Saturday, May 10, 2025

PENTERNAKAN AYAM

 PENTERNAKAN AYAM

Penternakan ayam di Malaysia telah bermula sekitar tahun 1960-an dan pada ketika itu dijalankan secara kecilkecilan serta bersifat sara diri backyard subsistence farming. Menjelang 1970- an, penternakan ayam telah berkembang pesat sehingga menjadi aktiviti berskala komersil commercial farming lanjutan permintaan yang semakin meningkat.

Kesemua ayam yang wujud pada masa ini berasal daripada ayam hutan iaitu Gallus gallus atau Gallus bankiva.

Terdapat pelbagai jenis baka dan strain ayam yang telah diubahsuai untuk mendapatkan hasil yang maksimum

Baka Tulin Pedaging

Playmounth Rock
-Barred
-White
Rhode Island Red
Australorp
Cornish
-White
-Red
Wyandotte

Pedaging komersial
Avian
Arbor Acress
Cobb
Ross
Shaver
Lohman
Hubbard
Pilch White
Asia 131
Kabir
Tatum
Hand Meat Nick


Penelur
Lohman
Isa Brown
Golden Comet
Hisex
Hyline
Goldline
Sitaver
H&N
Bab cock

Perundangan ( Local Authority ) 
Pembangunan ladang penternakan ayam adalah tertakluk kepada KM  dalam Akta 172 

Jabatan atau agensi yang berkaitan akan diminta memberi ulasan teknikal bertulis untuk menolak atau menerima atau menyokong dengan syarat diatas permohonan KM ini.

Semua ternakan ayam komersil samada ternakan ayam kampong / ayam pedaging / ayam penelur / penetasan yang menternak lebih dari 500 ekor ayam disesuatu kawasan pada sesuatu masa WAJIB mempunyai lesen ternakan unggas dari Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia (JPV).

GARIS PANDUAN PENTERNAKAN AYAM PEDAGING



LOKASI LADANG. 
Untuk membuka sesebuah ladang ayam daging, pengusaha hendaklah memilih lokasi yang sesuai. Pemilihan lokasi yang kurang sesuai boleh menjejaskan kecekapan operasi dan dayamaju perladangan. Ciri ciri lokasi ladang yang baik:

  •  Jarak Antara Satu Ladang Dengan Ladang Yang Lain Hendaklah Lebih 500 Meter Sebagai Langkah Kawalan Dan Kepungan Sekiranya Berlaku Wabak Di Satu-satu Ladang.
  • Ladang hendaklah berada lebih 200 meter jaraknya dari kawasan penempatan, institusi dan kawasan pelancongan
  • Jauh dari sumber takungan air bersih untuk kegunaan awam. 
  •  Mempunyai prasarana yang baik untuk tujuan pengangkutan barangan ‘input’ dan ‘output’ ladang.
  •  Jauh dari tasik, kolam dan sungai yang selalu disinggahi burung hijrah.
  • Sistem saliran air yang baik tanpa masaalah air bertakung atau banjir.
  • Dataran tanah yang membolehkan paksi panjang reban menghala ke arah timur / barat dan tepinya menghala utara /selatan. untuk mengurangkan pancaran matahari ke dalam reban.
  •  Masterplan lokasi untuk perkembangan projek akan datang
Jenis pemeliharaan ayam pedaging
-Intensif
-Spara intensif
-Integrated
-Pemeliharaan cara lama

Pemeliharaan Ayam Secara Intensif (Berkurung)
Ayam pedaging dipelihara secara intensif di dalam reban sepanjang masa. 
  • Lantai tinggi / bawah daripada kayu / simen.
  • Keluasan lantai dari 0.80 ke 1.00 kaki persegi seekor.  
Terdapat 2 jenis Reban Untuk Pemeliharaan Ayam

1)Jenis Reban. Reban Terbuka 
  • Dinding reban terbuka, dibuat dari dawai punai atau jaring.
  • Setingkat atau dua tingkat. 


2)Jenis Reban. Reban Tertutup
  •  Reban ditutup keseluruhannya sepanjang masa. 
  • “Curtain” dibuka apabila perlu.
  • Persekitaran (suhu, kelembapan dan peredaran udara) di dalam reban dikawal.
  • Udara masuk dan keluar dikawal menggunakan kipas.
  •  Dua kaedah kawalan persekitaran “evaporative cooling system” dan “tunnel ventilation” boleh digunakan. 
  •  Setingkat atau dua tingkat.


Ukuran Reban. 

Lebar Reban • 5.5 m - 12.2 m bergantung kepada saiz reban yang hendak dibina.  Lebar yang kurang dari 5.5 m akan menyebabkan reban kelihatan runcing dan tidak sesuai bagi reban yang panjang.

Panjang Reban • Bergantung kepada jumlah ayam yang hendak dipelihara. 
  • Keluasan lantai di antara 7 - 10 ekor untuk tiap-tiap 1 meter persegi. 
  • Untuk Reban tertutup ukuran panjang lebih kurang 0.8 kaki persegi/ekor 
  • Untuk Reban terbuka ukuran panjang  1.1 - 1.2 kaki persegi / ekor 


Contoh 1 : 
Untuk memelihara 1,000 ekor ayam daging dengan menggunakan 10 ekor/meter persegi.
 
Contoh 2 : 
Ukuran untuk 5000 ekor ayam
25 kaki X 200 kaki (1 bangsal)25 kaki X 100 Kaki (2 bangsal)


Rekabentuk dan bahan Bumbung / atap. 
  • Rekabentuk bumbung reban  perlu memastikan peredaran udara di antara reban dan persekitaran yang sempurna
  •  Menggunakan bahan yang dapat mengurangkan bahang panas, tahan lama dengan kos yang berpatutan. 
  • Jenis aluminium amat sesuai kerana daya pembalikan haba yang tinggi dan sesuai dengan iklim negara ini. 

