Monday, December 19, 2022

PROGRAM PERSAMPELAN SANITASI DAN KEBERSIHAN ABATOIR

PROGRAM PERSAMPELAN SANITASI DAN KEBERSIHAN ABATOIR

Program Pemantauan Sanitasi Kebersihan meliputi kawasan dewan sembelihan yang mana aktiviti penyembelihan haiwan ternakan dan aktiviti pemeriksaan ke atas karkas dijalankan. Faktor kebersihan ke atas kawasan dewan sembelih dan juga peralatan yang digunakan adalah di antara  faktor penting bagi menjamin daging yang dikeluarkan daripada rumah sembelih adalah terjamin bebas daripada penyakit dan selamat untuk di makan.

Program ini akan melibatkan semua rumah sembelih jabatan serta rumah sembelih swasta yang dilesenkan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS). 

Pengambilan Sampel adalah mengikut Manual Program Pemantauan Sanitasi Kebersihan yang keluarkan

Program persampelan calitan swab persekitaran dan peralatan merupakan salah satu program Jabatan Veterinar yang akan dijalankan sekali setahun bagi menjamin aspek kebersihan di Rumah Sembelih Jabatan dan Rumah Sembelih Swasta berlesen berada ditahap optimum sebelum daging dipasarkan ke pengguna akhir.

PENGAMBILAN SAMPEL CALITAN MIKROORGANISMA BERTUJUAN

  • Memastikan pematuhan tahap sanitasi dan kebersihan di dewan sembelih dan peralatan yang digunakan.
  • Memastikan status kebersihan dewan sembelihan di tahap tidak tercemar dengan mikroorganisma (Escherichia coli dan Salmonella spp.) semasa aktiviti penyembelihan dijalankan yang secara langsung boleh menjejaskan kualiti daging yang akan dikeluarkan daripada rumah sembelih.
  • Memastikan spesifikasi mikrobiologi (Total Plate Count dan Coliform) pada tahap dibenarkan, jika tidak tindakan susulan akan lakukan sebagai pembetulan dan pencegahan dipremis berkenaan.
  • Memastikan tahap kebersihan premis Rumah sembelih di tahap yang memuaskan.





ASPEK PENTING PERSAMPELAN

Persampelan ini merangkumi dua aspek penting iaitu 

  1. Jenis Sampel - Calitan swab (menggunakan media dan sterile wooden cotton)
  2. Tempat Persampelan- di kawasan dewan sembelih dan peralatan yang digunakan sebelum aktiviti penyembelihan dilakukan oleh premis.

BILANGAN SAMPEL YANG DIPERLUKAN

  1. Satu (1) botol/tiub media untuk 4 jenis ujian iaitu TPC, Coliform, E. coli dan Salmonella di setiap lokasi di dalam dewan sembelih
  2. Tiga (3) lokasi bagi setiap calitan swab yang dijalankan. Contoh persekitaran dewan sembelih ( dinding, pintu dan sebagainya) Contoh peralatan yang digunakan ( pisau melapah, Chopping Board, Hook Karkas dan sebagainya)
  3. Pengambilan sampel hanya sekali sahaja pada waktu pra-operasi di atas permukaan yang telah dibersihkan dan dinyah kuman.
  4. Penghantaran sampel ke Makmal Veterinar Kawasan mengikut program yang ditetapkan.
  5. Jenis Ujian yang di perlukan dalam program ini adalah  TPC, COLIFORMS count, E. Coli count dan Salmonella.  
  6. Memaklumkan kepada pemilik premis Rumah Sembelih terhadap keputusan ujian sampel yang dikutip untuk tindakan serta khidmat nasihat jika perlukan.

4 JENIS UJIAN MICRO OROGANISMA DI MAKMAL


PIAWAIAN MIKROORGANISMA (PERSEKITARAN) RUMAH SEMBELIH

CALITAN

(SWAB)

TPC

cm2

Coliform

cm2

E. Coli

cm2

Salmonella

cm2

STANDARD (ACCEPTABLE)

0 - 1000

0 - 1

0 - 1

ND

STANDARD (UNACCETABLE)

˃1000

˃1

˃1

DETECTED


BILANGAN SAMPLE YANG PERLU DISEDIAKAN

Items yang  perlu disediakan oleh pihak makmal adalah

  1. 3 pcs Sterile Wooden Cotton Bud
  2. 30ml BPW ( 40 ml buffered pepton + 0.1% agar saline solution)
  3. Tiga (3) Botol 50ml Schott Bottle
PANDUAN PENGAMBILAN SAMPLE

