Susu kambing merupakan makanan semulajadi hampir kepada makanan sempurna yang berkhasiat dan penuh dengan kesegaran. Kandungan kalsium dan vitamin yang tinggi dan kurang laktosa berbanding susu ternakan domestik yang lain. Struktur kimianya adalah bersamaan dengan susu ibu.
* Tanpa bahan pengawet dan segar dari ladang.
* Telah menjalani proses pempasteuran dan homogenasi.
* Diproses menggunakan teknologi pemprosesan susu terkini.
* Mudah dihadam kerana globul lemaknya lebih kecil.
* Kaya dengan protein, enzim dan vitamin A.
* Dipercayai mengandungi faktor anti-antritis (inflamasi sendi) dan anti barah
Diperakui oleh pakar-pakar kesihatan bahawa susu kambing mampu mengubati
- Demam Kuning
- Eczema (Penyakit Kulit)
- Gastrik
- Athma (Lelah)
- Insomnia
- Ulcer
- Hepatitis A
- Menambahkan selera makan (kanak-kanak)
- Blue Babies (Kecacatan Jantung Bayi)
- Sakit Jantung (peringkat awal)
- Penyakit Buah Pinggang
- Memulihkan tenaga batin
- Perawatan kulit (Ultraviolet)
- Mudah dihadam kerana globul lemaknya lebih kecil
- Amalan penternakan yang baik memastikan kualiti dalam semua aspek penternakan. Ini akan meningkatkan keyakinan pengguna terhadap end product iaitu susu kambing
- Lokasi ladang dan infrastruktur Ladang hendaklah ditempatkan tidak kurang 0.5 km dari sebarang rumah kediaman
- Kawasan persekitaran ladang perlu dipagar, jarak antara kandang kambing dan pagar mestilah tidak kurang 10 m
- Jarak antara system pengolahan sisa dan pagar juga mestikurang dari 10 m
- Kemudahan seperti bilik rehat pekerja tandas dan pejabat dibina 60 m dari pejabat
- Bekalan foraj dan kosentrat-Amalan system FIFO dipraktik di ladang-Pastura dan foraj di selia dengan baik
- Kosentrat yang diperolehi dan dikeluarkan dari stor direkod mengikut batch
Kandang boleh dibuat di atas tanah ataupun secara berlantai. Pembinaan kandang yang berlantai tinggi dari tanah adalah disyorkan kerana mempunyai sistem pengedaran udara yang baik dan juga senang dicuci.
Lantai
* Di dalam pembinaan kandang, lantai yang dibuat hendaklah:
* tahan lama - misalnya tahan dari semburan bahan kimia dan air kencing
* mudah dicuci
* tidak licin
* tidak mencederakan
* tidak mudah lembab
* Lantai hendaklah dibuat dari bahan yang sesuai seperti beroti yang berukuran 1.5 s.m. (tebal) dan 3.5 s.m. (Lebar), buluh atau batang pinang yang dibelah, anak-anak kayu dan juga papan biasa. Supaya kencing dan najis senang jatuh ke bawah, kayu atau papan lantai diatur dengan jarak 1.2 - 1.8 s.m. tiap-tiap satu. (Jika terlampau luas berkemungkinan kaki anak kambing akan tersepit).
* Luas kawasan lantai untuk satu ekor kambing dewasa ialah di antara 0.7 - 1.4 meter persegi (8 - 15 kaki persegi).
* Dinding hendaklah dibuat dari bahan yang tahan lasak. Ini adalah kerana kambing mempunyai tabiat suka menanduk, menggigit dan menggeser dinding. Bahan-bahan yang boleh digunakan ialah buluh, kayu bulat (kayu hutan) dan papan.
* Dinding boleh dibahagikan kepada dua bahagian:
* Dari lantai sehingga kira-kira 1 m ke atas boleh dibuat daripada papan, dengan jarak yang lebih rapat antara 1.5 - 2.0 s.m. yang memerlukan ruang yang agak tertutup untuk mengelakkan kesejukan.
* Di atasnya boleh digunakan kayu beroti, buluh atau nipah dan anak-anak kayu. Jaraknya di antara satu dengan yang lain 9 - 12 s.m.