Biosekuriti

  • Menyediakan dokumen bertulis langkah biosekuriti dan melaksanakannya dengan betul.
  • Menyediakan prasarana biosekuriti yang lengkap dan sempurna
  • Seluruh kawasan sempadan ladang dipagar sekurang-kurangnya dengan ‘chain link’ dan diselelenggara baik
  • Mewujudkan sistem kawalan keselamatan di pintu masuk ke ladang
  • Menyediakan kemudahan sucihama (pencelup tayar kenderaan dari jenis berbumbung dan semburan, pencelup kaki, tempat mandi/sembur hujan (mist spray). Binaannya hendaklah dapat mempastikan perlaksanaan kerja sucihama yang berkesan
  • Menyediakan kemudahan yang menepati keperluan biosekuriti kepada pelawat yang perlu memasuki kawasan pengeluaran.
  • Menyediakan panduan perlaksanaan amalan peraturan biosekuriti
  • Hanya satu laluan keluar-masuk kawasan pengeluaran sahaja digunakan.
  • Mewujudkan sistem mengawal pergerakan pekerja, pelawat, kenderaan, peralatan dan barangan termasuk raga ayam, anak ayam dan makanan keluar-masuk kawasan pengeluaran dan antara reban yang mempastikan mematuhi protokol biosekuriti ditetapkan.
  • Membina reban jenis tertutup yang memastikan udara yang disedut keluar dari satu reban tidak mengarah terus ke reban bersebelahan
  • Peraturan biosekuriti ditampal di tempat-tempat strategik di dalam ladang untuk diambil perhatian oleh pekerja.
  • Keberkesanan perlaksanaan protokol biosekuriti dipantau dan dinilai dari masa kesemasa dan membuat pembaikan di mana perlu. 

PERALATAN MAKANAN DAN MINUMAN. 
  • Menggunakan peralatan komersial automatic atau manual adalah lebih sesuai dan ekonomik.
  • Peralatan plastic / logam lebih baik dari kayu kerana mudah dicuci (sucihama) dan tahan lama.
  • Peralatan makanan dan minuman sentiasa diperiksa untuk mempastikan berfungsi baik dan pada susunan jarak yang sesuai.

Pada masa kini terdapat 3 pengkelasan dari segi bentuk makanan/dedak ayam komersil.  Setiap bentuk mempunyai fungsi yang berbeza dan ada sebab kenapa pengilang gunakan setiap bentuk pada setiap dedak yang berbeza.:

  1. Serbuk (mash)
  2. Butiran halus (crumble)
  3. Butiran kasar (pellet)

Serbuk (Mash)

Biasanya dedak ayam penelur menggunakan bentuk serbuk (mash). Di samping menjimatkan kos penggunaan mesin (tidak perlu melalui proses pelletizing atau crumbling), bentuk ini juga dapat menjimatkan kos bahan mentah kerana apabila tidak perlu dipelletkan, maka bahan pelekat tidak perlu dimasukkan ke dalam campuran dedak.  Selain itu, kadar kalsium yang agak tinggi dalam dedak penelur juga menyukarkan campuran untuk dipelletkan. 

Terdapat juga dedak anak ayam yang dikeluarkan dalam bentuk serbuk atau mash ini.  Dedak tersebut diberikan kepada anak ayam yang berumur 1-5 hari bagi membolehkan anak ayam dapat makan untuk kali pertama bagi mengelakkan anak ayam sukar menelan dedak jenis butiran kecil (crumble).

Butiran halus (Crumble)

Crumble dihasilkan dengan cara memecahkan dedak yang telah dipelletkan (butiran kasar) menggunakan mesin crumbler. Kos sudah tentu meningkat walaupun ada kebaikan lain contohnya dedak ini lebih padat dan seimbang berbanding jenis mash. Walaupun ia tidak sepadat dedak berbentuk pellet, namun begitu ia sangat sesuai untuk anak ayam jenis pedaging seperti pedaging putih atau berwarna. Anak ayam pedaging berumur kurang dari 3 minggu sangat sesuai menggunakan bentuk ini kerana mudah dipatuk dan ditelan

Dedak crumble anak ayam biasanya diadun supaya memiliki lebih kandungan crude protein (biasanya antara 20-24%) bagi memastikan anak ayam membesar dengan sihat dan selesa.

Butiran kasar (Pellet)

Kelebihan pellet adalah, sekali patukan bermakna ayam mendapat satu ramuan penuh campuran makanan yang wajib ayam dapat, sangat seimbang. Di dalam sebiji pellet akan wajib mempunyai semua bahan yang penternak ingin ayamnya makan.  Dan dalam bentuk sangat padat, bermakna ayam dapat lebih dalam setiap patukan yang kecil serta tiada peluang memilih samada jagung sahaja, gandum sahaja atau bahan-bahan lain. Walaupun kos mesin pelletizing terpaksa digunakan, akan tetapi ia dapat mengelak dari meggunakan mesin crumbler. Dan walaupun crude proteinnya rendah (18-19%) berbanding dedak halus crumble, Bentuk Pellet ini digunakan bagi memastikan ayam mendapat nutrient yang optimum pada setiap patukan.  


