- Mengenal pasti bakal pelanggan /memahami sasaran pelanggan semasa
- Faham tentang kehendak dan keperluan pelanggan
- Menentukan strategi pemasaran terbaik
- Mewujudkan daya maju produk atau perkhidmatan
- Mengurangkan risiko dan meningkatkan keuntungan
- Memastikan syarikat anda mendahului pesaing
- Mengenal pasti arah aliran pasaran semasa
- Mengenal pasti ancaman dan peluang
Perniagaan bukanlah sekadar perlumbaan membeli pelanggan. Perniagaan juga adalah pertandingan mencipta peluang dan pada waktu yang sama, mencipta pembeli. Pengusaha-pengusaha perniagaan mesti merangka strategi jualan dan pemasaran.
Penentuan Urusan Jualan & Harga mestilah munasabah berdasarkan harga pasaran semasa.
Bagi memudahkan urusan jualan dan penentuan harga, kesedaran betapa pentingnya satu mekanisma harga yang standard dan boleh menjadi asas bagi setiap penentuan dan kawalan harga, agar urusan halal lagi berpahala, agar kita mendapat barokah dan urusan tidak menjadi beban timbangan diakhirat nanti
- Harga yang ditetapkan tidak melanggar undang-undang semasa kerajaan (KPDNKK)
- Harga yang ditetapkan mestilah memberi keuntungan kepada semua pihak (termasuklah orang tengah)
- Penentuan harga perlu mengmbil kira faktor sosial iaitu tidak membebankan pengguna demi keuntungan semata-mata.
- Strategi Pemasaran
- Rancangan Pemasaran
Strategi pemasaran adalah satu hal yang merangkumi matlamat jangka pendek dan jangka panjang. Untuk berjaya dalam strategi pemasaran, anda perlu memahami aspek sasaran pelanggan, pesaing, kekuatan perniagaan anda dan juga kelemahan perniagaan anda.
Antara perkara penting dalam strategi pemasaran yang perlu anda perhatikan adalah:
- – Matlamat jangka panjang
- – Matlamat jangan pendek
- – Memahami pelanggan
- – Mengkaji pesaing
- – Kekuatan perniagaan / Analisis SWOT adalah fakta mengenai kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman
Rancangan pemasaran adalah butiran yang terperinci mengenai proses strategi pemasaran akan dilaksanakan. Ia mencatatkan tindakan yang lengkap dengan langkah-langkah perlu diambil untuk mencapai kejayaan dalam aktiviti pemasaran.
Antara butiran terperinci yang perlu ada dalam rancangan pemasaran adalah:
- – Aktiviti promosi
- – Jadual pelancaran produk
- – Perancangan aktiviti pengiklanan
- – Penetapan anggaran bajet
- – Matlamat yang hendak dicapai
1) Penentuan Harga berpandukan Kos
Penentuan harga mestilah mampu menampung Kos Berubah (Overhed) dan Kos Tetap ( Kos Pengeluaran )
KOS BERUBAH ( Kos Pengeluaran ) = Perbelanjaan yang berubah mengikut jumlah pengeluaran dan jualan
Contoh: Kos Buruh , Kos Bahan Mentah
KOS TETAP (Overhed) = Perbelanjaan yang tidak berubah sama ada jualan meningkat atau menurun
Contoh: Kos Sewa, Premium insurans
MARJIN KEUNTUNGAN
Penentuan Harga sesuatu produk ditentukan dengan menambah marjin keuntungan keatas Kos Pengeluaran Produk
Contoh: En Yousof mempunyai premis memproses Produk Daging Perap dan kemudiannya memasarkan produk tersebut kepada kedai-kedai runcit . Beliau mempunyai kos jangkaan jualan seperti berikut
KOS BERUBAH : RM 10.00
KOS TETAP : RM 300,000.00
Jumlah Jangkaan Jualan : 50,000 unit ( peket daging perap)
Maka kos seunit ( peket daging perap) adalah
2) Penentuan Harga berpandukan oleh Permintaan dan Penawaran
Penawaran= Kuantiti Produk yang akan dijual oleh pengeluar pada harga tertentu
Permintaan= Kuantiti produk yang akan di beli oleh pengguna contoh kebiasaannya kuantiti yang di minta akan meningkat apabila harga rendah dan sebaliknya.
