Wednesday, November 23, 2022

PROFIL KOMPLEKS ABATOIR JOHOR BAHRU


SEJARAH ABATOIR JOHOR BAHRU

  • Kompleks Abatoir Johor Bahru telah mula dibina pada tahun 1978.
  • Mula beroperasi pada bulan Julai,1979 oleh Lembaga Kemajuan Ternakan Negara (Majuternak)
  • Telah dirasmikan pada 13hb Januari 1980 oleh bekas Menteri Pertanian ke enam iaitu Y.B Dato’ Shariff Ahmad.


Sejak sebelum tahun 1978 lagi, penyembelihan ternakan lembu, kerbau dan kambing telah dikendalikan oleh Jabatan Perkhidmatan Haiwan Negeri Johor yang beralamat di Jalan Kebun Teh Lama, Larkin, 80250 Johor Bahru, Johor sebelum berpindah di kawasan sedia ada sekarang

PENGENALAN ABATOIR JOHOR BAHRU

Pembinaan Kompleks Abatoir Johor Bahru pada masa itu diwartakan sebagai kawasan Rumah Sembelih bagi Daerah Johor Bahru, Pontian dan Kota Tinggi  di bawah Akta Lembaga Kemajuan Perusahaan Haiwan Negara 1972, Kaedah-kaedah Lembaga Kemajuan Perusahaan Haiwan Negara (Kawalan Penyembelihan) (Pindaan) 1979) -mansuh



Namun pada 17 November 1993 telah berlakunya pembubaran Lembaga Kemajuan Ternakan Negara (Majuternak) dimana perpindahan fungsi dan pengambilalihan peranan di letakkan di bawah Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Malaysia sehinggalah sekarang ini.

Kawasan Kompleks Abatoir Johor Bahru dibina diatas tanah seluas 3.4651 Hektar ( 8 ekar ) yang terletak di Batu 4 Jalan Kempas Lama, 81300, Johor Bahru.


Jarak dari Kompleks Abatoir  Johor Bahru ke Bandaraya Johor Bahru lebih kurang 19 km. berada di kedudukan GPS 1°33'46.8"N  dan 103°42'47.5"E  (Plan lokasi ) 


 Lokasi: Google Map Klik  (Kompleks Abatoir Johor Bahru)

Kompleks Abatoir Johor Bahru terdiri dari 3 bahagian iaitu 

  1. Bahagian Pentadbiran 
  2. Bahagian Operasi Penyembelihan Ruminan.
  3. Bahagian Operasi Penyembelihan Khinzir 

Kompleks ini mempunyai kapasiti penyembelihan sebanyak 

  1. 10 ekor ternakan sehari bagi sembelihan ternakan ruminan 
  2. 800 - 1200 ekor ternakan sehari bagi sembelihan ternakan khinzir





Aktiviti penyembelihan di Kompleks Abatoir Johor Bahru dijalankan 5 hari seminggu  bagi memenuhi permintaan pengendali untuk membekalkan daging segar ke pasar setiap hari.

Kompleks Abatoir Johor Bahru adalah dibawah kelolaan Seksyen Pengurusan dan Pemeriksaan Abatoir, Bahagian Regulatori Veterinar, Ibu Pejabat Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia yang terletak di Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani Malaysia, Wisma Tani, Blok Podium Lot 4G1, Presint 4, Putrajaya

CARTA ORGANISASI KOMPLEKS ABATOIR JOHOR BAHRU





ALAMAT

KOMPLEKS ABATOIR JOHOR BAHRU

JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR

BATU 4, JALAN KEMPAS LAMA,

81300 JOHOR BAHRU, JOHOR

WAKTU PEJABAT

AHAD  hingga KHAMIS :    

JUMAAT, SABTU & CUTI AM

8.00 Pagi      -1.00 Tghari

Tutup

2.00 Petang - 5.00 Petang

EMAIL

rumahsembelihjb@gmail.com

HUBUNGI KAMI: NO TELEFON

07-557 6128


JUMLAH FI YANG DIKENAKAN

Penggunaan rumah sembelih jabatan dan swasta adalah di kenakan bayaran tertakluk kepada Kaedah-Kaedah Rumah Penyembelihan (Fi) 2005.
3.(1) Mana-mana orang atau kumpulan orang, firma atau syarikat boleh memohon untuk di daftarkan sebagai pengguna berdaftar dengan mengemukakan borang sebagaimana yang di tentukan oleh Ketua Pengarah dari semasa ke semasa dan membayar fi yang di nyatakan dalam jadual 1...
Berikut di sertakan jadual fi untuk rujukan.

