PENGENALAN
Manual Rumah Penyembelihan Tempatan / Swasta ( Ruminan) ini
adalah sebagai garis panduan kepada pengusaha rumah penyembelihan tempatan bagi
ruminan yang berskala kecil yang merangkumi aspek kemudahan infrastruktur
paling minimum yang perlu dipenuhi untuk mendapatkan lesen mengoperasikan Rumah
Penyembelihan Tempatan / Swasta ( Ruminan).
Manual ini merujuk pada Akta
Rumah Penyembelihan (Penswastaan) 1993.
FUNGSI
Memberi garis panduan kepada pengusaha yang terlibat dalam pengurusan premis penyembelihan tempatan bagi ternakan ruminan mengenai keperluan asas premis, peralatan/perkakasan serta kebersihan dan sanitasi dalam memastikan produk akhir yang dikeluarkan memenuhi keperluan minimum dan berkualiti serta selamat untuk dimakan.
SYARAT-SYARAT AM RUMAH PENYEMBELIHAN:
Skop manual meliputi pemilihan lokasi, pembinaan premis, keperluan peralatan/perkakasan, cara/kaedah pemerosesan mengikut kebersihan dan kesihatan awam veterinar (penerimaan ternakan hidup hingga pengedaran karkas), pencucian peralatan/perkakasan serta pengurusan bahan buangan dan sisa di premis penyembelihan tempatan bagi ternakan ruminan.
Klasifikasi mengikut
perundangan : Jadual ketiga [Subkaedah 10 (2)] – Kategori IV
KEPERLUAN PELESENAN RUMAH PENYEMBELIHAN TEMPATAN
- Pemohon perlu memohon lesen rumah penyembelihan tempatan dari Bahagian Pembangunan Industri Hiliran, Ibu Pejabat Perkhidmatan Veterinar, Putrajaya
- Pemohon perlu mempunyai lesen perniagaan yang sah
- Pemohon mestilah warganegara Malaysia
- Status tanah adalah hak milik persendirian, pajakan atau penyewaan yang sah
- Mengenal pasti bakal pelanggan /memahami sasaran pelanggan semasa
- Faham tentang kehendak dan keperluan pelanggan
- Menentukan strategi pemasaran terbaik
- Mewujudkan daya maju produk atau perkhidmatan
- Mengurangkan risiko dan meningkatkan keuntungan
- Memastikan syarikat anda mendahului pesaing
- Mengenal pasti arah aliran pasaran semasa
- Mengenal pasti ancaman dan peluang
LOKASI RUMAH PENYEMBELIHAN DAN KEMUDAHAN ASAS YANG PERLU ADA
Lokasi Rumah Penyembelihan haruslah berada di kawasan perindustrian.
- Lokasi rumah sembelih hendaklah didalam kawasan perindustrian.
- Rumah sembelih hendaklah dilengkapi dengan sistem jalan yang sempurna, baik, kuat dan rata supaya air tidak bertakung.
- Kawasan Rumah Penyembelihan haruslah mempunyai sistem keselamatan dengan mempunyai pagar sekeliling dan pintu kawalan keluar masuk yang sempurna.
- Rumah Penyembelihan juga perlu dihubungkan dengan sistem jalan yang sempurna
- Mengadakan bekalan air dari Syarikat / Jabatan Bekalan Air Negeri
- Mengadakan bekalan kuasa elektrik yang sempurna dan mencukupi dari Tenaga Nasional Berhad termasuk pemilik diharuskan mempunyai bekalan kuasa elektrik kecemasan (Genarator / Genset)
- Tahap bunyi bising yang dibenarkan ialah 60 decibel yang tercatit di sempadan premis dan 40 decibel yang tercatit di dalam bangunan
REKABENTUK DAN SUSUN ATUR BANGUNAN
Rekabentuk dan susun atur bangunan rumah sembelih perlu merujuk kepada pihak-pihak yang bersesuaian seperti pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar. Beberapa perkara perlu diambil kira seperti; Namun Ketinggian bangunan mestilah sekurang-kurangnya 15 kaki dari paras lantai..
Bangunan rumah sembelih menghadap arah timur /barat
Bahan binaan
- Bahan yang digunakan hendaklah dari jenis yang kukuh, sebaik-baiknya jenis konkrit atau kayu/papan yang teguh tidak mempengaruhi kualiti produk dan mudah diselenggara, dibersih dan dibasmi kuman.