TITIK PULANG MODAL
Titik Pulang Modal dikira dengan fomula iaitu:
ii. Jualan lembu hidup untuk aqiqah
iii. Jualan lembu hidup untuk korban
iv. Jualan runcit secara tunai (daging segar)
Penjualan ternakan tidak mendatangkan masalah kerana pengeluaran segar tempatan hanya dapat menampung kurang dari 20% keperluan negara.
Permintaan terhadap penjualan ternakan hidup akan meningkat lebih tinggi terutama ketika musim-musim perayaan (Hari Raya Puasa dan Hari Raya Haji).
Walaupun terdapat penternak-penternak lain yang mengusahakan penternakan lembu pedaging, persaingan daripada mereka tidaklah menjadi masalah kerana permintaan terhadap daging lembu sentiasa meningkat.
Penjualan lembu/kambing hidup
Kebanyakkan penternak menjual ternakannya sendiri, sama ada jualan pukal, borong, samada hidup atau karkas Lembu harus ditimbang seekor demi seekor atau timbang pukal. kebiasaannya akan ditimbang keseluruhan dan bercampur-campur. Tiada saiz tertentu. Ada juga dijual ikut kepala. Banyak kes timbangan lori yang agak mengelirukan.
Jika penjualan ternakan secara pukal, seharusnya diadakan sistem petak kandang pengasingan ternakan sebagai contoh membuat mengasingkan gerompok ternakan mengikut anggaran berat badan dimana pengasingan pada ternakan (lembu yang beratnya 200 kg keatas dalam satu petak, lembu beratnya 300 kg satu petak yang lain dan lain-lain.
Penternak perlu membuat costing yang basics terhadap harga lembu/kambing hidup mengikut kadar semasa. Penternak harus tahu untung rugi dalam setiap penjualan
Sebagai Contoh:
1) Lembu hidup 12.50/kg timbang jual hidup. Anggaran RM 2200-4000.
2) Penternak boleh menyembelih dan melapah kemudian menjual kepada peniaga daging. Katakan Penternak menjual kepada peniaga daging dengan harga timbang karkas diantara harga dalam RM 20-22-24. Costing yang harus diambil kira adalah dari hasil jualan kasar selepas ditolak kos karkas. Contoh beli karkas harga RM 4400 dan jualan cuma 4650. Untung bersih yang peniaga daging dapat adalah sekitar RM 200-300 sahaja masih lagi dianggap kecil jika hendak dibandingkan Kos yang dikeluarkan.
3) Ada juga penternak sanggup sanggup menurunkan harga jualan bawah harga RM 20 untuk menghabiskan stok. Dengan syarat peniaga daging harus membeli karkas dalam jumlah yang banyak.
3) Atau penternak menjual ternakan hidup secara jualan pukal dengan harga di antara RM 2500-4500. Penternak boleh dikatakan masih dapat untung tapi nipis.
Harga Karkas lembu/Kambing
Bagi penternak yang ingin memasarkan sendiri produk mereka, disarankan ikut syariah. Buat costing sheet, belian hidup dan unjuran yields ( persentase profit / imbalan hasil atau keuntungan yang didapati dari jumlah investasi yang dikeluarkan atau hasil dari jualan )
Bagi urusan penjualan karkas penternak kepada peniaga pasar, adalah disarankan ditimbang kesemua karkas.
- Lembu dapat diperoleh karkas sekitar mencapai 45 - 50% dari berat hidup
- Kambing dapat diperoleh karkas sekitar mencapai 40 - 50% dari berat hidup
Sebagai Contoh:
Kos belian lembu diantara sekitar RM 1800-2500 seekor + kos makanan + kos tersembunyi + kos upah dan lain-lain di anggarkan sebanyak RM 2300-3000.
