Friday, November 29, 2024

PENTERNAKAN KERBAU

Asal Usul Kerbau

Domestikasi kerbau di India dimulai 5000 tahun yang lalu di lembah Sungai Indus dan di Cina kira-kira 1000 tahun kemudian. Kerbau yang telah dijinakkan termasuk anggota sub-famili Bovinae di dalam genus Bubalus yang dibagi dalam 4 sub genus iaitu :

  1. Bubalus caffer(kerbau Afrika)
  2. Bubalus bubalis (kerbau Asia)
  3. Bubalus mindorensis (kerbau Mindora)
  4. Bubalus depressicornis (kerbau mini Sulawesi = anoa)

Kerbau  dapat dikategorikan menjadi 2 jenis, iaitu :

  1. Kerbau Sungai ( River buffalo/ water buffalo)
  2. Kerbau Sawah  (swamp buffalo)
Kerbau Sungai / River Buffalo / Water Buffalo

  • Kerbau sungai mempunyai dwifungsi iaitu susu dan daging.
  • Kerbau Sungai boleh memproduksi susu  yang tinggi jika dibandingkan dengan jenis kerbau Sawah.(mengeluarkan 15 liter susu seekor)
  • Bagi speisis Kerbau sungai  biasanya didapati di negara Asia Barat, India, Pakistan, Iran, Iraq, Nepal, Sri Lanka dan Bangladesh. 
  • Kerbau sungai mempunyai badan yang berwarna hitam dan memiliki tanduk berbentuk melengkung. 
  • Kerbau Sungai gemar berkubang di aliran air deras yang bersih seperti sungai. 
  • Kerbau sungai jantan dewasa mempunyai berat di antara 325 dan 450 kg
  • Ciri-ciri khas bagi spesis Kerbau Sungai Asian adalah mempunyai jangka hayat di antara 15 hingga 25 tahun dan jangka hayatnya dijangka meningkat sekiranya ia dibela oleh penternak dan dijaga dengan baik.
Contoh baka Kerbau Sungai
  1. Kerbau Kundi
  2. Kerbau Murrah
  3. Kerbau Nili Ravi

Kerbau Sawah / Swamp Buffalo

  • Kerbau Sawah pula terdapat di negara Asia Timur seperti di Burma, China, Indonesia, Malaysia, Philippines, Thailand and Vietnam. 
  • Spesis kerbau sawah mempunyai warna badan kelabu ketika lahir tetapi dilihat menjadi kulit biru dan ada juga jenis kerbau balar
  • Memiliki tanduk yang lurus dan panjang  ±2 meter 
  • Kerbau jenis ini dilihat ia amat suka berkubang di kawasan paya. 
  • Berat purata kerbau jantan dewasa adalah dalam lingkungan 300 kg hingga 550 kg 
  • Saiz kerbau berlainan dengan purata ketinggiannya sekitar 129 -133 cm bagi kerbau jantan dan sekitar 120-127 cm bagi kerbau betina. 

BAKA-BAKA KERBAU 
Rujukan Risalah:


Kerbau Murrah

Habitat asli: Utra Pradesh Barat,Delhi, Haryana (India), Karachi(Pakistan), Medan Sumut(Indonesia)

Tinggi: Jantan 142,2 cm  Tinggi betina 132,1 cm

Berat Badan : Jantan 566,9 kg; Betina 430,9kg 

Warna tubuh: hitam

Tanduk: melingkar berbentuk spira

Rujukan Risalah



Kerbau Nilli

Habitat: lembah sungai Sutley dan Rovi di Pakistan

Tinggi : Jantan 137,2 cm;Tinggi Betina 127 cm

Berat Badan Jantan 589,7 kg Betina 453,6 kg 

Warna tubuh hitam, putih didahi, muka, muncong dan paha Tanduk 

Kerbau Murrah mampu menghasilkan susu sebanyak 1,500-1,800 per laktasi.

Tempoh laktasi boleh memcecah sehingga 300 hari. Dan pada masa waktu puncak laktasi, produksi susu boleh mencecah 13-15 liter. Tempoh bunting sekitar 300 +/- 10 hari.