CAJ FI

RM

Fi Sembelihan

RM 16.00 / ekor

Cuci Perut

RM 3.00 / ekor

Sewa Kandang Biasa

RM 1.00 / hari / ekor

Chiller

RM 3.00 / 8 jam pertama

RM 5.00 / Selepas 8 jam pertama


 Kaedah-Kaedah Rumah Penyembelihan (Fi) 2005.







FUNGSI ABATOIR JOHOR BAHRU

Fungsi Kompleks Abatoir Johor bahru adalah memberi perkhidmatan sembelihan ternakan kepada pengusaha-pengusaha daging selain menyediakan kemudahan pelapahan, pemotongan dan penyimpanan karkas. Pemeriksaan kesihatan ternakan bagi memastikan daging yang di keluarkan ke pasaran pengguna adalah dalam keadaan selamat.

Merujuk dan berpandukan pada Kaedah-­Kaedah Binatang (Kawalan Penyembelihan) 2009 & Kaedah-Kaedah Pemeriksaan Daging 1985 Di buat di bawah Seksyen 86(2), Akta Binatang 1953






POLISI KUALITI ABATOIR JOHOR BAHRU

  • Kompleks Abatoir Johor Bahru memastikan proses penyembelihan ternakan yang dijalankan oleh kompleks ini memenuhi ciri-ciri  kebersihan dan sanitasi , keselamatan makanan, suci dan halal untuk kegunaan pengguna.
  • Kompleks Abatoir Johor Bahru beroperasi mengikut elemen-elemen program amalan pengilangan yang baik

OBJEKTIF KUALITI DAN KESELAMATAN MAKANAN

  • Memastikan produk  yang dihasilkan memenuhi  ciri-ciri kualiti, suci, halal dan selamat untuk dimakan. Memastikan perkhidmatan penyembelihan dan pemprosesan yang diberi kepada pelanggan kompleks abatoir  berterusan dan mengikut piawaian yang ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar.

PERANAN ABATOIR JOHOR BAHRU

Konsep asas penetapan Halal adalah jelas di dalam islam. Dimana  sekarang ini kewujudan makanan dan barang-barang di pasaran bergantung kepada pengeluaran, 

Hadis Rasulullah s.a.w.  menegaskan;
Ø·َÙ„َبُ الْØ­َلاَÙ„ِ Ùˆَاْجِبٌ عَÙ„َÙ‰ ÙƒُÙ„ِّ Ù…ُسْÙ„ِÙ…ٍ
Maksudnya “Menuntut (mencari) yang HALAL adalah wajib ke atas setiap orang Islam”.
(Riwayat Imam ad-Dailami dalam Musnad al-Firdaus dari Anas r.a.. Menurut Imam as-Suyuti, hadis ini darjatnya hasan. Lihat; al-Jami’ as-Saghier, hadis no. 5270).

Maka menjadi tuntutan Syarak yang tergolong didalam fardu kifayah bagi Rumah Sembelih Johor Bahru mengeluarkan dan menyediakan produk karkas kepada para pengguna, pembekal dan peniaga.  

Dengan kesedaran mengeluar dan membekalkan produk karkas HALAL, umat Islam akan berupaya mewujudkan pasaran bersekutu sesama mereka yang menawarkan produk makanan dan barangan yang benar-benar bersih dan suci mengikut nilaian Islam iaitu produk makanan dan barangan HALAL.