Maka anggaran tadi dapat yields (Keuntungan) - shrinkage (Penyusutan) adalah diantara 30-55% sahaja. Tidak boleh melebihi 75% ,mahupun 100%
Setiap alat timbang dan sukat yang digunakan untuk tujuan perdagangan mestilah ditentusahkan setiap 12 bulan dan tertakluk dengan peraturan di bawah Akta Timbang dan Sukat 1972.
Tujuan proses stamping/renew lesen timbang adalah untuk memastikan timbang dalam keadaan baik,sempurna Dan tepat
Harga jualan keratan tertentu daging lembu/Kambing
Setiap butcher mampu menghasilkan segar tempatan yang bermutu tinggi. Sebenarnya pada karkas lembu terdapat bahagian-bahagian daging yang bernilai dengan harga ratusan ringgit sekilo jika dipotong dengan cara yang betul. Costing, keratan yang betul akan menentukan halatuju dan jenis pelanggan
Setiap bahagian lembu hind quarter, fore quarter dan rib sets ada bahagian tertentu yang berbeza tekstur, urat, rasa, kelembutan dan bentuk. Setiap keratan ada kelebihan dan keseuaian cara dimasak dan apa yang hendak dimasak.
Peniaga daging pula, bukan sekadar menjual daging sahaja tetapi Peniaga daging perlu mengetahui cara untuk memaksimakan keuntungan. Jika diketahui berat karkas, maka Peniaga daging boleh membuat anggaran keratan / potongan dasar tertentu yang boleh diperolehi dan boleh dikira anggaran harga jualan runcit untuk dapat margin besar.
Sebagai contoh:
Tujuh Potongan Dasar dari Whole Cuts pada Karkas lembu: (1) Chuck, (2) Rib, (3) Brisket, (4) Short Plate, (5) Short Loin, (6) Sirloin, (7) Flank, (8) Round dan Rump
Perkara ini amat penting kerana ianya secara tidak langsung bakal menentukan tahap pengetahuan peniaga dan marketing jangka panjang.
Pengguna boleh menerima kerana mereka dapat kualiti, value for money untuk keratan produk ditawarkan. Jika pelanggan sangat gembira, maka mereka akan repeat dan repetition dan repetitive
termasuk dalam harga siling dan peniaga bebas menjualnya pada harga munasabah.
Harga primals dan loin
.
Tenderloin - RM 36-39-49-59-69 (stirfry)
Cube Roll - RM 36-39-49 (steak, pantry)
Striploin. - RM 39-49 (grill)
Knuckle. - RM 36 (roast)
Oyster blade - RM 39-49 (syabu²)
Rump - RM 31 (steak, cube)
Topside RM 31 (rendang, Kari)
Eye Round RM 30 ( steak, grill)
Chuck tender RM 35 (stirfry)
Brisket RM 27 (braised,oven)
Ribs RM 27-29 (soup, oven)
Lamb
Rack /Loin - RM 69 (oven grill, Panfried)
Shoulder RM 30-39-49 (grill)
Legs RM 59 ( steaks, curry)
Shanks RM 55 ( curry,soups)
Kepentingan Promosi
Dalam hal ini strategi promosi memainkan peranan paling penting. Pemasaran terdiri daripada aktiviti promosi, merupakan satu aktiviti yang banyak mendapat persaingan. Perancangan strategi pemasaran diperlukan bagi memastikan persaingan ini tidak menjadi penghalang kepada pemasaran sesuatu produk.
Promosi memainkan peranan yang penting dalam usaha meningkatkan jualan sesebuah perniagaan. Jika sesebuah perniagaan tidak menjalankan strategi promosi, ia tidak dapat menarik pelanggan dan tidak dapat meningkatkan jualan serta keuntungan perniagaan.
Peniaga boleh mempromosi melalui media cetak seperti suratkhabar, Katalog / risalah, kain rentang, dan. Media elektronik dan juga media-media yang lain.Pemasaran terus merujuk kepada aktiviti pemasaran yang dijalankan secara terus kepada golongan sasar tanpa menggunakan perantara.
Promosi jualan digunakan untuk meningkatkan jualan dalam masa yang singkat. Promosi jualan digunakan untuk menarik perhatian pembeli untuk membeli sesuatu produk atau perkhidmatan. Antara promosi jualan yang kerap digunakan ialah pemberian kupon, hadiah percuma dan potongan harga.