- Saiz bangunan Saiz bangunan tidak ditetapkan. Walaubagaimana pun ianya hendaklah memenuhi ruang untuk pembahagian ruang operasi untuk mengasingkan Bahagian Kotor dari Bahagian Bersih (Clean To Dirty Area) serta mencukupi untuk kapasiti penyembelihan
Susun atur bangunan (lay-out plan)
Secara umumnya ruang yang perlu ada adalah seperti ruang penerimaan ternakan hidup, ruang penyembelihan /pendarahan, ruang eviserasi/pemeriksaan daging, ruang pemotongan, ruang penyimpanan (storage area) dan akhir sekali ruang pemunggahan (dispatch area)
Pelan lantai ialah suatu pelan yang menunjukkan saiz ruang dalaman, susun atur ruang-ruang, bahan kemasan lantai, kod jenis pintu dan tingkap, arah naik atau turun anak tangga, arah ayun pintu atau tingkap, bahan-bahan binaan ditunjukkan dengan menggunakan simbol-simbol piawaian lukisan, ketinggian lantai, dan garisan keratan.Kebiasaanya pelan lantai menggunakan skala 1 : 100. Antara skala-skala lain yang biasa digunakan untuk pelan lantai ialah 1 : 50 dan 1 : 200.
Unit dimensi yang digunakan ialah milimeter (mm). Dimensi bagi panjang dan lebar bangunan itu serta bilik-biliknya hendaklah ditunjukkan. Perkara-perkara lain yang perlu ditunjukkan ialah dimensi bukaan tingkap, pintu dan liang udara (jika ada), garisan saliran kekal dengan anak panah yang menunjukkan arah saliran serta saiz parit dan longkang, nama bilik dan kegunaannya.
- Ramp ialah dimana tempat untuk menurunkan ternakan daripada kenderaan.
- “Holding yard” adalah tempat lembu dikurung sebelum disembelih.
- Perlu disediakan tempat yang selesa, palung air dan bekas makanan ternakan.
- “Lairage” merupakan laluan ternakan yang hendak disembelih dari kandang/tempat penyimpanan (holding yard) untuk ke ruang penyembelihan
- Ternakan direhatkan sekurang-kurangnya 8 jam sebelum sembelih.
- Merupakan tempat pegawai pemeriksa melakukan pemeriksaan ante mortem terhadap ternakan sebelum disembelih
- Ternakan mestilah disembelih oleh penyembelih yang bertauliah dan diperakui oleh Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) atau Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
- Perlu mempunyai tiang untuk kekangan dan penyembelihan atau Jenis “Killing Box” jenis Mark 4 (untuk kekangan bagi penyembelihan ternakan dari Australia).
- Menyediakan kemudahan pensterilan pisau penyembelihan bagi memastikan pisau dan peralatan menyembelih berada dalam keadaan bersih.
- Mempunyai saliran darah berasingan dengan sisa pepejal untuk disalurkan ke dalam kolam kumbahan atau tangki takungan khas.
- Ruang melapah mestilah berada dalam keadaan bersih.
- Kerja-kerja melapah kulit dilakukan di atas “cradle” atau digantung terus pada railling
- Kerja-kerja pemotongan (decapitation) kepala, kaki dan ekor juga dilakukan di ruang ini.
- Prosedur yang diterima pakai hendaklah tidak menyebabkan pencemaran silang.
- Kawasan pemprosesan hendaklah menghalang daripada serangan lalat.
- Mempunyai peralatan untuk membelah karkas kepada dua bahagian dan seterusnya kepada 4 bahagian untuk ruminan besar.
- Mempunyai tempat untuk membersih dan pensterilan (> 82ºC) peralatan membelah karkas (splitting saw)
- Kawasan eviserasi mestilah diasingkan daripada kawasan mengulit.
- Proses eviserasi dilakukan dengan mengeluarkan offal merah (jantung, peparu, hati,limpa, buah pinggang) dan offal putih (4 perut, usus kecil dan usus besar)
- Mempunyai kemudahan untuk mencuci dan bekas pensterilan untuk mensterilkan peralatan.
- Mempunyai pengudaraan yang baik.
- Juga perlu disediakan kemudahan untuk pegawai pemeriksa veterinar memeriksa karkas tersebut.
- Mempunyai ruangan yang cukup untuk pegawai pemeriksa melakukan pemeriksaan post mortem dengan pencahayaan yang mencukupi (400 lux).
- Mempunyai peralatan untuk melakukan pemeriksaan post mortem.
- Mempunyai bekas yang berlabel yang mencukupi untuk daging/organ yang kondem.
- Deboning adalah salah satu prosedur potongan dengan memisahkan antara daging dan tulang melaui cara manual atau penggunaan mesin nyahtulang
- Ruang untuk deboning karkas sebaiknya mempunyai suhu +10 oC.