Contoh : Tempat & Peralatan Pengambilan Sampel Swab



Contoh : Cara Pengambilan Calitan  Sampel Swab





Contoh : Cara memasukkan Coton Swab kedalam Botol Schott

  1. Penggunaan kaedah calitan ini terhad kepada permukaan yang telah dibersihkan dan dibasmi kuman, kering, rata, cukup besar, licin.
  2. Calitan hanya boleh dilakukan semasa pra-operasi. Sekiranya terdapat kotoran kelihatan, pembersihan harus dilakukan semula dan dinilai sebagai tidak dapat diterima tanpa perlu penilaian mikrobiologi selanjutnya.
  3. Kapas hendaklah steril dan persampelan dilakukan dengan disapu dengan menekan pada permukaan sebanyak 5 kali kiri dan kanan kemudian 5 kali keatas dan kebawah permukaan peralatan.
  4. Botol Sampel dilebal dengan jelas dan tepat dengan  nombor rujukan sampel dan  pengenalan Premis Rumah Sembelih 
  5. Satu (1) Kapas sampel yang dibuat swap hendaklah disimpan di dalam satu (1) botol yang mengandungi 40 ml buffered pepton + 0.1% agar saline solution.
  6. Sampel mestilah disimpan dalam chiller 40C dan dimasukkan dalam cooler box sewaktu penghantaran ke makmal dengan kadar segera. 

Penilaian keputusan makmal

Jika Result Makmal menunjukkan Premis Rumah Sembelih berkenaan telah gagal memenuhi standard normal piawaian kebersihan persekitaran rumah sembelih.. Antara tindakan yang perlu dikenalpasti antaranya adalah:

  1. Adakah cara pembersihan yang dijalankan mengikut prosedur standard operasi (SOP) yang ditetapkan oleh DVS?
  2. Adakah disinfektan digunakan berkualiti tinggi samada mengunakan food grade sanitizer/ disinfectan seperti Lindores atau hanya sabun biasa?
  3. Adakah kemungkinan disinfectan yang digunakan telah mengalami kerintangan (resistan) dan tidak mampu lagi membunuh kuman yang ada di rumah sembelih berkaitan?
  4. Adakah tempoh masa calitan swab dibuat mempunyai gap/jurang waktu yang panjang selepas pembersihan terakhir sebelum persampelan dijalankan?

Maka mohon  Premis Rumah Sembelih berkenaan mengambil tindakan pembetulan dijalankan segera dengan bimbingan pengurus RSJ yang membuat persampelan di RSJ berkaitan.

PROGRAM KEBERSIHAN DAN SANITASI PREMIS

Tujuan mengadakan program pembersihan dan sanitasi ini ialah untuk;

  1. Menjaminkan kebersihan peralatan dan permukaan lantai dan dinding
  2. Mengelakan pencemaran bau, habuk dan kontiminasi bakteria
  3.  Mengurangkan pencemaran keatas karkas yang di proses
  4. Menjamin mutu pengeluaran karkas.


Prosedur Pembersihan  dan Sanitasi

  • Siram air pada  permukaan peralatan pisau, hook, dinding dan lantai dan bersihkan dengan detergen untuk menghilangkan kekotoran melekat
  • Sembur semua permukaan peralatan pisau, meja operasi, troli, bucket dan cradle dengan air panas (82°C )
  • Gunakan clorin ke atas permukaan dinding , lantai dan longkang  (700ml clorin dalam 37 liter air)
  • Bilas permukaan peralatan pisau, meja operasi, lantai, dinding dengan air bersih
  •  Sembur dengan sanitizer jenis quartenary ammonium compound (1 : 100)
  • Keringkan dengan  biarkan semalaman


Pengunaan Bahan Pencuci dan Pembasmi Kuman

No

Jenis Bahan

Fungsi

Kadar Campuran

1

GP CLEAN

(Natrium Hidroksida / Sodium Hydroxide) , 10%

 

Pembersihan Umum

Pencucian Lantai & Peralatan mesin

1:10

(1 liter bahan ratio dengan 10 liter air)

2

DIVERFOAM TRF

Pembersihan umum

1:30 – 1:50

(Pembersih berbuih)

1:100 – 1:200

(Pembersihan tekanan tinggi)

1:50 – 1:100

(Pembersihan merendam)

3

SF Sanitizer <15%

Quartenary Ammonium Compound

Sanitizer/Pembasmi kuman

30 ml dengan 3 liter air

(1:100)

4

Diverpine

Bahan pembasmi kuman bagi bahan buangan

1 oz Diverpine dalam 1 gallon air

5

Chlorine Powder

Bahan pembasmi kuman

1 kg untuk permukaan

3m x 3m




Kiraan Sukatan kecairan Disinfectant
Contoh 1

Contoh 1: 200 bermaksud 1/200 


Contoh 2

Contoh 1: 300 bermaksud 1/300 


Contoh 3

Contoh 1: 500 bermaksud 1/500 


Contoh 4

Contoh 1: 100 bermaksud 1/100 






No comments:

Post a Comment