PERANAN PROMOSI
- Menyampaikan maklumat.
- Memujuk dan mempengaruhi.
- Mewujudkan pasaran baru.
- Mengekalkan pasaran.
- Meningkatkan jualan dan mengurangkan kos.
- Memantapkan imej produk dan syarikat.
- Mengatasi pesaing.
Promosi yang baik dan berkesan boleh digunakan dalam membantu sesebuah perniagaan untuk berkembang. Ini boleh menambahkan jualan perniagaan dan meningkatkan keuntungan perniagaan.
Produk Daging Segar Berpandukan Garis Panduan Syariah
TAULIAH PENYEMBELIHAN HALAL
Daging segar tempatan yang dipasarkan perlulah dipastikan adalah Halal Toyyiban bermula daripada peringkat penternakan, penyembelihan, pemprosesan, pembungkusan sehinggalah ke pemasaran.
Penyembelihan ternakan perlulah mengikut syari'e. Semua Proses penyembelihan ternakan perlulah dilakukan oleh PEMEGANG TAULIAH PENYEMBELIHAN
Syarat utama untuk menjadi tukang sembelih di Rumah Sembelih yang diperakukan halal oleh Jakim, tukang sembelih ini WAJIB mempunyai tauliah penyembelihan daripada Jab. Agama Islam Negeri di negeri mereka bertugas.
PENSIJILAN HALAL RUMAH SEMBELIHAN
Pensijilan halal memainkan peranan kritikal dalam memperluas pasaran produk tempatan ke peringkat antarabangsa. sekali gus membuka peluang signifikan bagi peniaga untuk meningkatkan jualan serta memperluas jenama mereka.
Pensijilan halal khususnya rumah sembelihan adalah satu proses bagi memperakui serta mengesahkan kehalalan produk sembelihan yang dihasilkan. Proses ini dijalankan bagi mengesahkan produk yang dikeluarkan telah memenuhi kehendak jaminan kualiti, perundangan berkaitan kualiti yang ditetapkan, serta syarat-syarat minimum prestasi selain daripada aspek halal
Pensijilan Halal Rumah Sembelihan adalah skim pensijilan yang dibuka kepada pengusaha produk sembelihan dalam negara untuk mendapat Sijil Pengesahan Halal Malaysia.
Pensijilan halal Jakim selama ini amat menitik beratkan soal penyembelih ini, bukan semata-mata hasil sembelihan yang dilihat aspek kebajikan penyembelih juga sangat diberi perhatian.
Dalam aspek jaminan kualiti, proses pensijilan halal merangkumi garis panduan keselamatan dan kualiti ketat, yang melindungi pengguna dan meningkatkan standard produk serta pada masa sama, membina kepercayaan.
Penggunaan logo halal juga perlu dalam pemasaran produk halal bukan sahaja sebagai salah strategi dalam pemasaran produk tetapi dalam memastikan kualiti produk yang dikeluarkan itu adalah terbaik dan menepati konsep halalan tayyiban. Ini kerana, kesedaran terhadap produk halal yang semakin meluas di kalangan masyarakat hari ini yang turut melibatkan orang bukan Islam. Ada juga sebahagian daripada mereka yang memilih produk halal berbanding non-halal kerana kerana produk halal itu lebih dijamin kualitinya dari segala aspek berbanding produk lain.
Tempat Jualan / Kedai / Gerai Daging
Sebagai peniaga, perlulah membuat analisa tentang tentang
- Berapa ramai orang lalu di hadapan kedai mereka
- Berapa ramai orang yang berhenti sebentar untuk melihat promosi yang dipaparkan di tingkap kedai
- Berapa ramai orang yang sebenarnya masuk ke kedai
Jika dilihat dari responden pengguna (pembeli), pilihan utama bagi pembelian hasil pertanian segar ( termasuklah daging segar tempatan mahupun daging import )
- Pasaraya 36%
- Pasar Awam 23%
- Pasar Tani 19%
- Pasar malam 15%
- Kedai Runcit 7%
- Lokasinya yang strategik
- Kemudahan parkir kenderaan
- Waktu operasi sesuai
- kepelbagaian barangan jualan
- Mudah dapat produk / Bekalan konsisten sentiasa ada
- Produk Berkualiti / Kesegaran terjamin
- Kebersihan memuaskan
- Harga Jualan berpatutan
- Tanda harga dipamerkan / Perbandingan harga
- Promosi / Hebahan penjimatan adalah kerap
- Penjimatan harga tidak jejaskan kualiti
- Peluang tawar menawar
- Kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan
Konsep pemasaran segar tempatan ke arah target pasararan potensial adalah pusat peruncitan besar seperti termasuk department stores, pasaraya besar, hotel, restoren dan sebagainya.