Pembekuan daging diperoleh dengan menurunkan suhu daging di bawah titik beku daging (< -1.5 oC). Pembekuan bertujuan untuk memperpanjang masa simpan daging Karkas / daging yang dibekukan pada suhu -18°C hingga 0°C merupakan amalan terbaik untuk penyimpanan daging dan menghalang pertumbuhan ( Non Aktif) patogen berbahaya supaya jangka hayat produk lebih tahan lama disimpan.
Kemudahan
dan peralatan adalah seperti yang
tersenarai di bawah:
- Satu unit peralatan bucket ”restrainer” sistem hidrolik Mark 4
- Lokasi dan keluasan kawasan penyembelihan serta pendarahan yang sesuai ialah 8 meter x 6 meter
- Rail pendarahan dibina dengan ketinggian 4.5 meter dari aras lantai
- Peralatan operasi penyembelihan seperti shackle, hoist, brisket saw, spliting saw, sterilizer, spreader, hidrolik platform, pisau operasi menyembelih dan lain-lain
- Kemudahan semburan air panas dengan suhu minima 82°C .
- Kemudahan dan peralatan sanitari untuk pekerja disediakan (pakaian, loker, kemudahan mencuci tangan, footbath, bilik persalinan dan peralatan penyembelihan yang sesuai)
Kawalan Keselamatan
- Keseluruhan abatoir dipagar dengan “Chain-Link” setinggi 6 kaki
Kawalan Pencemaran
- Perlu mempunyai sistem saliran bahan buangan/longkang di kawasan “unloading” haiwan supaya air dapat disalirkan ke dalam takungan najis.
- Mempunyai saluran perparitan bagi menyalurkan air sisa ke sistem kumbahan.
- Bahan buangan yang mengandungi bahan-bahan pepejal hendaklah disalurkan melalui pemisah untuk mengekalkan keberkesanan sebelum pepejal kepada pelepasan efluen ini.
- Sisa buangan termasuk bahan pepejal, darah dan lain-lain; perlu dikumpul dan dilupuskan setiap hari. Bekas pengumpulan tersebut perlu dibasuh dan dinyahkuman sebelum guna semula.
- Sekurang-kurangnya mempunyai dua (2) sistem kumbahan yang khusus iaitu:
- Sisa darah dari tempat penyembelihan disalurkan ke kolam atau tangki takungan khas
- Sisa pepejal lain disalurkan ke kolam kumbahan yang berasingan dari diatas.
ASAS REKABENTUK BINAAN DALAMAN
Rekabentuk bangunan
mestilah yang membolehkan premis bebas dari makhluk perosak (lalat, burung
liar, anjing, kucing, tikus, lipas)
serta kekotoran.
Adanya pemisahan ruang yang jelas secara fisik antara “Bahagian Bersih” dan “Bahagian Kotor”
1. Bahagian kotor
- Tempat pemingsanan, tempat pemotongan, tempat pengeluaran darah
- Tempat penyelesaian proses penyembelihan (pemisahan kepala, keempat kaki sampai tartus dan karpus, pengulitan, pengeluaran isi rongga dada dan perut)
- Ruang untuk pembersihan perut / usus
- Ruang untuk kepala dan kaki
- Ruang untuk kulit
- Tempat pemeriksaan Postmortem
2. Bahagian bersih
- Tempat penimbangan karkas
- Tempat keluar karkas
- Ruang pendingin Chiller
- Ruang pembeku Coolroom
- Ruang pembahagian karkas / daging
PAPAN TANDA / SIGNBORD SYARIKAT
Pemasangan dan pamer papan tanda / signboard syarikat yang bersesuaian dengan Rumah Penyembelihan.
Signboard Permis
- Papan Tanda / signboard sebagai media iklan untuk membantu promosi perusahaan.
- Pasang dan pamer papan tanda / signboard yang bersesuaian dengan Rumah Penyembelihan.
- Signboard arah bertindak sebagai penanda lokasi perniagaan
- Pemasangan dan pamer papan tanda / signboard arah yang jelas menuju ke Rumah Sembelih supaya pelanggan tahu adanya perkhidmatan Rumah Penyembelihan
DINDING DALAMAN ( INTERNAL WALL)
Dinding bahagian dalam haruslah rata berwarna cerah / terang dan paling kurang setinggi 3 meter terbuat dari bahan kalis air, tahan terhadap hentakan benda keras mudah dibersihkan dan didesinfeksi serta tidak mudah mengelupas / tidak terhakis
Sudut pertemuan antara dinding dengan dinding harus berbentuk
lengkung 25 mm.