Bekalan Makanan
Makanan ayam perlu sesuai dengan peringkat pertumbuhan untuk pembesaran yang baik. Tempoh dan jenis makanan diberi akan mempengaruhi kecekapan kos pengeluaran. 
  • Makanan permulaan(crumble) = 1 - 28 hari 
  • Makanan penghabisan(pellet) = 29 hari hingga dipasarkan 
Bekalan Minuman
Bekalan air minum bersih perlu sentiasa ada. Kadar kematian yang tinggi boleh berlaku kerana kekurangan air. Pengambilan air bergantung kepada keadaan suhu alam keliling, kelembapan kandungan makanan, pengambilan makanan dan pergerakan. 
  • Ayam akan minum 2 kali ganda dalam keadaan suhu yang panas daripada keadaan suhu biasa. 
  • Lazimnya ayam akan minum 2 kali ganda jumlah berat makanan yang dimakan.

Memotong paruh ( ini pada anak ayam Penelur saja)
Tujuan elak pematukan sesama sendiri dan pembaziran makanan
  • Potong ketika umur 6-9 hari atau 10-12 minggu
  • potong lebih kurang 4.5 mm dari lubang hidung
  • muncung bawah lebih panjang dari muncung atas
  • sekiranya berlaku pendarahan kelar dengan besi panas
KESIHATAN. 

 Pelalian Penyakit. Di peringkat awal anak - anak ayam mungkin di lindungi oleh antibodi dari ibu (maternal antibody). Apabila ayam meningkat umur perlindungan dari antibodi maternal menurun. Ayam perlu diberi pelalian untuk mencegah penyakit yang merbahaya dan berisiko tinggi. 

Jenis Pelalian 
Program pelalian sebenar bagi sesebuah ladang perlu diatur dan disesuaikan dengan corak pengurusan ladang, keadaan penyakit dan kawasan ladang. 


 Rawatan penyakit. 
Hanya ubat yang diluluskan oleh pihak berkuasa sahaja dan penggunaan ubat untuk rawatan atau kawalan penyakit pada tahap paling minimum disyorkan. 

Penggunaan dan Pengendalian 
Ubat Penggunaan ubatan didalam pengurusan ayam hendaklah mengikut garis panduan yang betul.
  •  Penyakit dapat dirawat dengan berkesan. 
  • Tiada residu ubat yang mencemarkan kualiti daging ayam dan menjejaskan kesihatan pengguna. 
  • Tidak menyebabkan pembentukan kekebalan kuman ke atas sesuatu ubat dan tidak menggunakan ubat yang terlarang

Biosekuriti. 
 Perlaksanaan biosekuriti ladang yang baik dan mengamalkan amalan perladangan yang baik dapat membantu mengurangkan risiko kemasukan dan perebakan penyakit ke dalam ladang. 

Di antara langkah biosekuriti yang perlu diamalkan adalah: 
  • Memagar sekeliling kawasan pengeluaran ladang menggunakan “chain-link” setinggi 6-10 kaki.
  •  Menyediakan peralatan pembasmikuman bertutup untuk mencelup tayar kenderaan.
  •  Menyediakan peralatan pembasmikuman bertutup untuk mencelup kaki pekerja dan pelawat.
  •  Penggunaan ubat-ubatan, vaksin dan pembasmikuman berjadual.
  •  Hanya satu laluan keluar masuk di ladang.
  • Perolehan anak ayam dari ladang baka yang diikhtiraf SALT
  •  Mengamalkan prosedur amalan perladangan yang baik. 

Mutu Anak Ayam. 

Anak ayam dibeli dari baka yang bermutu, diiktiraf dan bersesuaian dengan pasaran. Ciri-ciri Anak Ayam Yang Bermutu:

  • Mempunyai berat sekurangnya 35 gram dan saiz yang seragam. 
  • Mempunyai mata yang bulat dan bersinar. 
  • Kelihatan sihat dan cergas. 
  • Bulu badan berada dalam keadaan kering dan kembang. 
  • Pusat yang kering. 
  • Dubor bersih(tidak dilekati dengan najis).
  •  Tiada kecacatan
PENGURUSAN PENTERNAKAN AYAM PEDAGING. 
Penternakan ayam pedaging perlu diurus dengan rapi untuk prestasi pertumbuhan dan pengeluaran yang maksimum.
  1. Peringkat Perindukan
  2. Peringkat Pembesaran
  3. Pemakanan 
  4. Minuman
  5. Kesihatan
PERINGKAT PERINDUKAN. 
Sebaik-baik reban perindukan adalah yang bertutup tetapi membolehkan peredaran udara yang sempurna, dapat mengelakkan kesejukan dan kehilangan hawa panas dari reban ke alam sekitar. Dinding reban perlu ditutup samada dengan kertas atau plastik di sekelilingnya.

Menyelenggara Alat Perindukan
Pembersihan alat perindukan hendaklah dijalankan selepas sahaja tamat perindukan. Sebarang kerosakan perlulah dibaiki. Peralatan perindukan disucihama dan disimpan dalam stor dengan baik untuk kegunaan kumpulan berikutnya.

Menyediakan Ruang Perindukan

Persediaan/ kelengkapan
  1. Alat induk ( Hover) berkuasa 30,000 BTU untuk 500 ekor anak ayam
  2. Pembentung dari cardbord/ papan lapis nipis setinggi 46 cm (18 inci)
  3. Dulang makanan,berukuran 2.54 cm X 2.54 cmX 0.15cm untuk 100 ekor anak ayam
  4. Bekas makanan gantung berukuran rentas 40.6 cm (3 buah) dan berukuran 30.5 (4 buah) bagi setiap 100 ekor selepas 14 hari
  5. Palong makanan berukuran 5.0-7.5 cm panjang bagi seekor anak ayam
  6. Tabung air dengan muatan 9 liter air bagi 100 ekor anak ayam sehingga 14 hari
  7. Bidai untuk menutup keseluruhan bangsal 
  • Kepungan perindukan dibuat untuk mempastikan anak-anak ayam berada dekat dengan sumber haba untuk beberapa hari.
  • Kepungan dibuat dari kadboard, papan lapis atau kawat jaring halus 1 sm setinggi lebihkurang 45sm dengan ukuran rentas lebihkurang 214sm.
  • Alaskan lantai dengan sarap dari ketaman kayu / papan, jerami padi setebal 8sm - 10sm .
  •  Sediakan satu bekas berisi larutan disinfektan untuk pembasmian kuman kasut sebelum masuk ke reban.