Daging Segar Outlet ialah kedai daging berkonsep mini dan moden yang menjalankan aktiviti pengedaran dan pemasaran
Pembukaan Kedai yang berkonsepkan Moden dan high market dikawasan tumpuan ramai. Dilengkapi juga dengan chiller, Display Chiller, kebersihan tahap tinggi dan ruang jualan berkaca di bahagian hadapan premis dengan pemandangan ceria untuk menarik pelanggan datang.
Mendigitalkan Perniagaan Anda
Kita kini berada dalam era moden di mana kaedah pemasaran konvensional sudah menjadi kurang sesuai untuk sampai ke sasaran yang lebih besar. Penggunaan teknologi perlu digunapakai sepenuhnya, sekurang-kurangnya menggunakan kaedah pemasaran digital untuk perniagaan anda.
Pemasaran digital (Kemudahan Shopping Online) ditakrifkan sebagai aktiviti promosi untuk produk atau jenama melalui aplikasi media elektronik. Fungsinya ialah sebagai medium pertukaran maklumat produk atau perkhidmatan kepada pelanggan. Selain itu, usahawan boleh menggunakan kaedah ini untuk membina dan mengekalkan hubungan bersama pelanggan.
Pemasaran digital adalah lebih kos efektif daripada kaedah pemasaran konvensional dari segi kitar jualan yang berkurangan, boleh diukur, memberi lebih kemudahan serta mencapai hasil yang disasarkan. Pemasaran digital kini dan pada masa hadapan bermatlamat untuk menghasilkan jualan daripada pengguna internet.
[Packing, Packaging
& Labeling]
Sejarah
Pembungkusan
Konsep pembungkusan telah wujud sejak manusia mula
berniaga. Setelah zaman industri di Eropah pada sekitar 1970-an, pembungkusan
telah wujud menjadi satu bidang perdagangan yang penting.
PACKAGING
Packaging merupakan pengemasan barang dengan tujuan untuk melindungi produk dan melindungi barang dari kerusakan selama penyimpanan dan pengiriman (distributor)
Packaging (pengemasan) juga membuat produk tampil menarik di mata konsumen ataupun pelanggan. Tujuan packaging lebih ke branding awareness suatu produk dan memudahkan logistic
Pembungkusan ialah sains, seni dan teknologi untuk melindungi dan memelihara kualiti sesuatu barangan semasa dihantar, disimpan atau dipamerkan.
KELEBIHAN DAGING DALAM PENGGUNAAN PEMBUNGKUSAN VAKUM (VACUUM PACK)
Pembungkusan vakum adalah kaedah mengosongkan udara dalam bag vakum plastic yang paling berkesan untuk mencegah penyusutan berat daging, mengelak pencemaran pathogen dan memperpanjang jangka haya ,juga dapat menjadikan produk lebih bersih.
- Daging akan tahan lebih lama dan masih berjus
- Dapat mencegah pertumbuhan kulat dan bakteria akibat terdedah
- Daging tahan lebih lama
- Dapat mengelak daging daripada ternyahhidrat
PACKING
Packing adalah suatu alat atau material yang kemudian digunakan untuk
membungkus barang (wrapping) supaya produk
dapat terhindar dari kerosakan sama ada pecah bocor patah, berlakunya geseran atau goncangan juga melindungi kelembaban
dan lainnya.