Diperbuat daripada bahan
kalis air dan dalam keadaan sempurna
(tidak pecah dan retak)
• Samada konkrit atau jenis panel
• Tidak menyerap kelembapan atau berkeruping
• Penggunaan cat tidak dibenarkan
• Dinding jubin (tiles) tidak digalakkan
• Setiap sudut berlekuk (cove / curb)
Dinding Luar /Dalaman
Bahagian Luar
- Dinding batu sepenuhnya
-
Spara Batu Spara Zink
-
Dinding PU
Bahagian Dalam
-
Dinding Batu bermozek
-
Spara Batu Spara Zink
- Dinding PU
LANTAI
Diperbuat daripada bahan
tidak serap air, tahan hakisan, bewarna cerah, mudah dicuci, kecerunan
permukaan adalah sempurna bagi mengelak kawasan bertakung.
Permukaan lantai
harus rata, tidak bergelombang, tidak ada celah atau lubang. Jika lantai
terbuat dari jubin, maka jarak antara jubin diatur sedekat mungkin dan celah
antara jubin harus ditutup dengan bahan kedap air
Sudut pertemuan antara dinding dengan lantai harus berbentuk
lengkung 75 mm.
• Konkrit (hardener)
• Jubin (tiles) tidak digalakkan
• Tidak licin /Tidak bertakung air
• Ada gredien ( condong ke longkang)
• Mudah dibersih / dibasmi kuman
- Lantai Merah – Bahagian Kotor
- Lantai Hijau – Bahagian Bersih
BUMBUNG
Jenis yang tidak mudah
bocor, tidak serap air dan kukuh
SILING
Sekurang-kurang 4 meter tinggi dari aras
lantai dan bahan tidak serap air
• 13 kaki dari paras lantai disemua bahagian
• Tidak - menyerap kelembapan / bertoksid / berkeruping
• Jenis panel digalakkan
• Mudah dibersihkan (tiada kondensasi)
STERILISER DAN TEMPAT CUCI TANGAN
• Khusus untuk membersihkan / mensteril tangan dan peralatan loji
• Suhu steriliser 82ºC
PINTU LALUAN
Pintu jenis rata dan daripada bahan tidak memerangkap kotoran
• Tidak menyerap kelembapan dan berkeruping contoh jenis panel atau plastik heavy duty
• Mudah dibersihkan
• Boleh tutup dengan sendiri
• Engsel tahan karat
TINGKAP
Tidak digalakkan mempunyai tingkap untuk mengelak kemasukan haiwan perosak. Ruang terbuka perlu dipasang jaring penghadang
• Tidak digalakkan dalam bangunan
• Tingkap/bukaan di antara setiap bahagian dibenarkan (tujuan pemindahan produk dari satu tempat ke satu tempat)
• Diperbuat dari bahan bukan kaca
PENGUDARAAN (VENTILASI)
• Ventilasi secara semula jadi atau pun penggunaan pendingin hawa
PENCAHAYAAN (LIGHTING)
Pencahayaan yang mencukupi (minimum 200 lux) diperlukan
bagi kawasan penerimaan ternakan. Kawasan penyembelihan dan evesirasi perlu
lebih pencahayaan memandangkan terdapat elemen pemeriksaan dan post mortem
Bulb’ yang dipasang haruslah selamat dan berpelindung, bagi mencegah pencemaran andainya berlaku ‘bulb’ pecah
• Semua lampu perlu berpenutup
• 200 lux – stunning/slaughtering /bleeding/defeathering
• 220 lux - stor produk / simpanan , bilik sejuk beku
• 400 lux – ruang eviserasi, ruang pemotongan daging
• 600 lux – pemeriksaan daging
KEMUDAHAN KANDANG TERNAKAN
Tempat penerimaan dan
ruang rehat ternakan perlu mempunyai ramp, holding yard (tempat yang selesa, palung
air dan bekas makanan) dan lairage . K
Keluasan Ruang Kandang Mengikut Bilangan Lembu:
BILANGAN LEMBU | KELUASAN RUANG KANDANG |
10 ekor | 20’ X 16’ |
30 ekor | 60’ X 16’ / 30’ X 32’ |
50 ekor | 100’ X 16’ /50’ X 32’ |
100 ekor | 200’ X 16’ /100’ X 32’ |
Bangunan kandang simpanan sementara atau kandang istirahat paling
kurang berjarak 10 meter dari bangunan utama.
Dilengkapi dengan fasilitas untuk
menurunkan ternakan (loading) dari atas kenderaan supaya ternakan tidak cedera
akibat melompat atau tergelincir.
Ketinggian tempat penurunan (loding) ternakan
harus disesuaikan dengan ketinggian kenderaan / lori
Lantai dari tempat penurunan ternakan sampai
kandang simpanan harus tidak licin bagi mengelakan ternakan tercedera
Kandang Simpanan harus memenuhi aspek kesejahteraan haiwan
(animal welfare)
Terdapat lorong ternakan (lairage) dari kandang menuju tempat penyembelihan, dilengkapi dengan pagar yang kuat di kedua sisinya dan lebarnya hanya cukup untuk satu ekor, sehingga ternakan tidak dapat berpusing kembali ke kandang.