Ketaman kayu
  • Ketaman kayu mestilah kering
  • Ketaman kayu yang basah menyebabkan pembiakan mikroorganisma
  • Ketebalan yang sesuai adalah 4”- 6” sesuai untuk memerangkap haba kepanasan


Pembentung
  • Tujuan untuk kepanasan yang mencukupi
  • Bentuk bulat untuk mengelakan ayam berkumpul pada sudut yang menyebabkan berasak sesak dan mati dipijak(tersepit dipenjuru)
  • Keluasan 500 ekor antara 7 kaki hingga 9 kaki diameter dan tinggi 18 inci
  • Bahan yang digunakan adalah kepingan zink/ kadbord
Alat pemanas
  • Gasolec Hoover 30,000 BTU untuk 500 ekor
  • Ia digantung di tengah-tengah supaya haba tersebar dengan sekata


Dulang makanan
  • Umur 1-10 h1ri bersaiz 18’’ X 18’’ x 1’’ untuk 100 ekor
  • Letakkan dawai BRC bagi mengelakkan berlaku kaisan makanan

Bekas makanan
  • Umur 10-14 hari bekas makanan gantung boleh digunakan
  • Umur 14 hari keatas 3 bekas makanan berukuran 16’’ untuk 100 ekor atau
  • Umur 14 hari keatas 4 bekas makanan berukuran 12’’ untuk 100 ekor

Persediaan Menerima Anak Ayam. 
  • Nyalakan api alat pemanas  sekurang-kurangnya 12 jam sebelum ketibaan anak ayam untuk memanaskan kawasan perindukan dan mendapatkan suhu kawasan perindukan yang sesuai. 
  • Isikan makanan dan air minuman Isikan makanan permulaan ke dalam dulang makanan. Jangan isi terlalu penuh kerana anak-anak ayam tidak makan banyak ketika ini dan untuk mengelakkan pembaziran makanan kerana dikais atau dikotori najis. 
  • Isikan air bersih / vitamin atau ‘antistress’ ke dalam tabung air (penuh). 
Sebelum anak ayam tiba
  • Perumah anak ayam perlu dibersihkan sekurang-kurangnya 21 hari (3 minggu)
  • Dinding lantai siling perlu didisinfektan dengan Bromosept, Potasium Permagnate atau Lysol
  • Jika perumah berlantaikan simen bawah bahan sarap lama perlu dibuang lebih kurang 2 minggu baru tukar bahan sarap baru
  • bahan sarap di isi kan setebal 4 inci tinggi
  • Bahan sarap perlu disembur dengan bahan nyah jangkitan seperti Quantenary Ammonium Compound atau lysol
( Persediaan awal)
  • Tutup dinding Bangsal dengan kertas atau plastik Polyethylene tinggalkan sedikit ruang dari bangsal untuk pengudaraan
  • Sediakan satu bekas berisi pembasmi kuman untuk celup kasut sebelum memasuki bangsal

Pengurusan Perindukan
  • Buat perindukan anak ayam dengan ukuran rentas 214 cm untuk 500 ekor
  • Alas lantai perindukan dan isikan ketaman kayu setebal 8-13 cm
  • Isi air minuman kedalam bekas dan tempatkan kedalam perindukan
  • isikan makanan kedalam palung tempatkan dalam perindukan
  • Gantung alat pemanas hover di tengah bulatan 91 cm tinggi
  • Sekiranya anak ayam stress atau lewat sampai elok air minuman ditambah dengan Glukos untuk pemberian tenaga segera ( anti stress)
  • Anti stress berikan 2.5-50 % larutan glukos (campur 2.5-5.0 grm glukos 100ml/ liter air)
  • nyalakan hover beberapa jam mengikut keadaan untuk memanaskan kawasan supaya menyamai suhu keliling
Keperluan alat pemanasan / perindukan palsu
1. Minggu pertama hover perlu dihidupkan 24 jam
2. minggu ke dua atau hari kesepuluh bergantung pada cuaca dan suhu dalam reban biasanya hover dihidupkan hanya diwaktu malam
3. Minggu ketiga tidak perlu alat pemanas lagi kecuali hujan lebat atau cuaca terlalu sejuk
Pengaruh suhu bagi ayam daging
· Kawalan suhu
· Umur sehari 35°C
· 2-7 hari 33°C
· 8-14 hari 28°C Suhu paling optima untuk ayam pada umur 4 minggu 23°


Ketibaan anak ayam
1. Tiba anak ayam kira anak ayam dan beri vaksin raniket F / Vaksin ND-IB melalui titisan mata / hidung sebelum memasukkan dalam perindukan
2. Timbang untuk mengambil berat purata
3. Lepaskan anak ayam berhampiran dengan bekas minuman bercampur anti stress
4. beri makanan permulaan 1 jam berada di dalam perindukan
5. Pastikan anak ayam selesa, perhatikan beberapa jam
6. Pastikan suhu 33°C hari pertama perhatikan kelakuan anak ayam semasa dalam perindukan cukup hangat dan sesuai
7. suhu perlu dijaga selama 3 hari 23-33°C


