SINKRONISASI ESTRUS
SINKRONISASI ESTRUS - Melibatkan rawatan ternakan supaya kesemua atau kebanyakan mereka menunjukkan estrus dan ovulasi dalam masa yang sama / serentak
SINKRONISASI ESTRUS merupakan satu kaedah menyeragam / mengawal pembiakan
( controlled breeding ) supaya kumpulan ternakan melahirkan anak pada masa yang diingini
-Diguna untuk pembiakan bermusim
-Melibatkan penggunaan bahan kimia / hormon sintetik
-Program permanian beradas dapat ditumpu dalam beberapa hari sahaja
-Pengesanan berahi masih perlu dan tidak boleh diabai, cuma tumpuan boleh diberi pada masa-masa tertentu sahaja
KAEDAH
Terdapat 2 kaedah asas membawa lembu-lembu ke peringkat yang sama dalam kitaran estrus
1. Memanjangkan Fasa Luteum (Prolonging the Luteal Phase)
2. Memberhentikan Fasa Luteum (Terminating the Luteal Phase)
Terdapat 2 cara pemberian:
MEMANJANGKAN TEMPOH LUTEUM
1) Menggunakan hormon luteinizing
-Rawatan degan luteinising hormone untuk memanjangkan hayat korpus luteum
-Kaedah ini tidak ekonomik dan tidak digunakan
2) Menggunakan Progestron
-Kaedah rawatan progestron terhadap sekumpulan lembu untuk beberapa hari akan menghalang aktiviti estrus
-Apabila rawatan ini dihentikan, kitaran estrus dapat diseragam - estrus dan ovulasi berlaku dalam 2 - 6 hari
-Kadar fertiliti pada estrus pertama dengan kaedah ini didapati rendah. ‘Silent heats’ sering berlaku.
-Masalah ini diatasi dengan alat yang membebaskan progestron secara perlahan serta kombinasi dengan hormon lain (Estrogen dan FSH) - hampir menyerupai kesimbangan hormon dalam badan
-Lembu biasanya dirawat dengan kompaun progestron sintetik ini selama 7- 16 hari
Terdapat 2 cara pemberian:
a)Intravagina tampons
b)Subcutenaneous inplants
INTRAVAGINALTAMPON
2 jenama di pasaran
1 .PRID (Progestrone Releasing Implantation Device)
2. CIDR (Controlled Internal Drug Release device)
-Dimasukkan ke dalam vagina menggunakan aplikator khas
-Kendali dengan bersih untuk mendapat hasil terbaik
PENGGUNAAN CIDR
Ø Dengan Suntikan CIDIROL® (Oestradiol Benzoate)
Hari 1 - Masukkan CIDR
Hari 6 - Keluarkan CIDR
Hari 7 - Suntik
2ml Cidirol
2ml Cidirol
Hari 8 - A.I.
Ø Dengan kapsul Cidirol
Hari 1 - Masukkan CIDR dan Kapsul
Hari 13 - Keluarkan CIDR
Hari 15, 16, 17 - A.I.
Ø Tanpa Cidirol
Hari 1 - Masukkan CIDR
hari 16 - keluarkan CIDR (estrus 3 hari selepas)
SUBCUTENOUS IMPLANTS
1-Jenama di pasaran Synchromate B
2-Pemberian dicadangkan - melalui ear implant dengan aplikator khas
3-Ditanggalkan seleapas 9 - 11 hari
PRID, CIDR, SYNCROMATE B
1-Lebih selamat berbanding penggunaan prostaglandins - tiada kesan sampingan dan risiko keguguran
2-Lebih sesuai untuk lembu-lembu yang ‘poor reproductive condition’ kerana sifat produk yang ‘start cows cycling’
3-PRID & CIDR boleh menyebabkan vaginitis. Kebersihan penting semasa mengendalikannya
4-Pengendalian (memasuk dan menanggal) - perlu lebih masa / tenaga untuk mengekang ternakan dan Lebih mahal berbanding prostaglandinns
MEMBERHENTIKAN FASA LUTEUM
Ø Dilakukan dengan cara :
1. Memicit korpus luteum semasa pemeriksaan rektum
tidak digalak, boleh berlaku adhesions dan pendarahan - masalah pembiakan
2. Menggunakan agen luteolytic seperti prostaglandins
PROSTAGLANDINS
-Dirembes dalam badan pada hari 17 -19 kitaran estrus (lembu) untuk menguraikan korpus luteum
-Prostglandins sintetik diguna secra meluas untuk sinkronisasi estrus
-Hanya lembu dalam fasa luteum bergerakbalas terhadap terapi prostaglandins
-Purata 60 -70% lembu dalam fasa luteum (hari 5-19 kitaran estrus) pada satu masa. Akan berahi 2 - 4 hari selepas rawatan.