RUANG PENYEMBELIHAN
Ternakan disembelih oleh penyembelih bertauliah dan diperakui JAIN atau JAKIM. Mempunyai tiang atau kotak kekangan (Mark1 / Mark 4) dan kemudahan pensterilan pisau.
Menghadap Arah Kiblat adalah salah satu daripada syarat sah
sholat. Ia juga berkait rapat dengan beberapa tuntutan wajib dan sunat dalam
Islam seperti penyembelihan, pengebumian
jenazah dan sebagainya.
Dalam konteks pentadbiran dan pengurusan arah kiblat, ia
termasuk dalam perkara hukum yang terletak di bawah bidang kuasa Mufti Kerajaan
Negeri.
Jabatan Mufti Johor merupakan satu-satunya pihak yang
berautoriti untuk melakukan penentuan dan semakan arah kiblat dalam Negeri
Johor.
Permohonan Arah Kiblat boleh melayari
https://mufti.johor.gov.my/perkhidmatan/e-kiblat/
https://said.johor.gov.my/perkhidmatan/permohonan_kiblat.php
RUANG PEMPROSESAN KARKAS
Ruang Melapah
- Mestilah berada dalam keadaan bersih dan kerja melapah kulit dilakukan di atas cradle.
- Bagi yang melapah mengunakan railing pengunaan Chain Hoist yang bersesuaian adalah amat diperlukan bagi mengangkat beban karkas .
- Ruang
melapah mestilah berada dalam keadaan bersih.
- Kerja-kerja melapah kulit akan dilakukan di atas “cradle” atau meja tersebut.
- Kerja pemotongan (decapitation) kepala, kaki dan ekor juga dilakukan di ruang ini.
- Prosedur yang diterima pakai hendaklah tidak menyebabkan pencemaran silang.
- Ruang penyimpanan hendaklah mencukupi berasingan dari kawasan pengendalian
Ruang Eviserasi
- Ruang Eviserasi mestilah diasingkan dari kawasan mengulit dan mempunyai kemudahan mencuci dan pensterilan
- Kawasan eviserasi mestilah diasingkan daripada kawasan mengulit.
- Proses eviserasi offal merah (jantung, peparu, hati,limpa, buah pinggang)
- Proses eviserasi offal putih (4 perut, usus kecil dan usus besar)
- Mempunyai kemudahan pencucian dan bekas pensterilan peralatan.
- Mempunyai pengudaraan yang baik.
- Perlu disediakan kemudahan untuk pegawai pemeriksa veterinar memeriksa karkas
- Pengunaan meja tempat cucian perut dan manual Eurobin Offal washing diperbuat dari material Stainless Steel bagi memudahkan pembersihan lemak-lemak yang melekat dan tahan karat.
- Pengunaan meja tempat cucian perut juga boleh dibuat dari material batu dan bermozek
- Pengunaan Stomach Washing Machine amat memudahkan kerja-kerja pembersihan offal.
Ruang proses di bahagian Deboning room dan pembahagian atau pemotongan daging (cutting room) harus kekal pada suhu kurang dari 15ºC. Tirai plastik elastis (PVC Strip Curtain) perlu di pasang bagi mengekalkan suhu diruangan tersebut
- Mempunyai peralatan untuk pembelahan karkas kepada dua dan empat bahagian karkas.
§ Mempunyai peralatan untuk membelah karkas kepada dua bahagian
§ Seterusnya kepada 4 bahagian untuk ruminan besar.
§ Mempunyai tempat pensterilan (> 82ºC) peralatan membelah karkas (splitting saw)
- Pengunaan mesin Splitting Saw untuk memotong membelah tulang belakang bermula dari pelvic sehingga ke tulang leher menjadi 2 bahagian sebelum di pindah ke rel quartering. Namun mesin ini amat berat untuk di angkat bagi kerja-kerja membelah karkas
- Mesin Reciprocating Saw merupakan gergaji mesin tangan yang memiliki mata pisau lurus, prinsip kerja pada mesin ini adalah menggunakan eletrik yang kemudian di olah menjadi energi gerak yang menghasilkan gerakan menarik dan mendorong yang disebut reciprocating.
- Mesin Reciprocating Saw sesuai dan boleh digunakan untuk membelah Karkas menjadi 2 bahagian. Ianya mudah dikendalikan kerana kecil , lebih ringan dan mudah alih untuk digunakan.