 Pemantauan Suhu Perindukan.
  • Suhu perindukan yang sesuai  dan dipantau sentiasa. Suhu yang sesuai dapat dilihat daripada perangai dan pertaburan anak-anak ayam dalam ruang perindukan.
  • Alat pemanas hover   dipasang 24 jam berterusan pada minggu pertama. Sekirannya keadaan terlalu panas, alat pemanas boleh dipadamkan atau kepanasan dikurangkan.
  • Minggu kedua hover hanya dinyalakan diwaktu malam sahaja.
 Suhu 24°C dianggap suhu yang ideal. 
  • Setiap penurunan 1°C suhu menurunkan kadar kecekapan makanan sebanyak 0.01. 
  • Setiap kenaikan 2°C suhu diatas paras 29°C menurunkan kadar kecekapan makanan sebanyak 0.01. Kadar kecekapan makanan menurun sebanyak 0.015 bagi setiap kenaikan suhu sebanyak 2°C. 


Singkiran / Pelupusan Anak Ayam Mati dan Lemah. 
  •  Anak-anak ayam yang mati dilupuskan dengan segera secara sistematik.
  •  Anak-anak ayam yang lemah dan tidak sempurna diasingsingkirkan kerana akan mengurangkan kecekapan kos pengeluaran. 
Membuka kepungan. 
Setelah cukup 2 minggu, kepungan perindukan dan penutup dinding boleh dibuka dan dibiarkan ayam bebas dalam reban. 

PEMAKANAN. 
  • Pemberian makanan adalah bergantung kepada umur anak ayam pertukaran makanan perlu dilakukan secara perlahan-lahan
  • Pengurangan pengambilan makanan adalah disebabkan jualan pada minggu ke 5

Terdapat 2 jenis makanan
  1. Makanan permulaan   ( jenis crumble )- 1-4 minggu –Protin kasar 22-24 %
  2. Makanan pengemukan  ( jenis pellet ) – 29 hari -hingga dipasarkan / 5-7 minggu protin kasar 19-20 %

Pengurusan Minggu Pertama 
  • Anak sampai, untuk vaksin raniket F / Vaksin ND-IB
  • Vaksin raniket F / Vaksin ND-IB  diberi semasa ayam berumur 1-7 hari. 
    Cara pemberian:
    1. Titis mata / hidung
    2. Oral (campur dengan air minuman)

  • Lampu dipasang dan alat pemanas 24 jam
  • Dinding dawai rumah ayam hendaklah ditutup dengan plastik mengadakan pengudraan yang baik
  • ( Umur 6 hari) Potong paruh bahagian atas lebih rendah dari bahagian bawah
  • Mengadakan pengepungan supaya anak ayam menghampiri alat pemanas ( jarak 3-4 kaki jarak dari alat pemanas)
  • Beri makan sebanyak mana yang boleh.Memberi makanan jenis permulaan Starter air minuman bercampur anti stress 3 hari pertama
  • Tukar air minuman setiap hari
  • tukar sampah-sarap basah yang kotor dibalik-balik atau ditambah
  • Rekod bilangan kematian dan pengambilan makanan
  • Timbang berat badan pada hujung minggu
  • kira kadar penukaran makanan
  • Kepungan diperluaskan
  • Kurangkan 1°C setiap dua hari hingga 27°C pada hari ke 16
Pengurusan Minggu kedua (8-14 hari)
1. Beri makan 3 kali sehari
2. Beri air bercampur anti stress pada awal minggu
3. Pasang alat pemanas pada waktu malam atau cuaca sejuk sahaja
4. Naikkan bidai disiang hari dan turunkan diwaktu malam
5. Tukar sampah- sarap basah
6. Luaskan alat pengepungan
7. Bancuh veksin IBD dalam minuman
8. Timbang anak ayam pada hujung minggu ambil rekod, kira kadar penukaran makanan

Umur 2 minggu pertama ayam daging adalah kritikal, sebarang keadaan persekitaran yang merencatkan pembesaran pada peringkat ini perlu diatasi segera mengelakkan masalah yang akan lebih serius lagi pada mingu-minggu berikutnya


Pengurusan Minggu ketiga (15-21 hari)
  • Musnahkan bangkai anak ayam yang mati
  • Singkir mana yang lemah atau cacat
  • Pasang alat pemanas di waktu malam sahaja
  • Kepungan dibuka supaya anak ayam lepas bebas di dalam reban
  • Mula menggunakan bekas makanan yang bergantung ( 1 unit untuk 25-30 ekor)
  • Suntikan Vaksin Fowl pox dibahagian Nipis ( Web) pada kepak
  • Tukar makanan jenis penggemukan secara beransur-ansur pada hari ke 21-28
  • Gunakan bekas minuman automatik (1 unit untuk 100 ekor)
  • Timbang anak ayam pada hujung minggu ambil rekod, kira kadar penukaran makanan
Pengurusan Minggu keempat (22-28 hari)
  • Keluarkan alat pemanas
  • Beri makan 2 kali sehari
  • Bekas air minum dan makanan digantung sama paras dada ayam
  • Beri air bercampur anti stress
  • Bidai perlu dibuka terus
  • Tukar sampah sarap basah yang kotor perlu dibalik-balik atau ditambah
  • Timbang anak ayam pada hujung minggu ambil rekod, kira kadar penukaran makanan

Pengurusan Minggu kelima (29-35 hari)
1. Tukar makanan penggemuk Finisher perlahan-lahan
2. Timbang anak ayam pada hujung minggu ambil rekod, kira kadar penukaran makanan