Palung Makanan
Palung makanan boleh dibuat sama ada di bahagian luar ataupun bahagian dalam iaitu di sepanjang jalan tengah. Lebar palung bahagian bawah ialah 0.3 m dan 0.45 m di bahagian atas. Bagi kandang yang tiada palung makanan, rumput boleh diikat atau digantung di tengah-tengah kandang kira-kira 0.5 m dari paras lantai. Bekas abuk (konsentrat) boleh dibina di bawah palung rumput atau di mana-mana tempat di dalam kandang atau diisi di dalam besen. Air yang cukup dan bersih hendaklah disediakan di dalam baldi atau besen.
Bagi merendahkan kos membina kandang kambing, bahan-bahan digunakan mestilah murah dan tahan lama. Sumber-sumber asli seperti buluh, kayu bulat, nipah rumbia dan sebagainya boleh juga digunakan. Kambing memerlukan ruang lantai 0.7 - 1.4 meter persegi ( 8 - 15 kaki persegi) untuk seekor. Kandang untuk penternakan secara komersil memerlukan kos yang tinggi.
Keluasan untuk seekor kambing hanya 4’X2’ biasanya dengan keluasan 10’X10 dapat memuatkan 15 ekor kambing.
Pengurusan ternakan
CARA PEMBIAKAN
I. Pembiakan boleh diadakan dengan dua cara iaitu:
· membiak dengan menggunakan baka jantan
· membiak melalui permanian beradas
Di antara kebaikan yang boleh didapati melalui permanian beradas adalah:
· dapat mengawal penyakit kelamin pada ternakan
· kegunaan sepenuhnya baka-baka terpilih
· air mani dari baka yang baik boleh disimpan dan digunakan walupun baka tersebut telah mati
· mengurangkan perbelanjaan yang terpaksa ditanggung dalam pemeliharaan baka-baka jantan
II. Disamping kebaikan dalam menjalankan pembiakan melalui permanian beradas, kesulitan yang mungkin timbul adalah:
· penentuan biang dan waktu permanian
· menentukan teknik-teknik semasa menyuntik air mani adalah betul
· boleh menyebabkan kerosakan pada alat peranakan jika teknik dilakukan tidak betul atau kasar
Buat masa ini pembiakan dengan menggunakan baka adalah disyorkan kerana permanian beradas bagi ternakan kambing masih belum digunakan secara meluas
Umur dan Berat Badan Untuk Mula Membiak
Kambing akan mula membiak apabila mencapai umur sembilan bulan. Namun begitu, pada umur ini, perkahwinan adalah tidak disyorkan kerana terlalu muda. Besar kemungkinan ianya tidak akan menghasilkan anak yang baik. Anak-anaknya nanti kebiasaannya kecil dan bantut. Umur yang biasa digunakan untuk membiak adalah di dalam lingkungan 1 tahun - 1 1/2 tahun di mana berat badan adalah di dalam lingkungan 20 - 25 kg. Pemberian makanan mempengaruhi tahap umur kematangan.
Pengenalan Berahi
Berahi menunjukkan betina sudah matang dan boleh dikahwinkan. Tanda-tanda berahi:
· tidak tenang (gelisah)
· mengibas-ngibaskan ekor dan menggosok-gosok badan ke kandang
· mengembek terus menerus
· sering kencing
· kemaluan membengkak/keluar lendir kemerahan
Lama masa berahi 12 - 48 jam dengan siklus (edaran) berahi 18 - 24 hari, puratanya 20 hari.
Jangka Masa Bunting
Tempoh kebuntingan kambing adalah selama antara 145 - 155 hari atau puratanya 151 hari. Mengikut perkiraan kasar, tarikh kelahiran anak-anak kambing dapat ditentukan dengan Carta berdasarkan waktu bunting selama 150 hari (purata). seperti di bawah ini:
Jarak Kelahiran
Jarak kelahiran yang biasa didapati pada kambing-kambing di Malaysia adalah selama di antara 207 - 259 hari. Dengan kadar kelahiran kembar sebanyak 50% adalah dijangka purata anak yang boleh diperolehi dalam setahun ialah 1.3 atau 1.5 ekor untuk seekor ibu.
Label
Penyimpanan
Biosekuriti
Kambing yang sihat kelihatan:
Cergas, berselera maka, suka berkumpulan, bulu berkilat, kulit licin, tahi keras dan badan berisi
Kambing berpenyakit nampak monyok, tak lalu makan, mengasingkan diri, sering mengembek, bulu kering dan meremang, tahi ceret serta badan kurus
No comments:
Post a Comment