-Biasa diguna - Estrumate, Lutalyse, Prosolvin
-Ada beberapa cara prosrtaglandin diguna untuk seragamkan masa estrus lembu. Perlukan perancangan bagi memastikan ianya berhasil.
-Prostaglandin tidak mempengaruhi fertiliti / kesuburan. Ianya bukan fetility drugs.
-Berguna dalam mangawal masa lembu-lembu datang berahi. Boleh diatur dengan kesesuaian inseminator dan memudahkan pengesanan berahi
-Merbahaya pada manusia, boleh menyebabkan keguguran pada lembu bunting
Program untuk prostaglandin
-Periksa setiap ternakan, heifer dan dewasa
-Mesti kosong (tidak bunting) dan berada dalam kitaran estrus (cycling)
-Untuk lembu yang beranak, sekurang-kurangnya 6 minggu selepas beranak
PROGRAM PROSTAGLANDINS
Ø 10 DAY PROGRAMME
Kaedah paling efektif dari segi kos (cost efective) bagi rawatan dengan prostaglandins
-Langkah 1(hari 1 - 5)
Perhati dan buat A.I. lembu yang estrus (berahi)
-Langkah 2 (hari 5)
Suntik prostglandin semua yang tidak menunjukkan berahi / belum A.I.
-Langkah 3 (hari 6 - 10)
Perhati dan A.I. yang menunjukkan tanda estrus. Kebanyakan pada hari ke 7,8, 9. Sebilangan kecil hari ke 10
lembu yang estrus pada hari ke 6 bukan disebabkan tindakan prostaglandin tetapi datang secara semulajadi.
NOTA: ‘cycling aktivity’ diperiksa selama 5 hari sebelum suntikan prostaglandin. Jika cycling activity kurang 5% / hari - Program ini boleh dibatalkan
Ø 2/2 programme
melibatkan 2 suntikan prostaglandins dan 2 blanket A.I. Tiada pengesanan berahi
-langkah 1 (hari 1)
suntik prostglandin pada semua lembu
-Langkah 2 (hari 11)
suntik prostglandin pada semua lembu untuk kali ke 2
-Langkah 3 (hari 14)
A.I. Semua lembu
-Langkah 4 (hari 15)
A.I. Semua lembu untuk kali ke 2
Secara teori suntikan ke 2 prostaglandin - untuk menyeragamkan masa estrus semua lembu,
Di lapangan - Hasil yang berbeza dan rendah disebabkan tindakan berbeza pada suntikan ke 2 dan tempoh masa ovulasi lebih panjang
Ø Intermediate programme
-Langkah 1 (hari 1)
suntik prostaglandin semua lembu
-Langkah 2 (hari 3,4,5)
perhati dan A.I. lembu yang estrus (± 70%)
-Langkah 3 (hari 11)
suntik kali ke 2 prostglandin untuk yang tidak estrus
-Langkah 4 (hari 13,14,15)
perhati dan A.I. lembu yang estrus
Kombinasi 10 day programme (kos minimum, % bunting tinggi) dgn 2/2 programme (tenaga buruh rendah, tiada pegesanan berahi)
Hasilnya tidak sebaik 10 day programme
Ø Combination
Sinkronisasi terbaik - Progestron sintetik (e.g. CIDR) diguna bersama prostaglandins
Prostaglandins diberi 0 - 48 jam sebelum progestron ditanggalkan
Agak mahal
No comments:
Post a Comment