KEISTIMEWAAN AYAM KAMPUNG
- Ayam kampung mempunyai harga yang tinggi di pasaran.
- Ayam kampung ini boleh dibiakkan atau diternak sepanjang tahun.
- Dagingnya pejal, manis dan berprotein tinggi.
- Ia juga boleh dipelihara secara bebas pada waktu siang tanpa perlu dikawal.
- Sisa-sisa makanan di rumah boleh diberikan dan dijadikan makanan ayam.
- Ibu ayam kampung ini dapat menetaskan telur dengan sendirinya.
- Ibu ayam kampung ini boleh mengawal anak-anaknya dari cuaca sejuk, hujan dan gangguan musuh.
Tempat ternakan : Ayam asli tidak diletak dalam reban terkurung. Mereka dibiarkan bebas untuk mencari makanan sendiri. Aktiviti ayam ini menyebabkan protein membentuk daging yang kenyal dan lemak sangat kurang kerana lemak tidak terbentuk disebabkan aktiviti ayam yang aktif.
Tempat ternakan : Kebiasaanya diternak dalam reban yang dikhaskan dimana ayam ditempatkan didalam reban tersebut sepenuh masa dan makanan disediakan. Aktiviti ayam ini lebih terhad, jadi proses pembesaran adalah konsisten. Tidak seperti ayam kampung asli, ayam jenis ini ditempatkan dalam reban khas bagi mengelakkan pergaduhan untuk mendapatkan makanan disamping memudahkan proses menuai apabila ayam mencapai umur atau berat tertentu. Dalam masa yang sama, kualiti ayam juga dapat diseragamkan.
Ayam kampung kacukan sesuai diternak dalam sistem
pemeliharaan seperti;
Sistem Intensif
Sistem ini dikenali sebagai sistem kurung. Ini bermakna ayam
kampung kacukan akan dikurung setiap masa. Sistem ini memudahkan pemberian
makanan, program pemvaksinan, pungutan telur dan lain-lain.
Ayam kampung kacukan diternak dalam sistem lantai bawah bersarap tebal atau sistem lantai tinggi.
- Sistem sarap tebal Sistem ini menggunakan lantai simen. Ia memudahkan kerja mencuci dan membasmi kuman. Bahan sarap seperti ketaman kayu ditaburkan di atas lantai dengan sekata.
- Sistem berlantai atas Lantai diperbuat daripada dawai berjaring (BRC) bersaiz 2.5cm x 1cm atau kayu beruti berukuran 2.5cm x 2.5cm yang dinaikkan antara 0.6 – 0.9m dari paras tanah
1) Sistem
Semi-intensif
Sistem ini
merupakan gabungan antara sistem intensif dan sistem ekstensif (bebas). Ayam
akan dibebaskan dalam kawasan berpagar pada waktu siang dan akan dikurung pada
waktu malam
2) SISTEM PERUMAHAN
Reban diperlukan untuk melindungi daripada cuaca
buruk dan gangguan musuh.
- 1 ekor ayam memerlukan 1 kaki persegi.
- Jika 20 ekor ayam, keluasan lantai ialah 20 ekor kaki persegi. reban seluas 4 kaki x 5 kaki memadai.
PEMAKANAN AYAM
Terdapat dua (2) jenis makanan iaitu:-
1) Makanan komersil/dagangan
- Makanan Ayam Permulaan (Layer Starter Mash)
- Makanan Ayam Membesar (Layer Grower Mash/Pellet)
- Makanan Ayam Penghabisan (Layer Finisher Mash/Pellet)
2) Makanan Campuran atau Sisa Makanan
- Lebihan nasi, hampas kelapa, isi kelapa
- Dedak, beras hancur, padi, ubi kayu/keledek
- Ikan baja dan lain-lain
Peringkat anak
ayam berumur dari 1 hari hingga 3 minggu.
- Vaksin ND (Ranikhet F) diberi pada hari pertama dan vaksin Fowl pox pada minggu ke 2.
- Alat pemanas dipasang 24 jam hingga hari ke 14. (sehingga umur 2 minggu)
- Perlakuan anak ayam diperhatikan selalu bagi memastikan keselesaan ayam
- Bekas makanan jenis dulang digunakan.
- Makanan komersial iaitu makanan permulaan anak ayam (Poultry Starter Pellet) diberi secara ad-libitum (bebas).