Kerbau Ravi

Habitat : lembah sungaiSutley & Ravi di Pakistan

Ukuran tubuh :- Tinggi gumba (jantan132,1 cm; 127 cm) 

Berat Badan Jantan 680,4 kg; Betina 635 kg

Warna tubuh :Hitam, wall eyes putih, putih dikepala, paha, ambing


Rujukan Risalah:


Kerbau Kundi

Habitat :Daerah Sind →Sindhi Murrah

Berat badan 320 – 450 kg 

Warna tubuh :Hitam/coklat terang; putih bentuk bintang di dahi,teracak & bulu ekor

Tanduk : Dasar tebal,mengarah kebelakang & atas(seperti pancing)


Rujukan Risalah:


Kepentingan ternakan kerbau

  • Daging kerbau adalah sumber protein berpotensi meningkat pengeluaran daging & susu alternatif
  • Kurangkan kebergantungan kepada daging import
  • Kos ternakan kerbau adalah lebih rendah kerana ternakan tersebut lebih lasak serta tahan lasak kepada penyakit.
  • Pilihan makanan kerbau adalah lebih meluas berbanding cara permakanan bagi lembu


Pengurusan Penternakan Kerbau Pedaging

  1. Sistem Penternakan Semi Intensif
  2. Sistem Penternakan Ekstensif lepas bebas​.

1) Sistem Penternakan Semi Intensif
  • Ternak kerbau di gembalakan dengan membiarkan meragut pada siang hingga petang dan dikandangkan pada malam harinya.  
  • Ternakan Kerbau akan ditempatkan di kandang di waktu malam. Tambahan rumput, dedak, air dan garam galian tersedia di kandang bagi keperluan  malam dan awal pagi.

2) Sistem Penternakan Ekstensif
  • Ternakan kerbau digembalakan di padang ragut atau lepas bebas.
  • Sistem Ternkanan Ekstensif adalah satu kaedah paling banyak diamalkan oleh penternak kecil-kecilan secara hobi dikawasan kampung
INFRASTRUKTUR
1. Lokasi
2. Kandang
3. Pagar Perimeter & Pintu Utama
4. Kolam Takungan Najis
5. Tempat Pemungahan Ternakan
6. Stor Makanan, Peralatan,Ubatan & Bahan Kimia
7. Ruang Makan & Palung Air Minuman
8. Tempat Rawatan & Menimbang

KANDANG

  1. Ruang kandang yg mencukupi & selesa, sekurangnya 20 - 25 kaki persegi bagi seekor Kerbau
  2. Gunakan lantai konkrit (ketebalan 10cm/4 inchi)- memudahkan pencucian kandang serta memberi keselesaan pada ternakan
  3. Kecuraman lantai - 1m bagi setiap 24 m panjang bagi mengelak air bertakung & memudahkan pembuangan najis ke longkang. Lantai tidak terlalu licin, elak daripada tergelincir
  4. Tinggi kandang ≥ 10 (3.0 m) dari lantai ke bumbung bagi menyediakan sistem pengudaraan yang baik
  5. Kandang separuh bumbung memadai untuk mengurangkan kos, mempercepatkan pengeringan lantai & memberi sinaran matahari terus pada lembu
  6. Pagar / dinding setinggi 1.2 - 1.5 m dengan jarak antara palang dinding 0.3 m Kandang daripada bahan yang tahan lama, tidak berkarat serta mudah dicuci.




