ternakan korban yang menunggu untuk disembelih perlu diasingkan dari ternakan korban yang sedang disembelih;

• Menggunakan pisau / parang yang tajam dalam keadaan pantas; dan

• Tidak mengasah pisau / parang di hadapan ternakan korban.

 

TATACARA PERMOHONAN KEBENARAN

Jawatankuasa Pengurusan Kariah Masjid dan Surau hendaklah membuat Permohonan Kebenaran Pelaksanaan Ibadah Korban melalui Pejabat Kadi Daerah dengan mengisi borang Lampiran C 

Setelah mendapat kebenaran daripada Kadi Daerah, Jawatankuasa Pengurusan Masjid Dan Surau hendaklah membuat permohonan kebenaran di Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah

No comments:

Post a Comment