Pengurusan Minggu keenam- ketujuh (36-42 hari)
  • 100% makanan penggemuk Finisher
  • Hentikan pemberian ubat antibiotik kepada ayam jika digunakan dalam minggu sebelum itu
  • Timbang anak ayam pada hujung minggu ambil rekod, kira kadar penukaran makanan
  • Umur 35- 42 hari dengan pencapaian berat badan 1.6-1.9kg adalah paling sesuai dipasarkan
  • Boleh dipasarkan secara jualan hidup atau jualan selepas proses
  • Urusan penangkapan lebih sesuai di waktu malam atau awal pagi

KAWALAN MAKHLUK PEROSAK

  • Menyediakan secara bertulis dokumen kawalan dan melaksanakannya dengan betul. Menilai keberkesanan protokol dari masa ke semassa dan diperbaiki jika perlu.
  • Membina reban dan setor jenis kalis burung dan sebaiknya juga kalis tikus
  • Pokok-pokok yang menarik burung ke kawasan ladang tidak digalakkan di tanam di sekeliling reban. 
  • Senak samun tidak boleh dibiarkan tumbuh liar tumbuh yang akan menjadi  tempat tikus bersarang atau berlindung
  • Memantau infestasi tikus dari masa ke semasa dan merekod dengan sempurna. Mengambil langkah mempastikan indeks infestasi tikus tidak lebih dari 10 ekor. Mengambil langkah kawalan jika infestasi tikus melebihi indeks ini.

Kawalan Lalat

  • Mengambil langkah-langkah supaya tahap infestasi lalat di ladang di paras minimum. Program kawalan lalat diwujudkan dan melaksanakannya dengan betul.
  • Memantau infestasi lalat di semua peringkat pemeliharaan secara berkala dan merekod dengan lengkap indeks lalat (menggunakan Scuder fly grill) mesti tidak lebih dari 10 ekor. Mengambil langkah kawalan jika indeks infestasi melebihi indeks ini. 

Kawalan Bau

  • Mempastikan langkah-langkah supaya tahap bau di ladang yang terkawal dan tidak mengganggu kesejahteraan persekitaran pada setiap masa.
  • Mengambil tindakan sewajarnya dengan segera segala perkara yang boleh menjadi punca bau busuk di ladang dan persekitaran. 

Kawalan Habuk

  • Mempastikan udara yang disedut keluar dari reban tertutup tidak mencemarkan udara dan menganggu kawasan persekitaran. 

Pencemaran Bunyi

  • Mempastikan tahap bunyi dari aktiviti perladangan dan kelengkapan yang digunakan tidak menganggu kesejahteraan awam di sekitar.

Ubatan, Racun dan Bahan Kimia

  • Menyediakan tempat simpanan berasingan yang selamat (bilik berkunci) bagi menyimpan bahan-bahan ubatan, racun dan bahan kimia.
  • Mengguna, mengendali dan menyimpan ubat, racun dan bahan kimia mengikut kaedah sebagaimana diarah oleh pengeluarnya. Dos diguna, tempoh penggunaan dan persekitaran menyimpannya dipatuhi.
  • Hanya menyimpan ubat pada kuantiti yang dijangka mencukupi untuk kegunaan sesuatu tempoh masa sebelum tarikh lupusnya.
  • Mengguna hanya ubat, bahan kimia dan racun dari jenis yang diluluskan oleh kerajaan.

Kawalan Penyakit

  • Memantau status penyakit di ladang secara berjadual. Menyimpan rekod pemantauan penyakit dengan lengkap, teratur dan kemaskini.
  • Mempastikan ladang bebas dari penyakit Newcastle, penyakit zoonotic (Highly Pathogenic Avian Influenza dan Vancomycin Resistant Enterococci dan penyakit bawaan makanan (Salmonellosis, E.coli 157, Campylobacter, Lysteria)
  • Mengambil tindakan kawalan yang segera apabila dikesan berlaku penyakit di dalam ladang.

Pengurusan Kesihatan
Antara program kesihatan yang dilakukan
1) Timbang mingguan
2) Vaksinasi
3) Pemberian antistress
4) Pemberian antibiotik

Vaksin dan Program Pemvaksinan

  • Menyediakan dokumen bertulis program pemvaksinan dan melaksanakannya dengan betul
  • Program pemvaksinan menggunakan vaksin dari jenis yang sesuai.
  • Vaksin disimpan. dikendali dan diguna mengiukut kaedah sebagaimana diarah oleh pengeluarnya.
  • Baki vaksin yang telah dighuna tidak digalak diguna oleh kerajaan sahaja
  • Menggunakan vaksin dari jenis yang dilulus oleh kerajaan sahaja.
  • Memantau keberkesanan pemvakasinan yang dijalankan. 

Suci hama

  • Reban disucihama dengan sempurna selepas setiap pusingan pengeluaran, membiarkannya kosong untuk tempoh yang sesuai (Tempoh yang dapat mematikan pusingan pembiakan agen penyakit) sebelum kumpulan ayam baru dibawa masuk.
  • Semua peralatan ladang disucihama sempurna selepas setiap kali digunakan dan menyimpan di tempat yang bersih dan kering sebelum diguna semula.
  • Memantau keberkesanan kerja sucihama yang dibuat


Pemantauan kenaikan berat badan
A)Anak ayam ditimbang pada usia satu hari
Digunakan sebagai kayu pengukur kenaikan berat mingguan
Anak ayam ditimbang sebanyak10% dari jumlah asal
B) Timbangan akan dilakukan bila ayam berumur
Seminggu
Dua minggu
Tiga Minggu
Empat minggu
Lima minggu
Enam minggu ( untuk Dipasarkan)
Umur 35-42 hari –Berat badan 1.6-1.9 kg boleh disembelih



Mengira Kadar Penukaran Makanan (FCR). 
Cara pengiraan penukaran makanan FCR (Feed Conversion Ratio)
  • Lebih rendah angka yang didapati lebih baik lagi penukaran makanan sesuatu kumpulan ayam dan lebih tinggi lagi pulangan pendapatan.  