PENGESAHAN PERSIJILAN HALAL KATEGORI "RUMAH SEMBELIH" OLEH JAKIM 

Rumah Sembelihan Johor Bahru telah mendapat pengiktirafan Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang dikeluarkan oleh Bahagian Pengurusan Halal Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) / Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Tarikh Dikeluarkan 1 Mac 2023 dengan mengunakan penyembelih yang mempunyai Sijil Tauliah Menyembelih Halal yang diiktiraf agar produk (Karkas) yang dikeluarkan sentiasa terjamin halal dan thoyyibnya.




 JURU SEMBELIH MEMPUNYAI TAULIAH PENYEMBELIHAN 

Pensijilan Halal Jakim selama ini amat menitik beratkan soal penyembelih ini, bukan semata-mata hasil sembelihan yang dilihat aspek kebajikan penyembelih juga sangat diberi perhatian. Salah satu aspek Pengesahan Kategori pensijilan 'Rumah Sembelih' adalah melalui juru sembelih, status kehalalan daging serta serba serbi yang terhasil daripadanya terletak pada mereka.

Justeru, antara Salah satu syarat utama untuk menjadi juru sembelih di Kompleks Abatoir Johor Bahru yang diperakukan halal oleh Jakim, setiap tukang sembelih tersebut wajib mempunyai tauliah penyembelihan yang dikeluarkan daripada Jab. Agama Islam Negeri  Johor.



Dalam memenuhi permintaan dari pengguna Islam, adalah menjadi suatu kewajiban bagi Rumah Sembelih Johor Bahru dan kepada para pengeluar perkhidmatan mahupun produk (service or product provider) untuk memahami maksud ‘Halal’ dan juga ‘Halalan Toyyiban. 

Dalam istilah bahasa, halalan thayyiban merupakan dua gabungan kata dalam bahasa Arab. Berdasarkan kamus Al-Ma'ani, halal bermaksud sah menurut hukum ( yang dibolehkan ) Sedangkan thayyiban berasal dari kata thayyib bermaksud  sesuatu yang baik dan elok atau suci dan bersih. Jika dijamakkan kedua-duanya maksudnya  "Halal Lagi Baik"

Rumah Sembelih Johor Bahru berusaha bagi menerapkan halalan thayyiban dalam setiap perkhidmatan yang diberikan. Antaranya ialah

SUNTIKAN ANTI TYPHOID

Semua kakitangan yang terlibat dengan pengendalian Rumah sembelih juga telah mendapatkan suntikan vaksin anti-typhoid 


UNIT PEMERIKSAAN DAGING (UPDZS)

PEMERIKSAAN DAN JAMINAN MUTU PRODUK

  • Bagi menjamin hanya ternakan yang sihat sahaja disembelih, kawalan pergerakan ternakan ke Rumah Sembelih Johor Bahru perlu dilaksanakan dengan memastikan ternakan tersebut mempunyai sijil kesihatan veterinar dan permit pemindahan ternakan yang dikeluarkan oleh DVS negeri. 
  • Dalam memastikan ternakan sihat dan bebas dari penyakit, pemeriksaan ante-mortem dilakukan sebelum ternakan di sembelih di Rumah Sembelih Johor Bahru .Justeru, Setiap karkas yang dikeluarkan akan diperiksa oleh pemeriksa veterinar dan hanya karkas yang lulus pemeriksaan veterinar sahaja akan ditanda dengan lagenda dan tag penandaan karkas K1
  • Penurunan tanda pemeriksaan cop Lagenda  adalah pengesahan terhadap Pengeluaran Karkas dari Rumah sembelih setelah diperiksa oleh Pegawai Pemeriksa Daging
  • Tag Penandaan K1 dipasang pada karkas mempunyai ciri-ciri keselamatan yang tinggi dan sistem dayajejak pada karkas tersebut sebagai jaminan produk tersebut selamat dimakan, halal dan bersih.sebelum dijual di pasaran tempatan.