- Mesin Reciprocating Saw ini dapat membantu membuat pemotongan pada bahagian karkas dengan celahan yang sangat sempit, lebih flexible untuk memotong dalam pelbagai posisi. Namun penguna haruslah menyesuaikan spesifikasi dengan pelbagai sudut potong dikehendaki .
- Mata gergaji yang digunakan adalah jenis belahan kayu S 1011 D (6-150mm) yang sesuai untuk pemotongan tulang
- Ruang Pemeriksaan Post Mortem
Fasilitas
dan peralatan pemeriksaan post mortem meliputi:
- Meja pemeriksaan hati, paru, limpa dan jantung.
- Alat penggantung kepala.
- Mempunyai pencahayaan yang mencukupi (400lux)
- Mempunyai pemeriksa melakukan post mortem
- Mempunyai peralatan untuk melakukan pemeriksaan post mortem.
- Mempunyai bekas yang berlabel yang mencukupi untuk daging/organ yang kondem.
Ruang Serahan / Edaran
- Ruang penyerahan karkas / daging yang disediakan tidak menyebabkan pencemaran silang kepada produk akhir
§ Kemudahan
hendaklah tidak menyebabkan pencemaran silang kepada produk akhir
§ Mempunyai kemudahan untuk mencuci tangan yang secukupnya
PENGHALANG MAKLUK PEROSAK
Mengambil segala langkah-langkah yang sempurna untuk memastikan rumah sembelih sentiasa bebas daripada penyakit berjangkit dan pembiakan serangga, rodensia dan haiwan perosak ( pest and vermin control )
• Penggunaan “insect killer” dimestikan
• Program kawalan makhluk perosak diwajibkan
• Pemantauan
PVC STRIP CURTAIN / Tirai Plastik Elastis
PVC Strip Curtain /Tabir plastik lutsinar dipasang untuk menjadi Pemisah kawasan kotor dan bersih.
PVC Strip Curtain /Tabir plastik lutsinar dipasang di setiap pntu masuk ke bahagian dewan sembelih untuk mengelakkan lalat memasuki premis bangunan.
Pada pintu chiller dilengkapi dengan tirai plastik elastis (PVC Strip Curtain) atau tirai udara: berfungsi untuk mempertahankan suhu ruang dan mencegah masuknya udara dari luar ke dalam ruang chiller.
Jenis-jenis PVC Strip Curtain /Tabir
Plane
PVC Grade Normal
Plane PVC Grade Normal berwarna biru jelas merupakan jenis tirai plastik yang bentuknya datar, transparan dan terlihat jelas,. Tirai plastik yang satu ini biasanya digunakan untuk ketahanan pada temperatur pada suhu +50 °C hingga -20 °C
PVC
Amber Anti Serangga
PVC Amber berwarna kuning terang berfungsi khusus sebagai anti serangga sehingga tidak akan ada serangga yang masuk ke ruangan tirai.
PVC Amber berwarna kuning terang akan mernyebabkan serangga mengidentifikasi warna tersebut sebagai hitam dan kabur. Selain itu, PVC Amber juga berfungsi untuk mengurangi silau.
PVC
Freezer Grade (Polar PVC)
PVC Freezer Grade (Polar PVC) biasanya lebih tebal dan digunakan pada ruangan pendingin. Sedangkan fungsi utamanya adalah untuk mengurangi kelembapan dan menghindari pembentukan ais terutama pada ruang dalam coldroom / chiller.
PVC
Strip Curtains Anti Statis
PVC strip Curtains atau vinyl curtain. Tirai ini dibuat khusus untuk
tujuan mengurangi listrik statis, ( Kepingan tirai tidak melekat diantara satu
sama lain) Biasanya digunakan pada Stor
gudang.
PVC
Ribbed Double
PVC Ribbed Double Curtain merupakan tirai ini memiliki bentuk yang unik mirip
tulang rusuk berlapis dua untuk menjaganya tetap bersih dan tahan lama. PVC
Ribbed Double Curtain bertujuan mencegah timbulnya kotoran cair seperti minyak
atau lemak dan lain sebagainya. Kebiasaannya di gunakan pada tempat basah /
pintu pada bonded lori
Strips
Door Curtain
Strips Door Curtain merupakan plastik curtain dengan perlindungan paling
ketat yang dapat digunakan pada ruang industri. Tirai ini dapat melindungi
ruangan dari debu, suara bising dan bahaya lainnya di laboratorium dan
industri.
SALIRAN
Seluruh rumah sembelih hendaklah mempunyai sistem
perparitan yang baik seperti longkang gerlis (glazed invert drains) bahan meterial diperbuat dari bahan heavy duty dan sebagainya serta cerunan parit yang sempurna supaya
air kotor dapat mengalir dengan memuaskan ( self-cleansing ).