TEMPAT BERKUBANG

Seperti yang kita ketahui iklim di Malaysia panas dan lembap untuk habitat kerbau suhu yang sesuai 15.5 ' C - 21 ' C zon nyaman. Kerbau akan mengalami stress pada suhu 24 ' C untuk kelangsungan hidup kerbau melakukan adoptasi fisiologi melalui tingkah laku seperti berkubang dan berbaring ditempat dingin

  1. Menyediakan tempat untuk kerbau berkubang tidak jauh dari kandang, namun harus dipastikan tempat berkubang menpunyai air bersih yang sentiasa bergantiKerbau tidak boleh dibiarkan berkubang lebih daripada dua jam sehari kerana ia akan menjejaskan berat badannya.
  2. Sekiranya tiada tempat untuk kerbau berkubang, maka perlulah memandikan atau menembak air paip untuk menyejukkannya badan ternakan tersebut sekurang-kurangnya  dua kali sehari.
  3. Kerbau  akan mengalami  tekanan stress sekiranya tidak dapat berendam atau disiram air pada tubuhnya dan yang paling dibimbangi, haiwan berkenaan akan mengamuk bukan setakat bergaduh sesama sendiri, malah boleh mencederakan  pekerja lain di ladang penternakan

RUANG MAKAN & PALUNG AIR MINUMAN
  1. Ruang makan perlu disedia secukupnya supaya semua lembu boleh makan serentak. Anak lembu memerlukan ruang sepanjang 0.45 m seekor, dewasa 0.6 m.
  2. Kedudukan palung air minuman bergantung pada reka bentuk kandang. Bagi kandang yang mempunyai beberapa petak, palung air boleh ditempatkan di antara petak.
  3. Konkrit merupakan bahan sesuai

TEMPAT PEMUNGAHAN TERNAKAN

  1. Diperlukan bagi menyenangkan kerja-kerja pemungahan ternakan & makanan
  2. Tanah dipotong / ditambak @ tangga dibina setinggi lantai lori
  3. Loading ram sentiasa berkeadaan baik & selamat digunakan

TEMPAT RAWATAN & MENIMBANG
  1. Ladang mesti dilengkapi dengan travis untuk memudahkan kerja-kerja rawatan, pengasingan & menimbang ternakan
  2. Travis mestilah sentiasa berkeadaan baik & selamat digunakan
  3. Penimbangan dan pengukuran secara rutin harus terus dilakukan, agar dapat mengetahui laju pertumbuhan ternak kerbau secara terus menerus

PAGAR PERIMETER & PINTU UTAMA
  1. Ladang dilingkungi dengan pagar perimeter yang mempunyai hanya satu pintu masuk utama bagi tujuan biosekuriti
  2. Vehicle dip dibina dipintu masuk utama untuk tujuan disinfeksi kenderaan yang masuk keluar ladang

KOLAM TAKUNGAN NAJIS
  1. Takungan najis bagi menampung pepejal najis supaya hanya air jernih sahaja mengalir keluar dari kawasan kandang. Elak najis daripada mencemarkan sungai & persekitaran
  2. Ukuran takungan najis bergantung kepada bilangan ternakan. Bagi 50 ekor kerbau dewasa kolam berukuran 2 m panjang, 2 m lebar & 1 meter dalam
  3. kolam effluent 3 peringkat pengolahan najis & air cucian kandang
  4. BOD air kumbahan dr kolam effluent peringkat ketiga kurang 50 ppm
  5. Keluarkan najis apabila kolam penuh
TERNAKAN
  1. Perolehan bekalan ternakan bebas penyakit
  2. Timbang berat badan individu semasa tiba
  3. Tentukan ternakan baru tiba tidak stress

PENGURUSAN MAKANAN DAN MINUMAN
  • Kerbau dan binatang pemakan rumput secara umumnya. Sebenarnya pilihan makanan kerbau adalah lebih meluas seperti campuran rumput bersama molases, jagung, jerami, hasil buangan pertanian : hampas soya, sagu atau nenas
  • Beri makanan bermutu secukupnya, Kerbau mampu memakan sebanyak 6 hingga 30kg bahan kering sehari.
  • Periksa kualiti makanan yang diterima & pantau dari masa kesemasa
  • Untuk kerbau dengan berat badan antara 350 kg hingga 500 kg, pemberian makanan sebaiknya mencapai 10% dari berat badannya. Berikan dua kali sehari, pada pagi dan  Petang.
  • PKC sentiasa ada dalam palung, tambah jika kurang dengan kadar berpatutan Makanan sisai hendaklah diasing untuk ditabur ke atas makanan yang baru ditambah. Buang jika kualiti tidak elok.
Air minuman
Air minum yang bersih sentiasa tersedia secukupnya di dalam palung