Packing dilakukan dengan mengumpulkan barang dalam suatu kuantiti yang dikehendaki ke dalam suatu bekas seperti kotak
LABEL PRODUK
Label produk (labeling) adalah tanda atau penanda ( Jenama) yang
terdapat pada produk atau kemasan produk yang memberikan informasi mengenai
produk tersebut. sehingga konsumen dapat membuat keputusan yang tepat
dalam memilih, membeli, dan menggunakan produk tersebut.
Selain itu, label produk juga berfungsi sebagai suatu
promosi dan branding bagi meningkatkan kesadaran konsumen terhadap produk
mereka dan membezakan produk mereka dari produk pesaing.
Fungsi Pembungkusan
i)Melindungi barangan dari segi fizikal
ii)Menjamin kualiti barangan
iii)Memudahkan kerja penghantaran, penyimpanan dan
pameran barangan
iv)Menyampaikan maklumat barangan kepada pengguna
v)Mengiklankan maklumat dan mempromosikan barangan
Ciri-ciri Pembungkus Hasil makanan:
i)Keterangan tentang ramuan
ii)Jenama
iii)Gambar hasil
iv)Berat bersih kandungan
v)Tarikh luput makanan
vi)Logo, nama,dan alamat syarikat atau pembuat
hasil
vii) Harga barangan
Strategi pemasaran, branding dan
iklan Ke atas Pembungkusan
Di antara kriteria lain yang perlu diberi penekanan ke atas pembungkusan
ialah:
·Reka bentuk
·Reka letak (taipografi)
·Warna dan grafik serta imej yang berkaitan dengan
barang produk.
·Logo halal
·Due Date
·Customer Support Line
·Motto
·Tema
·Nama Produk
·Isi kandungan
Kriteria utama bagi sesebuah pembungkusan itu berjaya antaranya :
i) Indentify
Identify merujuk kepada sejauh manakah pengguna
boleh mengenali produk atau pembungkusan yang dipamerkan apabila mereka
membelinya dan ianya menjadi asa kepada mereka bentuk bungkusan.
ii)Functionality
Bagi setiap produk yang dibeli, para pengguna akan
melihat dan memastikan bahawa keupayaan produk tersebut berfungsi . Keupayaan
berfungsi oleh produk tersebut meningkatkan keyakinan pengguna kepada matlamat
yang keinginan mereka untuk membeli
iii)Personality
Personality merujuk kepada bagaimanakah maklumat
yang di reka bentuk ke atas produk bungkusan berkesan, menarik, serta memberi
impak tatkala melihat kali pertama dan berfungsi dengan baik? Maksudnya yang
mudah ialah berjayakah reka bentuk pembungkusan mempengaruhi cita rasa pengguna
untuk membeli?
Pada tahap ini, konsisten (kekerapan membeli)
dalam mempenagruhi pembeli membeli produk yang sama menjadi agenda yang
utama.Kalau tidak matlamat utama untuk mencapai pembelian lebih dari sejuta
pembeli tidak akan tercapai
iv)Navigation
Navigation merujuk kepada pengguna mengetahui
dalam mencari di mana memperolehi produk yang dijual. Faktor ini sama seperti
faktor identification, yang bergantung kepada gaya reka bentuk yang terdiri
daripada :
· Taipografi
· Warna
· Pattern
· Huruf
· Rupa
Buku Tunai (cashbook)
Asas kepada sistem perakaunan adalah menyimpan rekod buku tunai. Penyimpanan rekod untuk semua perbelanjaan dan dokumen asal seperti bil, inbois, resit, pembayaran dan baucer jualan adalah penting sebagai bukti bagi setiap data yang dinyatakan di dalam buku tunai syarikat anda. Data daripada buku tunai akan digunakan untuk merekod penyata bulanan akaun syarikat anda. Bagi usahawan syarikat kecil, buku tunai digunakan untuk merekod transaksi harian mereka.
Penyata Pendapatan Komprehensif (Penyata Untung Rugi)
Penyata Pendapatan Komprehensif (Penyata Untung Rugi) ialah penyata kewangan yang merumuskan pendapatan, kos dan perbelanjaan yang terlibat untuk satu tempoh masa tertentu.
No comments:
Post a Comment