Pelupusan Sisa Ladang

  • Melupuskan dengan segera ayam mati, sarap reban dan sampah. Mengamalkan kaedah pelupusan yang sempurna ( ditanam di dalam lubang dengan kedalaman yang sesuai, di dalam lubang bertutup, dibakar di tempat bertutup, dikompos).
  • Ayam mati dipungut dan dikendali dengan betul bagi mengelakkan kemungkinan menjadi punca perebakan penyakit.
  • Menentukan kaedah pelupusan ayam mati, sampah, sarap dan lain-lain sisa ladang tidak mencemarkan persekitaran dan kesejahteraan awam.
  • Menyediakan tempat khas pelupusan sisa ladang jauh dari reban dan sumber air


Pengendalian Sisa (tinja) Ayam Pedaging

Bagi sistem reban ayam terbuka, sisa buangan ayam perlu kerap dibersihkan kurang dari 2 minggu untuk memutuskan kitaran hidup lalat supaya tidak membiak. Penggunaan mikrob efektif (EM), habuk dan abu kayu boleh dipraktikkan untuk membantu mengawal bau dan pembiakan lalat di ladang ternakan.

Manakala bagi Sistem reban ayam tertutup ianya perlu dibersihkan dengan sempurna bagi setiap satu kitaran pengeluaran (30 - 42 hari). Sisa buangan ayam mengandungi kelembapan yang tinggi dan memerlukan satu sistem yang sesuai untuk mengurangkan pencemaran bau serta pembiakan lalat. Oleh itu, pengudaraan sangat penting samaada melalui dinding terbuka (cross-ventilation) atau menggunakan alat ventilasi.

Proses Pengkomposan Pengudaraan dilakukan dengan cara melakukan 4 kali pembalikan yang dilakukan sebanyak sekali dlm masa 7 hari

Kaedah Pengkomposan 
Sisa tinja ternakan boleh dijadikan salah satu bahan atau komponen dalam pembuatan kompos. Kompos digunakan secara meluas sebagai baja organik dalam bidang pertanian. Penghasilan produk seperti ini dapat menjana pendapatan tambahan kepada penternak dan dalam masa yang sama membantu mengekalkan persekitaran yang bebas daripada pencemaran. Kompos merupakan sumber baja tanaman yang tahan lama. Penguraian yang berlaku dalam proses pembentukan kompos memudahkan tanaman menyerap nutrien serta boleh memperbaiki keadaan tanah yang berpasir atau tanah liat bagi memberi pengudaraan kepada akar tanaman

SISTEM ALTERNATIF - Rawatan Sisa Buangan Penternakan Ayam

Sistem Biogas 

Sistem biogas adalah proses penguraian bahan organik (proses pemeraman di dalam loji biogas selama 28 hari yang bertujuan untuk mendapatkan gas Methane (CH4) – (50-75%), Karbon Dioksida (C02) – (25-45%) dan Hidrogen Sulfid (H2S) – (1-5%). pemampatan najis haiwan ternakan) secara anaerobik (tertutup) di dalam tangki pencernaan (digester) akan membebaskan oksigen daripada gas sehingga gas menjadi mampat

Komponen utama terhasil di dalam biogas adalah gas metana (CH4, 60 - 70%) dan karbon dioksida (C02, 30 - 40%). 

Gas-gas tersebut akan disimpan untuk menjana tenaga elektrik dan sistem penyaman udara di dalam kandang tertutup manakala air basuhan kandang akan dikitarkan semula



Proses ini menghasilkan enapcemar (separa cecair) yang telah stabil (digestate) dari tangki anaerobik. Enapcemar yang termendap perlu dikeluarkan dan dikeringkan untuk menjadi baja kepada tanaman atau menyuburkan tanah (soil conditioner). 

Walaubagaimanapun efl­uen yang keluar sistem ini masih tidak boleh mencapai tahap kualti air yang ditetapkan oleh pihak Jabatan Alam Sekitar. Justeru,  e­fluen perlu dirawat seterusnya sebelum dialirkan ke saliran awam.




Pelupusan Bangkai Ayam 
Bangkai ayam perlu dimusnahkan segera dengan sempurna bagi mengelakkan pencemaran ke persekitaran serta penyebaran penyakit. Bangkai ayam yang terdedah boleh menyebabkan pencemaran bau dan kacau ganggu lalat. Bangkai ayam tidak boleh dikeluarkan dari kawasan ladang. Kaedah pelupusan bangkai ayam yang sempurna ialah dengan membakar di dalam ‘incenerator’ atau ‘Deep Pit’ untuk mengelakkan berlakunya pencemaran


Menangani Masalah Lalat dan Bau
Kebiasaannya, lalat mampu terbang dalam lingkungan 0.8 kilometer dan boleh memberi kesan penularan penyakit kepada masyarakat dan juga ternakan peliharaan. 