Mineral
Campur dengan kadar 1 kg setiap 100 kg PKC
Atau garam jilatan (blok mineral)

PENGURUSAN KANDANG
  1. Bersih kandang & kawasan sekeliling sekurangnya sekali sehari. Pastikan tidak membasahi palung makanan
  2. Cuci perlatan ladang selepas digunakan
  3. Bersih takung makanan setiap hari
  4. Bersih palung air setiap minggu

PENGURUSAN TERNAKAN BARU TIBA
  1. Periksa untuk kepastian bebas jangkitan penyakit, infestasi kutu , tidak cacat, tiada kecederaan serta mempunyai keseragaman badan .
  2. Penggunaan baka tempatan terpilih dari gerompok telah disaring penyakit Brucellosis, Johnes, TB dan penvaksinan HS telah dilakukan.
  3. Timbang untuk rekod berat awal dan diasingkan mengikut kumpulan berat badan yang sama .
  4. Pastikan ternakan mendapat air minuman yang mencukupi dan telah dibancuh ubat `anti-stress` contoh stress pack untuk mengurangkan tekanan stress.
  5. Sijil kesihatan dan permit pindah dari JPV perlu dibuat
  6. Sanitasi kandang dan Membiarkan kandang kering dan kosong sekurang-kurangnya 1 minggu sebelum kumpulan ternakan baru dibawa masuk
PENGURUSAN KESIHATAN
  1. Pastikan kandang yang telah digunakan didisenfek sekurangnya 2 minggu sebelum ternakan dibawa masuk
  2. Sediakan ubatan asas untuk rawatan luka, myiasis, diarea, sakit mata, kembung, rawatan sokongan (vitamin, tonik) & antibiotik berspektrum luas.
  3. Perhatikan kesihatan ternakan semasa memberi makan, mandi @ basuh kandang
  4. Laksanakan program kesihatan jika perlu seperti nyahkutu, nyahcacing terutama semasa menerima ternakan
  5. Asing & buat rawatan awal ternakan sakit sekiranya ekonomik dirawat & tidak berjangkit pada ternakan lain
PENGURUSAN REKOD
  1. Penting untuk penilaian projek : prestasi ADG, & kos operasi berbanding pendapatan bagi mendapat pulangan maksimum
  2. Rekod yang perlu: pembelian feeder, pemberian makanan harian, ADG, kesihatan

PENGURUSAN PEMBIAK BAKAAN

Populasi kerbau selalunya kerbau membentuk kumpulan mengikut jantina di mana jantan dan betina hidup secara berasingan. Namun apabila ia sudah menghampiri musim mengawan maka kerbau jantan dan betina akan saling berinteraksi. Sistem mengawan haiwan ini adalah berbentuk poligami yang bermaksud kerbau jantan mengawan dengan lebih dari satu ekor kerbau betina ketika musim mengawan. Kaedah poligami itu dilakukan untuk tujuan dalam kemandirian dan kelangsungan populasi haiwan ini.  

CARA PEMBIAKAN

Pembiakan boleh diadakan dengan dua cara iaitu:

  1. Membiak dengan menggunakan baka jantan
  2. Membiak melalui permanian beradas

  • Pengurusan Pembiakan Jantan
    1. Setiap ekor baka jantan yang dibeli berumur tidk kurang 3 tahun dan mempunyai ciri-ciri libido tinggi
    2. Setiap bakapenjantan hendaklah lulus ujian daya biak(B.S.E) yang dilakukan setahun sekali oleh JPV
    3. Setiap ekor baka penjantan yang tidak produktif garang dan tidak dapat dikawal diasing dan singkir.
    4. Pemeriksaan kuantiti baka penjantan dilakukan dari semasa ke semasa
    5. Setiap ekor baka jantan yang dibeli berumur tidk kurang 3 tahun dan mempunyai ciri-ciri libido tinggi
    6. Setiap ekor baka jantan yang dibeli berumur tidk kurang 3 tahun dan mempunyai ciri-ciri libido tinggi. Nisbah baka penjantan dengan induk betina ialah 1:10 atau 1:15

  • Pengurusan Pembiakan Betina
  1. Kerbau betina melahirkan seekor anak dalam jangka masa dua tahun. Tempoh masa  kebuntingan kerbau  lebih lama dibandingkan lembu iaitu  rata-rata 310 sampai 330 hari. 
  2. Induk yang gagal melahirkan anak yang sihat dan kurang memiliki sifat keibuan perlu ditakai.