• Kedudukan strategik untuk pengaliran air sisa dan bahan sisa keluar dari loji
• Tidak bertakung dan mudah dibersihkan dan ada perangkap sisa
• Bagi Longkang Besar di luar Rumah Sembelih Tidak perlu ditutup
• Bagi Longkang kecil didalam kawasan Rumah Sembelih hendaklah berpenutup
Bagi mengatasi masalah
pencemaran air sungai, langkah yang paling praktikal dalam menangani masalah
pencemaran air sungai dari sisa pepejal premis, minyak dan gris.
Pengunaan tapisan perangkap
minyak (Greese Trap) bagi mengasingkan sisa pepejal dan minyak dari air kumbahan.
Ini bertujuan bagi menapis air kumbahan dari premis tersebut sebelum air
disalurkan ke dalam sistem pembentungan.
Bahan yang digunakan bagi membina perangkap minyak, adalah konkrit bagi jenis komunal dan stainless steel sebagai tapisan.
SISTEM PENGURUSAN BAHAN BUANGAN DAN KOLAM KUMBAHAN
Mengadakan kolam rawatan kumbahan rumah sembelih yang sempurna dan lengkap untuk rawatan segala air kotor seperti air najis, kencing, darah, lemak-lemak, sisasisa bangkai binatang, kelodak-kelodak dan sebagainya dengan memuaskan. Air kumbahan yang telah dirawat hendaklah mematuhi piawaian kualiti air yang telah ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar.
- Saluran perparitan air sisa ke sistem kumbahan
- Bahan buangan pepejal disalurkan melalui pemisah.
- Mempunyai sekurang-kurangnya dua sistem kumbahan yang khusus;
1)Sisa darah disalur ke takungan khas
2)Sisa pepejal lain disalurkan ke kolam kumbahan yang berasingan
Mengambil dan merekodkan contoh-contoh segala air kumbahan rumah sembelih dan membuat analisa makmal
KOLAM KUMBAHAN / SEPTIK TANK JENIS KALBAT
Mempunyai sistem saliran bahan buangan/longkang di kawasan ”unloading” haiwan ternakan supaya air dapat disalirkan ke dalam takungan najis
Tangki ini perlu dikosongkan sekurang-kurangnya setiap dua
tahun sekali bagi mengelakkan enapcemar yang terkumpul di dalamnya menjadi
keras.
KOLAM KUMBAHAN JENIS PENGOLAHAN
Paddle Wheel Aerator kolam kumbahan
Paddle Wheel Aerator bertujuan meningkatkan kandungan oksigen dalam air kumbahan. Pengudaraan bagi membantu proses penguraian kandungan air kumbahan dengan bantuan mikroorganisme dengan mempercepatkan pereputan bahan organik, mengurangkan toksik keracunan, mengurangkan bahan-bahan berbahaya di dalam air dan juga meningkatkan kualiti air.
Kolam Aerobik ( Kolam ketiga )
Peringkat terakhir kolam aerobik, bakteria dan alga bersama-sama menstabilkan bahan organik. Kekeruhan air serta kedalaman lagun merupakan dua faktor penting dalam operasi kolam aerobik. Keberkesanan kolam aerobik boleh ditingkatkan dengan penambahan alat pengudaraan (aerator) di mana proses pengudaraan boleh mengurangkan masalah bau serta boleh menurunkan kadar pencemaran ke tahap yang lebih baik untuk piawaian kualiti air buangan.
Tempat pelupusan ( Incineration)
Mengadakan pusat atau tempat pengumpulan dan pembuangan
semua jenis sampah sarap secara berasingan yang sempurna dan mencukupi.
Bangkai dan sisa-sisa binatang yang berpenyakit dan rosak hendaklah dihapuskan dengan sempurna secara pembakaran ( incineration ) atau loji rendering di dalam kawasan rumah sembelih
Sekiranya Incineration tiada.. Maka bolehlah pelupusan dilakukan dengan kaedah menanam bangkai dan sisa binatang ke dalam lubang yang telah digali. Bangkai dan sisa binatang tersebut perlulah di tabur kapor setebal 5 sentimeter. kemudian lubang di kambus dan ditutup dengan tanah dan di tabur kapur sekali lagi di atasnya.
TEMPAT PENYIMPANAN SEJUK
- Tempat penyimpanan sejuk chiller room, Chest Freezer atau Cold Room perlulah dipastikan berfungsi dengan baik dan keadaan suhu sejuk yang stabil.