Penternak boleh mengawal lalat dan bau dengan berkesan dari ladang-ladang ayam mereka dengan kaedah: 
  1. Penggunaan EFFECTIVE MICROB (EM) di campuran dalam makanan/minuman dan  Semburan pada tinja 
  2. Penggunaan Pesticide/Racun Serangga di Semburan pada tinja dan Fogging 
  3.  Penggunaan perangkap lalat yang berkesan

Urusan penangkapan
  • Hentikan pemberian makanan (beri air minuman sahaja dalam tempoh 6 jam sebelum kerja-kerja penagkapan
  • gunakan penghalang jaring dan tangkap dengan cermat
  • Kurangkan keterangan cahaya di dalam reban. Gunakan cahaya biru atau merah semasa tangkapan dibuat kerana ayam tidak dapat melihat (rabun) dalam cahaya tersebut
  •  Pekerja-pekerja hendaklah menangkap ayam dengan cepat tetapi cermat untuk mengurangkan keadaan huru-hara.Jangan membuat ayam terperanjat.
  •  Ayam ditangkap dengan memegang kakinya. Bilangan yang harus dipegang pada satu-satu ketika ( bergantung kepada berat) ialah 3 hingga 5 ekor dalam satu gemgaman tangan. 
  • Elakkan ayam dari berkumpul terlalu banyak disatu sudut kerana boleh menyebabkan kecederaan atau kematian. Gunakan kawat jaring sebagai penghalang untuk memudahkan membuat tangkapan. 
  • Elakkan dari menendang dan membaling ayam.  
Memuatkan Ayam Ke dalam Raga 
  • Jangan menghempas ayam ke dalam raga.
  • Jangan paksa, menindih dengan menekan ayam di tepi lubang raga.
  • Ratakan kedudukan ayam dalam raga agar tidak bersesakan
  • Jangan muatkan jumlah ayam yang melebihi muatan. Keadaan yang bersesak boleh mengakibatkan kematian ayam. 
  • Jumlah muatan ayam bergantung kepada saiz ayam dan bekas (raga). Biasanya 11 ekor untuk ayam betina dan 9 ekor untuk ayam jantan untuk satu raga.  

Penyembelihan dan pemprosesan
Ayam untuk pasaran diberhentikan pemberian makanan lebihkurang 4 -5 jam sebelum ditangkap (tidak lebih dari 8 jam).
  • Keperluan/ peralatan
  • Pisau dan alat pengasah
  • Bekas berisi ais/ alat penyejuk
  • Mesin pencabut bulu ayam ( mesin Plucker)
  • Alat pencelur ayam ( Scalder)
  • Meja tahan karat ( almunium, Stainless steel atau marmar
  • Alat penimbang
  • Freezer 18°C
Urusan penyembelihan
  • Penyembelih perlu dilakukan mengikut cara islam
  • Menggunakan pisau yang tajam dan bersih
  • Dibenarkan menggunakan aliran eletrik 0.12 A selama 6 saat untuk mententeramkan ayam sebelum sembelih
  • Proses pendarahan selama 2 minit

Langkah Pemprosesan
Sediakan air panas untuk mencelur
suhu
56°C selama 3 minit
60°C selama1 minit
  • Bersihkan kekotoran termasuk darah dan najis yang melekat sebelum mencelur
  • Pastikan bilangan ayam untuk sekali proses sesuai mengikut kapasiti mesin Plucker
  • Tebuk bahagian depan tembolok dan bahagian bawah otot dada dan keluarkan organ-organ dalaman dengan cermat supaya tidak pecah elakkan pencemaran
  • Bersihkan karkas dengan air paip yang sentiasa mengalir
  • Pemotongan dan pembungkusan
  • Untuk jualan terus karkas perlu disejukkan 4°C
  • Karkas yang hendak disimpan lama > 6 bulan perlu disejuk bekuan ke tahap –17.8°C

Rekod ladang. 
Antara rekod yang perlu diwujudkan dengan kemaskini dan teratur seperti rekod kewangan, penggunaan input-input, stok ternakan, kematian / singkiran, rawatan, pelalian dan jualan. Rekod disimpan dengan sempurna memudahkan pengesanan tahap kecekapan pengurusan ladang, tahap untung-rugi dan membantu membuat pembaikan pengurusan ladang 

 Rekod yang perlu disimpan adalah:- 
  1. Tarikh anak ayam tiba 
  2. Bilangan anak ayam diterima 
  3. Sumber / baka anak ayam 
  4. Kematian / singkiran harian ayam 
  5. Pemberian / jenis / sumber makanan harian 
  6. Pemberian vaksin / rawatan ( jenis vaksin / ubat ) 
  7. Pembelian vaksin / ubat 
  8. Penggunaan air / elektrik

Kos pengeluaran ayam Pedaging
Analisis Margin Kasar (AMK) adalah satu perkiraan kasar yang mengambilkira hasil dan kos berubah sahaja. Hasil akan ditolakkan dengan kos berubah untuk mendapatkan margin / keuntungan kasar. Kegunaan utama AMK adalah untuk mendapatkan gambaran kasar mengenai untung rugi projek bagi setiap unit pengeluaran dan menentukan sasaran bulanan projek

Maksudnya:
Kos diperlukan untuk memelihara seekor ayam dari umur sehari hingga dijual atau
Kos diperlukan untuk menghasilkan 1 kg ayam
Iaitu
Jumlah kos (RM = ?
Kuantiti pengeluaran (KG)

1)kos tetap
  • Reban / bangsal termasuk upah binaan
  • Tangki air serta sambungan paip
  • Peralatan penternakan

2) kos berulang
  • Anak ayam, makanan , eletrik/ gas/ air
  • Vaksin dan ubat
  • Susut nilai atas bangunan (5 tahun)
  • Susut nilai atas peralatan (3 tahun)
  • Faedah pinjaman bankPerbelanjaan luar jangkaan

No comments:

Post a Comment