Sistem Pengurusan Ternakan Lembu Tenusu
Pengurusan Ternakan yang dilakukan meliputi kesemua aspek termasuklah pemakanan, kesihatan, sistem yang digunakan untuk pengeluaran out put yang samada dari segi hasil susu mahupun anak yang di lahirkan.

Dalam pengurusan tenusu ianya terbahagi 2 jenis pengurusan
1- Pengurusan ibu
2- Pengurusan anak

A) PENGURUSAN IBU KERBAU
Pengurusan ibu bunting secara insentif. Makanan kosentret sebanyak 3 kilo dan rumput secara flushing

Bunting berat diberi 3 kg kosentrat sehari
Makanan penting kerana untuk tumbesaran anak terutama protien, Ca, P dan mineral-mineral lain.Pertumbuhan tisu ambing begitu cepat terutama pada bunting sarat 2 minggu sebelum lahir anak. Elak kesan buruk pada ibu (anemia) apabila fetus menggunakan simpanan makanan ibu , juga kesan buruk pada fetus mati dalam kandungan, dilahirkan lemah, kecil dan cacat akibat kekurangan vitamin

Pengurusan Ibu beranak
Secara separa insentif dilepaskan ke meragut rumput selepas memerah dan diambil untuk makan kosentret dan memerah susu di waktu pagi dan petang. Peringkat permulaan ibu di beri 6 kilo/ perekor kosentret untuk keperluan tenaga. Semasa Ibu Bunting Berat. Pemberian makanan yang bermutu seperti rumput, DCP dan Molas yang mencukupi .

B) PENGURUSAN ANAK KERBAU
  1. Anak Kerbau yang baru lahir mestilah diperiksa bagi memastikan ianya tidak cedera atau cacat semasa lahir
  2. Anak mestilah mendapat susu awal (Kolestrum) dalam tempoh 4 jam pertama selepas kelahiran
  3. Berikan pengenalan tetap pada setiap ekor anak kerbau yang berumur seminggu
  4. Timbang setiap ekor anak kerbau yang baru lahir dan setiap 6 bulan sekali
  5. Anak kerbau yang sakit dan tidak ekonomik dirawat atau bantut serta cacat mesti diasing singkir.

 Pemerahan Susu

Terdapat 2 kaedah pemerahan yang diamalkan iaitu
  1. Manual- menggunakan tangan dengan teknik yang betul. lambat kalau tak mahir
  2. Menggunakan mesin- Portabl Machine dengan kuasa eletrik- Penggunaan peralatan ini memudahkan kerja tetapi perlu dicuci bersih terlebih dahulu.



Sistem Pemerahan Susu
  • Perlu dimandikan antara 10 hingga 15 minit bagi setiap seekor Kerbau sebelum kerja-kerja  memerah susu dilakukan.
  • Susu akan keluar hasil dari rangsangan yang mencukupi. Penyusuan anak lembu merupakan rangsangan semula jadi bagi keluaran susu lembu. 
  • Teknik pemerahan susu yang betul dari awal iaitu, sebelum pemerahan, semasa  dan selepas pemerahan ( Pengendalian Mesin Pemerahan susu (Bucket) terhadap ternakan)
  •  Ujian Kualiti Susu termasuklah Ujian California Mastitis (CMT) turut dilakukan bagi memastikan susu yang diperah dalam keadaan yang bersih dan selamat. 
  • Prosedur dan langkah pembersihan mesin pemerahan susu perlu dilakukan bagi menjamin kualiti susu segar dan mengelakkan berlakunya kerosakan susu.

No comments:

Post a Comment