- Perlulah sentiasa dalam keadaan bersih supaya tiada kontiminasi silang terhadap produk akhir
- Penyimpanan karkas mestilah bersesuaian dengan had simpanan didalam tempat penyimpanan sejuk tersebut
Tempat penyimpanan Karkas mestilah terletak di bahagian bersih
Ruang pendinginan (Chiller Room) di pastikan suhu <+4 oC, kelembaban 85 – 90%, kecepatan udara 1 – 4 m/s.
Ruang pembeku
atau blast freezer dengan suhu -20 oC sampai
-30 oC dengan kecepatan udara 2 – 3 m/saat (pembekuan berlangsung
selama 6 hingga 8 jam )
Cold storage dengan
suhu -18°C hingga 0°C untuk menyimpan daging setelah dibekukan
terlebih dahulu di dalam blast freezer.
Keluasan ruang disesuaikan dengan jumlah karkas yang dihasilkan :
- Jarak antara karkas paling kurang 10 cm
- Jarak antara karkas dengan dinding paling kurang 30 cm
- Jarak antara karkas dengan lantai paling kurang 50 cm
- Jarak antara baris paling kurang 1 meter.
LAIN-LAIN PERKARA PENTING
Fasaliti/Peralatan di Rumah Penyembelihan mestilah mesra
pekerja dan sesuai dengan situasi. Selain keperluan di atas, beberapa perkara yang tidak kurang pentingnya perlu diambil perhatian iaitu;
Kipas Angin
Pengunaan kipas angin hanyalah jenis wall fan di lekatkan di dinding sahaja
Tandas / Bilik Persalinan, Surau Dan Tempat Rehat Pekerja
Mengadakan kemudahan untuk kegunaan pekerja rumah sembelih
seperti bilik rehat, latihan, kantin, surau, bilik rawatan perubatan dan
sebagainya yang diperlukan.
Mengadakan kemudahan tandas dan bilik air yang sempuran dan
mencukupi.
Ruang
istirahat pekerja perlulah disediakan tempat penyimpanan barang peribadi dan
ruang ganti pakaian (locker) dimana Locker untuk pekerja ruang kotor harus
terpisah dari locker pekerja bersih
Pergerakan Pekerja Bahagian Kotor / Bersih dan Produk
• Pergerakan produk dan kakitangan perlu dikenalpasti
- Keperluan menyediakan gumboot yang mencukupi bagi para pekerja, gumboot perlulah dipastikan sentiasa dalam keadaan yang bersih sentiasa. Bolehlah di sediakan Gumboot Rack untuk meletakkan supaya gumboot sentiasa dalam keadaan kering selepas digunakan.
Pada
setiap pintu masuk bangunan utama, harus memiliki fasilitas untuk mencuci gumboot
yang dilengkapi dengan berus dan sabun, dan fasilitas untuk pencelup desinfektan
gumboot (foot dipping)
PAKAIAN KESELAMATAN
Pekerja-pekerja rumah sembelihan hendaklah memakai pakaian
yang seragam dan bersopan serta menggunakan alat-alat atau perkakas sembelihan
yang sempurna, bersih, selamat dan diberikan “locker” atau tempat yang sesuai
untuk simpanannya
Perlengkapan pakaian Am untuk pekerja pemprosesan karkas dan/atau daging meliputi pakaian kerja
khusus, apron plastik, penutup kepala (hairnet), penutup mulut (masker), sarung
tangan (handglove), dan gumboot yang harus disediakan minima 2 (dua) set untuk
setiap pekerja.
PEYELENGARAAN RUMAH PENYEMBELIHAN
Seluruh rumah sembelih hendaklah sentiasa diselenggarakan
dengan baik, bersih dan kemas serta tidak menghalang mana-mana laluan,
perjalanan, parit, pintu keluar-masuk, tangga Peralatan mesin dan sebagainya.
Sentiasa memastikan persekitaran permis bersih dan ceria juga selamat . Pembersihan persekitaran perlulah mengikut jadual yang di tetapkan.
Produk Agro Pelancongan
Meningkatkan imej rumah sembelih kepada imej yang lebih selesa, elegan, kemas, bersih dengan
persekitaran yang ceria boleh menarik minat lebih banyak pengunjung dan
pelanggan untuk datang terus ke rumah sembelih
Dengan ini pengusaha rumah sembelih boleh memasarkan terus hasil keluaran mereka kepada
pengguna.
Oleh itu, tahap kesedaran terhadap pengurusan keceriaan dan
kebersihan di kawasan rumah sembelih perlu dipertingkatkan berpotensi menjadi salah satu unsur tarikan kepada minat
pengunjung dan pelanggan untuk datang terus ke rumah sembelih.
Lanskap premis yang menarik menjadikan satu tarikan dan sebagai promosi rumah sembelih dan produk yang dihasilkan kepada pengunjung
No comments:
Post a Comment