PERKHIDMATAN SEMBELIHAN TERNAKAN IBADAH KURBAN 

  • Setiap Tahun, Kompleks Abatoir Johor Bahru telah menjadi pilihan orang awam  sekitar untuk perlaksanaan sembelihan ternakan ibadah korban dan aqiqah bersempena Aidil Adha  kerana lebih praktikal,  mudah  dan terjamin.
  • Perkhidmatan dan kemudahan fasiliti yang ada di Kompleks Abatoir Johor Bahru dapat memastikan sembelihan yang selamat, suci dan halal serta pengurusan buangan yang lebih teratur



PROGRAM OPERASI  IBADAH KURBAN TAHUN 2020 


PROGRAM OPERASI  IBADAH KURBAN TAHUN 2021 




KURSUS DAN LATIHAN 

Sebagai langkah tanggungjawab sosial, Kompleks Abatoir Johor Bahru telah mengadakan beberapa kursus   untuk memberi kefahaman secara khusus tentang peranan Abatoir kepada kakitangan jabatan , pengendali dan penguna awam.


SENARAI PENGENDALI BERDAFTAR TAHUN 2023  YANG BOLEH DIHUBUNGI:


1)Tn Hj Mohd Yousof Jantan

YOUSOF JANTAN ENTERPRISE (JM0166313 – M)

M 219- M 223 Gerai Daging Lembu, Pasar Larkin

80350 Johor Bahru

No Phone : 013 7226296

 

2) Mohanathass  A/L Manoharan

MOHANATHAS MANOHARAN ENTERPRISE ( JM0632261-T)

No 1, Jalan Denai, Kempas Baru,

81200 Johor Bahru, Johor

No Phone : 014 6162126

 

3) Mohd Iskandar Bin Ab Razak

KANDAR LEGACY ENTERPRISE ( JM0901128-M)

No 07-03-07, JALAN DESA MUTIARA 5, TAMAN DESA MUTIARA

81100 Johor Bahru, Johor            

No Phone : 011 58881159

 

4) Nurulhuda Binti Ahmad Yusof

SUMBANG BINTARA SDN BHD ( 677203-K)

No 47-3 Jalan Dewata

Susur Dewata Satu

80350 Johor Bahru, Johor

No Phone : 019 788515 / 019788015

 

5) Azri Bin  Sukor

 JANNAHAQ ENTERPRISE 202103314643 (CA0333387-D)

Lot 2114, Jalan Bunga Mawar

Lorong Sakiza Off, Kampung Maju Jaya

81300 Johor Bahru

No Phone : 013 7803334

 

6) Zamri Bin Ali Hasan

DK TERNAK SDN BHD / TERNAKAN KAMRAN SDN BHD (216864-A)

Plot C Projek Pertanian Moden Batu 11, Jalan Mersing Padang Hijau 86000 Kluang

No Phone 019 7838871

 

7) Nadesan A/L Siverlingam

SP NADESEN ENTERPRISE (JM 0643465-P)

No 41, Jalan Ronggeng 26, Taman Nesa

81300, Skudai, Johor  

No Phone 016-7835146 / 016-2000995


8)  Anuar Bin Sam

LR FARM ENTERPRISE 202003118743 (JM 0936395-M)

Lot 100014 Lrg 6 Seelong Jaya 81300 Skudai  Johor

No Phone 01127626964


9) Mohmad Firdaus Bin Abdul Aziz

FA TERNAK ENTERPRISE 2023303000959 (003456581- X)

No 41E jalan bunga Mawar Kampung Maju  Jaya 81300 Skudai Johor 

No Phone 01127626964


10) Muhd Fahim Haquimi Bin Zailan

FAHIM SUCCESS ENTERPRISE 202203015792 9003360239-W)

B 73, Felda Ulu Tebrau 81810 Ulu Tiram Johor 

No Phone 01127626964


11) Abdul Hisyam Bin Abdul Majid

HMR EMPIRE RESOURCES  201903183644 (JM0909009-K)

Lot 42234, Jalan Firma 3/1

Kawasan Perindustrian Tebrau, 81100 Johor Bahru, Johor

No Phone 017-7975112

 

No comments:

Post a Comment