- Anak ayam diberi air minuman bersih setiap hari.
- Bekas air minuman hendaklah dicuci setiap hari
- Bekas makanan dan minuman ditukar ke bentuk gantung pada hari ke 21
- Jumlah makanan dan bilangan kematian dicatatkan.
Peringkat pembesaran ialah peringkat umur 4 minggu hingga dipasarkan.
- Ketinggian bekas makanan dan minuman jenis automatik diselaraskan mengikut aras belakang ayam.
- Makanan ayam ditukar kepada makanan peringkat pembesar (Poultry Grower Pellet) secara perlahan-lahan pada hari ke 29 dan pada hari ke 34 barulah diberikan 100% makanan pembesar
- Kuantiti makanan digunakan dan bilangan kematian dicatatkan
Peringkat pembesaran ialah peringkat umur 4 minggu hingga
dipasarkan.
- Ketinggian bekas makanan dan minuman jenis automatik diselaraskan mengikut aras belakang ayam.
- Makanan ayam ditukar kepada makanan peringkat pembesar (Poultry Grower Pellet) secara perlahan-lahan pada hari ke 29 dan pada hari ke 34 barulah diberikan 100% makanan pembesar.
- Kuantiti makanan digunakan dan bilangan kematian dicatatkan.
- Peringkat umur minggu ke 9 - 12, penjualan ayam kampung kacukan boleh dilakukan.
- Ayam boleh dijual pada umur 9 - 12 minggu
- Hanya ayam yang sihat dan cergas sesuai untuk dijual.
- Ayam akan diberi makan jagung bagi memberi nilai khasiat pemakanan dan warna kulit yang kekuningan.
- Pemberian antibiotik dihentikan 2-3 minggu sebelum penjualan.
- Berat badan ayam ditimbang sebelum dijual.
- Ayam boleh dijual secara jualan hidup atau yang diproses.
Peringkat Pembiak ( > 4 Bulan)
- Nisbah pembiakan ialah 1 ekor ayam kampung jantan dibiakkan dengan 10 ekor ayam betina.
- Kutipan telur dibuat 3-4 kali sehari bagi memastikan kualiti telur tetasan.
- Pemberian makanan pembiak (Poultry Breeder Pellet) diberi secara berperingkat sebanyak 120 gm/ekor/hari.
- Sediakan kotak bertelur.
- Catatkan kuantiti makanan, pengeluaran telur dan bilangan kematian ternakan
PEMBIAKAN
Melibatkan perkahwinan secara tabie/asli
- 1 ekor ayam jantan untuk 10 ekor ayam betina
- Dipelihara di dalam reban dengan penyediaan sarang bertelur
- Tempat yang sunyi,kering dan bebas dari gangguan
- Kebiasaan boleh mengeram sehingga 15 biji telur
KAWALAN DAN PENCEGAHAN PENYAKIT
Penyakit ayam boleh disebabkan oleh:-
- Warisan
- Pemakanan
- Pengurusan
- Persekitaran
- Jangkitan
Langkah-langkah Pencegahan Penyakit
- Reban sentiasa bersih
- Anak ayam bebas dari penyakit
- Jauh dari ternakan dan haiwan lain
- Pelawat perlu dikawal
- Pencegahan adalah lebih baik dari rawatan
- Semua ayam perlu diberi suntikan pencegahan penyakit
- Ayam yang mati hendaklah ditanam atau dibakar untuk mengelakkan jangkitan kepada yang sihat
- Umur 1 hari – Sampar Ayam “F” (Biasanya telah dibuat ditempat penetasan)
- Umur 3 – 4 minggu – Cacar Puru ayam dan Sampar “F”
- Umur 6 – 8 minggu – Sampar ” S “.
Tanda-tanda Am Ayam Berpenyakit
- Kurang nafsu makan
- Monyok dan tidak aktif
- Pucat, bersin, keluar hingus dari hidung
- Muka bengkak
- Berak cair atau berdarah
- Gangguan saraf seperti sayap lemah, kaki lemah, kepala berputar dan sebagainya
JENIS-JENIS PENYAKIT AYAM
- Sampar ayam (ND)
- Penyakit Gumboro (IBD)
- Puru
- Salmonellosis
- Pasteurellosis
- Lain-lain
No comments:
Post a Comment